Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati
insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..
Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu masih kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..
Dalam rancak kau menyiram taman hati
insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..
Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu masih kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..
Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al- Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie
Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada
infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan
Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al- Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie
Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada
infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan
Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
Puisi yang di'copy' dan 'paste' dari blog http://sitinurilhami.blogspot.com Moga diri makin mengerti tentang apa yang perlu diperbuat selepas ini.
- 24 Mei...
- Tanggal 24 Mei yang akan datang akan bermulalah imtihan akhir bagi kami 4th year medical student of Ain Shams Univ. Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku pada diri sendiri hingga kini masih tidak dapat membuat perancanaan yang terbaik untuk ulangkaji subjek2 yang akan diduduki. walaupun hanya empat subjek yang akan diambil namun kerana banyaknya yang perlu ditelaah ditambah pula dengan tajuk-tajuk yang tidak cukup tersusun dan disamping pengalaman baru menduduki peperiksaan dalam clinical year menyebabkan diri sedikit buntu untuk membuat keputusan yang mana perlu diutamakan yang mata perlu dikemudiankan. Tidak pasti yang mana penting yang mana tidak. Bentuk soalan dan bagaimana menjawabnya. Apapun mudah-mudahan dalam masa 30 hari yang masih berbaki ini saya boleh mengatasinya dengan sebaiknya. Jazakumullah khairan kathira buat sahabat-sahabat yang mengambil berat, bertanya khabar dan yang sentiasa mendoakan diri ini. Mudah-mudahan dengan semangat dan doa kalian akan memberikan kekuatan kepada saya.
- Tidak pasti masih lagi dapat mencoretkan apa-apa untuk masa-masa yang akan datang sepanjang fatrah imtihan yang akan berlansung ini (seperti kata daing, akan jadi epidemik buat 2 bulan yang akan datang ini) apapun dalam tempoh ini saya mungkin akan cuba menghadkan diri daripada berada di hadapan komputer ini selain merujuk medical term dari http://www.answers.com dan juga melayari laman-laman yang biasa saya lawat setiap hari. Mungkin akan menghadkan diri juga untuk melayan siapa-siapa melalui YM ataupun MSN Mesengger. Justeru maaf dipinta jika ada yang cuba menegur saya apabila melihat saya online atau sebagainya kerana mungkin saya tiada di hadapan komputer atau tidak mahu diganggu atau mungkin jika berjawab, PR saya yang menjawabkannya (jadi jika rasa ada kelainan dari bicara yang menjawab teguran anda, ia mungkin bukan saya:))
- Baiklah setakat ini dulu. InsyaAllah ada masa ada peluang dan ada kesempatan kita jumpa lagi. Besok masih ada kuliah untuk dihadiri. Ilalliqa' Jazakumullah Khairan Kathira...
2 comments:
Assalamu'alaikum
InsyaAllah, imtihan 1 bulan lagi ye? All the best! Mg dipermudahkan urusan oleh Allah. Mg segala ilmu yang diperoleh dapat diamalkan bila bergelar professional perubatan kelak.
Banyakkan berdoa padaNya. Hanya Allah sumber kekuatan kita.
Akak linkkan blog ini kat blog akak deh.
(Masih berada diperjalanan perjuangan, 4th year, USM)
waalaikumussalam wbt...
jzkk kak, moga di sana pun dapat lalui pengajian dengan baik.
boleh je link kan nanti ana linkkan blog akak juga. InsyaAllah.
Post a Comment