Friday, January 26, 2007

Semuanya pun meninggalkan Cairo jua...

Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah tiba lagi... So untuk mengisi cuti sepanjang lebih 2 minggu ni pelbagai aktiviti telah dirancang. berbagai-bagai jaulah telah diatur. agar masa yang ada tidak lah berlalu dengan sia-sia. Sememangnya cuti bukan bermakna duduk rehat semata-mata. Tak buat keje atau sebagainya sebaliknya time cuti lah untuk kita gunakan bagi melakukan aktiviti2 yang biasanya tak boleh kita nak lakukan time tak cuti.betul kan?:)

Emm untuk itu, malam semalam akmal dan syazwan bersama-sama Hamdan, Munir, Dzul hazmi dan Abg Hazri dah pun bertolak menaiki bas super jet (kalau tak silap) menjelajahi negara-negara lain di middle east ni. mengutip tinggalan-tinggalan sejarah berharga di Syria dan Jordan untuk sama-sama berkongsi time pulang ke Mesir ni nanti. Mamat, Aslam, Haziq, Hafiz dan Haikal pulak bersama-sama 21 orang akhawat yang lain bertolak menaiki kereta api ke Luxor dan aswan untuk menjejaki tinggalan-tinggalan Firaun di sana.

Dan pagi ini pulak, Idil mengetuai ekspedisi rehlah sinai PERUBATAN untuk kesekian kalinya dan sememangnya ia diadakan saban tahun untuk memberikan sedikit kerehatan dan menghilangkan segala ketegangan yang dialami sepanjang 2 minggu mid year xm yang lepas di samping niat menjejaki dan menghayati perjalanan hidup Nabi-Nabi Allah yang diutuskan sebelum ini di Jabal Musa dan kawasan sekitarnya.Diri sendiri pun dah dua kali turut serta dalam ekspedisi yang lepas yang membawa kepada demam yang cukup teruk selepas pulang daripada edisi yang kedua.

Kemudian disusuli pula dengan kepulangan abg Islah, (abg kepada Iqbal) yang telah dua minggu bertandang kembali mengimbau kenangan lama menuntut Ilmu kat ardu kinanah ni selepas diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja dlam conference kat Nile Hilton baru-baru ni.Banyak perkara jugak belajar dan dapat tahu dari dia yang sememangnya membuka jalan yang lebih luas memikirkan apa yang akan terus dikejar selepas mendapat degree dan melepasi HO nanti.Begitu juga dengan Izwan yang sememangnya akan pulang setiap kali cuti mid year dan final.

Wah sunyinyer...

Pada mulanya mmg rasa taknak ke mana-mana kali ni. lebih-lebih lagi untuk cuti ni telah ditaklifkan untuk menjaga bahagian disiplin dan protokol untuk Seminar Ibadah Pesakit yang akan dianjurkan oleh PERUBATAN 5-6 February ni. namun tak semena-mena diminta pula oleh Hamdan untuk bersama-sama Dzul dan Pok Nik memusyrifkan pelajar-pelajar perempuan yang akan ke Sinai malam ini. Alahai...Pada awalnya ingin menolak memandangkan diri sendiri pun seakan serik untuk pergi lagi selepas demam yang agak teruk sekembali dari sana dalam ekspedisi yang lepas ditambah kerana diri sediri tak berapa seronok bila membicarakan tentang safar maráh yang sememangnya banyak diperdebatkan.Namun memandangkan tiada orang lain lagi, dan juga memikirkan perlunya lebih ramai musyrif bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku,diri pun bersetuju la untuk menemani yang lain ke sana. Kalau diikutkan peraturan Persatuan pelajar kat sini, Musyrif yang akan menemani perjalanan akhawat ke mana-mana seboleh-bolehnya mestilah mereka yang telah berkahwin bagi memudahkan muamalah antara anggota rehlah dan si musyrif melalui isterinya tapi memandangkan PERUBATAN tak ramai ahli yang dah berkahwin dan tak ada pula yang bersedia untuk menjadi musyrif terpaksalah yang bujang2 ni dijadi musyrifkan. apapun doakanlah moga semuanya kheir,berjalan lancar, jauh dari sebarang fitnah dan sebagainya yer.Maaf buat ahli bait yang lain, Muslim dan Wafi kerana terpaksa ditinggalkan kali ni. Jaga rumah baik2 yer.

Baiklah. hingga jumpa lagi sekepulangan dari berjaulah.Assalamualaikum wbt.. PS: Emm hari ni 26hb lagi. dah 5 bulan berlalu...Semoga Dia memberkatinya...

No comments: