Monday, April 9, 2007

Ratu Balqis...

Assalamualaikum wbt... sahabat-sahabat yang dikasihi fillah. Pernah dengar tentang Ratu Balqis? seorang pemerintah di sebuah kerajaan yang subur bernama Saba'. Seorang pemerintah yang cantik dan pintar yang pada awalnya tidak mempercayai Allah sebagai tuhan yang wajib disembah sebaliknya mengabdikan diri dengan menyembah matahari namun akhirnya mendapat cahaya hidayah daripada Allah dan menjadi hamba yang taat dan isteri kepada seorang rasul utusan Allah, Nabi Sulaiman A.S. Bagi yang mungkin tidak  pernah mendengar kisah Sulaiman dan Ratu Balqis ini bolehlah melawat laman ini. So tidak perlulah ana bercerita secara terperinci kisah mereka kan? Apa yang menarik untuk dibawa hanyalah untuk kita kembali memikirkan betapa tinggi dan besarnya nilai hidayah yang dikurniakan Allah kepada kita. Seorang yang tidak diperkenankan oleh Allah untuk menerima hidayahNya tidak akan dapat menemui kebenaran walaupun dihidangkan dengan pelbagai bukti dan hujah. Sebaliknya bagi mereka yang dikehendakiNya untuk mendapatkan hidayahNya dengan begitu mudah untuk dapat mempercayai apa yang diperkatakan tentang keesaanNya. Oleh itu, cubalah untuk menghargai nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita ini. Kadang-kadang kita lupa tentang itu, kita leka dengan dunia kita lalai dengan kesenangan menyebabkan kita cukup jauh dariNya. Sama-sama fikirkan dan banyak-banyak bersyukur kepadaNya ya. Jazakumullah Khairan Kathira...

Sunday, April 8, 2007

Ma li Rabbun Siwa

Salam Alayk... Mari sama-sama dengar persembahan daripada kumpulan Indonesia yang sedang naik di perlembahan nil ni. Semalam ada persembahan mereka di arma. Tapi tak sempat nak pergi tengok. Komitmen lain lebih diutamakan. Apapun sama-sama kita dengarkan ya. Ma li rabbun siwa (tiada bagiku Tuhan selainNya) Kredit kepada senu

Bersahabat, Bertaqwa...

Terjumpa gambar ini, dan rasanya baik untuk dikongsi bersama, moga persahabatan yang dibina bersama mendapat rahmat dan keredhaan dariNya. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Berprinsip tidak jumud, terbuka tidak hanyut

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

"Berprinsip tidak jumud, terbuka tidak hanyut" Kalau sahabat-sahabat perasan, begitulah bunyinya status ana untuk seminggu dua kebelakangan ini. Ungkapan tersebut sebenarnya keluar daripada bicara seorang tokoh yang agak ana kagumi suatu masa dahulu. Walau ringkas tapi cukup padat dan sohih dari segi maksud yang ingin disampaikan.

Sememangnya dalam kehidupan kita ini, sangat memerlukan kita berprinsip dalam apa sahaja perbuatan yang kita lakukan apatah lagi kita sebagai orang Islam. Kita mahu melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah SWT dan dalam masa yang sama kita wajib untuk menjauhkan diri daripada melakukan larangan-larangan Allah kepada kita. Itu prinsip kita. Kita tidak mahu terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Itu prinsip kita. Kita tidak mahu meminum arak walaupun diberikan percuma kerana tahu ia haram di dalam Islam. itu prinsip kita dan macam-macam lagi yang memerlukan kita tegas dan berani mempertahankan prinsip kita. Namun dalam masa yang sama tidak patut dan tidak wajar untuk kita bersikap terlalu jumud dalam mempertahankannya. Seperti contoh dalam hal-hal yang bersangkut paut perkara khilaf dan sebagainya tidak patut untuk kita bermatian-matian mempertahankan pendapat kita dengan meminggirkan terus pendapat yang lain.

Jadi, perlunya dalam keadaan dan situasi sebegini kita lebih bersikap terbuka dan menerima perbezaan yang ada samada pendapat atau sebagainya. Kita berlapang dada bahawa tidak semestinya kita sentiasa betul dalam setiap perkara dan juga tidak semesti orang lain juga benar dalam setiap perkara. Di situ perlunya kita bersikap toleransi bukan? Namun perlu juga kita ingat, tidak semestinya bersikap terbukanya kita menyebabkan kita hanyut dengan keterbukaan tersebut sehingga kita bersikap cukup liberal dalam semua tindakan. Oleh sebab itulah dalam setiap perkara yang kita lakukan, cubalah untuk menilai dengan neraca iman dengan sebaiknya berpandukan ilmu yang kita ada. Jadilah insan yang dapat meletakkan dirinya sesuai dengan masyarakat di sekelilingnya dan menerima segala perbezaan yang ada dengan matang dan rasional. Sekadar sedikit coretan sebelum melelapkan mata. :)

Buat sahabat-sahabat, moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALlah setiap masa dan setiap waktu. Jumpa lagi ya. Salam alayk.

Berprinsiplah ya!!

Friday, April 6, 2007

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara...

Entah kenapa peristiwa di dalam kelas pscycology ketika di tahun dua kembali menggamit ingatan. Ketika doktor yang mengajar itu mengatakan “ There are many differents between males and females in intelligence. Means, the males usually outscores females on tests of methematical reasoning and spatial relations (rite, is it? :D)” tak semena-mena golongan yang rijal ini bertepuk tangan bagai dah menang sesuatu. Kemudian prof tu menambah lagi “but on the other hands, females scores higher than males on tests of crelical speed and accuracy, verbal fluency reading ability and fine dexterity (emm its not untrue)” dan kali ini yang girls ni pulak yang bertepuk tangan bagaikan diaorang jugak ada kelebihan yang patut dibanggakan.

Ana sendiri hanya memandang dan mengeleng-ngeleng sambil tersenyum dengan ape yang berlaku dan sebenarnya peristiwa-peristiwa seperti itu dah selalu di lalui ketika di sekolah dulu pun.

Perbezaan yang perlu diraikan.

Persoalannya di sini mengapa perbezaan atau kelebihan yang ada pada suatu pihak itu menyebabkan pihak yang satu lagi dilihat tak setara, tak setaraf dipandang tak mampu dan lekeh sedangkan apa yang kita perlukan apabila kita memahami kelebihan dan kekurangan yang ada antara kedua pihak ini, sepatutnyalah kita saling melengkapi antara satu sama lain dalam mencapai hadaf atau tujuan yang sama dalam suatu-suatu perkara.

Sebagai suatu contoh, dalam menghandle sesuatu program, kita memerlukan orang yang mahir dalam kerja-kerja seni, hias-menghias, gubah-mengubah bunga-bungaan dan sebagainya untuk memperelokkan pentas yang akan digunakan. Disini kita lihat betapa sesuainya mereka yang digelar ‘perempuan’ ini untuk kita serahkan kerja-kerja tersebut. Selebihnya untuk mengangkat barang-barang yang berat, bergerak kesana kemari, kita melihat golongan ‘lelaki’ ini lebih kuat dan mampu untuk melakukan kerja-kerja demikian. Dan untuk mempengerusikan majlis, memberikan pengisian, lelaki dan perempuan ini masing-masing dilihat mampu dan boleh untuk diketengahkan maka di sini kita bertoleransi dan memberikan peluang kepada semua pihak dan akhirnya program yang dianjurkan itu akan berjaya dan berlangsung sebagaimana yang diharapkan.

