Thursday, May 3, 2007

ESS...

Assalamualaikum wbt...

  • "Mengapa Mahu Menjadi Doktor?" Begitu bunyi tajuk entry ustaz Hasrizal dalam blog Saiful Islam semalam. Sebenarnya saya sendiri ingin mengeluarkan entry yang sama sebelum ini untuk bercerita atau sekurang-kurangnya memberi jelas kepada mereka yang berada dalam bidang Perubatan ini tentang apa yang dicari sebenarnya bila kali pertama menjejakkan kaki bergelar pelajar Perubatan kerana yang pastinya kerja seorang doktor bukan hanya pada mengubati pesakit, memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan, memberi ubat itu dan ini namun apa yang lebih penting adalah peranan yang akan kita mainkan apabila bergelar doktor nanti. Kesedaran kita bahawa pekerjaan sebagai seorang doktor ini memerlukan kita terlibat dengan manusia, berhubung dengan hidup dan mati manusia, perasaan manusia, dan tingkah laku manusia yang memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi fizikal, ilmu dan mental untuk menghadapi kesemuanya.
  • Justeru, entry Ustaz Hasrizal itu rasanya dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita betapa pentingnya nilai yang dilihat dalam kita mengejar sesuatu dalam kehidupan kita. Tidak kira samada kita ini seorang doktor, jurutera, guru, juruterbang, ustaz atau sebagainya, namun nilai itulah yang akan kita lihat sebagai pengukur berjaya atau tidaknya kita dalam kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Ada point yang ingin saya kongsikan sebenarnya tapi belum mampu untuk disampaikan. Belum ber'masa' untuk merangkanya sebaik mungkin. Ada perkara yang lebih penting untuk didahulukan kan?InsyaAllah di lain kali kita berkongsi.
  • Cuma buat 'fatrah' 2, 3 bulan ber'imtihan' ini pelajar-pelajar PERUBATAN di Mesir ini akan biasa menghadapi Exam Stress Syndrome (ESS) - mengambil dari kata Jiman. Saya tidak tahu samada syndrome ini juga melanda pelajar-pelajar Perubatan atau jurusan-jurusan lain di tempat-tempat lain atau tidak tetapi tempoh peperiksaan yang panjang kerap kali akan menyebabkan pelajar merasa 'down' atau dalam erti kata lain 'stress', 'putus asa', malas belajar dan sebagainya. Mungkin di awal, mungkin di tengah malah di akhir peperiksaan pun mungkin berlaku.
  • Apapun tiada apa dapat dilakukan melainkan teruskan ingatkanlah diri tentang apa sebenarnya tujuan sebenar datang ke sini? Sebab apa ambil perubatan? Ingatkah tidak kepada mak dan ayah? Diaorang nak kita berjaya dalam hidup so mahukah hampakan harapan mereka?
  • "Tau semua tu, ingat tujuan tu, mmg aku ambik medic ni nak bantu ummah, nak berdakwah, nak tuntaskan harapan mak dan ayah, bagi diaorang bangga, nak jadi doktor yang baik, tegakkan syiar Islam bla bla bla tapi still rasa down dan tak boleh studi jugak"
  • Emm kalau begitu jawabnya, mesti ada masalah lain yang mengganggu, mungkin kita tak faham tentang apa yang kita nak studi tu sebenarnya. Atau mungkin masalah tempat study yang kurang kondusif (lampu tak terang, meja kecil tak muat, bilik sempit etc), mungkin gangguan dari teman-teman. Justeru cubalah untuk atasi segala masalah-masalah itu ya. Cuba cari di mana silapnya dan cepat-cepat ubah dan atas dengan sebaiknya.
  • Moga-moga masing-masing pun terus semangat untuk menghadapi hari-hari yang kian mencabar ni. Baik!! sama-sama berusaha insyaAllah. "Dan bila kamu berazam, maka bertawakkal kepada Allah"
Salam Imtihan...
  • Oh ya, malam Jumaat lepas alhamdulillah dapat buat batch 2003 gathering. Alhamdulillah semua pun dapat datang. Lengkap!! Majlis yang diisi dengan bacaan Yasin, Solat Magrib Jemaah, Solat Hajat dan akhirnya dengan makan tu dapat diadakan dengan sebaiknya. Moga lepas ni masing-masing pun akan lebih bersemangat untuk buat yang terbaik dalam final nanti INSYAALLAH... :)

ps: entry ni ditulis pada 2 May 2007 tapi tak dapat dipublishkan awal :) :Untuk lebih jelas tentang peranan yang patut dimainkan oleh doktor2 muslim mungkin boleh lawat sini. http://papisma.org/nota/fekah/syariatperubatan.pdf

No comments: