Tuesday, July 17, 2007

Orang Asing...

Seminggu dua ini saya kerap ke mator (lapangan terbang), samada untuk menghantar sahabat-sahabat sendiri yang pulang untuk bercuti di Malaysia sepanjang summer ni ataupun menjadi musyrif menghantarkan adik-adik yang akan pulang dengan tujuan yang sama. Sedih juga bila melihatkan sahabat-sahabat ni dah pulang.

Pertama, sebab ditinggalkan di Mesir, negara yang penuh Musibah, Sabar dan Redha ni. Kedua, kerana diri sendiri amat rindukan keluarga di Malaysia. Mudah-mudahan Dia memberi keizinan untuk saya pulang pada tahun hadapan. InsyaAllah...

Apapun untuk masa yang terhad ini, saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung betapa fitrah manusia sememangnya sayangkan kepada tempat asalnya. Mereka akan cuba untuk sampai/pulang ke tempat asal mereka kerana bagi mereka di sana lah tanahair mereka tempat, adanya orang-orang yang mereka sayangi dan sebagainya. Jika disuruh untuk tinggal berjauhan meninggalkan tanah air tercinta buat selama-lamanya mungkin mereka tidak akan sanggup untuk berbuat demikian apatah lagi di negara sepertinya Mesir ini... :D (maksud saya dari segi masyarakat dan kondisinya yang agak extreme) Begitulah fitrahnya manusia.

Begitu juga sebagai muslim, kita diajar berkenaan sikap kita mengenai hubungan antara kehidupan kita di dunia ini dengan kehidupan kita di akhirat yang kekal abadi. Kita diajar untuk menganggap kehidupan di dunia ini adalah suatu bentuk pemusafiran dan persinggahan sebelum kita akan kembali ke alam akhirat, tempat asal kita iaitu di syurga Allah, tempat diciptakan adam dan hawa, tempat yang sepatutnya kita rindui untuk kembali kepadanya, untuk pulang ke sana.

Hadith ke-40 dari matan arba'ein - "Jadilah kamu di dunia sebagai orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan"


Dunia hanyalah sebagai medan untuk kita mengumpul amal, pahala untuk kegunaan kita di akhirat sana sebagaimana hidupnya kita di perantauan khususnya sebagai seorang pelajar (perubatan plak tu :D) untuk mengumpul dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk diaplikasikan apabila pulang ke Malaysia kelak. Justeru, wajarkah untuk kita lebih banyak memikirkan tentang untung nasib keberadaan kita di dunia ini berbanding memikirkan sejauh mana bekalan yang telah kita persiapkan sebelum kita pulang ke sana. Cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan yer. Dan yang tak kurang pentingnya, malah terlebih penting, biarlah pulangnya kita nanti, akan terus kembali ke syurga dan bukannya perlu singgah sebentar di neraka apatah lagi untuk kekal di dalamnya buat selamanya... Nauzubillah min zalik.

Sama-samalah kita berusaha untuk islahkan diri ya. Baiklah setakat ini dahulu buat kali ini. InsyaAllah ada masa dan ketika kita berkongsi lagi. Tingkatkan amal, mohon kekuatan dariNya setiap masa. Moga kita tergolong dari kalangan hamba-hamba yang dikasihiNya. Oh yer, hari ni hari last bazaria rumah kelantan. Jom pergi ramai-ramai! Jangan lupa, gerai no 2 yer :D Hingga jumpa lagi. Moga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu InsyaAllah...

Jazakumullah Khairan Kathira...

Sunday, July 15, 2007

Iklan Kelas Pengajian di rumah Kelantan Baru



Sekadar berkongsi maklumat berkenaan kelas pengajian yang akan berlangsung di rumah Kelantan sepanjang musim panas ni. Moga sama-sama dapat mengambil manafaat yer. Ha jangan lupe lepas kelas singgah ke gerai no 2 isnin hingga khamis ni :D

Iklan makan :D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
BaZaRiA TeRbUkA SiSwA KPKM (Keluarga Penuntut Kelantan di Mesir) 2007

Tarikh : 16 Julai - 19 Julai 2007 (Isnin - Khamis)
Bermula Jam 10.00 pg - 11.30 mlm
Tempat : Rumah Kelantan Baru (RKB) Haiyu Sabie'
Anjuran : Lajnah Ekonomi KPKM 2007
" Ekonomi Cemerlang Umat Gemilang"


Menu Menarik menanti anda!!

  • Nasi Za'faran
  • Nasi Kawarek
  • Nasi Sup Perut
  • Nasi Ikan Percik
  • Nasi Hujan Panas
  • Nasi Ayam Bakar
  • Nasi Paprik Ikan Keli
  • Nasi Kerabu Ayam Madu
...dan banyak lagi!!

