Sunday, June 1, 2008

Kenapa ya?

Bangun – Lapar – Makan – Kenyang – Mengantuk – Tidur – Bangun


Begitulah kitaran hidup saya ketika ini,saya sendiri tidak pasti kitaran apakah ini.

Walau sukar untuk mengakui, namun apa yang pasti saya sememangnya sedang menjalani hari-hari yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Saya tidak pasti di mana dan apa sebab musababnya, faktor kesihatan mungkin memainkan peranan terbesar kepada keadaan ini, sistem GIT saya terasa kurang enak, badan berasa selalu letih kadang-kadang rasa pening menyerang dan dalam masa yang sama saya kerap memikirkan perkara-perkara yang entah datang dari mana hujung pangkalnya tidak saya ketahui.

Rasa sukar untuk tidur pada waktu malam dan terlalu mengantuk dan lapar pula pada waktu siang, berasa sengal-sengal badan apabila bangun dari tidur dan kesakitan yang amat pada bahagian bahu yang terkehel dalam kemalangan yang lalu juga menambahkan beban yang saya tanggung pada saat ini. Dalam hal ini mungkin Idil lah yang paling mengesani apa yang saya alami ini dan mungkin ahli-ahli bait yang lain namun tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali melihatnya dengan rasa simpati. Walau kami sebagai pelajar perubatan, saya sendiri tidak pasti apa yang saya alami ini.

Depress kah saya? Saya cuba mencari, jika benar ini adalah simtom-simtom dari depress yang dihadapi, apa puncanya? Kerana study kah? Kerana masalah peribadi kah? Kerana hubungan saya dengan manusia kah? Atau kerana hubungan saya dengan pencipta saya sendiri? Atau mungkin kerana gusar dan rungsing memikirkan apa yang berlaku kepada Ummat ini yang makin parah dan punah?

Saya pernah berpendapat sebelum ini dan pernah mengutarakannya kepada seorang sahabat, “Jika mahu mengadu apa-apa, mengadulah kepada Allah kerana dia yang paling mendengar sedang mengadu kepada manusia kerap kali membuatkan kita kecewa.” Ya memang dengan mengadu kepada Allah itulah jalan dan cara yang sebaiknya kerana dia sahajalah yang mampu memberikan apa-apa kebaikan dan kemudharatan dan suatu tanda keimanan yang cukup tinggi apabila kita melakukan sedemikian, cuma fitrahnya kita ini manusia, kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita bercerita, mengadu rasa dan duka walau kita sendiri tahu si dia pastinya tidak mampu berbuat apa-apa selain mendengarnya tetapi itulah antara cara kita untuk mengurangkan sedikit rasa yang tertanggung. Namun kadang-kadang seperti yang saya sebut kepada sahabat tadi, kadang-kadang kita akan pula berasa kecewa jika respon yang diterima daripada si dia tidak pula seperti apa yang diharapkan justeru kita berasa semakin terbeban menanggung rasa.

Entahlah, mungkin saya tidak menemui orang yang sesuai untuk saya bercerita sedang saya sendiri tidak pasti apa yang saya rasai. Moga Dia memberikan petunjuk kepada saya dan sentiasa membantu saya menjadi hambaNya yang baik. Melaksanakan amanah yang diberikanNya, mengajak seluruh manusia mentauhidkanNya tanpa rasa ragu dan was-was Dialah segala-galanya… Seorang sahabat berkata “ Takder la susah sangat xm round ni, takpa saya tahu, Kadir memang selalu yakin” Ya saya memang sentiasa punya keyakinan dan moga saya akan terus punya keyakinan bahawa semuanya datang daripadaNya, dariNya kita datang dan kepadaNya kita semua akan kembali… Doakan saya ya sahabat-sahabat.

Harap saya dengan adanya post ini akan ada yang berkata, “Ala takder la teruk sangat ape yang aku alami ni, abg kadir pun ada masalahnya sendiri” Ya, anda tidak bersendirian menghadapi dunia yang mencabar penuh ujian ini, justeru, ceria-ceriakanlah diri dengan Rahmat dan Kasih SayangNya…

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

9 comments:

Anonymous said...

say NO to failure!Semangat2!

Anonymous said...

salam...
emm,xpernah meninggalkan jejak saya sebelum ni..tp arini terasa ingin berkongsi sesuatu pulak..hehe..

rasanya doc kadir mengalami depression dalaman kot tanpa sedar...kita x sedar kita memikirkan pelbagai masalah dan kita rasa kita ok je...tp actually program badan kita telah terganggu disebabkan punca dalaman yg kita pon xtau...pd pendapat sy,sy cadangkan kadir bule juga mengambil angin berjogging@beriadah utk mengembalikan kestabilan dalaman diri...motivasikan diri anda,aktifkan jasmani,dan berhubunglah dgn ibu bapa supaya dpt menaikkan smgt balik=)...

ni apa yg sy biasa lakukan...hehe..moga dpt membantu saudara=)

isra' said...

salam kadir...kenapa ya?

Dr Kadir said...

Salam alaykum,

To Sis; semangatlah ya.

To anonymous; ya, mungkin ya mungkin tidak, thanx for the advise. :)

To Israq; entah la akhi...

Anonymous said...

salam..
terasa nak menukilkan sesuatu..
erm..kita semua manusia kan..sama je biar pun tggi mana pangkat kita..tetap rasa resah..gelisah..
tapi walauapa pun..kita ada DIA..
Dia sentisa ada..
..pres! teruskan semangat ye..jgn depress2..slalulah beriadah di tepi sungai Nil..nak berumah di situ pun ok gak ek..hi2..
..mcm lawak plak bila 2 ahli beit bertegur sapa dlm komen blog~

chayok2..!!

Anonymous said...

salam~

mmg kita memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa..
tapi,kdg2 dengan hamba,apa yang nak diluahkan tidak sama seperti jika diluahkan kepada Pencipta~

Ada sahabat berpesan"Al-Quran adalah warkah cinta dari Pencipta"

~Bukankah dengan mengingati Allah hati2 akan menjadi tenang~

Setiap orang diuji cuma caranya berbeza!

~saya tetap menyokong PERUBATAN~

Rabbuna yusahhil~

Anonymous said...

moga Allah sentiasa bersama abg kadir..mungkin ini tanda kasih Dia pada hambaNya..Rindu mendengar rintihan hambaNya...walau pada hakikatnya kita hanyalah hamba Dia pula Maha Pencipta::

::sinar::

Anonymous said...

salam...
tak penah sy coret ape2 kat ruang kadir,,tiba2 kali ni rasa nak tulis smthg..
setiap kesusahan itu, pasti ada nikmat besar yg ALLAH janjikan utk hambanye yang bersabar menghadapi ujianNYA..
sy pon mungkin tak mampu nak mngurangkan beban kadir,,
hanya doa yg mampu sy panjtkan..
ya ALLAH,permudahkanlah segala urusan sahabat ku ini..dan kau berilah keluasan pada setiap kesempitan yang dihadapinya, dan jadikanlah kami antara hamba2 mu yang bertaqwa..AMIN
utk exam lusa...sama2 wat yang terbaik n doa2 kita sme dipermudahkan..yang penting, kita study elok2 n yakin dgn diri sndri..

[ taicho ] said...

hmm..presiden tensen ?

cayo' k,ktrg ade mnyokong ^^