Begitulah sebenarnya apa yang patut kita lakukan apabila kita berhadapan dengan pertembungan antara peranan dan keistimewaan lelaki dan perempuan ini dalam banyak perkara. Dan itulah sebenarnya apa yang ingin ana sampaikan dalam ucapan akhir sempena majlis penutup kelas Us Fauwaz semalam. Perlunya kerjasama yang berterusan antara adik-adik, ahli-ahli PERUBATAN baik ikhwah ataupun akhawat dalam banyak perkara. Bukan maksud ana untuk menggalakkan ikhtilat di kalangan ahli2 perubatan.namun disitu kita memahami adanya ikhtilat yang dibenarkan oleh syarak yang patut sama-sama kita berlapang dada dan kita raikan dalam kita mencapai hadaf dan tujuan yang sama sesuai dengan firman Allah dalam surah Sof ayat 4:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Segala kekurangan yang ada dapat ditampung oleh mereka yang lebih berpengalaman, mampu untuk menghadapi dan sebagainya. Begitulah juga halnya dengan hubungan antara ikhwah sesama ikhwah dan akhawat sesama akhawat. Masing-masing pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan masing-masing pun perlu bantu-membantu dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan.

Sebenarnya bukan maksud ana untuk menegur lebih-lebih atas hubungan yang ada di kalangan pelajar perubatan antara ikhwah dan akhawatnya as pada ana hubungan yang ada sebenarnya sedang berjalan dengan baik dan ada usaha untuk membaikkannya cuma kadang-kadang ada beberapa perkara yang masih perlu untuk diambil perhatian dan masing-masing pun perlu memahami dan menghormati antara satu sama lain. Sebab itu ana menekankan juga aspek perlunya rasa menghargai dalam diri kita semua. Menghargai apa yang kita ada. Menghargai orang di sekeliling kita, kerana Dia tidak memberikan itu semua hanya sekadar ‘saja-saja nak bagi’ tapi perlunya di sana kita menghargai pemberiannya. Sama halnya dengan nikmat-nikmat lain yang dianugerahkan kepada kita, nikmat mata untuk kita melihat perkara-perkara yang baik, tangan untuk kita membantu orang lain, mulut untuk kita makan makanan yang baik, mendapatkan tenaga untuk beribadah kepadaNya dan sebagainya. Itu cara untuk kita menghargai pemberian-pemberian Allah tu. Begitu juga dengan nikmatnya kita hidup bersama-sama di bumi Mesir ini, perlunya kita menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita. Moga diri sendiri dan yang lain pun dapat memperbaiki perkara ini.

Wallahu’alam.

Ps: jangan salah anggap plak ttg entry kali ni ya. Ikhwah akhawat medic Mesir insyaAllah ok2 ja dan hidup dalam rukun dan damai :D sekadar mencoret untuk melihat realiti di banyak tempat di seluruh dunia sebenarnya... sama-sama kita menilai insyaAllah.

Tuesday, April 3, 2007

Nak Exam dah...

