Friday, May 25, 2007

Ophtalmology...

Untuk setiap 'written exam' atau ujian tahriri untuk subjek ophtalmology, akan diberikan sebahagian besar soalan-soalan yang biasa 'common questions' atau kerap kali keluar disamping beberapa soalan-soalan yang jarang atau soalan yang tak pernah keluar bermakna ia adalah soalan yang baru. Jadi, tumpuan anda untuk menelaah dan mengulangkaji untuk soalan-soalan yang kerap keluar sahaja akan membawa anda kehilangan banyak markah sekiranya tidak dapat menjawab soalan-soalan yang lain dan memberi padah kepada markah keseluruhan yang akan anda dapat. Dan akan lebih menyedihkan lagi sekiranya dari sepuluh soalan yang keluar hanya enam soalan dikategorikan sebagai soalan yang kerap kali keluar dan selebihnya adalah cukup jarang keluar dan anda sendiri tidak bercadang untuk menumpukan perhatian anda pada soalan-soalan tersebut sebelum ini. Bermakna sekiranya anda dapat menjawab dengan baik untuk 6 soalan tersebut dan baki empat soalan lagi, anda memang tiada idea untuk menjawabnya, anda hanya akan mendapat 60% daripada 140 markah yang diperuntukkan dan hanya melayakkan anda mendapat maqbul untuk kertas tersebut. Soalan-soalannya ialah:

1. Give an account about parasitic keratitis.
2. Discuss management of an acute irido-cyclitis
3. Give an account on clinical picture of the different types of optic atrophy
4. Discuss causes and differential diagnosis of subconjunctival haermorrhage following trauma.
Soalan-soalan di atas cukup senang. Namun sekiranya anda tidak pernah membaca atau tahu mengenainya, mungkin anda sukar untuk menjawab kesemuanya. Jadi, sekurang-kurangnya bacalah tajuk-tajuk yang anda rasa "mungkin tak keluar ni, tak pernah keluar pun sebelum-sebelum ni" kerana mungkin pada tahun anda, ia akan ditanya. Apapun, medic bukanlah bidang yang banyak memerlukan anda untuk berfikir, semuanya adalah fakta 'all are about the facts' yang perlu anda hafal dan hadam dengan sebaiknya untuk menjawab soalan dengan baik. So pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk kertas-kertas yang seterusnya ya. Keep on your spirit to get mumtaz this year :D!
Walau apapun yang terjadi, teruskan study dan study kerana itulah kewajipanmu buat masa ini. "Eh dalam surau ke ni?:D"
Baiklah, janji temu dengan doktor Ophtal hari Ahad ini untuk ujian oral syafawi (lagi 60 markah untuk diburu) Key selamat berimtihan selamat maju jaya untuk semua. Ingat Allah selalu dan pasti kita akan diingati olehNya.
ps: buat sahabat-sahabat di UKM make sure ambil ihtimam untuk soalan-soalan di atas untuk sem yang akan datang ya ;)

9 comments:

Anonymous said...

salam....
setelah disuruh oleh penulis utk bertanyakan satu soalan ni,maka saya pon mengutarakanlah soalan yg perlu ditanya...

"Dr kadir,apakah 6 lagi soalan yg telah ditanya dlm imtihan anda?"

^_^

Dr Kadir said...
This comment has been removed by the author.
Dr Kadir said...
This comment has been removed by the author.
Dr Kadir said...

salam...

hai dr f... sejak bila jadi lurus sangat ni? its just a kidding la mintak tanyakan kat sini.apepun dah bertanya kat sini,6 soalan lagi adalah seperti berikut.

1. Complications of trachoma
2. Clinical picture of Primary Open Angle Glaucoma
3. Causes of Miosis
4. Morphological type of congenital cataract.
5. Difinition and Diagnosis of Latent Squint.
6. Clinical Picture of Hypermetropia.

Jawapan untuk morphological type of cataract boleh diperoleh dari entry cataract - http://drkadir.blogspot.com/2007/04/cataract.html dan jawapan untuk soalan-soalan yang lain boleh dirujuk dari buku kuliah anda.:D

Key selamat berophtalmology 2nd May depan!

Anonymous said...

kadir tido ke stadi dalam gamba tu?hehe :p

Dr Kadir said...

Tengah study la hayyie. ni time tunggu-tunggu nak hantar abg naqib balik Malaysia. kitaorang lak yang sampai dulu kat airport. So kalau dah sampai kat airport ni, tak banyak sangat untuk tempat berehat-rehat dahulu dan tempat yang agak best, surau dia ni la. Apapun skrg sedang renovate airport yang sedia ada. nampak cam lagi canggih je. Jemputlah ke sini ye.

Oh yer.camana family kat Mekah?harap2 sihat2 la semua.

Dr Kadir said...

Oh ya, untuk soalan pertama dalam entry, sepatutnya adalah.

1. Give an account about fungal keratitis.

Fungal not parasitic. hihi thax kat idil yang betulkan.

Anonymous said...

assalamualaikum
dr kadir,ni kak t ni,zaujah dr taqi merangkap kakak ipar laili...ehhe..sian plus sonok tgk korang stadi kat masjid tu...alhamdulillah.kak t belek2 blog muhtar suhaili(best fren)...sangsi tgk nick dr kadir,tepatla tekaan..awak rupanya..okla..teruskan berkarya.ws

Dr Kadir said...

Ahlan wasahlan kak t.jzkk datang lawat sini:) bila lagi nak datang sini? abg taqi sorang je yang datang...

Doa2lah kami yang tengah xm ni ye:)