Friday, April 6, 2007

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara...

Entah kenapa peristiwa di dalam kelas pscycology ketika di tahun dua kembali menggamit ingatan. Ketika doktor yang mengajar itu mengatakan “ There are many differents between males and females in intelligence. Means, the males usually outscores females on tests of methematical reasoning and spatial relations (rite, is it? :D)” tak semena-mena golongan yang rijal ini bertepuk tangan bagai dah menang sesuatu. Kemudian prof tu menambah lagi “but on the other hands, females scores higher than males on tests of crelical speed and accuracy, verbal fluency reading ability and fine dexterity (emm its not untrue)” dan kali ini yang girls ni pulak yang bertepuk tangan bagaikan diaorang jugak ada kelebihan yang patut dibanggakan.

Ana sendiri hanya memandang dan mengeleng-ngeleng sambil tersenyum dengan ape yang berlaku dan sebenarnya peristiwa-peristiwa seperti itu dah selalu di lalui ketika di sekolah dulu pun.

Perbezaan yang perlu diraikan.

Persoalannya di sini mengapa perbezaan atau kelebihan yang ada pada suatu pihak itu menyebabkan pihak yang satu lagi dilihat tak setara, tak setaraf dipandang tak mampu dan lekeh sedangkan apa yang kita perlukan apabila kita memahami kelebihan dan kekurangan yang ada antara kedua pihak ini, sepatutnyalah kita saling melengkapi antara satu sama lain dalam mencapai hadaf atau tujuan yang sama dalam suatu-suatu perkara.

Sebagai suatu contoh, dalam menghandle sesuatu program, kita memerlukan orang yang mahir dalam kerja-kerja seni, hias-menghias, gubah-mengubah bunga-bungaan dan sebagainya untuk memperelokkan pentas yang akan digunakan. Disini kita lihat betapa sesuainya mereka yang digelar ‘perempuan’ ini untuk kita serahkan kerja-kerja tersebut. Selebihnya untuk mengangkat barang-barang yang berat, bergerak kesana kemari, kita melihat golongan ‘lelaki’ ini lebih kuat dan mampu untuk melakukan kerja-kerja demikian. Dan untuk mempengerusikan majlis, memberikan pengisian, lelaki dan perempuan ini masing-masing dilihat mampu dan boleh untuk diketengahkan maka di sini kita bertoleransi dan memberikan peluang kepada semua pihak dan akhirnya program yang dianjurkan itu akan berjaya dan berlangsung sebagaimana yang diharapkan.

Begitulah sebenarnya apa yang patut kita lakukan apabila kita berhadapan dengan pertembungan antara peranan dan keistimewaan lelaki dan perempuan ini dalam banyak perkara. Dan itulah sebenarnya apa yang ingin ana sampaikan dalam ucapan akhir sempena majlis penutup kelas Us Fauwaz semalam. Perlunya kerjasama yang berterusan antara adik-adik, ahli-ahli PERUBATAN baik ikhwah ataupun akhawat dalam banyak perkara. Bukan maksud ana untuk menggalakkan ikhtilat di kalangan ahli2 perubatan.namun disitu kita memahami adanya ikhtilat yang dibenarkan oleh syarak yang patut sama-sama kita berlapang dada dan kita raikan dalam kita mencapai hadaf dan tujuan yang sama sesuai dengan firman Allah dalam surah Sof ayat 4:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Segala kekurangan yang ada dapat ditampung oleh mereka yang lebih berpengalaman, mampu untuk menghadapi dan sebagainya. Begitulah juga halnya dengan hubungan antara ikhwah sesama ikhwah dan akhawat sesama akhawat. Masing-masing pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan masing-masing pun perlu bantu-membantu dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan.

Sebenarnya bukan maksud ana untuk menegur lebih-lebih atas hubungan yang ada di kalangan pelajar perubatan antara ikhwah dan akhawatnya as pada ana hubungan yang ada sebenarnya sedang berjalan dengan baik dan ada usaha untuk membaikkannya cuma kadang-kadang ada beberapa perkara yang masih perlu untuk diambil perhatian dan masing-masing pun perlu memahami dan menghormati antara satu sama lain. Sebab itu ana menekankan juga aspek perlunya rasa menghargai dalam diri kita semua. Menghargai apa yang kita ada. Menghargai orang di sekeliling kita, kerana Dia tidak memberikan itu semua hanya sekadar ‘saja-saja nak bagi’ tapi perlunya di sana kita menghargai pemberiannya. Sama halnya dengan nikmat-nikmat lain yang dianugerahkan kepada kita, nikmat mata untuk kita melihat perkara-perkara yang baik, tangan untuk kita membantu orang lain, mulut untuk kita makan makanan yang baik, mendapatkan tenaga untuk beribadah kepadaNya dan sebagainya. Itu cara untuk kita menghargai pemberian-pemberian Allah tu. Begitu juga dengan nikmatnya kita hidup bersama-sama di bumi Mesir ini, perlunya kita menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita. Moga diri sendiri dan yang lain pun dapat memperbaiki perkara ini.

Wallahu’alam.

Ps: jangan salah anggap plak ttg entry kali ni ya. Ikhwah akhawat medic Mesir insyaAllah ok2 ja dan hidup dalam rukun dan damai :D sekadar mencoret untuk melihat realiti di banyak tempat di seluruh dunia sebenarnya... sama-sama kita menilai insyaAllah.

1 comment:

Dr Kadir said...

Terima kasih kepada saudari marina atas komen yang diberi. Pernyataan itu cukup tepat 'Ia bukannya mana yang lebih baik dan mana yang lebih buruk. Hanyalah suatu perbezaan' dan perbezaan itulah yang perlu diraikan agar sesuatu usaha atau pekerjaan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Moga perkara ini dapat kita sama-sama fahami dengan sebaiknya.(sengaja menggunakan BMT bagi meraikan semangat saudari :))