Wafi: Hai... penat betul lah, kene taik burung lagi baju ni.
Saya: Tak apa wafi, boleh bawak sembahyang lagi, tak najis
Wafi: ye ke?
Saya: Ya, hari ustaz Hairul ada cakap, kira dimaafkan.
Wafi: Tapi tak sampai la maksud aku basuh baju ni kan?
Saya: Ayyark! (Tergelak saya dan idil mendengarkan kata-kata wafi tu)
Sekadar selingan...
Hari ini saya menduduki clinical exam untuk round cardiology. Alhamdulillah. dapat lalui dengan baik. Sedih sebenarnya. memanglah boleh jawab dengan baik cuma semuanya patient tu yang tolong jawabkan. Sememangnya patient-patient di sini memang suka membantu pelajar-pelajar mendapatkan jawapan untuk setiap case yang dilalui.Mungkin hari ini mereka membantu pelajar itu untuk mendapatkan jawapan namun saya tidak pasti ia mampu untuk membantu pelajar tersebut menjadi seorang doktor yang baik pada masa hadapan ataupun tidak.
Saya awalnya cuba untuk tidak mengikut apa yang dicakapkan oleh patient tersebut sebelum benar-benar menjumpai apa yang dicari. Dan apabila kurang pasti dengan sign yang dicari saya menulis sahaja apa yang disebut oleh patient itu.
Case Pertama:
Auscultate the base of the heart
- harsh versicular, ejection systolic murmur, aortic stenosis.
ECG : Comment on ST segment
- ST elevation on leads V1 V2 and V3 maybe acute anterior myocardial infarction
Case Kedua:
Check for the pulse
- Rate, 65/minutes
- Irregular
- Equal on both side
- Variable volume
- No special character
- No peripheral pulsation
- Maybe AF, Atrial Fibrallation.
Mungkin jawapan yang saya peroleh ini tepat cuma sedikit terkilan la bila jawapan tersebut adalah apa yang patient itu sendiri yang menyebutnya. Apapun selepas menulis semua jawapan tersebut, saya kembali memeriksa patient itu dan benar-benar menjumpai sign-sign yang diperlukan itu. Mudah-mudahan untuk kali yang seterusnya saya lebih yakin dan mampu untuk mendapatkan jawapan bagi setiap case yang dilalui. InsyaAllah.
Cardio dah selesai jumpa pula di Round GIT selepas ini. Bittaufeeq buat yang lain-lain yang bakal menduduki final xm tak lama lagi. Moga dipermudahkan insyaAllah.
Jazakumullah Khairan Kathiraa...
Tuesday, May 6, 2008
Sunday, December 2, 2007
Pesan Pak Hamka...
Mungkin pada kita atau orang yang bertanya,baik kita jadi seperti orang yang tidak terlalu menjaga dari rupa luarnya, tidak menutup aurat, tak solat dan sebagainya namun baik dari segi akhlak dan pergaulan berbanding orang yang sebaliknya. Namun apa jawab Pak Hamka?
Sekadar noktah renungan untuk sama-sama kita terus mengoreksi diri, jadilah orang yang sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah dengan menjaga segala perintah dan suruhannya namun dalam masa yang sama, jagalah hubungan kita sesama manusia, kerana itu juga modal untuk perlukan untuk menuju ke syurga...
Taqwa, Syifa, Rahmah :D
PS: Ayat yang digunakan Pak Hamka mungkin berbeza tapi tu la lebih kurang bunyinyer :D
Perkongsian
Dr Kadir
at
11:09 PM
0
Maklum balas
Monday, June 18, 2007
Kucing yang cute...
Perkongsian
Dr Kadir
at
5:43 PM
3
Maklum balas
Labels: Santai
Friday, June 1, 2007
Hari ini...
Universiti Ain Shams yang dicintai..
Itulah doa yang saya panjatkan dan sempat saya pesan kepada sahabat yang sama-sama terbang bersama saya pada awal berlepas daripada KLIA empat tahun lalu. Dan akhirnya saya ditakdirkan berada di Ain Shams University sehingga ke hari ini. Dan kerana saya percaya inilah universiti yang telah telah ditentukan untuk saya, maka saya amat menyayanginya. Walaupun saya sedar banyak kelebihan lain yang ada jika saya berada di Universiti Kaherah (sebenarnya, sebelum ke sini saya lebih berharap untuk berada di Universiti Kaherah) dan ramai yang merungut dan memperlekehkan universiti saya kerana sistem dan pembelajaran yang tidak sekemas Universiti Kaherah(mungkin) namun saya tetap tidak kisah dan cukup-cukup bersyukur berada di univesiti ini. Dan jika diberikan pilihan untuk menukar universiti dari Ain Shams ke Kaherah(sebelum memasuki tahun klinikal, pelajar-pelajar boleh untuk bermohon menukar tempat dari suatu universiti ke universiti yang lain dalam mesir setelah menamatkan tahun 3) tentu saya tidak akan berbuat demikian. InsyaAllah saya akan tetap di sini. So buat adik-adikku yang bakal kemari. Buat lah pilihan dan banyakkan berdoa ya.
1 Jun 2007 dan 16 Jamadil Awal 1428H
Cukup cepat waktu berlalu. Tengku Mohammad Ridhwan yang saya tinggalkan sebelum melanjutkan pelajaran ke sini yang pada waktu itu baru berusia 2 tahun hari ini sudahpun menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima. Moga terus membesar dan jadi orang yang berguna yer dik.
