Monday, April 9, 2007

Ratu Balqis...

Assalamualaikum wbt... sahabat-sahabat yang dikasihi fillah. Pernah dengar tentang Ratu Balqis? seorang pemerintah di sebuah kerajaan yang subur bernama Saba'. Seorang pemerintah yang cantik dan pintar yang pada awalnya tidak mempercayai Allah sebagai tuhan yang wajib disembah sebaliknya mengabdikan diri dengan menyembah matahari namun akhirnya mendapat cahaya hidayah daripada Allah dan menjadi hamba yang taat dan isteri kepada seorang rasul utusan Allah, Nabi Sulaiman A.S. Bagi yang mungkin tidak  pernah mendengar kisah Sulaiman dan Ratu Balqis ini bolehlah melawat laman ini. So tidak perlulah ana bercerita secara terperinci kisah mereka kan? Apa yang menarik untuk dibawa hanyalah untuk kita kembali memikirkan betapa tinggi dan besarnya nilai hidayah yang dikurniakan Allah kepada kita. Seorang yang tidak diperkenankan oleh Allah untuk menerima hidayahNya tidak akan dapat menemui kebenaran walaupun dihidangkan dengan pelbagai bukti dan hujah. Sebaliknya bagi mereka yang dikehendakiNya untuk mendapatkan hidayahNya dengan begitu mudah untuk dapat mempercayai apa yang diperkatakan tentang keesaanNya. Oleh itu, cubalah untuk menghargai nikmat Iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita ini. Kadang-kadang kita lupa tentang itu, kita leka dengan dunia kita lalai dengan kesenangan menyebabkan kita cukup jauh dariNya. Sama-sama fikirkan dan banyak-banyak bersyukur kepadaNya ya. Jazakumullah Khairan Kathira...

3 comments:

Anonymous said...

Akhina,
The video is contain with a woman who are not wearing hijab, and it is extremlly and strictly is abstractedly enter the music which has been label as haram by our great scholars, even if we want to take the lightest opinion which is Dr Yusuf Qardhowi's view. It is strictly prohibited.

Allahua'lam.

Dr Kadir said...

Jazakumullah ya akhi...just apa yang ana tahu, menonton persembahan daripada perempuan ditambah tidak mengenakan hijab tidak secara live (melalui rakaman) ini hanya jatuh makruh hukumnya.Dan rasanya tiada salah untuk menayangkannya kan? Apapun adalah lebih baik untuk keluar daripada khilaf dan tiada salahnya untuk ana alihkan video yang ditayangkan? atau mungkin juga ana tersilap mengaplikasikan pendapat itu.jzkk atas teguran ;)

Tunggulah hadiah lain dari ana ya!

Anonymous said...

BarakAllahufik..

aiwah..khuruj minal khilaf mustahab, namun andai bertembung dua hujah, maka tarjih diperlukan bg yg ahli dlmnya, boleh ana tahu pendapat siapa yg mengatakan makruh (betul2 tanya ni :)dan hujahnya secara ringkas. Adakah pendapat Malikiah? Jzkllh.

Namun bagi yg ingin memelihara hati dan mata, walau sekadar tayangan gambar rakaman atau foto maka sebaiknya perkara yg boleh membawa kepada haram kita jauhkan.

Syeikh Nuruddin pernah ditanya akan hukum perempuan memberi gambar tidak memakai tudung sewaktu kecil kepada org lelaki eventough gambar tu waktu kecil. Jawab Syeikh: Maka, apa sahaja yg membawa kepada lelaki itu utk membayangkan akan perkara haram iaitu aurah si perempuan, maka berdosa hukumnya. Gambar/ Rakaman, state in the same view isn't it?

Jawapan kepada soalan inshAllah yg sama2 kita tahu perlu diambil dr makna dan dr kaedah usul dan qawaed feqhnya, melihat kepada kitaran soalan itu. Maknanya, andai soalan itu berbunyi. " Ya Syeikh, bagaimana kita ingin hidup di zaman sekarang dengan photo2 dan gambar2 wanita tidak berhijab di mana?"

Maka jawapannya bg yang mutasahhil dan ingin memudahkan org awam " Makruh sahaja hukumnya, sebab bukan gambr betul." Namun hanyasanya hukum yang di beri tentunya berbeza dengan keadaan kita yang sendiri meletakkannya, sedang kita boleh membuat pilihan samada ingin letak atau tak. Makruh, andai ditinggal bukankah pahala yg diperolehi?

Keduanya, hukum makruh bagi gambar rakaman akan sgt memudahkan bg mrk2 yang ingin menggunakan hujah untuk melihat gambar pornografi dll lagi.

Allahua'lam

Afwan banget ye kalau ada salah silap. Ana faqer shj, salah silap mg2 dimaafkan.