Cukuplah bersedih...
Rasa bersalah kerana lama tidak meng'update' blog ini dan meninggalkannya dengan 'entry' yang agak sedih untuk tatapan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini. Tidak sedar sebenarnya. Dan bukan kesedihan itu yang mahu saya sajikan untuk sahabat-sahabat semua hanyalah sedikit luahan rasa yang sememangnya akan dirasai tika mana menghadapi fatrah imtihan ini. Apapun moga di sebalik kesedihan dan rasa rindu itu kita sama-sama bina suatu semangat dan kekuatan untuk terus berusaha mencapai apa yang hendak kita capai dalam hidup kita ini. Dunia mahupun akhirat. Apapun tidak patut juga untuk seorang muslim itu merasa terlalu sedih dan kecewa dengan apa-apa dugaan dan ujian yang dilalui kan?
Faint not nor grieve, for ye will overcome them if ye are (indeed) believers. (139) If ye have received a blow, the (disbelieving) people have received a blow the like thereof. These are (only) the vicissitudes which We cause to follow one another for mankind, to the end that Allah may know those who believe and may choose witnesses from among you; and Allah loveth not wrong-doers. (140) (Ali Imran 139-140)
Apapun untuk dua tiga hari ini, cuaca di Mesir memang agak panas dan berbahang. Berpeluh-peluh, melekit-lekit. Cukup tidak selesa untuk keluar rumah ke mana-mana. Duduk di rumah pun kadang-kadang terasa panasnya. Mandi pun dah makin kerap (Dulu time winter,malas sangat mandi ya) Mungkin meraikan bahang imtihan final yang bakal berlangsung ni. Apapun mudah-mudahan semua pun dapat mengulangkaji dan studi dengan sebaiknya. Cari jalan untuk menyelesakan diri untuk studi ya.(sebab itu juga ruang tamu rumah sudah saya jajahi buat masa ini)
Baiklah, sekadar ini dulu buat kali ini.Masing-masing pun sedang sibuk bersedia utk xm kan? Studi-studi juga, yang penting perkara-perkara yang bersifat spiritual dan mendekatkan diri kepadaNya jangan kita tinggalkan. Banyakkan ibadat sesuai dengan tingginya pengharapan kita kepadaNya.InsyaAllah.
Saya sendiri akan menduduki exam OSCE untuk community medicine hari ini, Jam 1200 setelah semalam menduduki kertas MCQ. Doakan ya! Sekadar coretan ringkas setelah sekian lama tidak menitipkan sesuatu. Untuk sahabat-sahabat yang agak bosan studi tu mungkin boleh downloadkan ceramah La Tahzan oleh ustaz Badrul Amin ini untuk sama-sama kita dengar. Ni untuk student2 overseas la ye yang mungkin sukar mendapatkan kaset atau cd ceramah tu. Untuk yang berada di Malaysia dapatkanlah cd tersebut, sekurang-kurangnya dapat membantu kewangan Ustaz kan :) ? baiklah hingga jumpa lagi. Selamat studi dan jangan sedih-sedih ya.
ps: mengapa bahasa saya macam banyak tak kena ni? maybe stress dengan xm kot ;)
5 comments:
Wow.. tahniah on the intresting and beneficial entries! Erm.. OSCE tu ape?
OSCE - Objective Structured Clinical Examinations
Cairo U tak ada yer? Eh bila start berblog jugak ni? nice urs...:)
good luck for your exam kadir. i heard you're on the board of Perubatan Bulletin or some politics thingy over there. hehe.
ure fourth year?
moga2 dipermudahkan segala urusan..bittaufiq.. :)
To Mirul...
Thanx a lot. datang jugak lagi ke sini ye.lama tak nampak batang hidung.balik mesia ke tahun ni?
btw, yerp. I'm in forth year now. k take care kat sana.
To hayyie...
Ameen.moga dipermudahkan. dah start sem baru kan? salam la kat semua geng2 kat uia yer
Post a Comment