Tengku Mohammad Ridhwan ketika usia mungkin tak sampai setahun lagi;)
Tak tau la besar nanti nak jadi apa ni...
Jazakumullah Khairan Kathiraa...
Perkongsian
Dr Kadir
at
3:04 AM
8
Maklum balas
Monday, May 21, 2007
Practice makes Perfect
Thursday, May 3, 2007
ESS...
Assalamualaikum wbt...
"Mengapa Mahu Menjadi Doktor?" Begitu bunyi tajuk entry ustaz Hasrizal dalam blog Saiful Islam semalam. Sebenarnya saya sendiri ingin mengeluarkan entry yang sama sebelum ini untuk bercerita atau sekurang-kurangnya memberi jelas kepada mereka yang berada dalam bidang Perubatan ini tentang apa yang dicari sebenarnya bila kali pertama menjejakkan kaki bergelar pelajar Perubatan kerana yang pastinya kerja seorang doktor bukan hanya pada mengubati pesakit, memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan, memberi ubat itu dan ini namun apa yang lebih penting adalah peranan yang akan kita mainkan apabila bergelar doktor nanti. Kesedaran kita bahawa pekerjaan sebagai seorang doktor ini memerlukan kita terlibat dengan manusia, berhubung dengan hidup dan mati manusia, perasaan manusia, dan tingkah laku manusia yang memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi fizikal, ilmu dan mental untuk menghadapi kesemuanya.
- Justeru, entry Ustaz Hasrizal itu rasanya dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita betapa pentingnya nilai yang dilihat dalam kita mengejar sesuatu dalam kehidupan kita. Tidak kira samada kita ini seorang doktor, jurutera, guru, juruterbang, ustaz atau sebagainya, namun nilai itulah yang akan kita lihat sebagai pengukur berjaya atau tidaknya kita dalam kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Ada point yang ingin saya kongsikan sebenarnya tapi belum mampu untuk disampaikan. Belum ber'masa' untuk merangkanya sebaik mungkin. Ada perkara yang lebih penting untuk didahulukan kan?InsyaAllah di lain kali kita berkongsi.
- Cuma buat 'fatrah' 2, 3 bulan ber'imtihan' ini pelajar-pelajar PERUBATAN di Mesir ini akan biasa menghadapi Exam Stress Syndrome (ESS) - mengambil dari kata Jiman. Saya tidak tahu samada syndrome ini juga melanda pelajar-pelajar Perubatan atau jurusan-jurusan lain di tempat-tempat lain atau tidak tetapi tempoh peperiksaan yang panjang kerap kali akan menyebabkan pelajar merasa 'down' atau dalam erti kata lain 'stress', 'putus asa', malas belajar dan sebagainya. Mungkin di awal, mungkin di tengah malah di akhir peperiksaan pun mungkin berlaku.
- Apapun tiada apa dapat dilakukan melainkan teruskan ingatkanlah diri tentang apa sebenarnya tujuan sebenar datang ke sini? Sebab apa ambil perubatan? Ingatkah tidak kepada mak dan ayah? Diaorang nak kita berjaya dalam hidup so mahukah hampakan harapan mereka?
- "Tau semua tu, ingat tujuan tu, mmg aku ambik medic ni nak bantu ummah, nak berdakwah, nak tuntaskan harapan mak dan ayah, bagi diaorang bangga, nak jadi doktor yang baik, tegakkan syiar Islam bla bla bla tapi still rasa down dan tak boleh studi jugak"
- Emm kalau begitu jawabnya, mesti ada masalah lain yang mengganggu, mungkin kita tak faham tentang apa yang kita nak studi tu sebenarnya. Atau mungkin masalah tempat study yang kurang kondusif (lampu tak terang, meja kecil tak muat, bilik sempit etc), mungkin gangguan dari teman-teman. Justeru cubalah untuk atasi segala masalah-masalah itu ya. Cuba cari di mana silapnya dan cepat-cepat ubah dan atas dengan sebaiknya.
- Moga-moga masing-masing pun terus semangat untuk menghadapi hari-hari yang kian mencabar ni. Baik!! sama-sama berusaha insyaAllah. "Dan bila kamu berazam, maka bertawakkal kepada Allah"
- Oh ya, malam Jumaat lepas alhamdulillah dapat buat batch 2003 gathering. Alhamdulillah semua pun dapat datang. Lengkap!! Majlis yang diisi dengan bacaan Yasin, Solat Magrib Jemaah, Solat Hajat dan akhirnya dengan makan tu dapat diadakan dengan sebaiknya. Moga lepas ni masing-masing pun akan lebih bersemangat untuk buat yang terbaik dalam final nanti INSYAALLAH... :)
Perkongsian
Dr Kadir
at
12:29 AM
0
Maklum balas
Sunday, April 15, 2007
Makan-makan
Lama tak bertemu, agak sibuk dengan kerja-kerja meng’cover’ pelajaran yang masih bertimbun lagi. Imtihan akhir dah tak lama lagi dan mudah-mudahan masa yang ada cukup untuk pastikan diri cukup bersedia menghadapi imtihan dengan sebaiknya.
