Sunday, May 25, 2008

Isu Pakaian Sekolah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya tertarik dengan isu yang dibawakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM berkenaan isu pemakaian pelajar perempuan yang perlu dinilai semula. Saya secara jujur sejak lama lagi pernah memikirkan perkara tersebut dan cukup bersetuju perkara tersebut diambil perhatian oleh mereka yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pelajaran. Paling kurang wajibkanlah pelajar-pelajar perempuan ini untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal atau ditukarkan sahaja warna pakaian itu kepada warna lain dan tidak terlalu nipis seperti yang ada pada hari ini.

Tapi lain pula respons yang diberikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang saya kasihi ini apabila beliau berkata aspek pakaian bukanlah faktor utama kepada berlakunya kes jenayah rogol di kalangan remaja bahkan yang menjadi isu adalah akhlak dan kerosakan moral oleh pelajar-pelajar lelaki itu sendiri. Dan suatu yang tidak adil jika kita terpaksa pula mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar perempuan sedangkan mereka adalah mangsa.Suatu diskriminasi terhadap mereka.

Malunya saya mendengarkan hujah dangkal sebegitu, saya tidak menolak sememangnya kita perlu mencari jalan untuk menangani masalah keruntuhan moral di kalangan remaja kita, golongan muda harapan bangsa ini. Memberikan pendidikan yang baik, mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka jika didapati bersalah dan berkelakuan dengan tidak wajar. Namun di sana, kita juga perlu melihat apa pula faktor-faktor yang boleh membawa kepada gejala sebegitu, dan aspek pemakaian pastinya adalah salah satu faktor yang boleh kita ambil perhatian .Mana mungkin kita usaha habis-habisan untuk memberikan kesedaran bahawa merogol itu suatu jenayah, berzina itu dosa besar namun dalam masa yang sama hari-hari mereka terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan perempuan mereka yang berpakaian sebegitu.Sama lah dengan negaraku Malaysia yang dicintai. Walau suatu pihak sentiasa mencanangkan amar ma'ruf,mengajak manusia kepada kebaikan dan pembinaan modal insan kelas pertama namun rakyat masih lagi dihidangkan dengan hiburan melampau, pemujaan artis dan kelalaian yang cukup merimaskan. Entahlah,rasa saya, jika diberikan soalan karangan kepada pelajar SPM pun boleh menjawab bahawa antara faktor kepada berlakunya salah laku dan jenayah seperti rogol ini adalah aspek pemakaian.

Tapi begitulah jawapan yang diberikan oleh Menteri Pelajaran tersebut. Sakit juga hati saya bila melihat buletin utama semalam apabila beliau buat-buat muka dan seperti memperkecilkan saranan tersebut. Saya lebih menghormati beliau jika beliau tidak terus memberikan respon spontan begitu sebaliknya menerima saranan tersebut sebagai suatu yang boleh difikirkan. Lepas dah mesyuarat, bincang-bincang, dah boleh fikir dengan baik, kemudian buatlah kenyataan apa-apa. Tapi begitulah, takkanlah saya nak menyindir "inilah pemimpin islam hadhari di Malaysiaku hari ini". Entahlah.

Mungkinlah orang seperti beliau tidak akan rasa apa-apa bila melihat pelajar perempuan berpakaian begitu, tapi cubalah letakkan diri beliau sebagai pelajar-pelajar yang kurang akhlak atau berperangai jahat, atau sedikit nakal seperti saya umpamanya, pastinya akan sedikit sebanyak terangsang apabila melihat keadaan sebegitu. Itu kalau keadaan biasa, kalau basah pula kena hujan lagi la... ops jangan bayang! maafkan saya, saya memang nakal.

Cukuplah setakat itu, pada saya saranan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas supaya kementerian pelajaran merujuk perkara tersebut kepada mufti dan cadangan Ustazah Nuridah supaya kementerian mengambil perhatian yang sewajarnya tentang isu ini dan supaya menteri sendiri merujuk terlebih dahulu Al Quran dan Sunnah sebelum membuat kenyataan suatu yang selari dengan naluri saya.

Sebenarnya pada saya, ini bukanlah isu agama sangat, suatu yang biasa dan fitrah sebenarnya apabila kita mengatakan pemakaian yang mendedahkan dan seksi pastinya akan membawa kepada pemasalahan sosial yang tidak diingini, kalau tidak mahu bertanyakan mufti pun, boleh rujuk perkara ini kepada pakar-pakar psikologi dan saya pasti mereka juga akan sependapat untuk mengatakan aspek pemakaian boleh membawa kepada kes-kes jenayah rogol dan sebagainya ini.

Baiklah itu sahaja untuk kali ini, teruskan study kawan-kawan, tolonglah diri sendiri, orang lain susah nak tolong kita sedang mereka sendiri punya komitmen dan masalah masing-masing. Berusahalah dan pastikan cemerlang di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...


4 comments:

Anonymous said...

personally saya rasa ekspresi dtk hishamuddin tu sbb dia tak sempat fikir dalam2 benda tu. nama lagi 'reaksi spontan', bak kata pemberita tv3 tu. biasalah... kadang2 tak sempat fikir dgn mendalam tapi org nak jugak tahu pendapat, there and there, so cakap je la what comes to mind. bukan 100% salah pun apa dia cakap tu. kalau dr kadir pernah jumpa dtk hishamuddin secara live, boleh tahu yg dia mmg jenis banyak buat ekspresi muka gitu. semangat kut.

