Friday, June 13, 2008

Mohon Permisi...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Peperiksaan MCQ clinical medicine akan dihadapi pada 16 Jun ini. Walau markahnya mungkin tak banyak namun masih memerlukan saya bersedia dengan sebaik mungkin. Justeru blog ini juga perlu ditinggalkan buat sementara waktu. Mohon doa daripada semua untuk saya menghadapi peperiksaan ini dengan baik. Sementara ketiadaan saya ini, saya seronok sekiranya kita dapat berbincang apa-apa di shout box di sebelah untuk berbicara apa sahaja isu yang mungkin boleh menghidupkan sedikit suasana di blog ini,rasanya ramai juga sahabat-sahabat dan junior-junior shams saya yang selalu berkunjung ke sini, namun tidak pula meninggalkan jejak atau apa-apa di sini. Seronok jika dapat mendengar cerita dan khabar sahabat-sahabat yang mungkin sudah sekian lama tidak bersua.

Baiklah, sekali lagi minta doa dari semua. Sebelum tu, ada satu teka teki,

Ada seekor katak ajaib. Keanehan katak ini adalah, setiap kali ia melompat, ia akan dapat mencapai jarak separuh daripada jarak lompatan sebelumnya. Justeru berapa kalikah katak ini akan melompat untuk sampai kepada jarak satu meter sekiranya lompatan pertamanya adalah 50cm.

Key jawab la ya.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Thursday, June 12, 2008

Ophtalmology (Revise)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua


Ophtalmology adalah suatu subjek yang cukup menarik bagi saya. Walaupun sepanjang berada di tahun 4, saya tidaklah begitu berjaya menguasainya dengan baik. Mungkin kerana kaedah belajar yang kurang tepat, lemah penguasaan maklumat dan perbincangan ketika round atau kerana kurangnya masa saya untuk memberikannya tumpuan menyebabkan saya gagal untuk mendapatkan keputusan yang baik pada tahun lepas. Apapun Alhamdulillah, saya berjaya lulus untuk madah ini.

Hari ini saya ditanya oleh syazwan berkenaan soalan-soalan yang saya hadapi ketika peperiksaan ophtalmology pada tahun lepas. Seperti biasa, pastinya entry-entry saya yang lepas menjadi rujukan dan itulah juga niat sebenar saya menulisnya di blog. Agar menjadi rujukan buat generasi selepas saya. Jadi apa lagi Wan? bukalah link-link di bawah ni ya. Selamat belajar dan berjaya.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Cataract

Ophtalmology

Ophtalmology part 2

Wednesday, June 11, 2008

Elaun pelajar tajaan Mara di Mesir dinaikkan

Elaun pelajar tajaan Mara di Mesir dinaikkan 11/06/2008 12:47pm

KUALA LUMPUR 11 Jun – Sebanyak 436 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Mesir kini menerima kadar kenaikan elaun sara hidup yang baru iaitu daripada AS$224 (RM732.48) kepada AS$420 (RM1,373.4) sebulan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, kenaikan itu berkuatkuasa mulai 1 April lepas.

Selain sara hidup itu, beberapa kadar elaun lain juga dinaikkan sehingga 90 peratus, antaranya elaun buku, elaun alat perkakas, elaun penempatan, elaun pengajian akhir dan elaun pakaian, katanya dalam satu kenyataan di-0 sini hari ini.

Beliau berkata, elaun buku dinaikkan daripada AS$175 (RM572.25) kepada AS$300 (RM981) setahun, elaun alat perkakas daripada AS$88 (RM287.76) kepada AS$150 (RM490.5) setahun dan elaun penempatan daripada AS$336 (RM1,098.72) kepada AS$630 (RM2,060.1) yang dibayar sekali sahaja. - Bernama

______________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salah sejahtera buat semua.


Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah subhanahu wataala atas segala nikmat yang dikuniakanNya. Berita kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar-pelajar Perubatan tajaan MARA yang menuntut di Mesir ini pastinya memberikan sedikit sebanyak kelegaan kepada kita semua. Setelah bertahun-tahun berjuang untuk kenaikan elaun ini akhirnya suara kita didengari dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan para pelajar diberikan hak untuk menikmati kenaikan elaun seperti yang diharapkan. Semoga berita ini akan sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar menghadapiinflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat diMesir di kala ini.

PERUBATAN secara tulus mengucapkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah bersetuju untuk menaikkan kadar sara hidup ini dan menyeru kepada pihak-pihak penaja yang lain seperti yayasan negeri, zakat, kerajaan negeri dan lain-lain untuk turut mengikut jejak yang sama menaikkan elaun sara hidup bagi memastikan pelajar-pelajar di sini dapat melalui hidup dan belajar dengan sebaiknya.

Buat semua pelajar, panjatkanlah syukur atas segala kurniaan Allah ini. Bayangkan, dikala masyarakat di Malaysia begitu gusar dan gelisah dengan kadar inflasi yang meningkat, harga minyak yang naik, harga barangan yang turut sama naik, kos hidup yang semakin membebankan namun kita pula digembirakan Allah dengan berita ini. Justeru mari kita bertanya, dimana pula peranan kita? di mana pula tanggungjawab kita? Jadikanlah ia sebagai pemangkin semangat untuk kita terus berusaha dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan semua aspek sepanjang keberadaan kita di bumi Mesir ini. Moga selepas ini kita akan dapat lebih fokus menuntut ilmu dan melunaskan kewajipan yang ada.

Di samping itu,nasihat saya juga kepada semua, sepertinya juga apa yang disebut oleh Pimpinan-pimpinan kita di Malaysia termasuklah Yang Di Pertuan Agong sendiri yang menasihatkan semua rakyat untuk lebih berhemah dan berjimat dalam berbelanja dan menguruskan kewangan masing-masing, tidak perlulah kita terlalu bermewah-mewah dan berbelanja sesuka hati sebaliknya gunakanlah rezeki yang dikurniakan Allah itu dengan sebaiknya. Apa yang perlu kita ingat, setiap irsh dan genih yang kita belanjakan pastinya tidak terlepas daripada penghisaban di neraca Allah Taala di akhirat kelak. Justeru belanjakanlah harta yang kita ada ini ke jalan kebaikan serta diredhai dengan sebaik mungkin, insyaAllah.

"Beringat sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah."

Ingatlah juga sahabat-sahabat yang mungkin kurang bernasib baik berbanding kita, tiada tajaan dan biasiswa seperti kita. Bantulah mereka selagi kita mampu untuk membantu mereka. Moga dengan itu akan memberikan lebih barakah dan makna kepada hidup kita. Dalam masa yang sama, moga kita dijauhkan daripada sifat tamak, bakhil, ujub dan sifat-sifat keji yang lain dalam melayari kehidupan yang sementara ini. Bersama nikmat itu, pasti akan ada ujian yang mengiringinya. Tika senang, tika kaya inilah akan datang sifat bakhil dan kedekut untuk mengeluarkan harta demi kebaikan orang lain.Justeru moga kita tidak terkesan dengan sifat-sifat mazmumah tersebut.

Akhirnya, doakanlah juga kesejahteraan dan keselamatan abang-abang, kakak-kakak yang sudah sekian lama berusaha dan berjuang untuk kenaikan elaun sara hidup ini sejak dahulu lagi sehingga akhirnya dapat dirasai oleh generasi yang ada pada hari ini. Moga mereka sentiasa diberikan kemudahan dalam menghadapi tugas-tugas sebagai seorang doktor di Malaysia sana.

Baiklah, setakat itu sahaja, moga semua dapat menghadapi baki peperiksaan dengan lebih baik dan bersemangat selepas ini. Bittaufeeq wannajah buat semua.

Sekian.