Sebenarnya dua-tiga hari ni rasa cam lemah sangat, tak bermaya sangat, tak sihat sangat. Rasa cam ada sesuatu yang silap je dengan badan sendiri ni. Cepat rasa mengantuk, susah nak bangun tidur, jaga pun tak boleh nak concentrate dalam lakukan sesuatu kerja. Pelik! Kemudian bila-bila fikir balik, apa yang dialami ni mungkin ada kaitannya dengan apa yang kita makan sehari-hari. Baik atau tidaknya makanan yang kita makan yang akhirnya akan beri effect kepada badan kita. Mungkin makanan kita tu berminyak sangat. Mungkin berlemak sangat. Mungkin sayur2an yang dimakan tu tak segar, kurang makan buah dan macam2 lagi yang akhirnya menyebabkan badan jadi tak bermaya, lemah kerana kandungan toxic (racun) yang tinggi dalam badan disamping sistem2 yang membuang segala kandungan toxic dalam badan ni seperti.
· buah pinggang
· hati
· kulit (peluh)
· GIT (najis)
Tak dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Mungkin rosak, mungkin malas, mungkin juga terlalu dibebankan dengan macam-macam jenis makanan yang tak berkhasiat (sebab tu kita disyariatkan puasa sebulan dalam setahun, 2 kali (sunat) dalam seminggu). Rugi kan? Makanan yang kita makan yang patutnya jadi tenaga dan beri kekuatan untuk kita melaksanakan tuntutan dan kewajipan kepadaNya akhirnya menyebabkan badan jadi lemah dan tak bermaya. Bila dah obese lagi la. Jalan pun dah tak larat. Apapun ana sendiri antara golongan yang susah nak jadi gemuk sebenarnya walaupun makan banyak. Mungkin genetik dan ada sahabat-sahabat yang akan berkata bila lihat ana kuat makan “Ko ni Dir, bela cacing ek? Makan banyak tapi tak besar jugak” :D
Key mungkin sebagai sedikit pengisian kali ni jom kita check ttg adab2 ketika makan yang dipetik daripada kitab Mau’izatul Mukminin karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Actually petikan ni adalah antara isi program Kempen Penghayatan Sunnah oleh BPI PERUBATAN tahun ni. sama-sama ambik iktibar dan amalkan ya. InsyaAllah.
Sunnah ketika ingin memulakan makan.
1. Pastikan makanan yang hendak dimakan itu dari sumber yang halal.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu.” (an-Nisa’: 29)
2. Membasuh tangan sebelum makan.
3. Niatkan makan untuk bertaqwa kpd Allah,menguatkan badan utk beribadah kepadaNya
4. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
5.Redha dengan makanan yang dihidangkan kepadanya.
6. Sebaik-baik makanan adalah makanan yang dijamah oleh tangan yang banyak, iaitu tidak dimakan sendirian.
Sunnah Ketika Makan.
1. Memulakan dengan kalimah basmallah
2. Menggunakan tangan yang kanan.
3. Sedaya upaya mengecilkan suapan.
4. Makan dengan tertib, mengunyah dengan sempurna, tidak gelojoh.
5. Tidak mencela hidangan, makanan yang dimakan.
6. Makan makanan yang dekat dengan dirinya. Kecuali buah, maka boleh dihulurkan.
7. Tidak mengesat makanan dengan roti, atau makanan lain. Tidak meniup air yang panas.
8. Kalau memakan kurma, letakkan biji di dalam suatu bekas atau dalam telapak tangan.
9. Jangan terlalu banyak minum ketika makan.
10. Minum dengan mengambil gelas menggunakan tangan kanan.
11. Meneguk seteguk demi seteguk
12. Jangan bersendawa atau bernafas dalam bekas air.
13. Jika menyampaikan air kepada orang lain, mulakan dengan di sebelah kanan.
14. Sebaik-baiknya minum dengan tiga nafas.
Sunnah Selepas Makan.
1. Berhenti makan sebelum berasa terlalu kenyang.
2. Membasuh tangan dan membersihkan celah-celah jari dan gigi.
3. Mengucapkan syukur kepada Allah dengan sebenuh hati dan menganggap ia sebagai nikmat daripada Allah.
“Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya.” (al-Baqarah: 172)
4. Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia mendoakannya:
“Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyakkanlah kebaikannya dan berkatilah ia dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian tergolong orang-orang yang mensyukuriMu.”
5. Sekiranya diketahuilah bahwa ia termakan barang-barang yang ada syubhat, maka hendaklah ia memperbanyakkan memohon keampunan dan menunjukkan kesedihan atas ketelanjurannya itu.
Makanlah dengan penuh keinsafan bahawa apa yang dimakan itu akan menjadi unsur yang membentuk tubuh badan dan keperibadian diri. Makanlah makanan yang baik untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Kempen Akhlak Mulia
Biro Pembangunan Insan PERUBATAN
Tarikh 13 April sebenarnya antara tarikh-tarikh penting dalam keluarga ana, tarikh ni lah bermulanya kehidupan mak dan ayah sebagai suami dan isteri yang sah. Tak tahu ada sambutan tak untuk 13 April lepas kat rumah as sebelum ni seingat-ingat ana mmg ayah dan mak tak pernah menyambut tarikh tersebut. Mungkin kerana mereka menganggap semua hari pun sama sepanjang kehidupan bersuami isteri ni dan setiap hari pun perlu dijalani dengan sebaiknya menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini dalam kehidupan bersuami isteri. ‘ala kulli hal buat mak dan ayah selamat ulangtahun perkahwinan dan doakanlah agar anakandamu ini mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan yang telah kalian curahkan selama ini.
“Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika kecilku”
Emm sebenarnya semalam juga adalah merupakan tarikh yang penting juga dalam hidup ana, kalau Ustaz Hasrizal menyambut ulangtahun kelahirannya dan mengenang bertambahnya umurnya dan dekatnya diri dengan kematian serta semakin singkat modal usia untuk berbakti, ana pula punya alasan tersendiri untuk mengenang tarikh tersebut sebagai suatu tarikh bermulanya suatu yang baru dalam hidup yang mampu mengubah persepsi dan perjalanan hidup ana untuk masa hadapan. Perjalanan masih jauh, cita-cita masih tinggi dan Allah mempermudahkan segala.
Baik, sekian untuk kali ni, moga kita sama-sama dapat tingkatkan semangat dan usaha untuk sama-sama berjuang untuk Islam, jaga makan jaga kesihatan ada peluang nanti ana cerita plak ttg camana nak buang toxic2 tu dalam badan ya ;) Mintak maaf salah dan silap dan entry kali ini sebenarnya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Yang gemuk jangan terasa ya, yang kurus serupalah kita. Yang penting gunakan kesihatan yang ada untuk sama-sama berbakti kepadaNya.Doakan ana untuk imtihan akhir yang bakal menjelma ini. Mudah-mudahan semuanya dirahmatiNya.
Jazakumullah Khairan Kathira...
Perkongsian
Dr Kadir
at
9:50 AM
2
Maklum balas
Monday, April 9, 2007
Ratu Balqis...
Assalamualaikum wbt... sahabat-sahabat yang dikasihi fillah. Pernah dengar tentang Ratu Balqis? seorang pemerintah di sebuah kerajaan yang subur bernama Saba'. Seorang pemerintah yang cantik dan pintar yang pada awalnya tidak mempercayai Allah sebagai tuhan yang wajib disembah sebaliknya mengabdikan diri dengan menyembah matahari namun akhirnya mendapat cahaya hidayah daripada Allah dan menjadi hamba yang taat dan isteri kepada seorang rasul utusan Allah, Nabi Sulaiman A.S. Bagi yang mungkin tidak pernah mendengar kisah Sulaiman dan Ratu Balqis ini bolehlah melawat laman ini. So tidak perlulah ana bercerita secara terperinci kisah mereka kan? Apa yang menarik untuk dibawa hanyalah untuk kita kembali memikirkan betapa tinggi dan besarnya nilai hidayah yang dikurniakan Allah kepada kita. Seorang yang tidak diperkenankan oleh Allah untuk menerima hidayahNya tidak akan dapat menemui kebenaran walaupun dihidangkan dengan pelbagai bukti dan hujah. Sebaliknya bagi mereka yang dikehendakiNya untuk mendapatkan hidayahNya dengan begitu mudah untuk dapat mempercayai apa yang diperkatakan tentang keesaanNya. Oleh itu, cubalah untuk menghargai nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita ini. Kadang-kadang kita lupa tentang itu, kita leka dengan dunia kita lalai dengan kesenangan menyebabkan kita cukup jauh dariNya. Sama-sama fikirkan dan banyak-banyak bersyukur kepadaNya ya. Jazakumullah Khairan Kathira...
Perkongsian
Dr Kadir
at
6:03 PM
3
Maklum balas
Sunday, April 8, 2007
Ma li Rabbun Siwa
Salam Alayk... Mari sama-sama dengar persembahan daripada kumpulan Indonesia yang sedang naik di perlembahan nil ni. Semalam ada persembahan mereka di arma. Tapi tak sempat nak pergi tengok. Komitmen lain lebih diutamakan. Apapun sama-sama kita dengarkan ya. Ma li rabbun siwa (tiada bagiku Tuhan selainNya) Kredit kepada senu
Perkongsian
Dr Kadir
at
11:01 PM
2
Maklum balas
Bersahabat, Bertaqwa...
Terjumpa gambar ini, dan rasanya baik untuk dikongsi bersama, moga persahabatan yang dibina bersama mendapat rahmat dan keredhaan dariNya.
Perkongsian
Dr Kadir
at
1:42 AM
0
Maklum balas
Tuesday, April 3, 2007
Sunday, April 1, 2007
Salam Maulidurrasul...
