Thursday, April 19, 2007

Cataract...

Assalamualaikum wbt…. Mari kita mengulangkaji ‘cataract’ “Untuk ophtalmology pastikan kamu semua dapat menguasai cataract ataupun glaucoma kerana dua-dua disease ni cukup common di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia pun cataract adalah penyakit yang cukup biasa dijumpai dan dilihat” kata Dr Hasnan, seorang pakar mata dr Kota Bharu ketika dia melawat kami di Kaherah ni pada suatu hari. So begitulah pentingnya sebenarnya subject cataract ni bagi kami pelajar-pelajar perubatan untuk kembali mencurahkan bakti di tanah ain nanti. Apapun penyakit dimana berlakunya denaturation of the protein of the lens ini yang menyebabkan kanta mata (lens) jadi kabur dan keputihan ni sememangnya perlu dikuasai dengan sebaiknya samada untuk bekerja nanti dan juga untuk xm :D Ada dua jenis cataract,

  • 1. Congenital – dapat ketika lahir lagi, bermaksud tidak disebabkan oleh faktor luar.
  • 2. Acquired – dapat ketika sudah dewasa dan biasanya disebabkan oleh beberapa faktor samada:
  • a. Complicated cataract.
  • b. Senile – sebab tua, kadang-kadang tidak dapat dipastikan penyebab utama pesakit ini mengalami cataract
  • c. Trauma – luka pada bahagian cornea atau lens tu sendiri
Untuk congenital ada beberapa faktor yang dilihat dapat bawa kepada cataract. 3M 3H
  • 1. Maternal infection, maybe Rubella
  • 2. Maternal and infantile malnutrition
  • 3. Metabolisme disorders, galactosemia
  • 4. Hereditary disease, genetik atau keturunan
  • 5. Hypocalcemia, kurang kalsium dalam darah
  • 6. Hypoxia, kurang Oksigen.
Kemudian ada jenis-jenis cataract pulak mengikut kedudukan cataract tersebut.
  • 1. Nuclear cataract – effect pada bahagian nuclear (tengah-tengah) lens.yang ni biasanya kita akan nampak bahagian nuclear tu jadi agak kekokoan hihi betul ke bahasanya tu. Brownish sikit la sebab bahagian tu banyak tyrosine so bila berlaku denaturation dia akan tukar jadi melanin so nampak brownish.
  • 2. Lamellar cataract – bahagian lamellar dia.
  • 3. Cortical cataract – bahagian cortex of the lens
  • 4. Polar cataract – bahagian samada depan (anterior) yang kurang effect kepada vision atau belakang (posterior) of the lens yang lebih effect kepada vision kerana lebih dekat dengan nodal point.
  • 5. Focal blue dot
Emm key, kemudian camana kita nak manage satu-satu case congenital cataract ni?
  • 1. Kita lakukan pemeriksaan mata, pertamanya nak tengok visual aquity diala. Tapi disebabkan congenital ni penyakit utk dak kecil, so tak bolehla kita tanya dia nampak ke tak apa yang kita tunjuk kan? So kita lakukan pemeriksaan lain yang memerlukan kita beri bius (general anaesthesia) dan pupil dilatation. Kene check.
  • a. Density, jauh mana kekaburan pada lens tu
  • b. Morphology, camana bentuk dan kedudukan dia
  • c. Location, kat depan ke kat belakang.
  • d. Ada masalah mata lain tak?
  • e. Keadaan lain yang membawa kepada masalah penglihatan wujud ataupun tidak.
  • 2. Kita lakukan pemeriksaan secara keseluruhan, periksa samada ada jangkitan dari penyakit-penyakit lain atau tidak untuk TORCH (Toxoplasma, Rubella, Cytomegallo virus dan Herpes Simlex)
Kemudian untuk pembedahan kita boleh lakukan samada,
  • 1. Lansectomy and anterior vitrectomy (ha yang ni salah satu operation yang adik emi lalui)
  • 2. ECCE, kita sedut lens tu dari bahagian limbal.
Lepas dah bedah kenelah ganti lens yang dibuang tu samada kita gunakan.
  • 1. Spek mata.
  • 2. Kanta lekap
  • 3. IOL-intra ocular lens, kita masukkan lens gantikan lens yang dibuang tadi dalam mata. Tapi ni still lagi controversial sbb risky.
Key tu utk kanak-kanak, congenital. Camana untuk orang dewasa pula? Ada 3 jenis cataract.
  • 1. Subcapsular cataract. Effect bahagian subcapsule of the lens samada anteriorly atau posteriorly
  • 2. Nuclear cataract. – makin tua maka nuclear pun berlaku sclerosis yang juga akan menyebabkan rabun jauh dan untuk yang rabun dekat so akan dapat melihat dengan lebih jelas.
  • 3. Cortical cataract
Stages of the cataract.
  • 1. Immature – time ni still boleh nampak iris shadow and red reflex
  • 2. Mature – tak nampak dah dua-dua tu
  • 3. Hypermature – lens tu dah shrinks sebab dah bocor dan air dari lens dah keluar. Hingga satu tahap akan nampak suatu keadaan yang dipanggil morgognian sign iaitu nuclear of the lens tu dah sink dan akan nampak bahagian putih dan brownish pada lens.
Kemudian untuk management of the patient ni lebih kurang untuk yang congenital la juga...Cuma untuk surgery kita boleh gunakan phacoemulsification yang akan membuang habis licin bahagian lens tersebut :D