Presiden,
Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir

PS: Kenaikan elaun pelajar-pelajar JPA akan diumumkan selepas ini oleh kerajaan dengan kadar kenaikan yang sama.

Lelaki itu...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salah sejahtera buat semua.


Seusai menunaikan solat Maghrib di Masjid Ahmad Ibrahim saya duduk bertafakur seketika, memerhatikan tempat sujud, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir mengingati yang esa. Seketika saya melemparkan pandangan ke luar masjid. Lalu terlihat kelibat seorang arab yang melambai-lambai dan menunjuk-nunjuk ke arah saya.

Saya memerhati ke kiri dan kanan, tiada yang lain di situ, lalu saya mengisyaratkan telunjuk ke dada sendiri sambil menyebut perlahan, "ana?"

Lelaki itu mengangguk dari kejauhan. Saya kembali melihat kiri dan kanan. Memang benar tiada siapa lagi yang berada hampir dengan saya ketika itu. Hanya saya. Dari jauh saya mengamati wajah lelaki itu, akhirnya terlintas di benak saya, "Akhi Khalid!"

Dengan tersenyum saya bersegera mendapatkannya. Dia menyambut saya dengan senyuman yang cukup manis. Kami berjabat tangan berpelukan menandakan begitu lama tidak berjumpa.

"Wahishtani ya akhi, kunta feen?" tanya Akhi Khalid, jelas di matanya tergambar kerinduan setelah sekian lama tidak bersua.

"Wa ana kamaan ya akhi, ana maujud fil masr lakin kuntu daiman bisolli fil Hidayah" memang dahulunya saya kerap solat di Masjid Ahmad Ibrahim ini apatah lagi rumah sewa saya ketika itu betul-betul di hadapan masjid ini. Di sinilah saya mula berkenalan dengan Akhi Khalid, belajar bersama mengaji dengan Syeikh Khalid, guru mengaji saya di Mesir dan juga merupakan imam di masjid tersebut. Selepas pindah ke rumah yang agak jauh daripada masjid itu dan Syeikh Khalid juga sudah tidak lagi menjadi imam di situ saya semakin jarang ke masjid itu dan begitu jugalah jarangnya untuk saya berpeluang untuk bertemu dengan Akhi Khalid yang sememangnya selalu bersolat di situ sekembali daripada kerjanya di Markaz Auram (Pusat Kanser).


Ini gambar ketika di rumah kedua kami di Mesir ini, Akh Khalid pernah datang ke sini menziarahi kami


Nak minum apa akhi?

Mudanya Hamdan ketika ini.


Kami berbual-bual, bercerita tentang keluarga, sahabat-sahabat saya yang juga merupakan sahabat-sahabatnya, berkenaan pertukaran kerjanya yang kini telah dinaikkan pangkat, anaknya kini yang sudah masuk empat orang dan beberapa perkara-perkara lain lagi. Terasa nikmat berbicara setelah lama tidak mendengar khabar dan berita. Dan di akhir pertemuan itu, selain menyampaikan salam kepada semua sahabat terutama Idil yang amat diingatinya dia sekali lagi menyatakan harapannya untuk kembali mengajak kami ke rumahnya di El Marg untuk berjumpa keluarganya dan makan bersama.

"InsyaAllah akhi, jika diizinkannya kami akan ke sana, menziarahi akhi sekeluarga." begitulah lontaran janji saya kepadanya.

Walaupun usianya mungkin begitu jauh berbeza dengan kami, namun ia pastinya tidak menjadi halangan untuk kami bersahabat. Setelah berdoa semoga dipertemukan lagi, Akhi Khalid akhirnya meminta diri untuk kembali kerumah meninggalkan saya yang masih lagi terkenang kisah-kisah lalu kami bersama.Moga persahabatan yang terbina diredhai dan diberkati olehNya. Ameen ya Rabbal Alamin...

Jazakumullah khairan kathiraa...

Tuesday, June 10, 2008

Demi Cinta Zainab

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salah sejahtera buat semua.

"Eh puteri Rasulullah ada nama Zainab ke?"
tanya Idil seraya mendengar lagu Demi Cinta Zainab daripada MP3nya.

"a ah" jawab saya ringkas.

"oooh" balas Idil lagi.

Mungkin ramai tidak mengenali puteri Rasulullah ini yang sebenarnya mempunyai kisah cinta yang cukup dikagumi. Pertembungan antara cinta dan Iman yang akhirnya membawa kepada keimanan kepada kedua-dua pasangan suami isteri ini mencari cinta dan Redha Allah. Saya pernah menge'post' satu entry berkaitan puteri Rasulullah ini dalam blog saya yang lalu, justeru tidak menjadi keberatan untuk saya kembali repost kisah tersebut untuk tatapan bersama untuk kita lebih mengenali puteri kesayangan Rasulullah ini. Baiklah, mahu ke kuliah, doakan kebaikan kita bersama hari ini dan seterusnya.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Demi Cinta Zainab

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

____________________________________________________

Zainab al kubra.

Zainab ra lahir sepuluh tahun sebelum ayahnya menjadi nabi. Beliau putri pertama Rasulullah saw dari Khadijah ra. Sesuai dengan sifat-sifat yang melekat pada diri ibunya, Zainab tumbuh menjadi teladan yang utama dengan seluruh sifat-sifat yang terpuji. Hampir sempurnalah sifat kewanitaan Zainab, sehingga putra dari bibinya yang bernama Abu al-'Ash bin Rabi', salah seorang yang terpandang di Mekah dalam hal kemuliaan dan harta, berhasrat melamar beliau. Dia adalah pemuda Quraisy yang tulus dan bersih, nasabnya bertemu dengan Nabi saw dari jalur bapaknya, yakni pada Abdu Manaf bin Qushay. Adapun dari jalur ibu, nasabnya bertemu dengan Zainab pada kakek mereka berdua, yakni Khuwailid, karena ibunya adalah Halah binti Khuwailid, saudari Khadijah.

Abu al-'Ash mengenal betul tentang kepribadian dan sifat Zainab, karena dia sering berkunjung ke rumah bibinya: Khadijah. Begitu pula Zainab dan kedua orang tuanya juga telah mengenal bagusnya Abu al-'Ash. Oleh karena itu, diterimalah lamaran dari pemuda yang telah diridhai Nabi saw dan Khadijah, juga oleh Zainab.

Maka, masuklah Zainab ke dalam rumah tangga suaminya, yakni Abu al-'Ash. Dalam usianya yang masih muda, Zainab mampu mengatur rumah tangga suaminya hingga menumbuhkan kebahagiaan dan ketenteraman. Allah mengaruniai dalam perkawinan ini dua orang anak yang bernama Ali dan Umamah. Semakin sempurnalah kebahagiaan rumah tangga itu dengan kehadiran keduanya dalam rumah yang penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan.

Pada suatu ketika, Abu al-'Ash berada dalam suatu perjalanan, kemudian terjadilah peristiwa besar dalam sejarah kehidupan manusia. Yaitu, diangkatnya Muhammad saw sebagai Nabi dengan membawa risalah. Bersegeralah Zainab menyambut seruan dakwah yang haq yang dibawa oleh orang tuanya, yakni Rasulullah saw. Beliau jadikan dienullah sebagai pedoman hidup yang dengannya menjadi jalan di atasnya.

Tatkala suaminya kembali dari berpergian, Zainab menceritakan perubahan yang terjadi pada kehidupannya, yang bersamaan dengan kepergian suaminya, muncullah dien yang baru dan lurus. Beliau menduga bahwa suaminya akan bersegera menyatakan keislamannya. Akan tetapi, beliau mendapatkan bahwa suaminya menyikapi kabar tersebut dengan diam dan tidak bereaksi.

Kemudian, Zainab mencoba dengan segala cara untuk meyakinkan suaminya, namun dia menjawab, "Demi Allah, bukannya saya tidak percaya dengan ayahmu, hanya saja saya tidak ingin dikatakan bahwa aku telah menghina kaumku dan mengafirkan agama nenek moyangku karena ingin mendapatkan keridhaan istriku."

Hal itu merupakan pukulan yang telak bagi Zainab, karena suaminya tidak mau masuk Islam. Maka, isi rumah tangga menjadi guncang dan gelisah. Tiba-tiba kegembiraan berubah menjadi kesengsaraan.

Zainab pun tinggal di Mekah di rumah suaminya, dan tidak ada seorang pun di sekelilingnya yang dapat meringankan penderitaannya karena jauhnya dirinya dengan kedua orang tuanya. Ayahnya telah berhijrah ke Madinah al-Munawwarah bersama sahabat-sahabatnya, sedangkan ibunya telah menghadap ar-Rafiiqul A'la, dan saudari-saudarinya pun telah menyusul ayahnya di bumi hijrah. Tatkala pecah perang Badar, kaum musyrikin mengajak Abu al-'Ash keluar bersama mereka untuk memerangi kaum muslimin. Akhirnya, nasib suaminya adalah menjadi tawanan kaum muslimin.

Tatkala Abu al-'Ash dihadapkan kepada Rasulullah saw, beliau bersabda kepada para sahabat, "Perlakukan tawanan ini dengan baik." Ketika itu Zainab mengutus seseorang untuk menebus suaminya dengan harta yang dibayarkan kepada ayah beliau beserta kalung yang dihadiahkan ibu beliau (Khadijah) tatkala pernikahannya dengan Abu al-'Ash. Tiada henti-hentinya Rasulullah memandang kalung tersebut, sehingga hati beliau hanyut mengenang istrinya yang setia, yakni Khadijah yang telah menghadiahkan kalung tersebut kepada putrinya. Setelah beberapa saat, Rasul terdiam. Beliau bersabda dengan lemah lembut, "Jika kalian melihatnya (sebagai kebaikan), maka bebaskanlah tawanan tersebut dan kembalikanlah harta tebusannya, maka lakukanlah!" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah."

Selanjutnya Rasulullah mengambil janji dari Abu al-'Ash agar membiarkan jalan Zainab (untuk hijrah), karena Islam telah memisahkan hubungan antara keduanya.

Kemudian Abu al-'Ash kembali ke Mekah, sementara Zainab menyambutnya dengan riang gembira. Tetapi, yang terjadi pada diri Abu al-'Ash lain dengan apa yang terjadi pada Zainab. Akhirnya keluarlah Zainab dari Mekah meninggalkan Abu al-'Ash, suami yang tercinta, dengan perpisahan yang mengharukan. Namun, orang-orang Quraisy justru menghalang-halangi beliau (untuk berhijrah), mereka mencegah dan mengancam beliau. Ketika itu beliau sedang hamil dan akhirnya gugurlah kandungannya. Selanjutnya beliau pulang ke Mekah dan Abu al-'Ash merawatnya hingga kekuatannya pulih kembali. Lalu beliau keluar pada suatu hari di saat orang-orang Quraisy lengah perhatiannya. Beliau keluar bersama saudara Abu al-'Ash yang bernama Kinanah bin ar-Rabi' hingga sampai kepada Rasulullah saw dengan aman.

Berlalulah masa selama enam tahun beserta peristiwa-peristiwa besar yang menyertainya, sedangkan Zainab berada dalam naungan ayahnya di Madinah. Beliau hidup dengan penuh optimis dan tak kenal putus asa, yakni berusaha agar Allah melapangkan dada Abu al-'Ash untuk Islam.

Pada bulan Jumadil Ula tahun 6 Hijriyah, tiba-tiba Abu al-'Ash mengetuk pintu Zainab, kemudian Zainab membuka pintu tersebut. Seolah-olah Zainab tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sehingga ia ingin mendekatinya. Akan tetapi, ia menahan diri karena ingin memastikan tentang akidahnya, mengingat bahwa akidah adalah yang pertama dan yang terakhir.

Abu al-'Ash menjawab, "Kedatanganku bukanlah untuk menyerah, akan tetapi saya keluar untuk berdagang membawa barang-barangku dan juga milik orang-orang Quraisy, namun tiba-tiba saya bertemu dengan pasukan ayahmu yang di dalamnya ada Zaid bin Haritsah bersama 170 tentara. Selanjutnya mereka mengambil barang-barang yang saya bawa dan aku pun melarikan diri, dan sekarang aku mendatangimu dengan sembunyi-sembunyi untuk meminta perlindunganmu."

Zainab yang memiliki akidah yang bersih berkata dengan rasa sedih dan iba, "Marhaban (selamat datang) wahai putra bibi… Marhaban wahai ayah Ali dan Umamah (keduanya anaknya Zainab dengan Abu al-'Ash)."

Tatkala Rasulullah saw selesai salat Subuh, dari dalam kamar Zainab berteriak dengan suara yang keras, "Wahai manusia, sesungguhnya aku melindungi Abu al-'Ash bin Rabi." Kemudian Rasulullah saw ke luar seraya bersabda, "Wahai manusia, apakah kalian mendengar apa yang aku dengar?" Mereka menjawab, "Benar Ya Rasulullah." Lalu beliau bersabda, "Adapun demi yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, tiadalah aku mengetahui hal ini sedikit pun hingga saya mendengar sebagaimana yang kalian dengar. Dan orang-orang yang beriman adalah tangan bagi selain mereka, sehingga berhak memberikan perlindungan kepada orang yang dekat dengannya, dan sungguh kita telah melindungi orang-orang yang telah dilindungi oleh Zainab."

Kemudian masuklah Rasulullah saw menemui putri beliau: Zainab, lalu berkata, "Muliakanlah tempatnya dan janganlah dia berbuat bebas kepadamu, karena kamu tidak halal baginya."

Selanjutnya Zainab memohon ayahnya agar mau mengembalikan harta dan barang-barang Abu al-'Ash. Maka, keluarlah Rasulullah menuju tempat para sahabat yang sedang duduk-duduk. Beliau bersabda, "Sesungguhnya laki-laki ini sudah kalian kenal. Kalian telah mengambil hartanya, maka jika kalian rela, kembalikanlah harta itu kepadanya dan saya menyukai hal itu, namun jika kalian menolaknya, maka itu adalah fa'i (rampasan) yang Allah karuniakan kepada kalian dan apa yang telah Allah berikan kepada kalian, maka kalian lebih berhak terhadapnya."

Para sahabat menjawab dengan serentak, "Bahkan kami akan mengembalikan seluruhnya ya Rasulullah." Akhirnya mereka mengembalikan seluruh hartanya, seolah-olah dia tidak pernah kehilangan sama sekali.

Selanjutnya Abu al-'Ash pergi meninggalkan Zainab, dia menuju Mekah dengan membawa sebuah tekad. Tatkala orang-orang Quraisy melihat kedatangannya dengan membawa barang dagangan beserta labanya, maka mulailah Abu al-'Ash mengembalikan harta dan laba itu kepada setiap yang berhak. Kemudian beliau berdiri dan berseru, "Wahai orang-orang Quraisy, masih adakah di antara kalian yang hartanya masih berada di tanganku dan belum diambil?" Mereka menjawab, "Tidak, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Sungguh, kami dapatkan bahwa Anda adalah seorang yang setia janji dan mulia." Lalu di tempat itulah Abu al-'Ash berkata, "Adapun aku, aku bersaksi bahwa tiada ilah (tuhan) yang haq (benar) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Demi Allah tiada yang menghalangi diriku untuk masuk Islam (tatkala di Madinah), melainkan karena saya khawatir kalian menyangka bahwa saya hanyalah ingin melarikan harta kalian. Maka, tatkala Allah mengembalikan barang-barang kalian dan sudah aku laksanakan tanggung jawabku, maka aku pun masuk Islam."