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah segala puji buat diriNya yang merupakan sebaik-baik perancang dan penentu kehidupan dan hala tuju hambaNya di muka bumi ini. Walaupun pada awalnya lain daripada yang dirancang tapi alhamdulillah dapat menyempurnakan beberapa perkara sepanjang hari ini. Bermula bangun pagi yang agak lambat, terus bersama-sama Iqbal menuju ke Mansurah untuk pelancaran kempen kecemerlangan dan akhlak mulia peringkat PMC, PERUBATAN Mansoura Chapter. Alhamdulillah dapat sampai ke sana sebelum majlis bermula. Seronok mendengar Iqbal berceloteh memberikan motivasi kepada adik2 di Mansurah yang rata-ratanya adalah pelajar-pelajar tahun 1. Apepun mudah-mudahan kunjungan kami ke sana dapat memberi sedikit sebanyak dorongan dan semangat utk diaorang terus berusaha dan melipat gandakan gerak kerja menjelang imtihan kali ni. Pepun kempen akhlak mulia tu jangan lupe yer. Sekurang-kurangnya timbulkanlah niat dalam diri untuk jadi seorang yang baik. Walaupun sebelum ni mungkin kita tidak sangat menjaga aspek ini dalam diri kita. Tak kisah apa pandangan orang lain terhadap diri kita. Tapi cubalah untuk berubah. Jika tak baik sebelum ini. Cuba untuk jadi baik. dan kalau dah baik, cubalah untuk jadi lebih baik. Aslih Nafsak Wad'u Ghairak. InsyaAllah... Kemudian, selepas pelancaran dan ceramah motivasi oleh Iqbal, ada forum kecemerlangan pula yang melibatkan Zulhazmi, kak KD dan my junior from SHAMS, Nadiah. Habis forum barulah balik ke kaherah. Penat tapi alhamdulillah seronok bersama-sama berjumpa adik2 di sana. InsyaAllah lain kali boleh la lagi jumpa abangku ni yer ;) Keyla actually tak larat nak citer lagi sebenarnya baru balik main boling dengan adik-adik circle :D camana boleh kalah ngan adik-adik ni. takpe insyaAllah lain kali boleh kalahkan diaorang pulak. penat hari ni kot... alasan!! Keylah, sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah ni, sama-samalah untuk kita hayati kembali sejarah perjuangan baginda yer. dan tanamkanlah dalam diri kita utk sama-sama memperjuangkan apa yang diperjuangkan baginda dalam hidup ini. Bukan sekadar cakap-cakap dan berteori sahaja namun insyaAllah kita sama-sama lah cuba melaksanakannya. Moga dengan itu dimudahkan kita untuk mendapatkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak kan? insyaAllah. Keylah Kullu Sanah Wa antum Bilkhair... Jumpa lagi insyaAllah. Muhammad, Rahmat Seluruh Alam... Ketika cahaya tauhid padam di muka bumi, maka kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Di sana tidak tersisa orang-orang yang bertauhid kecuali sedikit dari orang-orang yang masih mempertahankan nilai-nilai ajaran tauhid. Maka Allah SWT berkehendak dengan rahmat-Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan. Dan ketika malam mencengkam, datanglah matahari para nabi. Kedatangan Nabi tersebut sebagai bukti terkabulnya doa Nabi Ibrahim as kekasih Allah SWT, dan sebagai bukti kebenaran berita gembira yang disampaikan oleh Nabi Isa as. Allah SWT menyampaikan salawatnya kepada Nabi itu, sebagai bentuk rahmat dan keberkahan. Para malaikat pun menyampaikan salawat kepadanya sebagai bentuk pujian dan permintaan ampunan, sedangkan orang-orang mukmin bersalawat kepadanya sebagai bentuk penghormatan. Allah SWT berfirman:
Perkongsian
Dr Kadir
at
1:02 AM
0
Maklum balas
Monday, March 26, 2007
Sahabat...
Perkongsian
Dr Kadir
at
6:25 AM
1 Maklum balas
Friday, March 23, 2007
Mata...
Assalamualaikum wbt...
- Kebolehan cornea dan lens untuk mengfokuskan cahaya daripada objek tepat ke atas retina sesuai dengan saiz bebola mata manusia, yang sekiranya bebola mata tersebut terlebih besar atau terlebih kecil walau 1mm pun akan membawa masalah kepada tuannya. SubhaanaAllah
- Air mata yang diciptakan Allah untuk melembabkan mata dan sebagai protection kepada mata daripada serangan bacteria yang kalau tiadanya air mata ini, mata kita akan kering, dan akan mudah untuk mendapat serangan bacteria.
- Struktur cornea, aqueous humour, lens, vitreous humour adalah cukup transparent untuk membolehkan cahaya dari object terus sampai ke retina yang kalau ada ape2 sahaja object legap yang menghalangnya seperti dalam kes keratatic precipitates atau cataract atau sebagainya akan menghalang mata dari melihat...
- Kemampuan untuk mata menerusi action of ciliary muscle untuk mengawal ketebalan lens dalam mengfokus sesuatu objek.
- Kebolehan mata untuk menggabungkan imej yang dilihat dari sebelah mata ke sebelah mata yang lain untuk membentuk satu imej yang jelas tanpa bertindih atau dalam bahasa standardnyer bertindang :D (Fusion of binocular vision)
- Imej yang jatuh kepada retina adalah dalam keadaan songsang namun ditafsirkan oleh otak kembali sebagai objek yang tegak.
Dan sebenarnya banyak lagi keunikan, kehebatan dan keajaiban yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam penciptaan mata in, cukup hebat, cukup hebat, cukup hebat!!
Namun persoalannya di sini, sejauh mana kita telah menggunakan nikmat Allah ini kearah jalan yang diredhaiNya? sejauh mana kita menyalahgunakan nikmat tersebut untuk melihat benda-benda yang dilarang oleh Allah. Sejauh mana kita menggunakannya untuk melakukan maksiat kepadaNya. Itulah antara persoalan-persoalan yang perlu sama-sama kita muhasabah diri kita kembali kan? Jika benar sebelum ini kita telah tersalah guna. tersilap pakai mata kita ini membuat dosa kepada Allah dan sesungguhnya kepadaNya lah tempat untuk kita berdoa meminta ampun atas dosa-dosa kita itu. Jangan sampai suatu masa Allah menarik nikmat kita itu baru kita mahu menyesal. Baru kita nak berjanji akan menggunakannya sebaiknya. (takut sebenarnya bila belajar tentang bermacam2 disease of the eye dalam subject ophtalmology ini) Dan sepertimana selalu. suatu itu adalah lebih berbaloi untuk kita menyesal selagimana ia masih kita miliki. Gunakanlah nikmat yang ada kearah kebaikan sebelum kita kehilangannya kerana sesungguhnya apa-apa sahaja yang kita punyai di dunia ini adalah pinjaman semata-mata dan bila-bila masa je Dia boleh mengambilnya kembali.