InsyaAllah exam dah tak lama lagi. Start 24 Mei ini dan akan berakhir pada 26 Jun. So dah kene mulakan study dari sekarang. Walaupun ramai yang kata forth year ni cukup-cukup mudah dan insyAllah easy to score. Diri sendiri pun rasa cam pelik sangat tahun ni. Susah nak tumpu dan concentrate to study. Mungkin banyak komitmen lain pada tahun ni menyebabkan sedikit sukar menyesuaikan diri. Apapun tiada alasan untuk terus berusaha kan? Dan sememangnya sepanjang hidup ini adalah untuk terus bekerja dan berusaha hingga ke pengakhirannya. Doakan moga dipermudahkan segala usaha untuk saat-saat akhir menjelang imtihan akhir ni. Kat bawah adalah ringkasan utk cover subject clinical ENT kali ni. so sape2 yang nak rujuk sila rujuk ya. Bittaufeeq Wannajah InsyaAllah..! Clinical Importance of ENT. Important point. Definition. : Causes : The causes use to be 'CINTA' (Congenital, Inflammation, Neoplastic, Traumatic, Al-Baqi such as allergic) Clinical Picture : - Symptoms : (any subjective evidence as perceived by the patient) - Signs : (objective symptoms – evidence to the observer – can be seen can be measured) Examination : (Diagnose the disease) Investigation : (Confirmation of disease, measure the expand of the disease, plan for the treatment of the disease) Complication : Treatment : EAR 1. Common symptoms of ear disease : • Pain • Deafness (hearing loss) • Tinnitus • Discharge • Vertigo • Nystagmus • Facial paralysis 2. Other sypmtoms related to the ENT (nose, pharynx or larynx) 3. General Symptoms : headache, face ache, fever, etc Disease of the External Ear Congenital Diseases: 1. Microtia, macrotia, anotia, accesory auricle & Bat ear 2. Periauricular fistula – non infected, infected or closed by edema. 3. Congenital Meatal Atresia – unilateral, bilateral with middle and inner ear intact, bilateral with middle ear deformity and inner ear intact, bilateral with middle ear and inner ear absent) 4. Inflammatory Disease: 1. Localized : Furunculosis 2. Diffuse : * Pyogenic * Allergic * Fungal * Viral * Malignant Otitis Externa Neoplastic : 1. Exostosis 2. Malignant tumour Traumatic : 1. Haematoma Auris 2. Traumatic Perforation (direct trauma, sudden air compression, sudden water compression) 3. Foreign Bodies (vegetable – big/small, non vegetable) 4. Otitic Barotrauma Al-Baqi : 1. Ear Wax Diseases of the Middle Ear Congenital : 1. Middle ear aplasia (absent ME) 2. Abnormal ossicles 3. Others: * dehiscence of floor and exposure of jugular bulb * dehiscence of the bony Facial Nerve Canal * Anomalies in the course of facial nerve Inflammatory Disease : 1. Acute Suppurative Otitis Media (ASOM) – infant/children, adult 2. Chronic Otitis Media – CSOM (attico-attic or cholesteatoma), Chronic Non suppurative OM 3. Chronic Secretory Otitis Media (Otitis Media with effusion) 4. Chronic Adhesive Otitis Media Complication of Otitis Media 1. Cranial • Mastoiditis • Petrotitis • Facial paralysis • Labyrinthitis 2. Intracranial • extradural abscess • Meningitis • Brain Abscess • Lateral Sinus Thrombosis 3. Extracranial • external otitis • Jugular vein thrombosis • Bezold’s abscess • Retropharyngeal abscess Neoplastic : 1. Glomus tumour – Tympanicum, Jugulare 2. Squamous Cell Carcinoma (SCC) Traumatic : 1. Otitic Baratrauma 2. Ossicular disconnection 3. Fracture of temporal bone 4. Foreign body in the middle ear Al-Baqi : Nothing but take note about Myringotomy, Mastoidectomy, Tympanoplasty operation. Diseases of Inner Ear 1. Meniere’s disease 2. Acoustic Neuroma Take note about : 1. Audiometry 2. Tympanometry

Salam Maulidurrasul

Ya thaibah...

Kempen Akhlak Mulia...

Dari http://thezikr.blogspot.com

"Siapa yang ingin berdosa? Tidak! Jika mudah boleh memilih, pasti semua insan ingin jadi baik, ingin membahagiakan orang lain dan ingin dibahagiakan. Tapi, seringnya tetap begini, tetap berdosa dan berdosa. Walaupun sudah bertaubat dan serik untuk berdosa lagi, tapi selalu tetap diulangi lagi kesalahan, Oh Tuhan, mengapa begini? Aku ingin jadi baik. Aku cemburu dengan kebaikan orang lain...tapi mengapa aku tidak dapat jadi seperti mereka?" KEMPEN AKHLAK MULIA PERUBATAN '07 Sama-sama mengajak sahabat-sahabat PERUBATAN yang lain untuk mempertingkatkan amalan-amalah sunat disamping amalan-amalan wajib yang wajib dilakukan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara maksiat yang terlarang. Antara tumpuan kempen kali ini,
  • Menggalakkan ahli untuk menyempurnakan solat berjemaah di Masjid setiap kali masuk waktu solat.
  • Bersedekah walau dimana dan bagaimana keaadaannya, walaupun sedikit.
  • Ikhtilat sifar, menjelaskan tentang batasan pergaulan antara ikhwah dan akhawat mengikut yang telah digariskan oleh syariat.
Moga walau sebelum ini kita tidaklah begitu baik, tidak lah begitu dithiqahi namun selepas ini biarlah ada dalam hati kita sekelumit niat untuk berubah menjadi baik! JOM JADI BAIK!!

