Thursday, May 3, 2007

Rindu...

"Eh macam kurang sorang je? Mana pergi?"
"Abang yang sulung tu sedang berada di perantauan menyelesaikan tanggungjawab yang masih berbaki"
Nak ajak sahabat-sahabat sama-sama hayati lagu dari Aeman ini ye. Memang jadi kebiasaan bila time2 exam camni mesti akan rasa rindu sangat kat family kat Malaysia. Apatah lagi tahun ni giliran untuk bermusim panas di Mesir lagi. Moga Dia sentiasa memberikan ketabahan kepada hambaNya ini menempuh hari-hari yang dilalui.Moga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan Kasih sayangNya kepada ibu bapa dan adik beradikku di sana. InsyaAllah...

6 comments:

Sang Kelana said...

Sebak rase hati melihat kesedihan adik-adik kite ni..

*ana balik nnt..erm, x dpt jumpe lagila nmpaknye cuti kali ni. all the best akhi!

Dr Kadir said...

Emm tu la akhi... teringat dulu-dulu masa masih lagi di sekolah rendah, time-time nak upsr tu adalah sekolah buat modul cam ni jugak. cerita tentang pengorbanan mak ayah, harapan mak ayah yang kadang-kadang kita lupa mengenainya kan? best juga nangis-nangis time tu :) btw ana ada embedkan youtube yang lain utk lagu yang sama tu.

teruskan sebak ya... ;)

*selamat pulang ke tanah air.jangan sunyi pulak takder ana skali utk join ape2 program nanti.salam kat family ya.

shiha said...

Salam adik Kadir..
Actually dah lama akak nak post comment, tapi ada problem dgn my google acc. Blog akak tu dah lama tak diupdate hehe. All the best for your exam. Ada short case / long case tak? Banyakkan membaca Surah Kursi sebelum berdepan dengan examiner, insyaAllah hati tenang. Akak amalkan selalu bertahajud dan baca Quran di waktu malam before start buat revision. Kadang - kadang tu dah solat & baca Quran, terus tidur balik, tak studypun. Alhamdulillah akak tak pernah failed or kena buat supplementary exam. Viva borderline pun tak ada. Dah ada anak ye? Tahniah! Itulah sumber inspirasi yg plg best. Wasalam.

Dr Kadir said...

Salam kak shiha.
Emm tula, tunggu juga ada update terbaru. tapi tak ada juga ye. Apapun insyaAllah teruskanlah doakan ana yang masih jauh lagi perjalanan untuk bergelar doktor ni. (baru di tahun 4 dan belum berkahwin apatah lagi dikurniakan anak :)) Jzkk atas nasihat kak shiha tu.

Menjawab soalan:
Kami for the clinical this year just ada 4 subjects. Ophtal, ENT, Com Med and Forensic. Dan semuanya ada their own system for da exam. So ada yang short case ada yang long case dan ada yang essay.MCQ pun ada. Viva mmg wajib utk setiap subject.

PS: Gambar tu adalah gambar adik yang paling bongsu.Nanti dah ada anak ana bukak fotopage jugak ;)

adawiyyah said...

comelnye iwan..teringat lak kat die ..bile nk masuk tadika??

Dr Kadir said...

Dah tadika dah pun. Kat Yayasan Islam skrg.makin nakal dan makin suka menyanyi plak skrg ni.