Monday, May 28, 2007

Ophtalmology part 2

Hari ini cuaca cukup baik. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Cukup ceria dan cukup bersemangat. Dan semangat itulah yang saya bawa bersama ketika melangkah untuk mengambil ujian oral (syafawi), case dan slide untuk ophtalmology sebentar tadi. Namun semuanya berubah 180 degree selepas saya menduduki kesemua ujian-ujian itu. Tiada siapa yang bersalah. Soalan oral tidaklah susah, case tidaklah payah dan slide tidaklah kabur untuk dikenalpasti apa dan dimana lesionnya. Cuma diri saya sendiri yang semamangnya tidak cukup bersedia dengan ujian-ujian ini walaupun pada awalnya saya rasakan saya sudah bersedia. Saya silap. Dan di kala itu saya kembali mengingati kata-kata ini.

"Kita hanya mampu merancang, Allah, Dialah yang menentukannya"

Itu yang saya alami, itu yang saya rasai...

Untuk soalan oral, soalan yang diberikan adalah lebih berbentuk 'tajmiat' (keseluruhan) bermakna doktor akan bertanya soalan-soalan yang lebih general terlebih dahulu sebelum pergi kepada soalan yang lebih menjurus dan ini hanya akan dapat diperoleh daripada muhadharah dan juga dalam perbincangan dalam round. Dan saya sebenarnya menghadapi sedikit kesukaran dan kelemahan dalam hal ini kerana saya menghadapi round Ophtalmology ketika saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar yang lain dan tidak dapat cukup bersedia dan bertindak aktif dalam perbincangan di round. Saya lebih banyak mendengar secara pasif dan kadang tidak mendapat apa-apa pun dalam perbincangan tersebut.Sebabnya, saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu dan saya tidak pasti apa yang patut saya tanyakan.


Akhirnya untuk final, saya banyak belajar sendiri menelaah buku qisim (department) dan dari situ saya makin mengenali ophtlamology, meminati dan rasa amat rugi kerana hanya mengenalinya ketika saya sudah meninggalkannya(round). Jadi untuk adik-adik yang akan naik fourth year nanti, pastikan anda mula berjinak-jinak dan mengenali subjek ini lebih awal supaya anda dapat mendapatkan kesan yang lebih optimun ketika menghadapi round nanti. Key baik. Cukup setakat itu.


Saya ditanya berkenaan "manifestation of the diabetic on the eye" sebagai soalan pertama. Cukup tergaman kerana dengan tiba-tiba saya rasa cukup blank dan apa yang terlintas di kepala saya hanyalah diabetic retinopathy kerana itulah sign yang jelas perkataan diabetic padanya. Saya cukup kabur dengan tanda-tanda lain for the diabetic on the eye. Cukup gelap, kelam, tak nampak ape2. saya berulang-ulang mengatakan


"I'm not sure about the other sign, I just remember about diabetic retinopathy"
Jelas Doktor Hani tidak berpuas hati dengan jawapan itu, "Yes, you'd mentioned it before, I just want you to give the other manifestations. How about the eye lid? Is there any sign that you get if the patient is a diabetic?"
Sekali lagi saya cukup blurr "inflammation, maybe? (tersengih,cukup tidak meyakinkan)"


"How about the lens?" saya sekali lagi blurr. setelah beberapa lama baru saya dapat mengingati kesan diabetis kepada lens yang akan menambahkan power of the lens dengan cara meningkatkan kandungan air di dalam cortex of the lens menyebabkan berkurangnya minus power of the lens and increase its total power. maka itu yang saya jawab.

"How about the cataract. Is there what we call a diabetic cataract?" "I'm not sure"


"Did you hear it before about diabetic cataract? or did you even read about it? (sambil tersenyum-senyum mungkin mengagak saya ni tak studi sangat ni..)"
Sekali lagi saya terasa cukup bodoh. Saya tak dapat mencari jawapan secara spontan begitu. "No, i didn't know about it. I just know about... congenital cataract, senile cataract... oh ya complicated cataract!" "Emmm its ok" Jelas dr tu dah tidak mahu bertanya apa-apa lagi tentang diabetis. nampak sangat saya tidak cukup master tentang tajuk itu. Dan saya sendiri rasanya mahu saja berkata "Sorry doctor, The head department, Dr Hussein Syakir didnt give the lecture on that topic for every round before, so, that's why I can't answer the question very well!" hihi alasan!


Soalan berpindah berkenaan Leucocoria. Sekali lagi terasa cukup bodoh bila tidak dapat memberikan definition dengan baik dengan mengatakannya "it is about the whitish of the eye"(nonsense) the answer is ...the whitish appearance of the pupil. Mata yang putih kan di bahagian sclera! haish! Seterusnya soalan berkenaan Differential Diagnosis untuk Leucocoria dimana alhamdulillah saya dapat menyenaraikan dengan agak baik,
1. Retinoblastoma,
2. Cataract
3. Endophtalmitis
4. Toxoplasma disease.
Cuma yang saya agak terkilan bila tidak dapat menjawab soalan terakhir.