Berilmu dalam beramal...

Sesuatu yang cuba kita sampaikan...

  • 10% melalui apa yang kita ucapkan.
  • 40% daripada intonasi suara yang kita gunakan.
  • 50% daripada bahasa badan (body language) yang kita gayakan
Sumber:Kuliah Dr Muhammad dan buku practical Community Medicine Ain Shams University. Pernah suatu ketika seseorang berkata
"Jangan melihat apa yang aku lakukan, sebaliknya dengarlah apa yang aku katakan"
Realitinya apa yang kita tonjolkan melalui pergerakan dan tingkah laku kita sebenarnya lebih dinilai dan diperhatikan berbanding apa yang kita katakan tentang sesuatu perkara. Justeru berusahalah untuk mempraktikkan ilmu yang kita ada dan dalam masa yang sama menyeru kepada mereka di sekeliling kita untuk sama mengamalkannya.Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang melawat ke sini. Dan satu lagi untuk kita sama-sama pegang dan beringat. Biarlah "Berilmu dalam Beramal" kepadaNya... Wallahu a'lam. Jazakumullah Khairan Kathira...
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sesungguhnya besar murka di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As Sof: 2-3)

Monday, April 2, 2007

Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman

Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman Oleh : Muddin Beting   Meskipun zahir bentuk bashari, Batinnya bangsa terlalu safi, Kerana peri haknya ruhani Pernah berkata lisannya murni: Sebagai nabi aku terkandung Dalam rahasia di Balai Agung, Padahal Adam masih terapung Antara air dan tanah lempung. Meskipun rupaku anak Adam, Darjatku asal terlebih kiram. Tatkala Adam belum teringat, Tatkala Kalam belum bersurat Dan Papan tulis belum tercatat, Sudah terpandang oleh kunhi Zat Seri wajahku di dalam mirat. Sinaran sani cahaya kamalat, Pancaran murni asma dan sifat, Rumusan seni segala makhlukat Yang zahir pada cermin hakikat Dalam diriku semua terlibat. (Puji-pujian Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salla’ Llahu alayhi wa sallam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku Risalah Untuk Kaum Muslimin) Utusan Terakhir Suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w. mendapat ejekan daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Al-`As bin Wa`il, Uqbah bin Abi Mu`ith dan lain-lain bahawa Baginda akan terputus keturunan kerana semua anak lelaki Baginda meninggal dunia. Salah seorang daripada mereka berkata, “Biarkanlah dia. Dia akan mati tanpa meninggalkan seorang pun anak lelaki. Dan perjuangannya tidak lama lagi akan berakhir begitu sahaja”. Tipu daya kecil mereka memberi kesan sedikit sebanyak, menusuk hati dan membuatkan Baginda berasa sedih. Arab Quraisy sememangnya amat bermegah dengan anak yang banyak lebih-lebih jika anak lelaki. Namun telahan mereka meleset sama sekali. Mereka memikirkan Baginda sebarangan orang, sama seperti tokoh-tokoh dan pemuka Quraisy yang lain. Hakikatnya, hingga kini Baginda sentiasa diingati, bukan sahaja sewaktu awal kewafatannya bahkan hingga ke akhir zaman. Berjuta lidah sentiasa menyebut dan menyeru namanya tanpa henti di sepanjang longitud bumi, berjuta manusia bersilih ganti menuruti sunnahnya, dan berjuta hati sentiasa mencintainya di seluruh pelusuk dunia. Baginda sentiasa diberi ucapan salawat dan salam oleh Allah subhanahu wa ta`ala, para malaikat dan oleh kaum muslimin. Kaum muslimin mengingati dan menyebut nama Baginda lebih kerap daripada menyebut dan mengingati nama ibu bapa sendiri. Baginda diingati kerana Baginda Nabi Allah, penghulu dan penutup segala nabi dan rasul terdahulu sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi Isa a.s, kekasih Allah dan kekasih malaikat. Bagindalah satu-satunya insan teladan yang dapat dijadikan panduan dan ikutan dalam serba-serbi lapisan dan lapangan kehidupan. Beriman kepada Allah tidak lengkap tanpa beriman kepada Baginda kerana Bagindalah yang menyampaikan perintah Allah. Nama baginda sentiasa seiring dengan nama Allah dalam kalimah shahadat. Seseorang yang beriman dengan Allah tetapi menolak kerasulan Baginda, sama ada menolak sepenuh atau sebahagian daripada ajarannya, adalah kufur. Pengakuan dan penyaksian kepada Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang membezakan kaum muslimin dengan penganut-penganut agama lain. Teruskan pembacaan di sini... Wallahu'alam...:D