Abu al-'Ash bertolak ke Madinah sebagai seorang muslim. Beliau berhijrah menuju Allah dan Rasul-Nya, dan di sanalah beliau bertemu orang yang dia cintai, yakni Muhammad saw dan para sahabatnya. Akhirnya, Rasulullah saw mengembalikan Zainab ra kepada Abu al-'Ash sehingga berkumpullah keduanya. Mereka bangun rumah tangga sebagaimana sebelumnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Akan tetapi, berkumpulnya mereka sekarang dalam akidah yang satu yang tidak dikotori apa pun.

Setelah berlalu setahun, kemudian Zainab wafat pada tahun 8 Hijriyah akibat sakit yang masih membekas karena keguguran ketika beliau berhijrah. Abu al-'Ash menangisi beliau ra hingga menyebabkan orang-orang yang berada di sekitar beliau turut menangis. Kemudian datanglah Rasulullah saw dalam keadaan sedih dan mengucapkan selamat tinggal, lalu bersabda kepada para wanita:

"Mandikanlah dengan bilangan yang ganjil, tiga atau lima, dan yang terakhir dengan kapur barus atau sejenisnya. Apabila kalian selesai memandikan, beritahukanlah kepadaku." Tatkala mereka telah selesai memandikannya, beliau memberikan kain penutup dan bersabda, "Pakaikanlah ini kepadanya."

Semoga Allah merahmati Zainab al-Kubra binti Rasulullah saw dan membalas seluruh amalannya dengan balasan yang baik.

Sumber: Nisa' Haular Rasuul, Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi

Monday, June 9, 2008



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya sebenarnya tidak pasti untuk meletakkan tajuk apa yang sesuai untuk entry saya pada kali ini. Antara dilema melayu ataupun agenda melayu, saya tercari-cari di mana letak mula dan pencetus kepada permasalahan yang dihadapi oleh bangsa saya,umat melayu di Malaysia ketika ini. Setelah apa yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka, hak istimewa yang telah mereka nikmati, perhatian lebih yang diberikan kepada mereka namun mereka tetap ketinggalan dan ketinggalan sebaliknya menjadi jaguh pula dalam kebejatan akhlak, budaya kuning, penghuni utama di pusat-pusat serenti dan pelbagai lagi gejala-gejala yang tidak baik yang dipelopori mereka. Justeru saya kembali rungsing memikirkan apa yang tidak kena, dimana silapnya dan apakah natijah yang akan terus dihadapi dan diterima oleh bangsa Melayu yang saya kasihi ini.

Semalam saya berpeluang menghadiri majlis bersama Dato' Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Saya difahamkan majlis itu adalah majlis makan dan penerangan tentang kenaikan biasiswa yang akan dinikmati oleh pelajar-pelajar perubatan tajaan MARA disini namun akhirnya majlis itu adalah majlis beramah mesra dengan beliau dan sessi penerangan tentang beberapa isu di Malaysia ditambah dengan beberapa kalam-kalam politik berkenaan agenda Melayu yang sememangnya sebati dengan ideologi UMNO dulu kini dan moga tidak selamanya begitu (ada sebab saya mengharapkan sebegitu). Tidak dikisahkan hal itu, kerana memang adatnya tetamu datang, perlulah kita meraikan mereka walaupun di musim peperiksaan begini.Ada sahabat-sahabat yang tidak berpuas hati kerana ingatkan hanya majlis makan-makan tetapi majlis ramah mesra pula, maaf saya dahulukan apepun moga majlis semalam ada manafaatnya buat kita semua.

Saya tertarik dengan apa yang disebut, begitu banyak kelebihan yang dinikmati umat Melayu di Malaysia sebagai masyarakat peribumi (baca bumiputera) di Malaysia ini dan diperakui sendiri oleh perlembagaan Malaysia yang luhur sepertimana di dalam rukun negara. Melayu yang ditakrifkan sebagai mereka yang

  • beragama Islam,
  • bertutur dengan bahasa Melayu
  • dan mengamalkan adat resam melayu
telah diberikan beberapa keistimewaan yang dijamin oleh perlembagaan. Suatu yang termaktub di dalam kontak sosial (social contract) yang menjadi asas pembentukan negara ini apabila orang Melayu sanggup menerima masyarakat cina dan india sebagai warganegara tanah ini dan masyarakat Cina dan India pula bersetuju untuk meletakkan beberapa keistimewaan kepada Orang Melayu sebagai balasannya. Itu cerita 50 tahun yang lalu.

Namun saya sendiri tidak pasti adakah melayu yang berada di Malaysia kini memang benar Melayunya, kerana jika melihat kepada Islam, sudah berapa ramai umat Melayu yang murtad kini, walaupun kita masih dapat mempertahankan nama Islam di kad pengenalan bagi mereka yang murtad ini seperti kes Lina Joy umpamanya namun hakikatnya mereka tetap murtad dan berapa ramai lagi melayu Islam yang masih lagi tidak celik dan mengamalkan Islam sebagai gaya hidup mereka dalam semua aspek tidak hanya dalam soal pembangunan. Bertutur bahasa melayu juga semakin ramai yang berasa bodoh bila menuturkannya, sementara mengamalkan adat resam melayu juga semakin ditinggalkan dek kerana mengagung-agungkan budaya barat yang penuh dengan hedonisme, kelalaian, hiburan dan sebagainya. Justeru siapa lagi melayu yang ada di Malaysia kini sepertimana yang ditakrifkan perlembagaan?

Kita kembali bersama Dato' Noh Omar, saya sekali lagi tertarik kepada kenyataan beliau apabila berkata, pelbagai badan kerajaan telah diwujudkan semata-mata untuk membantu Melayu ini bagi merealisasikan apa yang terdapat di dalam perlembagaan tersebut. Antaranya MARA yang memberikan banyak peruntukan untuk kebajikan pendidikan kepada anak melayu, UDA, TEKUN, Bank Rakyat, Bank Pembangunan, JAKIM, IKIM dan pelbagai lagi agensi-agensi yang diwujudkan untuk mencapai maksud tersebut. Begitu jugalah dengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan Tun Abdul Razak yang banyak memberikan kelebihan kepada Orang Melayu untuk lebih berpotensi untuk maju dalam pelbagai bidang. Sehingga pada saya,tiada sebab untuk orang Melayu tidak maju-maju dan berjaya sebaliknya semakin punah pada hari ini (tidak menolak semakin rama profesional melayu yang intelek telah dilahirkan). Namun begitulah hakikatnya. Di mana silapnya ya, kadang-kadang apabila memikirkan terdapat ketidakadilan yang berlaku daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada kaum-kaum lain mungkin menjadi suatu balasan yang ditentukan kepada umat Melayu ini. Malah mungkin juga kerakusan dan ketidakcekapan pemimpin sendiri yang berbangsa Melayu tetapi lebih memikirkan diri sendiri berbanding mengutamakan kepentingan rakyat. Entahlah,saya katakan mungkin, kerana saya tiada bukti, namun orang yang cerdik pandai pastinya dapat memikirkan dan mencari sendiri bukti-bukti yang ada.

Entahla ya, saya sepertinya semakin kabur dengan apa yang berlaku di negara ketika ini, cukup banyak pincangnya cukup banyak ralatnya. Akhirnya antara agenda melayu dan dilema melayu, umat melayu semakin hilang jatidirinya malah semakin jauh daripada agamanya dalam meniti hari-hari mencapai kemajuan dan kegemilangan pada tahun 2020 nanti. Sebagai penutup saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat suatu artikel yang ditulis oleh seorang tokoh muda, yang diperkenalkan syazwan ketika malam kami tadi, Nik Nazmi Nik Ahmad, setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, walau ia sedikit berkaitan politik namun saya ingin membawa sahabat menyelusuri pendapat beliau berkenaan Mengangkat Martabat Generasi Muda hari ini. Moga Sinar Baru untuk Malaysia akan muncul tidak lama lagi. Berusahalah dan berdoalah.InsyaAllah...