Sekadar ingatan buat diri sendiri dan teman2... dan sepatutnya setelah kita menyedari kebesaran Allah tentang mata ini membawa kepada besarnya ALLAH di hati kita dan akhirnya kita menyintai diriNya sebagai Rabb yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada kita sedang kita tidak pernah leka melakukan maksiat kepadaNya... Ya Allah!! ampunkanlah dosa hambaMu...
Ps: Actually baru lepas imtihan round ophtal tadi. takder komen ttg itu, dah cuba sebaiknya dan moga dapat result yang baik jugak la. walaupun taklah yakin sangat dan sememangnya madah ophtal bolehla nak kata subject killer utk tahun ni.mudah-mudahan dipermudahkan :) Rabbuna yasahl!! InsyaAllah...
Tuesday, March 20, 2007

Moga dapat menggapai ape yang dicita ya! :)

Sama-sama berkuda...
Sayonara Azizu-san...
Perkongsian
Dr Kadir
at
2:41 PM
2
Maklum balas
Tuesday, March 13, 2007
Selamat Hari Lahir...
Assalamualaikum wbt... Hihi lama tak mencoret sesuatu kan? Seperti biasa, bukan bz, bukan sibuk atau tak berkesempatan untuk menulis namun mungkin takder idea atau takder mood untuk menulis, ditambah keje yang bertimbun dan kuliah yang dah makin hampir nak berimtihan round. Apapun sekadar ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada insan-insan yang diraikan dalam majlis bersama junior-junior tadi,
Perkongsian
Dr Kadir
at
12:06 AM
0
Maklum balas
Labels: Santai
Sunday, February 18, 2007
Demam...
Assalamualaikum wbt...
Apa yang biasa diidamkan oleh orang yang demam?
- Agar demamnya cepat sembuh.? (kalau dah sembuh nak buat apa plak)
- Berada di sisi orang yang tersayang agar dapat membelai dan menjaganya sepanjang masa? (kenapalah pi belajar kat oversea?)
- Moga sakit/demam menjadi kafarah dosa-dosa sebelum ini. (Ameen ya Rabb)
- Dapat makan sup ayam + bubur nasi dimasak dengan ikan bilis goreng...nyum nyum.
- Tidur sepanjang hari. Tak buat apa-apa dah. (complete bed rest bak kata Israq)
Biasanya bila sakit-sakit camni kita akan kembali terkenang waktu-waktu sihat kita. “Kalaulah aku sihat bolehlah aku solat sunat banyak-banyak.”
“Kalau aku sihat boleh turun solat kat masjid berjemaah”
“Kalau aku sihat boleh aku pi kelas, tuntut ilmu”
“Kalau sihat, boleh lah lawat si anu dan si anu. Ziarah sahabat-sahabat”
Dah lupa nak buat solat sunat.
Dah tak turun pun ke masjid untuk solat
Tak pi kelas pun!
Duk rumah je dan pergi melawatpun sahabat-sahabat untuk eratkan silaturrahim...
Begitulah kita, tidak pernah ambil cakna dengan sabda baginda Rasulullah, peliharalah lima perkara sebelum tiba lima perkara.
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Sihat sebelum sakit,
Lapang sebelum sibuk,
Hidup sebelum mati... (tak tau susunannya betuk ke tak)
Apapun moga kita akan sentiasa beringat dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan tunggu tua baru nak beramal. Jangan tunggu miskin baru nak meberi, jangan tunggu sibuk baru nak bekerja, jangan tunggu sakit baru nak buat itu ini. Dan apatah lagi kalau dah mati. Apapun dah tak boleh buat. Terputus segala amal kecuali tiga perkara yang sememangnya kita sedia ma’ruf.
Sedekah jariah,
Ilmu yang bermanafaat,
Anak yang soleh.
Dan time-time sakit ni jugak, biasanya akan teringatkan lah mak di rumah.Biasanya kalau kami lapan beradik sakit apa-apa maklah dulu yang akan dapat detect. Mak lah dulu yang akan risau dan ambik berat. Lama tak demam di sisi mak. Silap la hari tu balik tak demam.hihi.
K lah, moga Allah jadikan ketidaksihatan ini sebagai suatu kerehatan dan kafarah menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu. Moga cepat juga sembuh untuk menyelesaikan kewajipan yang masih banyak tertangguh. Doakan yer kawan-kawan. Moga terus bersemangat dan bersemangat menghadapi hari yang penuh mehnah dan tribulasi ni....
Jazakumullah khairan kathira...
Perkongsian
Dr Kadir
at
5:12 PM
3
Maklum balas
Labels: Fikir-fikir, personal, Santai
Friday, February 16, 2007
Ikhlaskan diri dalam beramal...
“Syeikh, Bagaimana untuk kita melatih diri rasa ikhlas di dalam pekerjaan?” Bertanya seorang akhi dalam sessi soal jawab bersama Syeikh Yusof Hasani baru-baru ini.
