Sunday, April 15, 2007

Makan-makan

“ Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh.” ( al-Mu’minun: 51) Assalamualaikum wbt...

Lama tak bertemu, agak sibuk dengan kerja-kerja meng’cover’ pelajaran yang masih bertimbun lagi. Imtihan akhir dah tak lama lagi dan mudah-mudahan masa yang ada cukup untuk pastikan diri cukup bersedia menghadapi imtihan dengan sebaiknya.

Sebenarnya dua-tiga hari ni rasa cam lemah sangat, tak bermaya sangat, tak sihat sangat. Rasa cam ada sesuatu yang silap je dengan badan sendiri ni. Cepat rasa mengantuk, susah nak bangun tidur, jaga pun tak boleh nak concentrate dalam lakukan sesuatu kerja. Pelik! Kemudian bila-bila fikir balik, apa yang dialami ni mungkin ada kaitannya dengan apa yang kita makan sehari-hari. Baik atau tidaknya makanan yang kita makan yang akhirnya akan beri effect kepada badan kita. Mungkin makanan kita tu berminyak sangat. Mungkin berlemak sangat. Mungkin sayur2an yang dimakan tu tak segar, kurang makan buah dan macam2 lagi yang akhirnya menyebabkan badan jadi tak bermaya, lemah kerana kandungan toxic (racun) yang tinggi dalam badan disamping sistem2 yang membuang segala kandungan toxic dalam badan ni seperti.

· buah pinggang
· hati
· kulit (peluh)
· GIT (najis)
Tak dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Mungkin rosak, mungkin malas, mungkin juga terlalu dibebankan dengan macam-macam jenis makanan yang tak berkhasiat (sebab tu kita disyariatkan puasa sebulan dalam setahun, 2 kali (sunat) dalam seminggu). Rugi kan? Makanan yang kita makan yang patutnya jadi tenaga dan beri kekuatan untuk kita melaksanakan tuntutan dan kewajipan kepadaNya akhirnya menyebabkan badan jadi lemah dan tak bermaya. Bila dah obese lagi la. Jalan pun dah tak larat. Apapun ana sendiri antara golongan yang susah nak jadi gemuk sebenarnya walaupun makan banyak. Mungkin genetik dan ada sahabat-sahabat yang akan berkata bila lihat ana kuat makan “Ko ni Dir, bela cacing ek? Makan banyak tapi tak besar jugak” :D
Tak kisah la apepun yang penting pastikan apa yang kita makan tu beri manafaat untuk kita. Tapi kira ok la kan tak jadi gemuk walau makan banyak, tak perlu ikuti weight loss program dah, cuma mungkin lepas ni kene fikirkan untuk weight gain prog btw untuk pengetahuan semua my BMI alhamdulillah dalam lingkungan yang ideal ;) key cukup cerita ttg diri sendiri. Cuma pernah juga dengar cerita, kalau nak gemuk kawin je insyaAllah cepat ‘naik tubuh’ (gemuk la tu). Wallahu a’lam! Dan sebenarnya ikut pengalaman bapa saudara dan sepupu ana mmg akan jadi gemuk bila dah berkahwin ni. emm mungkin isteri diaorang pandai masak kot :) apapun kembali kepada tujuan asal....makanlah sekadarnya untuk memberikan tenaga dalam beribadat dan bekerja.

Key mungkin sebagai sedikit pengisian kali ni jom kita check ttg adab2 ketika makan yang dipetik daripada kitab Mau’izatul Mukminin karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali. Actually petikan ni adalah antara isi program Kempen Penghayatan Sunnah oleh BPI PERUBATAN tahun ni. sama-sama ambik iktibar dan amalkan ya. InsyaAllah.

Sunnah ketika ingin memulakan makan.

1. Pastikan makanan yang hendak dimakan itu dari sumber yang halal.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu.” (an-Nisa’: 29)


2. Membasuh tangan sebelum makan.
3. Niatkan makan untuk bertaqwa kpd Allah,menguatkan badan utk beribadah kepadaNya
4. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
5.Redha dengan makanan yang dihidangkan kepadanya.
6. Sebaik-baik makanan adalah makanan yang dijamah oleh tangan yang banyak, iaitu tidak dimakan sendirian.

Sunnah Ketika Makan.

1. Memulakan dengan kalimah basmallah
2. Menggunakan tangan yang kanan.
3. Sedaya upaya mengecilkan suapan.
4. Makan dengan tertib, mengunyah dengan sempurna, tidak gelojoh.
5. Tidak mencela hidangan, makanan yang dimakan.
6. Makan makanan yang dekat dengan dirinya. Kecuali buah, maka boleh dihulurkan.
7. Tidak mengesat makanan dengan roti, atau makanan lain. Tidak meniup air yang panas.
8. Kalau memakan kurma, letakkan biji di dalam suatu bekas atau dalam telapak tangan.
9. Jangan terlalu banyak minum ketika makan.
10. Minum dengan mengambil gelas menggunakan tangan kanan.
11. Meneguk seteguk demi seteguk
12. Jangan bersendawa atau bernafas dalam bekas air.
13. Jika menyampaikan air kepada orang lain, mulakan dengan di sebelah kanan.
14. Sebaik-baiknya minum dengan tiga nafas.

Sunnah Selepas Makan.

1. Berhenti makan sebelum berasa terlalu kenyang.
2. Membasuh tangan dan membersihkan celah-celah jari dan gigi.
3. Mengucapkan syukur kepada Allah dengan sebenuh hati dan menganggap ia sebagai nikmat daripada Allah.
Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya.” (al-Baqarah: 172)

4. Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia mendoakannya:

“Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyakkanlah kebaikannya dan berkatilah ia dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian tergolong orang-orang yang mensyukuriMu.”

5. Sekiranya diketahuilah bahwa ia termakan barang-barang yang ada syubhat, maka hendaklah ia memperbanyakkan memohon keampunan dan menunjukkan kesedihan atas ketelanjurannya itu.

Makanlah dengan penuh keinsafan bahawa apa yang dimakan itu akan menjadi unsur yang membentuk tubuh badan dan keperibadian diri. Makanlah makanan yang baik untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Kempen Akhlak Mulia
Biro Pembangunan Insan PERUBATAN
13 April ...

Tarikh 13 April sebenarnya antara tarikh-tarikh penting dalam keluarga ana, tarikh ni lah bermulanya kehidupan mak dan ayah sebagai suami dan isteri yang sah. Tak tahu ada sambutan tak untuk 13 April lepas kat rumah as sebelum ni seingat-ingat ana mmg ayah dan mak tak pernah menyambut tarikh tersebut. Mungkin kerana mereka menganggap semua hari pun sama sepanjang kehidupan bersuami isteri ni dan setiap hari pun perlu dijalani dengan sebaiknya menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini dalam kehidupan bersuami isteri. ‘ala kulli hal buat mak dan ayah selamat ulangtahun perkahwinan dan doakanlah agar anakandamu ini mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan yang telah kalian curahkan selama ini.


“Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika kecilku”


Emm sebenarnya semalam juga adalah merupakan tarikh yang penting juga dalam hidup ana, kalau Ustaz Hasrizal menyambut ulangtahun kelahirannya dan mengenang bertambahnya umurnya dan dekatnya diri dengan kematian serta semakin singkat modal usia untuk berbakti, ana pula punya alasan tersendiri untuk mengenang tarikh tersebut sebagai suatu tarikh bermulanya suatu yang baru dalam hidup yang mampu mengubah persepsi dan perjalanan hidup ana untuk masa hadapan. Perjalanan masih jauh, cita-cita masih tinggi dan Allah mempermudahkan segala.

Baik, sekian untuk kali ni, moga kita sama-sama dapat tingkatkan semangat dan usaha untuk sama-sama berjuang untuk Islam, jaga makan jaga kesihatan ada peluang nanti ana cerita plak ttg camana nak buang toxic2 tu dalam badan ya ;) Mintak maaf salah dan silap dan entry kali ini sebenarnya tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa. Yang gemuk jangan terasa ya, yang kurus serupalah kita. Yang penting gunakan kesihatan yang ada untuk sama-sama berbakti kepadaNya.Doakan ana untuk imtihan akhir yang bakal menjelma ini. Mudah-mudahan semuanya dirahmatiNya.

Jazakumullah Khairan Kathira...

2 comments:

Anonymous said...

hmmygm.. cantik betol islam agamaku..semuanya bertertib.. apa kata, kalo awk buat scientific study pasal sunnah nabi ini..mesti byk finding yg best..

Dr Kadir said...

Emm mmg pernah terfikir nak buat camtu. tak berkesempatan lagi. InsyaAllah akan diusahakan ya :D