Hihi afwan la untuk pembaca-pembaca entry kali ni. yang mungkin akan berasa bosan dengan apa yang diceritakan. Diri sendiri juga sedang bosan sebenarnya justeru elok juga dalam bosan-bosan ini mengulangkaji di sini kan? Apapun sebenarnya seronok belaja medic ni bila kita nampak apa yang dipelajari dan tahu kepentingannya dan itulah yang akan kita bawa dalam masyarakat bila dah jadi dr nanti.

Sedih sebenarnya bila terdengar suara-suara keluhan “alaa mengapalah aku ambil medic ni?” “Ala tak boleh nak studi la...banyaknya kene hafal” dah tahun 4 baru nak fikir balik kenapa ambik medic ya? Apapun cubalah buang jauh-jauh perasaan-perasaan tu dan cubalah bangun untuk buat yang terbaik dalam bidang yang Allah dah letakkan kita kepadanya ini. Qumu fi ma aqamakallah. – berdirilah di tempat yang Allah telah dirikan kamu. So try your best ya!! Motivate untuk diri sendiri.

Baiklah untuk sekiannya mintak maaf untuk entry yang mungkin membosankan terutama bagi mereka yang bukannya dari medical field. Yang dak2 medic mungkin ini boleh dijadikan revision ya.

Emm btw semalam Akmal datang time ana tengah sibuk-sibuk (menyibukkan diri) depan komputer ni “Hey kadir, ko ni sakit ke? Tengok tangan ni. (sambil pegang-pegang tangan hamba yang memangnya tak bermaya ni” pertanyaan tu tak berjawab kerana ana sendiri tak pasti apa yang berlaku pada diri sendiri. Cukup tak bermaya dan keletihan. Cuma cuba dikuatkan juga diri sendiri untuk lakukan kerja-kerja yang nak dilakukan. Mudah-mudahan Dia dapat memberikan kekuatan kepada diri menjalankan kewajipan dan tanggungjawab yang terpikul dek bahu ni. Doakan juga ya sahabat-sahabat.

Key hingga jumpa lagi. Lepas ni nak ke kuliah ikuti muhadharah ophtal. Oh ya baru-baru ni fateh pun dah ada blog sendiri. Kecil-kecil lagi dah berblog ya fateh. Sapa-sapa nak lawat boleh ke sini, http://ulamaummah.blogspot.com Emm key lastly but not least, sedikit video ttg phacoemulcification, surgery untuk senile cataract, mungkin utk mereka yang berminat dgn entry cataract ini

9 comments:

Dr Kadir said...