Jawapannya pun macam susah untuk difahami kan? Dan sememangnya persoalan Ikhlas merupakan perkara yang cukup susah untuk difahami dan diamalkan dalam perkejaan yang kita lakukan sehari-hari. Apetah lagi bila syeikh menambah dengan menceritakan tentang seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah Solallahualaihi wasallam, “Ya Rasulullah, apakah itu ikhlas?”
Apapun persoalan hati dan perasaan adalah suatu yang cukup sukar untuk dikawal dan dipelihara. Kadang-kadang bila melakukan sesuatu kita sudah merasa dan niatkan di dalam hati, aku lakukan perkara ni ikhlas kerana Allah!! Aku kekelas ni ikhlas kerana Allah! Aku tolong si anu ikhlas kerana Allah namun bila masa berlalu dan apabila apa yang kita lakukan tu menatijahkan sesuatu yang tidak kita ingini kita kecewa.
Kita kecewa bila result kita untuk imtihan lepas tidak memuaskan sedangkan kita dah pergi dah ke kelas hari-hari, awal-awal pagi lagi, studi gila-gila punya dan sebagainya.
Kita kecewa bila orang yang kita bantu dan tolong tu tak menghargai apa yang kita lakukan. Dan di dalam diri mulalah merungut “Apalah minah tu?langsung tak hargai apa yang aku tolong, kalau tak nak balas pun sekurang-kurangnya appreciate la sikit. Ucap terima kasih ke?senyum pun tidak. Harap muka je cantik, akhlak zero!kalau aku tahu camtu tak hingin aku nak tolong!!” (ayat biasa yang kita dengar)
Sedangkan sekiranya betul apa yang telah kita niatkan, ikhlas telah kita praktikkan, keluhan-keluhan itu tidak sepatutnya timbul. Sebaliknya kita redha dengan ketentuan itu dan akan berusaha dengan lebih baik lagi dan kita juga tidak mengharapkan apa-apa dari pertolongan yang kita berikan “persetankan apa yang diaorang nak buat apa yang penting Allah terima amalan yang aku lakukan.” Harapan kita kita letakkan pada penilaian Allah bukannya penilaian manusia.
Ana tertarik dengan motto yang digunakan oleh Ustaz Hasrizal dalam web sitenya, ‘Erti Hidup Pada Memberi’ suatu pemberian yang lansung kita tidak memikirkan balasannya. Seperti seorang bapa yang membelikan hadiah kepada anaknya, Gembira si anak bilamana menerima hadiah tersebut,namun gembira lagi si ayah bilamana melihat anaknya gembira dengan hadiah darinya. Begitulah mungkin bentuk ikhlas yang menjadi rahsia itu. Amal yang dilakukan hanyalah mengharapkan redha dan penerimaan oleh Allah.
Sebelum menutup bicara tentang IKHLAS ni, mari kita renungi suatu hadith yang ana petik dari kitab Tasauf Moden karangan Pak HAMKA. Oh yer buat pengetahuan sahabat Pak HAMKA ni lahir pada17 Februari 1908. Seorang Ulama yang memberikan sumbangan yang cukup besar kepada umat Islam Melayu khususnya. (bagaimana kita?). Ana tak pasti riwayat hadis ini walau bagaimanapun sahabat-sahabat boleh checknya kembali.
Manusia yang mula-mula akan kena pertanyaan di Hari Kiamat ada tiga orang:
“Seorang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan, pada waktu itu berfirmanlah Allah,
“Apakah yang sudah engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ketahui itu?”
Ia menjawab, “Ya rabbi, denan ilmu hamba itu, hamba bangun tengah malam (sembahyang) dan hamba berjaga di tepi siang menyampaikan kepada orang yang perlu menerimanya”
Tuhan berfirman “Engkau dusta”
Lalu ditambah oleh Malaikat : “Engkau dusta!! Maksud engkau hanyalah supaya disebut orang engkau seorang yang alim. Memang begitu perkataan orang terhadap dirimu”
Seorang lagi adalah lelaki yang diberikan Allah harta benda, firman Allah; “kamu telah kami beri nikmat, apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat kami itu?”
Dia menjawab “Ya Rabbi, harta benda itu telah hamba sedekahkan tengah malam dan siang hari”
Tuhan pun berfirman, “Engkau berdusta”
Ditambah oleh para malaikat “Engkau berdusta, maksud engkau adalah supaya engkau dikatakan orang seorang yang dermawan dan itulah yang diperkatakan orang tentang dirinya”
Seorang lagi adalah lelaki yang terbunuh di dalam peperangan mempertahankan agama Allah maka berfirman Allah kepadanya, “Apa yang telah engkau lakukan?”
Dijawab olehnya, “Ya Rabbi, engkau suruh hamba berjihad dan hamba ke medan perang dan hamba mati terbunuh”
Firman Allah, “Engkau berdusta”
Ditambah oleh malaikat, “Engkau berdusta, maksudmu hanyalah supaya dikatakan orang engkau gagah berani.” Memang demikianlah yang dikatakan orang tentang dirinya.
Setelah itu rasulullah bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderita api neraka jahannam di hari kiamat.”
Begitulah sedikit kisah tentang ikhlas. Namun apakah bermakna tidak boleh langsung untuk meletakkan matlamat, tujuan dan niat yang lain selain daripada niat untuk mendapatkan redha Allah?
Kita belajar untuk mendapatkan Redha Allah dan dalam masa yang sama ingin menambahkan ilmu dan akhirnya akan disampaikan kepada masyarakat supaya mereka juga berilmu dan akan mendapat hidayah daripada Allah.