Dr Kadir said...

a ah, memang sebab beliau tak sempat fikir dengan mendalam la tu, kalau tak dia tak buat camtu, dan banyak juga tindakan-tindakan beliau sebelum ini dibuat, kemudian membawa kesan yang tidak elok akhirnya (kes keris umpamanya)

Penting untuk fikir dahulu sebelum perkatakan sesuatu apatah lagi beliau sebagai pimpinan negara. Walau personal opinion, itu adalah kenyataan seorang menteri, macamana mentaliti menteri itu, itulah yang akan cuba ditanam dalam minda rakyatnya.

Sama juga kes apabila Tok Guru Nik Aziz dibidas bila mencadangkan supaya perempuan tidak digalakkan bekerja diluar rumah (tak ingat bila tapi kalau tak silap mmg pernah berlaku) Beliau dikatakan tidak mampu jaga iman hingga tak mampu nak jaga pandangan bila perempuan bekerja di luar.

Saya tak salahkan beliau 100% pun, cuma kalau boleh janganlah apa-apa saranan dan cadangan yang diberikan dianggap sebagai suatu 'bangkangan' . Ambillah masa untuk berfikir dan buat penilaian yang sebaiknya.Kita sendiri juga nak semua orang pun mengambil bahagian berikan buah cadangan dan idea kepada kerajaan untuk sama-sama memperkasakan Malaysia namun dalam masa yang sama selari dengan panduan yang diberikan olehNya. Malaysia negara Islam bukan?

Key la tu, moga Menteri Pelajaran yang dikasihi ini lebih berhati-hati menjalankan tugas beliau. Diberikan kemudahan dan dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah yang dikeji.

Apa yang pasti Kementerian Pelajaran adalah kementerian yang cukup penting dalam memberikan pendidikan awal kepada rakyat Malaysia yang seterusnya membentuk generasi yang bagaimana yang akan meneraju Malaysia suatu hari nanti.

wallahu a'lam.

idil said...

salam kadir...
saya cube bayangkan saya diajukan soalan serupa, cuma yang tak dapat dibayangkan ialah saya ditanya oleh pemberita. oleh itu, soal gugup tidak hadir ketika saya menulis komen ini.
saya juga tiada rujukan statistik faktor tertinggi penyumbang kepada jenayah seksual ini. malah,saya juga tiada maklumat mengenai psikologi pelaku jenayah seksual ini.
namun, saya tidak mampu menafikan bahawa saya dan penjenayah seksual itu (tidak dilupakan menteri berkenaan)memiliki satu persamaan yang hakiki; kami lelaki. kami kenal rangsangan yang berada di sekeliling kami, baik positif mahupun negatif.
maka, sekali lagi saya mengalah untuk tunduk kepada satu fakta yang jelas bahawa sesiapa sahaja wanita yang seksi bakal menaikkan nafsu kami seandainya kami tidak berbentengkan iman. soalanya, mengapa menteri berkenaan begitu jauh daripada fakta ini?
saya mula bertanya kepada diri sendiri, adakah wartawan tersalah ajukan soalan atau menteri berkenaan yang tidak pernah diduga oleh ALLAH dengan wanita-wanita seksi sebegini.
apapun, saya tetap sayangkan beliau sebagai ayah seIslam dan kerana kebaikan yang beliau tabur selama ini. saya mungkin tersilap juga satu hari nanti dan berharap dilindungkan ALLAH daripada melakukan kesilapan sekecil ini. tagurlah saya ketika itu ya!

idil said...

salam kadir...
saya cube bayangkan saya diajukan soalan serupa, cuma yang tak dapat dibayangkan ialah saya ditanya oleh pemberita. oleh itu, soal gugup tidak hadir ketika saya menulis komen ini.
saya juga tiada rujukan statistik faktor tertinggi penyumbang kepada jenayah seksual ini. malah,saya juga tiada maklumat mengenai psikologi pelaku jenayah seksual ini.
namun, saya tidak mampu menafikan bahawa saya dan penjenayah seksual itu (tidak dilupakan menteri berkenaan)memiliki satu persamaan yang hakiki; kami lelaki. kami kenal rangsangan yang berada di sekeliling kami, baik positif mahupun negatif.
maka, sekali lagi saya mengalah untuk tunduk kepada satu fakta yang jelas bahawa sesiapa sahaja wanita yang seksi bakal menaikkan nafsu kami seandainya kami tidak berbentengkan iman. soalanya, mengapa menteri berkenaan begitu jauh daripada fakta ini?
saya mula bertanya kepada diri sendiri, adakah wartawan tersalah ajukan soalan atau menteri berkenaan yang tidak pernah diduga oleh ALLAH dengan wanita-wanita seksi sebegini.
apapun, saya tetap sayangkan beliau sebagai ayah seIslam dan kerana kebaikan yang beliau tabur selama ini. saya mungkin tersilap juga satu hari nanti dan berharap dilindungkan ALLAH daripada melakukan kesilapan sekecil ini. tagurlah saya ketika itu ya!