Sunday, April 1, 2007

Salam Maulidurrasul...

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah segala puji buat diriNya yang merupakan sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan dan hala tuju hambaNya di muka bumi ini. Walaupun pada awalnya lain daripada yang dirancang tapi alhamdulillah dapat menyempurnakan beberapa perkara sepanjang hari ini. Bermula bangun pagi yang agak lambat, terus bersama-sama Iqbal menuju ke Mansurah untuk pelancaran kempen kecemerlangan dan akhlak mulia peringkat PMC, PERUBATAN Mansoura Chapter. Alhamdulillah dapat sampai ke sana sebelum majlis bermula. Seronok mendengar Iqbal berceloteh memberikan motivasi kepada adik2 di Mansurah yang rata-ratanya adalah pelajar-pelajar tahun 1. Apepun mudah-mudahan kunjungan kami ke sana dapat memberi sedikit sebanyak dorongan dan semangat utk diaorang terus berusaha dan melipat gandakan gerak kerja menjelang imtihan kali ni. Pepun kempen akhlak mulia tu jangan lupe yer. Sekurang-kurangnya timbulkanlah niat dalam diri untuk jadi seorang yang baik. Walaupun sebelum ni mungkin kita tidak sangat menjaga aspek ini dalam diri kita. Tak kisah apa pandangan orang lain terhadap diri kita. Tapi cubalah untuk berubah. Jika tak baik sebelum ini. Cuba untuk jadi baik. dan kalau dah baik, cubalah untuk jadi lebih baik. Aslih Nafsak Wad'u Ghairak. InsyaAllah... Kemudian, selepas pelancaran dan ceramah motivasi oleh Iqbal, ada forum kecemerlangan pula yang melibatkan Zulhazmi, kak KD dan my junior from SHAMS, Nadiah. Habis forum barulah balik ke kaherah. Penat tapi alhamdulillah seronok bersama-sama berjumpa adik2 di sana. InsyaAllah lain kali boleh la lagi jumpa abangku ni yer ;) Keyla actually tak larat nak citer lagi sebenarnya baru balik main boling dengan adik-adik circle :D camana boleh kalah ngan adik-adik ni. takpe insyaAllah lain kali boleh kalahkan diaorang pulak. penat hari ni kot... alasan!! Keylah, sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah ni, sama-samalah untuk kita hayati kembali sejarah perjuangan baginda yer. dan tanamkanlah dalam diri kita utk sama-sama memperjuangkan apa yang diperjuangkan baginda dalam hidup ini. Bukan sekadar cakap-cakap dan berteori sahaja namun insyaAllah kita sama-sama lah cuba melaksanakannya. Moga dengan itu dimudahkan kita untuk mendapatkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak kan? insyaAllah. Keylah Kullu Sanah Wa antum Bilkhair... Jumpa lagi insyaAllah. Muhammad, Rahmat Seluruh Alam... Ketika cahaya tauhid padam di muka bumi, maka kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Di sana tidak tersisa orang-orang yang bertauhid kecuali sedikit dari orang-orang yang masih mempertahankan nilai-nilai ajaran tauhid. Maka Allah SWT berkehendak dengan rahmat-Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan. Dan ketika malam mencengkam, datanglah matahari para nabi. Kedatangan Nabi tersebut sebagai bukti terkabulnya doa Nabi Ibrahim as kekasih Allah SWT, dan sebagai bukti kebenaran berita gembira yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Allah SWT menyampaikan salawatnya kepada Nabi itu, sebagai bentuk rahmat dan keberkahan. Para malaikat pun menyampaikan salawat kepadanya sebagai bentuk pujian dan permintaan ampunan, sedangkan orang-orang mukmin bersalawat kepadanya sebagai bentuk penghormatan. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Al-Azhab: 56)
Sebelumnya Allah SWT mengutus para nabi-Nya sebagai rahmat kepada kaum dan zaman mereka saja, namun Allah SWT mengutus beliau saw sebagai rahmat bagi alam semesta. Beliau saw datang dengan membawa rahmat yang mutlak untuk kaum di zamannya dan untuk seluruh zaman. Allah SWT berfirman, "Dan aku tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta." Hakikat dakwah para nabi sebelumnya adalah menyebarkan Islam, begitu juga ajaran yang dibawa oleh Nabi yang terakhir adalah Islam. Beliau saw adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdul Muthalib, anak seorang wanita Quraisy. Beliau saw adalah pemimpin anak-anak Nabi Adam as. Beliau saw adalah hamba Allah SWT dan Rasul-Nya, serta rahmat Allah SWT yang dihadiahkan kepada umat manusia.