Sekian, Jazakumullah khairan kathiraa...

Lagi isu minyak...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Entah kenapa saya merasakan, negara Malaysia sekarang cukup miskin dan melarat. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang tidak berduit dan sedang mengalami keadaan sukar dalam menguruskan negara. Rakyat pula diharapkan dapat memahami kesulitan yang dialami kerajaan dan turut sama bersabar dan tabah menghadapi saat-saat sukar dikala harga minyak global di seluruh dunia ini meningkat dengan mendadak. Sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar minyak dunia dan penggunaan minyak kita adalah kurang berbanding eksport kita keadaan yang sepatutnya membawa negara menjadi antara negara terkaya di dunia.

Entahlah, itu yang saya rasa, saya tak tau apa pula yang orang lain rasa. Cuma tulisan dari blog kadirjasin(takder kene mengena dengan saya) ini cukup jelas dan menceritakan situasi sebenar dalam negara kita. Moga kita lebih celik dan cerdik dalam menilai yang mana benar yang mana tidaknya.

Oh ya, iklan ini mungkin boleh menarik perhatian kita,

Debat Salahuddin-Shahril tentang harga minyak di TV1 esok

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bersemuka" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak, esok.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan "Bersemuka" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam

Selamat Menonton dan Jazakumullah Khairan Kathiraa...

__________________________________________________

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport. Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.

Wednesday, June 4, 2008

Gembirakah kita ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung dan berfikir, Bersyukurkah kita apabila dilahirkan sebagai Muslim. Bergembirakah kita apabila dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah nikmat dengan menganuti agama yang Agung, agama yang sebenar-benar agama ini.

Gembirakah kita?

Sedang orang lain masih tercari-cari Rabb mereka. Hanyut dan lalai dalam kesesatan pencarian Tuhan mereka itu. Tertipu dan terpedaya dengan anutan yang mereka percayai. Kadang-kadangnya ada antara mereka yang diberikan Allah kesenangan dan kemewahan di dunia, punya segala-galanya namun terasa sepi dan kosong jiwa. Kerana tidak menemui Tuhan mereka. Namun kita, dimuliakan Allah dengan Islam.

Justeru, cuba kita hisab diri kita kembali. Sejauh mana syukurnya kita ditakdirkan kita sebagai hambaNya dan Dia sebagai Tuhan kita, ketika qiam kita, ketika rukuk kita, ketika sujud kita dan seterusnya. Di kala orang lain tidak dapat qiam seperti kita, tidak dapat rukuk seperti kita, tidak dapat sujud seperti kita. Moga hati kita lebih terikat kepadaNya. Moga hati kita lebih khusyuk kepadaNya.

Justeru, bersyukurlah. Dan sampaikanlah ajaran ini walau di mana-mana. Berkongsilah ajaran agama ini dengan seluruh manusia. Kerana Agama ini sangat indah. Agama ini sangat benar dan Agama ini adalah untuk seluruh umat manusia...

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

________________________________________________

Gembirakah kita?

Hari ini, rakyat Malaysia bakal menikmati kenaikan harga minyak petrol sehingga 78 sen menjadikannya RM2.70 seliter sekarang ini. Saya hairan apabila ramai yang merungut dengan kenaikan ini sedangkan kerajaan inilah yang telah mereka pilih baru-baru ini.

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana semuanya bakal dan telah pun diulas oleh pakar ekonomi dan ahli politikus negara yang lebih arif daripada saya. Dan ulasan dari UZAR ini paling saya minati. Cumanya yang semua orang tahu dan semua orang maklum, kenaikan ini pastinya akan membawa kepada kenaikan harga-harga barangan yang lain. Justeru bagaimana rakyat ingin berasa selesa di negara Malaysia pengeluar minyak ini.

Baiklah, sampai sini dulu buat kali ini, berkira-kira untuk membawa balik minyak petrol sekilo dua apabila pulang ke Malaysia nanti... :)

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Monday, June 2, 2008

Kesungguhan dan Pengorbanan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Ada orang berkata untuk berjaya kita perlukan kesungguhan dan pengorbanan, namun kesungguhan dan pengorbanan tidak pula memastikan kita mendapatkan kejayaan. Akan tetapi sunnahnya alam, apabila seseorang itu berusaha insyaAllah dia akan berjaya. Begitulah.

Hari ini saya tidak ke kuliah, membuat ijtihad sendiri mengatakan lebih baik menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji di rumah, memandangkan tiada lagi muhadharah yang akan dilalui dan jika ke kuliah, hanyalah untuk mengikuti round yang entah berapa kerat sahaja yang hadir dan doktor pula seperti segan-segan untuk datang memandangkan jumlah pelajar yang tidak ramai itu. Apatah lagi peperiksaan akhir untuk klinikal ini akan dihadapi pada hari Rabu ini. Apapun itu semua alasan. Yang pasti saya tidak hadir ke kuliah hari ini dan hanya mengulangkaji di rumah, badan sendiri pun masih terasa letih dan tidak keruannya.

Biarkanlah hal itu, hari ini saya menelefon keluarga di Malaysia, sebetulnya baru 2 hari lepas saya menelefon mak dan ayah tetapi lupa untuk memberitahu tentang xm yang akan saya tempuhi rabu ini. Ketika itu mak dan ayah berada di Nilai, menghantarkan Mansur yang akan memasuki tahun peralihan untuk kursus undang-undang syariahnya di USIM. Alhamdulillah sudah empat orang anak-anak mak dan ayah telah berada di menara gading. Tinggal tiga orang sahaja lagi di rumah dan seorang lagi, Khadijah, tinggal bersama nenek saudara saya di rumah berasingan.

Segala puji dan syukur kepada Allah atas segalanya. Tiada apa sangat yang dibualkan, hanya sedikit hal-hal keluarga dan bertanya khabar saudara mara. Ternyata ayahanda begitu bahagia dengan cuti panjang yang dilalui kini. Banyak perkara yang dapat dibuatnya sepanjang sudah bergelar pesara. Dalam masa yang sama dapat berehat bersama anak-anak. Sekarang pun cuti sekolah kan? Segala puji bagiNya memberikan ayah saya kegembiraan itu. Namun seperti orang-orang tua yang lain, kesukaran untuk ayah menangkap butiran-butiran kata dari bicara saya menyebabkan sedikit terbantut minatnya untuk berbicara dengan saya, justeru mak lah yang selalu diserahkan telefon tangannya itu untuk berbicara apa-apa. Kesian ayah, dan kesian anaknya juga. Apapun bagi saya, mendengarkan suara mak dan ayah pun sudah cukup walaupun mungkin tidak dapat berkata apa-apa.

Saya agak terkilan dan kasihan apabila ada sahabat-sahabat yang berpendapat tiada guna atau tidaklah terlalu penting untuk menelefon ibu atau bapa sedang tidak tahu apa-apa untuk bercerita dan mak ayah pun kadang-kadangnya tidak menunjukkan minat untuk tahu apa-apa. Sepertinya tidak mengingati ingatan kita kepada mereka, yang penting kita sihat dan teruskan belajar dan belajar. Namun pada saya, walau begitu keadaannya kita tetap seorang anak dan kewajipan kita untuk berbuat baik kepada mereka dan kadang-kadangnya dalam banyak hal perlu untuk kita mengalah. Justeru, janganlah jemu untuk menelefon mak dan ayah sementara kita masih punya mereka. Renungan dan nasihat untuk diri sendiri dan semua. So ape lagi?