"What is the sign for the retinablastoma that if you examine it you will know it is retinoblastoma?"
"The squint appearance on the child"

"What else?"
"Emmm I'm not sure."
"Emm okay, that's all Tengku. You'll go now"
I just got the feeling... Tidak boleh menjawab soalan terakhir ibarat saya tidak dapat menjawab keseluruhan soalan. Dan apabila keluar daripada bilik Dr Hani itu barulah saya dapat mengingat kembali tentang manifestation of diabetic on the eye dan sign of retinablastoma itu. Tapi semuanya dah terlambat kan? Redha dan pasrah InsyaAllah.


Untuk case dan slide saya lalui dengan hati yang agak tidak tenang mengingatkan ujian oral yang agak tidak meyakinkan itu menyebabkan saya cukup terganggu menghadapi kedua-dua ujian itu. saya tidak pasti berapa yang dapat saya kumpul dari kedua-dua ujian itu dan saya tidak pasti apakah diagnosis saya untuk kedua-dua case dan kelima-lima slide itu betul ataupun tidak.


Untuk Case saya telah mendiagnose
1. Mature senile cataract
2. Nebula dan arcus senilis (cukup tak pasti untuk membezakan antara leucoma dan nebula dan setelah keluar saya rasakan jawapan yang sebenar bagi case itu adalah leucoma)


Dan untuk Slide saya meneka.
1. Stye
2. Mature senile cataract
3. Endocrine Exophthalmous
4. Keratatic Precipitates and Irregular edge of iris,
5. Optic Atrophy.


Mungkin Zawil boleh check balik samada jawapan saya untuk slide ini sama atau sebaliknya. Apapun begitulah kisah ophtal saya untuk kali ini. Saya tak dapat jangkakan samada saya dapat lulus atau tidak untuk ujian kali ini. Saya hanya doakan yang terbaik untuk ophtalmology ini. Sekiranya lulus itu baik untuk saya maka saya memilih untuk lulus walaupun mungkin sekadar maqbul untuk subjek yang makin saya minati ini. Dan kalau sekiranya perlu untuk menduduki durr thani. InsyaAllah saya akan cuba yang lebih baik untuk itu.


Apapun yang perlu kita ingat dan sentiasa sedar, seperti kata-kata tadi, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Namun itu pastinya tidak bermakna untuk menyekat terus semangat kita untuk berusaha melakukan yang terbaik. Apapun perlu melupakan sementara untuk Ophtlamology kerana saya perlu menumpukan untuk madah-madah seterusnya selepas ini. Dan untuk seterusnya doakan saya untuk subjek ENT pada 4 Mei ini ya. Hingga jumpa lagi


Jazakumullah Khairan Kathira...
PS: seorang junior mengadu menghadapi ESS untuk final kali ni. Time mid year hari tu tak terasa sangat. Apapun pastikan kita sentiasa dekat denganNya dan aplikasikanlah konsep usaha-doa-tawakkal itu dengan sebaiknya. InsyaAllah takkan ada apa yang akan kita kesalkan. Boleh juga menjenguk nasihat-nasihat di sini.

6 comments:

ilham[e] said...

salam, abg kadir..
sihat2 ye..gudluck for the exams..
jgn tensi2..insyaAllah ade hikmah di sebaliknya..terus berjihad! :)

abdul hayyi said...

diriku penin dengan istilah2 perubatan.. :p papepun ianya perkongsian yang menarik..:)

Dr Kadir said...

Entry ni menunjukkan ana sedang tension ke? hihi insyaAllah tak. Doa2kanlah ok2 je ye.

Hayyie. Sorry la tak dapat nak fikirkan istilah-istilah melayu yang baik untuk menerangkan term2 medic tu tgh2 exam camni. apapun sedikit utk glosari

leucocoria - keadaan di mana bahafia pupil atau anak mata jadi nampak putih kemungkinan ada masalah kat bahagian kanta mata atau bahagian dalam bola mata.

round - pusingan subjek. setiap round akan dilalui selama beberapa minggu bermakna kita akan belajar satu subjek je time fatrah tu.

squint - juling

untuk yang lain2 tu nanti2 la ye. Hey doakan ana untuk 3 paper yang akan datang lagi ni ;) jaga diri baik2

~Dr F~ said...

salam...
insya allah moga hati pemeriksa yg tanda kertas2 antum sume baik2 hati belaka...masih awal lg utk menjangkakan keputusan yg bakal diterima dan masih byk masa lg kita diberi peluang utk berdoa..mana tau ada keajaiban yg mungkin berlaku^_^

btw,i think ut next paper is on 4 jun rite...not 4 mei(hihi..mesti otak tgh pening tu..)

last but not least,all the best utk paper2 yg lain...masih byk lg peluang utk dptkan result yg baik....berusahalah!doakan kejayaan kami juga ye

Dr Kadir said...

ayyak. emm tul la tu. 4th June. Actually mmg dah selalu keliru sangat dengan tarikh akhir2 ni. Hari ni 28th May kan? :D

Gud luck ya. Moga Dia sentiasa bersama...

HAMDAN said...

oh.i just read ur entry right now.i may pray to The Almighty God so that u will pass this crucial subject.and pls pray for us for this coming saturday romadology paper...