Thursday, October 4, 2007

Malam seribu bulan...

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman : "Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan melalkukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika aku telah menyintainya, Aku adalah pendengarannya dan dia mendengar dengannya, matanya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia bermohon sesuatu dariKu Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan dariKu maka aku akan melindunginya" (Riwayat Bukhari)
Begitulah bunyi sepotong hadith Qudsi yang mengisi susunan 42 hadith dalam kitab Matan Arba'in susunan Al Imam Nawawi Rahimahullah. Jadi sempena berlalunya hari-hari dan malam-malam asyarah awakhir min syahri Ramadhan ini, saya menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat, gunakanlah kesempatan yang ada ini sementara kita masih memilikinya. Gunalah sebaiknya sebelum kita tidak berpeluang lagi untuk menikmatinya untuk waktu-waktu selepas ini. Jika Nabi sendiri bersusah payah, bersungguh-sungguh mengejutkan ahli keluarga baginda untuk menghidupkan malam-malam awakhir Ramadhan ini, hingga bengkak kaki baginda, bagaimana kita yang pastinya penuh dengan dosa dan lebih-lebih lagi mengharapkan pengampunan dariNya... Justeru, lakukanlah yang terbaik! "Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan balasan yang baik dari Allah, diampunkan baginya dosa-dosa yang dilakukannya"
  • Masjid Bilal
  • Masjid Amru Al Aus
  • Masjid Salam
  • Masjid Rahmah
  • Masjid Rawwas
dan mana-mana lagi masjid yang ada di bumi Mesir ini mengalu-alukan kalian untuk mengimarahkannya, beriktikaf dan menjadi saksi keikhlasan kita beribadah kepadaNya. Ayuh!! Limpat gandakan usaha mencari dan mendamba kasih sayang dariNya ya akhi...!! Moga Allah meredhai kita, ameen...

No comments: