Thursday, April 19, 2007

Alhamdulillah...

  • Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan perjalanan hambaNya dalam menempuh segala pancaroba, dugaan dalam hidup ini. lama tak update kan? Apapun pada kali ini ana cuba untuk berkongsi cerita tentang pembedahan yang telah dilalui oleh adik emi (boleh rujuk posting ana yang lepas)
  • Jadi seperti yang dinyatakan, pembedahan tersebut telah dilakukan pada tiga hari yang lalu, 16 April 2007. Pada awalnya merancang untuk sama-sama berada di hospital pada awal lagi tapi memandangkan ada hari ini ana ada mau’id (janji temu) dengan doktor Nehlah pada pukul 11 pagi terpaksa bergerak dari kuliah pada pukul 1 ptg. ‘ala kulli hal alhamdulillah time kami tiba di hospital tu, adik emi masih lagi dalam operation theater dan memang tiada siapa pun yang dibenarkan untuk ikut serta dalam operation tu. So kiranya ok jugak la datang lambat, sekurang-kurangnya tidak perlu menunggu lama.
  • Kira-kira pukul 3:20 petang barulah adik emi di bawa keluar dan diletakkan di atas katil sambil dirinya mengadu pening-pening kepala dan sakit tekak, kesan sampingan daripada bius yang diberi dan juga kemungkinan trauma di anak tekak disebabkan saluran oropharyngeal tube yang digunakan semasa pembedahan.
  • Oh yer, mungkin sahabat-sahabat tak tau kan apa yang sebenarnya di hadapi oleh adik emi.Kalau diikutkan diagnosis dr, adik emi mengalami suatu keadaan dimana terdapat opacity atau kekaburan pada sebelah korneanya menyebabkan dia tak dapat melihat dengan jelas yang memerlukan korneanya ditukar dan dalam masa yang sama berlakunya keadaan yang dipanggil retinal detachment pada matanya (retina tertanggal pada tempatnya mungkin terkoyak)
  • Sebenarnya pembedahan yang dirancang, keratoplasty tak dapat dilakukan kerana retina adik emi yang tertanggal ditempatnya itu agak teruk, dan pembedahan keratoplasty, jika diteruskan kemungkinan akan gagal dan adik emi tidak dapat melihat sepertimana yang diharapkan. justeru dr Mahmud yang mengendalikan pembedahan tersebut telah membuat keputusan untuk menampal dahulu bahagian retina yang tertanggal itu dengan melakukan pembedahan pars plana vitrectomy dan photocoagualation , emm mesti tak paham kan? Sejenis pembedahan untuk memotong bahagian atas bebola mata dan kemudian menggunakan pancaran laser untuk melekatkan retina ditempatnya. Dan akhirnya dr memasukkan silikon (silicon injection) untuk support retina itu ditempatnya.
  • Dan Alhamdulillah pembedahan itu berjaya, cuma lepas ni adik emi masih lagi perlu jalani pembedahan keratoplasty tu untuk betul-betul dapat melihat. Kata dr Mahmud, pembedahan kedua ini tak dapat dilakukan segera kerana silikon yang dimasukkan kedalam bebola mata itu akan merosakkan kornea yang baru dipindahkan sekira dilakukan dalam masa yang sama, jadi kena keluarkan dulu silikon tu kemudian baru tukar kornea yang baru. Mengambil masa 2-3 bulan. ‘ala kulli hal gembira bila adik emi kata walaupun belum menjalani pembedahan keratoplasty dia dah mula nampak makin jelas hasil daripada tampalan retina yang telah dilakukan. Mudah-mudahan pembedahan yang bakal dilakukan di Malaysia pulak nanti akan menemui kejayaan.
  • Bila fikir-fikir balik, besarnya nikmat yang Allah berikan kat kita. Cukup bersyukur bila mendapati kedua-dua belah mata kita ni masih dapat berfungsi dengan baik, dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah, dapat melakukan apa yang kita nak lakukan dengan mata tapi sejauh mana tanda syukur yang telah kita pamerkan ya? Apa gunanya kalau dalam syukur kita masih tidak menjalankan apa yang disuruhkan Allah dan apa yang dilarangNya. Tak malukah kita bila kita menggunakan segala nikmat (subsidi) yang diberikannya tapi dalam masa yang sama kita tak solat, culas dalam bersembahyang, tak puasa, kedekut dan sebagainya. Sama-sama kita check dan muhasabah diri.
  • Balasungkawa...
  • Keyla setakat itu dulu untuk kali ini. Cuma sedikit makluman, baru-baru ini emak kepada sahabat kami kak Siti Sarah Othman telah kembali ke rahmatullah akibat serangan athma. Justeru diharapkan untuk mereka-mereka yang menjengah blog ini untuk sama-sama menghadiahkan Al Fatihah untuk roh beliau. Moga diletakkan di kalangan hamba-hambaNya yang solehah InsyaAllah. Dan bagi sahabat-sahabat di kaherah kalau dapat buat tahlil secara individu pun bagus juga untuk dihadiahkan kepada arwah. Mungkin dalam munajat kita di sepertiga malam dan sebagainya.InsyaAllah sampai pahalanya tu.
  • Sebenarnya ana sendiri selalu merasa terkejut bila mendengar satu-satu berita kematian. Hari ini ibu si anu dan si anu, entah bila ahli keluarga kita pula yang akan dijemput ilahi. Entah bila diri sendiri yang akan menemuiNya. Apapun kematian itu adalah suatu yang pasti. Tinggal bagaimana kita melalui hidup ini dengan penuh ketaatan kepadaNya. Sama-sama berusaha mencari redhaNya...
Sedikit hadiah kali ini untuk mereka yang selalu bersolat dhuha mungkin, Demi Matahari...

2 comments:

Anonymous said...

subhanAllah.. waktu sy sedang baca entry saudara ni, pada masa yg sama, sy sedang mendengar lagu dari kumpulan tazakka : JANGAN AMBIL PENGLIHATANKU.

nak kasik, sy tatau cana nak kasik, so id like to share the lyric in this comment..

.:Jangan Ambil Penglihatanku:.

Indahnya dunia dapat kumemandangnya
Syukur tlah Kau beri
penglihatanku ini

Walaupun terkadang dosa
Mengundang mata
Trus merasukiku
untuk melupakanMu

Mengganti kaji ayatMu
Dengan dosa kesenangan Sementara.....

Kumemohon kepadaMu
Jangan ambil penglihatanku
Hitam kelam
Hanya gelap yang akan bertandang

Untuk yang kesekian kali
Berikan kesempatan lagi
Masih ingin aku melihat kebesaranMu
Allah jangan ambil penglihatanku

Ketika mata yang memandang dunia Mulai memudar buram menuju hitam, Siapkah kita menerima semua
Karena gelap keabadian akan menyapa

Apakah kita akan lakukan yang terbaik
Karena sebentar lagi
Cahaya tak lagi bicara
Hanya kenangan di kepala
Tentang merah, biru, kuning yang tersisa
Dan akhirnya semua terlupa

.:: voice of tazakka ::.

http://senyoem.mylivepage.com/file/57/164

Dr Kadir said...

MasyaAllah... nice lirik ukhti!! moga sama-sama kita terus beringat dan ingat atas segala nikmanNya ya InsyaAllah...