Hari ini satu lagi musibah dihadapi oleh seorang pelajar perubatan di perlembahan nil ini, kali ini kes pukau pula. Habis wang 1900le dikebas oleh si pemukau tadi yang begitu pandai mencipta dramanya yang tersendiri. Sebetulnya saya malas untuk bercerita panjang lebar tentang apa yang berlaku cuma sekadar peringatan buat semua sahabat-sahabat di sini supaya lebih berhati-hati apabila di sapa oleh mana-mana arab lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Takut kes yang terjadi berlaku lagi. Ya itu memang satu musibah yang telah ditentukanNya dan sememangnya apa yang boleh dilakukan hanyalah bersabar atas apa yang berlaku dan tanamkan keyakinan bahawa walaupun wang tersebut pernah berada di tangan kita dan pernah menjadi milik kita namun bukan rezeki kita untuk membelanjakannya sebaliknya rezeki pemukau tadi walaupun dengan jalan yang haram. Namun langkah-langkah pencegahan wajib diambil sebelum kita bertawakkal kepadaNya.

Buat Apes adikku sayang, walau semua pun sudah mengucapkannya,bersabarlah ya. Moga Dia memberikan ganti yang lebih baik. Mana tau lepas ni dikurniakan zaujah yang solehah ke?

Baiklah, setakat ini dulu coretan saya, oh ya setelah pening memikirkan apa yang nak dimasak hari ini akhirnya saya punya idea untuk memasak sesuatu pada hari ini. Hasilnya, entah saya belum merasa, rupanya, maaf saya memang tiada kamera. Tapi nampaknya semua pun berpuas hati, cuma mungkin ada antaranya yang suka masakan berkuah agak kecewa dengan santapan hari ini. Untuk itu, maaf ye akhi. Lain kali saya masak lain pula. Wafi menamakan masakan itu "menanti" entah apalah yang dinantinya. Syazwan menamakannya sesuatu tadi, tapi lupa pula, ape ye wan? Idil pula, apa nama yang nak diberi? Apapun moga ianya berbaloi untuk merai sama ulang tahun kelahiran ahli bait saya, Ahmad Rashidi yang ke… berapa ya Di? Ke 21 ya? Moga diberikan keberkatan dalam umur dan dipermudahkan segala urusan yang dirancang.

Sekian, bittaufeeq buat semua, moga dapat menggapai bintang-bintang kecemerlangan yang bergemilangan itu.

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

PS: Maaf jika entry ini tidak sesuai dengan tajuk yang diberi...

Sunday, June 1, 2008

Kenapa ya?

Bangun – Lapar – Makan – Kenyang – Mengantuk – Tidur – Bangun


Begitulah kitaran hidup saya ketika ini,saya sendiri tidak pasti kitaran apakah ini.

Walau sukar untuk mengakui, namun apa yang pasti saya sememangnya sedang menjalani hari-hari yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Saya tidak pasti di mana dan apa sebab musababnya, faktor kesihatan mungkin memainkan peranan terbesar kepada keadaan ini, sistem GIT saya terasa kurang enak, badan berasa selalu letih kadang-kadang rasa pening menyerang dan dalam masa yang sama saya kerap memikirkan perkara-perkara yang entah datang dari mana hujung pangkalnya tidak saya ketahui.

Rasa sukar untuk tidur pada waktu malam dan terlalu mengantuk dan lapar pula pada waktu siang, berasa sengal-sengal badan apabila bangun dari tidur dan kesakitan yang amat pada bahagian bahu yang terkehel dalam kemalangan yang lalu juga menambahkan beban yang saya tanggung pada saat ini. Dalam hal ini mungkin Idil lah yang paling mengesani apa yang saya alami ini dan mungkin ahli-ahli bait yang lain namun tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali melihatnya dengan rasa simpati. Walau kami sebagai pelajar perubatan, saya sendiri tidak pasti apa yang saya alami ini.

Depress kah saya? Saya cuba mencari, jika benar ini adalah simtom-simtom dari depress yang dihadapi, apa puncanya? Kerana study kah? Kerana masalah peribadi kah? Kerana hubungan saya dengan manusia kah? Atau kerana hubungan saya dengan pencipta saya sendiri? Atau mungkin kerana gusar dan rungsing memikirkan apa yang berlaku kepada Ummat ini yang makin parah dan punah?

Saya pernah berpendapat sebelum ini dan pernah mengutarakannya kepada seorang sahabat, “Jika mahu mengadu apa-apa, mengadulah kepada Allah kerana dia yang paling mendengar sedang mengadu kepada manusia kerap kali membuatkan kita kecewa.” Ya memang dengan mengadu kepada Allah itulah jalan dan cara yang sebaiknya kerana dia sahajalah yang mampu memberikan apa-apa kebaikan dan kemudharatan dan suatu tanda keimanan yang cukup tinggi apabila kita melakukan sedemikian, cuma fitrahnya kita ini manusia, kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita bercerita, mengadu rasa dan duka walau kita sendiri tahu si dia pastinya tidak mampu berbuat apa-apa selain mendengarnya tetapi itulah antara cara kita untuk mengurangkan sedikit rasa yang tertanggung. Namun kadang-kadang seperti yang saya sebut kepada sahabat tadi, kadang-kadang kita akan pula berasa kecewa jika respon yang diterima daripada si dia tidak pula seperti apa yang diharapkan justeru kita berasa semakin terbeban menanggung rasa.

Entahlah, mungkin saya tidak menemui orang yang sesuai untuk saya bercerita sedang saya sendiri tidak pasti apa yang saya rasai. Moga Dia memberikan petunjuk kepada saya dan sentiasa membantu saya menjadi hambaNya yang baik. Melaksanakan amanah yang diberikanNya, mengajak seluruh manusia mentauhidkanNya tanpa rasa ragu dan was-was Dialah segala-galanya… Seorang sahabat berkata “ Takder la susah sangat xm round ni, takpa saya tahu, Kadir memang selalu yakin” Ya saya memang sentiasa punya keyakinan dan moga saya akan terus punya keyakinan bahawa semuanya datang daripadaNya, dariNya kita datang dan kepadaNya kita semua akan kembali… Doakan saya ya sahabat-sahabat.

Harap saya dengan adanya post ini akan ada yang berkata, “Ala takder la teruk sangat ape yang aku alami ni, abg kadir pun ada masalahnya sendiri” Ya, anda tidak bersendirian menghadapi dunia yang mencabar penuh ujian ini, justeru, ceria-ceriakanlah diri dengan Rahmat dan Kasih SayangNya…

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

Saturday, May 31, 2008

Hypercalcemia dan Addison's disease

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


"Sape sape boleh bagitau macam mana addison's disease boleh menyebabkan hypercalcemia" soal Idil.

Emm macam senang je soalan ni, akan tetapi setelah dibuka buku Dr Ossama dan dibuka juga buku Davidson's yang tebal itu masih lagi tidak ketemu dengan jawapan yang terbaik. Justeru bagaimana Addison's disease, suatu penyakit yang disebabkan oleh kegagalan adrenal gland menghasilkan corticosteroid ini dapat membawa kepada keadaan hypercalcemia.

Umumnya kandungan biasa calcium dalam badan manusia adalah sekitar 9-10.5mg/dL. Kandungan calcium yang tinggi di dalam darah manusia akan membawa kepada simptom-simptom berikut.
  • fatigue
  • confusion
  • nausea
  • vomiting
  • constipation
  • pancreatitis
dan pastinya akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehydration, pencarian di Wikipedia telah menyenaraikan antara faktor-faktor yang membawa kepada hypercalcemia adalah;
  • parathyroid hormone disorders dan malignancy (90% cases)
  • Vitamin D disorders
  • Disorders of bone turnover
  • dan Renal problem
tanpa menyentuh tentang Addison's disease. Maka apabila saya mencari lagi dan menemui laman ini, mengatakan bahawa hypercalcemia boleh berlaku dalam kes Addison's disease kerana berlakunya combination of increased calcium input into the extracellular space and reduced calcium removal by the kidney di mana rendahnya GFR pada aktiviti kidney menyebabkan kurangnya calcium yang masuk kedalam glomerulus dan kemudian banyak pula calcium yang kembali diserap ke dalam darah ketika berada di tubules. Justeru berlakulah hypercalcemia.