Ops sedikit pembetulan. Operation phacoemulsification sepertimana yang disebut tu sebenarnya tidak membuang semua bahagian lens itu tetapi meninggalkan bahagian posterior capsule untuk membolehkan IOL diletakkan di situ.sepertimana video kita boleh lihat.
1. Kita buat incision kat kecil kat bahagian limbus
2. Koyak dan tanggalkan bahagian anterior capsule of the lens
3. Lakukan emulsification terhadap lens
4. Sedut/aspirate the lens matter tapi meninggalkan bahagian post capsule.
5. Masukkan IOL dan siap

Sekian :)

Sang Kelana said...

so far ana faham..kalu ade cataract ade chance utk pulih..tp brape percent? cataract ni ade stage ke? dh smpai stage brape xbleh pulih..?

eh tny cam blajar medic..:P..okeylaa..kurg2 kat blog nta xyah bace byk sgt term nak faham..ade penerangan dalam BM lagi..

Dr Kadir said...

Semua penyakit insyaAllah ada peluang untuk pulih :) btw about the cataract stage2 yang ada biasanya merujuk sejauh mana cataract itu mengganggu penglihatan (vision) patient.
stage 1 - Immature, sikit2 je
stage 2 - mature, seluruh kanta legap.
stage 3 - hypermature, kanta dah bocor dan air dalamnya dah keluar dari kanta.

semua boleh diubati dengan pembedahan yang dah dinyatakan. chance nak nampak berdasarkan kalau ada masalah2 lain.retina ke. atau ape2 je. wallahua'lam ;)

Anonymous said...

Yes ! Nasib baik menumpukan perhatian masa round dia terangkan OP ni. Memang sama cam buku teks.

an_naas said...

menarik entry ni...bleh wat revision tuk clinical exam ophthal this thursday =)

*kdg2 merungut gak jd med student...tp betul apa dr kadir ckp. Semuanya Allah dah tentukan...So, be grateful and try our best..insya Allah.

Anonymous said...

salam...wow..mantap nye..sampe cataract pon nk kene bljr detail2..baguih2.tp.tu bukan ke kalo nk jadi ophthalmologist..ctaract mmg penting pon..tp i suggest..buat lah citer pasal diabetic retinopathy..lg penting..lg common..

Dr Kadir said...

ops tak perasan ada comment baru. Emm ada yang berminat dengan diabetic retinopathy rupanya. Apapun memang belajar kat mesir ni perlukan kitaorang tahu banyak perkara termasuklah subjek ophtal yang hanya dianggap minor kat Malaysia pun kami perlu tahu cam dah nak jadi ophtalmologist :D Dr Muhaya head department ophtal kat UKM pun cakap camtu. Bermakna dari segi teori kami agak baik cuma dari segi praktikal dan clinical skills kitaorang kene pandai-pandai asah sendiri sebab kat sini kurang peluang untuk praktikkan kepada patient sbb jumlah students yang cukup ramai. Kalau tak rajin susah skit nak dapat clinical skills.

Apapun about diabetic retinopathy, antara subjek penting juga kat sini as makanan-makanan mesir mmg terlalu2 sweety... so banyak jugak diabetic case. apapun nanti-nanti la kalau nak bagi entry about DR tu yer. skrg tengah nak study subjek2 lain lagi. Mungkin cukup utk tahu dulu yang DR terjadi bila berlaku masalah kat vessels of the retina yang menyebabkan berlakunya ischemia kemudian menghasilkan all of the sings.

1. Microaneurysm,
2. Hard exudate,
3. Retina Haermorrhage,
4. Retina Edema,
5. dan mungkin boleh menyebabkan macula retinopathy-edema.

Dan banyak lagi la sign2 yang lain eg: cotton wool, fibrovascular proliferation, neovascular at the disc atau elsewhere on the retina. Nak kene bezakan juga antara jenis-jenis DR samada:-

1. non proliferative
2. preproliferative dan
3. proloferative.

:) key banyak lagi nak kene belajar. apapun buat sahabat-sahabat medic lain, buat yang terbaik dalam bidang yang dah sama-sama kita pilih ni. Syidda Heelak (Usaha sungguh2)

Dr Kadir said...

Emm pepun alhamdulillah dapat soalan the types and morphological of congenital cataract tu :D

Unknown said...

hai..kenape sebahagian pesakit katarak tak boleh guna kanta mata palsu