Monday, March 26, 2007

Sahabat...

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat
Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri
“Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” ( Hadis riwayat Muslim )

Sunday, March 25, 2007

Ingatlah Dia...

Kadang-kadang kita berasa cukup down. Memikirkan masalah itu dan ini. masalah peribadi, masalah pelajaran, masalah persatuan, masalah ukhuwwah, masalah keluarga dan pelbagai bagai seribu satu masalah yang lain yang menimpa diri. Di tambah dengan maksiat yang kita lakukan pula sehari-hari sehingga kadang-kadang kita sering memikirkan, apakah kesudahannya kita di dunia ini? Kemana arah tuju kita sebenarnya? Kemana perjuangan dan hadaf kita dalam hidup ini? Apakah yang kita cari? Kebahagian mana yang hakiki yang kita mahukan? masih adakah harapan untuk diri kita dalam mengejar apa yang sebenarnya yang kita perlukan dalam diri? kita kadang-kadang buntu dan buntu. Namun lupakah kita pada ayat yang berbunyi."Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...?"
Suatu kisah yang pernah ana ceritakan sebelum ini, kisah berkenaan seorang sufi yang cukup terkenal suatu masa dahulu, sezaman dengan Fudhail bin Iyadh, Abdullah ibn Mubarak.Abdullah bin Mubarak suatu ketika adalah merupakan seorang pemuzik yang cukup terkenal di zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid.(mungkin lebih sikit dari M. Nasir tika ini) dan cukup leka dengan muziknya. Suatu hari ketika sedang berehat di bawah sepohon pokok yang padanya ada seekor burung sedang menghinggap, dia bermain dengan alat muziknya sehingga terdengar olehnya suatu suara yang berbunyi "alaa bizikrillah tatmainnul qulubb" (tidakkah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang) suara itu kedengaran berulang2. Diamat-amatinya suara itu lalu tahulah dia bahawa suara itu datang dari si burung. Lalu katanya " wahai burung engkau sentiasa mengingati Allah sedangkan engkau tidak akan dihisab di akhirat kelak sedang aku sentiasa lalai dengan muzikku dan akan dihisab segala perbuatanku di akhirat kelak." Lalu dari situ dia membuang segala alat muziknya dan mengkaji ilmu hadith hingga digelar amirul mu'minin dalam bidang hadith ini...
Hebat...hebat...hebat!! SubhanaAllah.
Si burung kecil juga sentiasa mengingati Allah, berzikir kepadaNya tanpa lalai.Mengapa kita yang dapat berfikir dapat menilai ini sentiasa leka kepadaNya. Ingatlah Allah setiap masa. Ingatlah Allah tika kita suka dan duka. Ingatlah Dia... Ok, ke kuliah dulu. Jumpa lagi ya...:)