Satu lagi kes yang pernah dikaji adalah dalam penerangan berikut yang menyatakan kes hypercalcemia di dalam Addison's disease adalah suatu keadaan yang cukup jarang berlaku.
Apapun sebagai konklusi, tidaklah terlalu penting untuk mengatakan seorang pesakit Addison's disease itu pastinya akan mengalami hypercalcemia, but just put in your mind that whenever you meet a case of hypercalcemia, it might be Addison's disease.

Jadi Idil, itu sahaja penjelasannya. sekian.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

PS: Oh ya, pelajar-pelajar Cairo Univ baru lepas first paper O&G diaorang hari ni. Camana ek korang? Mesti ok je kan.... :)

Oral Pharmacology...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Tadi Apes ada datang ke rumah bertanyakan apa yang ditanya oleh doktor semasa oral pharmacology dua tahun yang lalu. Justeru untuk memudahkan semua, boleh rujuk apa yang ditaip di bawah ini yang merupakan archive saya di blogdrive sebelum ini. Baca je soalan-soalan tu dan abaikan jawapan saya itu jika silap. Buat adik-adik tahun 3 Ain Shams, selamat berusaha dan moga najah dalam oral nanti. Bittaufeeq semua. Chayok...Chayok.

31 Mei 2006....

Hari ni akan teruskan perjuangan untuk pharma ni in amali plak. tak tau kenapa rasa lebih cuak berbanding kertas written dua hari lepas.sedangkan markah untuk amali just 50 sahaja berbanding written xm yang diperuntukkan 150 markah.hhuhu banyak2. ntah berapa la dapat. apepun mungkin atas faktor-faktor ni jugak.

1. tak pernah sentuh lagi soalan - soalan amali as lebih tumpu utk tahriri atau written tu

2. tak pasti bagaimana soalan amali yang akan diberikan. takder briefing yang jelas.

3. Prescription terlalu banyak untuk dihafal dan kelemahan utama ana tak boleh nak hafal sebijik-sebijik so banyaklah yang tak dapat diterjemahkan di atas kertas jawapan...

4. cukuplah 3 kat atas tu :)

Key so dapat lah jawap soalan2 yang diberikan. sayang tak dapat bawak balik kertas soalan. dan seperti dijangka soalan untuk prescription mmg ada yang berlubang jugak. isk sedih jugak. apepun redha insyaAllah.

Kertas amali.

1. General pharmacology,

2. Case about Broncho Asthma... rujuk buku amali

3. Curve

4. Prescription
a) UTI (Urinary tract infection)
b) Congestive Heart Failure
c) Acute Rheumatic Artritis
d) NIDDM
e) Vomiting.

1 Jun 2006 : Oral Session....

Ditakdirkan untuk berduet dengan si Jamal ambil xm oral kali ni. dan Dr yang ditugaskan untuk menyoal kami adalah Dr Ahmad Abdul Solah dan Dr Lubnaa. Dua orang Dr yang langsung berbeza personaliti hihi

Me : Assalamualaykum Dr,
Dr Ahmad: Waalaikumussalam, Ismakayh (awak nama ape)
Me : (Hulurkan kernih kuliah) Tengku Abdul Kadir.
Dr Ahmad : Okey, what are the drugs for Angina?
Me : Oh angina? We have Calcium channel blockers, Beta Blockers and Nitrates
Dr Ahmad : Ok, tell about nitrates.
Me : Nitrate, the action it will bind to nitrate receptor than produce NO2 then inhibit MLCK. So it will make vasodilation.

Dr Ahmad : Ok Jamal what the precaution of nitrate?
Jamal : No answer

Dr Ahmad : You? know the answer?
Me : Emm have to keep it from sunlight, keep it in bottle with cotton. The used of nitrate cannot exceed than 16 hours.The interval between next administration must be more than 8 hours ( tak pasti tul ke tak)

Dr Ahmad : Ok Jamal, what the action of aspirin?
Jamal : It inhibit COX 2 and 1, so have analgesic effect.
Dr Ahmad : What the adverse effects
Jamal : (tak ingat dia jawab ape. jawab dalam arab lak tu hihi)
Dr Ahmad : Paracetamol. action
Jamal : Inhibit COX 3
Dr Ahmad : Why paracetamol is better than Aspirin?
Jamal : Couse it is selective COX 3 inhibitor which has analgesic effect, low adverse effect. than can be used in aspirin allergy, peptic ulcer.
Dr Ahmad : What else ?
Jamal : emmm

Dr Ahmad : You?
Me : Em its better in peptic ulcer, aspirin allergy, high tendency of bleeding patient?
Dr Ahmad : What the action of aspirin make it high bleeding tendency?
Me : Displace warfarin from plasma protein and anti platelet action.

Dr Ahmad : What else anti platelet.
Jamal : PG E2, emm

Dr Ahmad : What else?
Me : PG I2, PG I2 analogue, pentoxyfen, PG E2, Ticlofiban
Dr Ahmad : What the action of ticlofiban?
Me : ( alamak tak ingat) emm it inhibit ADP receptor. (guess)
Dr Ahmad : Ok (hihi betul) what else?
Me : Corticosteroid?
Dr Ahmad : What?
Me : Corticosteroid?
Dr Ahmad : Corticosteroid anti platelet?
Me : Ops nope!! hihi/
Dr Ahmad : Ok thats all. you can go.

Emm tula session ngan Dr Ahmad. tak senyum langsung sepanjang sessi tu, jamal pun sugul je. ana je la yang senyum sorang2 tak berbalas... hhiihi

Key now with Dr Lubnaa.

Me : Assalamulaykum Dr.
Dr Lubnaa : Waalaikumussalam (Smile...Big Smile) Ismakayh?
Me : Tengku Abdul Kadir...
Dr Lubnaa : OOh enta min Malizya?(dari Malaysia ke) Fi haddi fi sobah bardu min Malizya ismuha... (ada sorang pagi tadi jugak dari Malaysia nama dia...)
Me : Ahmad? Akmal?
Dr Lubnaa : Hiya hariimi (Dia permpuan)
Me : Oh Asma?
Dr Lubnaa : Emm naam. Asma Her voice is very low and so you are.(hhihi suara slow ke) Key tell me the drugs for Broncho Asthma?(tak taula kalau dr ni dapat idea tanya soalan ni from nama asma
Me : Emmm we have B2 agonist, theophylline, and anti muscurinic. 3aiz kaman? (nak lagi)
Dr Lubnaa : (Angguk)
Me : Lt antagonist, cromolyn....
Dr Lubnaa : Masyi kuwayyis (bagus) Tell me about B2 agonist. The members...
Me : Emm for B2 agonist we have short and long acting. short such as salbutamol, terbutalline, ritodrine and for long acting we have salmeterol and formoterol.
Dr Lubnaa : The mechanism of action?
Me : B2 agonist we bind at B2 reseptor which binds at Gs protein. Then stimulate adenyl cyclase to increase cAMP. Which can do VD, Broncho dilate and mast cell stablelizer.
Dr Lubnaa : ok stablelize mast cell. The adverse effects...?
Me : emm headache, hypoxemia, tolerance, tachycardia, tremors, constipation.
Dr Lubnaa : Ok about thiophylline, the mechanism of action?
Me : it also increase cAMP by inhibit phosphodiesterase enzyme.
Dr Lubnaa : And at adenosine receptor?
Me : It inhibit receptor A1 of adenosine.
Dr Lubnaa : Thiophylline have very low safety margine. What it is mean?
Me : It has low therapeutic index which can lead to toxicity easily
Dr Lubnaa : What the adverse effects of it?
Me : Depends to the dose of it. If we...
Dr Lubnaa : The dose?
Me : Yes the dose
Dr Lubnaa : You mean the concentration of drug in the blood. isnt it?
Me: Hihi ya the concentration, if low than 20mg so we can suffer git disturbances, anxiety, headache and if higher than 40mg can lead to convulsion and heart arrest. Dr Lubnaa : Ok I dont want anymore from you....