Kita bercinta dengan seseorang kerana Allah namun dalam masa yang sama kita memasang niat agar pernikahan dan rumahtangga yang dibina akan melahirkan jundullah dan pejuang-pejuang Allah yang akan menegakkan agamaNya.
Ana tak pasti apakah boleh untuk kita menetapkan niat sedimikian, mungkin sahabat-sahabat punya pendapat sendiri yang boleh dikongsi bersama namun jika diikutkan pendapat ahli-ahli sufi dan mereka yang dekat dengan Allah, tidak boleh untuk menetapkan niat lain selain daripada niat kerana Allah walaupun niat-niat sampingan. ‘ala kulli hal... tidak perlu mengambil pendapat yang begitu syadid dalam beramal cukuplah bilamana kita lakukan sesuatu pekerjaan yang baik kita tahu ada balasannya di akhirat kelak, di sisi Allah dan kita lakukan yang terbaik agar balasan yang diterima kelak adalah juga yang terbaik. Bukan di sisi manusia namun disisiNya insyaAllah.
Moga kita dijauhkan Allah dari sifat-sifat yang tidak ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Takutkan? jika apa yang kita lakukan yang pada mulanya kita sangka kita telah melakukan kebaikan namun kerana sikap tidak ikhlasnya kita amalan kita itu tidak diterima bahkan mengundang murka dan azab dariNya. Moga tejaga hati kita...
“Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hati hambaMu pada agama dan ketaatan kepadaMu.Ameen...”
Perkongsian
Dr Kadir
at
2:18 PM
0
Maklum balas
Monday, February 12, 2007
Berasa Izzah dengan Islam
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk mencoretkan sesuatu di sini. Dan Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu tidak berkuliah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti akhirnya kita kembali ke kuliah untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Apapun cuti kali ni mmg cukup padat dan bermanafaat bila dihisab kembali. Banyak pengalaman, banyak suka duka dan diri sendiri banyak belajar dan makin mengenal asam garam kehidupan. Apapun yang penting segala yang berlaku ada hikmahnya dan moga Dia memaafkan segala dosa-dosa kita. Kuliah Syeikh Yusof Al Hasani. Jumaat lepas alhamdulillah berkesempatan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar PERUBATAN sekitar kaherah untuk bersama-sama mendengar kalam tasyji' daripada Syeikh Yusof Al Hasani.Banyak jugaklah nasihat yang diberikan oleh Syeikh dalam pertemuan ringkas tu terutamanya tentang peranan peelajar-pelajar perubatan dan apa yang patut mereka lakukan bila mereka telah bergelar doktor nanti. Kata beliau, "Seorang doktor wajib untuk praktikkan Islam dalam pekerjaan yang dilakukan dan menonjolkan imej Islam dalam mengubati pesakit mereka kerana dari situ pesakit akan dapat mengenali Islam kerana waktu sekarang ni peluang untuk ustaz-ustaz dan syeikh-syeikh untuk berdakwah kepada masyarakat adalah terbatas kerana lebih tertumpu di kawasan-kawasan masjid dan sekolah berbanding doktor yang mmg akan masuk di dalam masyarakat dan masyarakan mencari mereka untuk mendapatkan khidmat" Selain tu ada satu lagi yang ditegaskan oleh Syeikh, mahukan kami berasa izzah bergelar seorang Muslim dan tidak takut untuk mengaku diri sebagai Muslim. Syeikh menceritakan kami sebuah kisah di mana seorang kristian yang telah bertemu dengan seorang lelaki Muslim di nite club. Dilihat Muslim itu sedang mabuk2 minum arak. Dia bertanya "Apa agamamu?" jawabnya "Saya seorang Muslim" Ditanya lagi "bukankah di dalam Islam seseorang tidak boleh meminum arak" "ye saya seorang Muslim tetapi mungkin saya bukanlah seorang muslim yang baik" So si kristian ni agak terkejut mendengar jawapan si Muslim tadi dan taajub dengan Islam yang walaupun lelaki tadi tidaklah seorang yang baik dan tidak mengamalkan Islam dengan cara sepatutnya namun dia tetap berbangga dengan agama yang dianutinya dan akhirnya membawa si kristian tadi berjumpa dengan syeikh dan menganut Islam. So teruslah berasa Izzah dan hebat dengan diri sebagai seorang Muslim walaupn kita kadang-kadang dilabel sebagai terrorist, irhabiyyin sebagainya namun kita menyedari bahawa deen yang kita anuti ini adalah yang paling benar di sisiNya, Keylah sekadar mencoret sesuatu. nak ke kuliah plak. Jumpa lagi insyaAllah. Ilalliqa' Assalamualaikum wbt... PS: Oh yer hari ni 12 Februari 2007 bermakna sudah 48 tahun lamanya Syeikh Hasan Al Banna meninggalkan kita. Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat olehNya dan moga roh perjuangannya akan trus subur di hati-hati para pejuang yang cintakan Islam. Jom baca entry Ustaz Hasrizal berkaitan dengan dirinya. http://saifulislam.com/v2/2007/02/12/176/#more-176
Perkongsian
Dr Kadir
at
7:51 AM
0
Maklum balas
Sunday, February 4, 2007
Seminar perubatan mesir 2007...
Perkongsian
Dr Kadir
at
3:27 PM
2
Maklum balas