That's all...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Sedikit perkongsian, COPD

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Saya sebetulnya kebosanan membaca dan membaca perkara yang sama, mengulang dan mengulang tanpa dapat mengingati apa-apa daripada apa yang dibaca. Justeru menghilangkan sedikit kebosanan itu apa kata saya berkongsi cerita perkara yang membosankan ini dengan teman-teman semua, seperti kata As, sharing is caring, dengan berkongsi, kegembiraan akan bertambah, kesedihan akan berkurang dan kebosanan, mungkin saya makin kurang bosan dan kamu semua pula yang merasainya

Baik saya nak bercerita tentang pulmonary disease. Lebih kecil scopenya adalah obstructive pulmonary disease.

Umum mengetahui paru-paru kita adalah suatu organ yang penting untuk pernafasan. Disitulah berlakunya proses-proses yang dikenali sebagai Ventilation, Perfussion dan Diffusion,

Ventilation : Suatu proses masuk dan keluarnya udara daripada alveolus. Masalah yang sering terjadi dalam proses ini adalah apabila seseorang itu merasa sukar untuk bernafas, hypoventilation atau terpaksa bernafas dengan lebih kerap, hyperventilation.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang hyperventilation, kita bercerita tentang hypoventilation, ada dua keadaan yang akan membawa kepada keadaan ini.

Pertama: Restrictive, alveolus sukar untuk mengembang disebabkan oleh pulmonary fibrosis, pleural effusion dan pneumothorax.

Kedua: Obstructive, ha yang ni saya nak lebih bercerita hari ini, keadaan dimana, saluran pernafasan ini tersekat menyebabkan seseorang berasa sukar untuk bernafas. Contoh penyakit yang sering membawa kepada keadaan ini adalah COPD, Bronchial Asthma dan asthmatic bronchitis.

COPD

Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah keadaan di mana, seseorang itu menghadapi kesukaran bernafas, dyspnea akibat kombinasi keadaan yang dihadapi iaitu:

Chronic bronchitis : Terlebih penghasilan mukus pada saluran pernafasan menyebabkan batuk yang berterusan paling kurang selama 3 bulan secara berterusan atau selama 2 tahun.

Emphysema : Patologi udara yang terkumpul pada tisu atau organ badan. Dalam kes ini kita merujuk kepada abnormal distention of air spaces distal to terminal bronchioles with destruction to alveola septa. Tak reti untuk saya terjemahkan kepada bahasa ibunda.

Ok, jadi begitu, so apa yang membawa kepada keadaan ini, kita mulakan dengan chronic bronchitis.

Chronic Bronchitis secara teorinya dikatakan berlaku kepada mereka yang terdedah kepada pencemaran udara, merokok dan pekerjaan yang bergelumang dengan habuk yang menyebabkan chronic irritation kepada saluran pernafasan. Jangkitan kuman pada sistem ini juga akan menjadi faktor penggalak berlakunya gejala ini.

Seseorang akan melalui tiga peringkat :

Pertama: Simple chronic bronchitis, penghasilan mukus yang tinggi pada saluran pernafasan hasil daripada aktiviti goblet cells

Kedua : Mucopurulent stage, pada tahap ini, terhasilnya mucus yang dijangkiti kuman atau bakteria seperti H Influenza atau Pneumococci.

Ketiga: Chronic Obstruction, di mana telah berlakunya penebalan, fibrosis, squamous metaplasia pada saluran pernafasan, dan hypertrophy pada otot otot bronchus.

Apa yang dapat kita lihat kepada pesakit adalah; Pesakit akan sentiasa batuk dan mengeluarkan mukus yang bewarna putih dan mungkin dalam kadar yang sedikit dan jika adanya jangkitan mukus tersebut mungkin akan berwarna kuning.

Pesakit juga akan berasa sukar untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada disebabkan oleh batuk yang kuat. So itu simptom-simptom yang akan selalu dirasai oleh pesakit, tak perlu saya ceritakan sign-sign di sini yang lebih medical nanti semua pun akan jadi terlalu bosan pula. Untuk pastikan diagnosis ini, kita akan lakukan clinical examination dan investigation yang melibatkan, Xray, ECG,Respiratory Fuction Test, dan Blood gases untuk kesan sama ada sudah mendapat respiratory failure atau belum.

Apa ubatnya? Biasanya doktor akan berikan mucolytic dan expectorant kepada pesakit untuk memudahkannya mengeluarkan kahak yang terhasil, juga diberikan bronchodilator yang berupa Beta 2 agonist, ipratropium bromide atau aminophylline untuk memudahkan pernafasan. Steroid juga boleh diberi jika terlalu sukar untuk bernafas. Antibiotic untuk elakkan berlakunya jangkitan. Dormicilliary O2 untuk hypoxemic patients dan jika terlalu teruk boleh lakukan pemindahan paru-paru.

Itu tentang Chronic bronchitis, tidak lengkap COPD ini jika saya tidak bercerita tentang Empysema. Apa itu emphysema? Ya keadaan apabila hujung brochus itu terlalu mengembang dan menyebabkan udara tersekat kerana dinding alveolus yang telah roboh.

Kita teruskan, antara komponen yang membina dinding alveolus adalah suatu bahan yang dikenali sebagai alpha 1 antitrypsin. Kurangnya bahan ini akan menyebabkan masalah kepada struktur tersebut justeru akan menyebabkan masalah terhadap pertukaran udara di dalam peparu. Antara faktor penyebabnya adalah merokok kerana padanya ada enzyme protease yang dapat mengurangkan kandungan alpha 1 antitrypsin pada pesakit tersebut.

Apa yang akan dialami oleh pesakit adalah lebih kurang sama dengan keadaan yang dialami bagi mereka yang mengalami chronic bronchitis iaitu sukar untuk bernafas, sakit pada bahagian dada dan mungkin akan menunjukkan tanda respiratory failure iaitu hypoxia, kurang oksigen. Untuk pesakit emphysema, tiada ubat yang dapat diberikan kecuali memberikan suntikan alpha 1 antitrypsin jika memerlukan.

Jadi begitulah ya, suatu kisah tentang COPD ini, dan biasanya mereka yang menghadapi COPD ini akan membawa kepada komplikasi rosak peparu, jantung dan boleh membawa kepada kematian, Justeru sepertimana yang kita selalu dengan, prevention is better than cure, jadi kalau yang merokok tu, kurang-kurangkanlah merokok dan kalau boleh berhentilah terus.

Baiklah, sudah kurang sedikit kebosanan ini, mengantuk pun dah kurang, lepas ni boleh teruskan cari maklumat tentang bronchial asthma dan asthmatic bronchitis, lebih kurang je keadaan pesakit yang akan kita dapati kerana semuanya akan mengalami sukar untuk bernafas, tapi di situ ada perkara-perkara yang membezakan mereka dari segi sebab berlaku, komplikasi, ujian-ujian yang ditemui dan cara untuk kita mengubatinya.

Baiklah sekian perkongsian kebosanan ini, moga jumpa lagi, rajin-rajinlah study.

Jazakumullah khairan kathiraa…