PS: Saya sendiri akan turut membantu abang ilham, 5th year, cairo univ untuk mengusahakan gerainya. Ada masa, ada kelapangan dan perut lapar boleh la kesana ye. Kita jumpa di sana insyaAllah ... :D Oh yer jangan lupa. Gerai NO 2 yer :)

Friday, July 13, 2007

Kenangan Terindah...hihi

Assalamualaikum...

Cukup pantas masa berlalu kan? Hari-hari yang berlalu dirasakan cukup cepat silih berganti membawa bersama pelbagai peristiwa dan kenangan samada suka ataupun duka yang banyak mengajar diri menjadi insan yang lebih baik di samping terus mengabdikan diri kepadaNya menjadi hamba yang taat dan sabar di atas segala yang telah ditentukan olehNya. Moga diri kita akan sentiasa di bawah jagaan dan lindunganNya setiap masa dan ketika.


Idil dan Umrah.

Alhamdulillah semalam, idil bersama beberapa orang lagi adik2 di tahun satu dan dua telah selamat bertolak menaiki bas sebelum akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal untuk mengerjakan umrah kali ini. Seronok melihatkan idil dan adik2 yang begitu bersemangat untuk mengerjakan ibadah tersebut. Mungkin ini adalah pengalaman pertama berada di tempat paling suci di muka bumi, tempat yang menjadi awal kelahiran Rasul junjungan, tempat permulaan Islam dan juga di situ jualah menjadi saksi bagaimana sahabat-sahabat dan golongan terdahulu bermati-matian mempertahankan Islam sehingga dapat kita nikmati pada hari ini.

Hati saya sendiri begitu sayu dan diri ini sentiasa digamit kerinduan untuk kembali ke sana. Apatah lagi, ayah memberitahu saya bahawa dia diberi peluang untuk mengerjakan haji pada tahun ini setelah terpilih untuk mendapat anugerah pekerja cemerlang peringkat negeri. Tidak disangka tidak lama sebelum meninggalkan perkhidmatannya di jabatan kerajaan, ayah masih sempat untuk mendapat peluang sebegini. Ya, rezeki Allah, dialah yang Maha Memberi dan Menentukan segalanya. Walau ayah hanya tinggal setahun sebelum pencen, masih sempat untuk mengerjakan haji sebelum bergelar pesara. Moga diri saya sendiri akan turut termotivasi untuk sama mengejar kecemerlangan sebagaimana yang ayah lakukan dan sememangnya itulah yang sentiasa saya lakukan sebelum ini.


Kapal yang saya naiki menuju ke Jeddah ketika mengerjakan umrah pada tahun 2005, ketika itu saya di tahun dua. Camana? besar tak? :D


Dua kali selipar saya hilang, termasuklah selipar idil yang saya bawa bersama ke sana. Justeru saya menulis "jangan ambik selipar saye" dan alhamdulillah dah tak hilang dah :D


Apapun moga Allah tidak memperkecilkan perasaan saya ini dan moga dia akan memberi peluang kepada saya untuk kembali ke tanah suci itu suatu hari nanti. Mungkin tidak dapat bersama-sama menemani ayah dan emak ke sana pada tahun ini memandangkan waktu yang 'clash' dengan kuliah dan imtihan di samping faktor kewangan namun diri saya sendiri merasa bangga dapat mengirimkan sedikit wang untuk digunakan emak dan ayah ketika di sana.

Semoga Allah sentiasa memberi peluang kepada saya untuk membalas segala jasa mak dan ayah dan menggolongkan saya sebagai anak yang soleh kepada kedua ibu dan bapanya. Eiii rindunya untuk kembali ke raudhah. Walaupun kenangan tidak dapat meloloskan diri berada di dalam sof ketika berada di raudhah untuk solat jumaat menyebabkan saya tertolak dan cuba untuk menyelit-nyelit ke dalam sof dan akhirnya membawa saya keluar masjid nabawi lalu solat la saya di situ kadang-kadang membuatkan saya merasa sedikit terkilan.Suatu kenangan yang tidak dapat saya lupakan juga pengalaman dua kali selipar saya di'sauk' dan banyak lagi kenangan-kenangan-kenangan yang cukup membekas di hati. Ya Allah diriku cukup merindui manisnya saat2 beribadah kepadaMu.

Apapun saya mendoakan agar idil dan adik-adik yang lain dapat mengerjakan ibadah umrah ini dengan baik. Moga mendapatkan 'umrah mabrur' ya :D

Saya dan blog...

Untuk kesekian kalinya, tidak lama sebelum menamatkan imtihan akhir baru-baru ini saya kembali berfikir tentang tujuan saya berblog. Mengapa saya berblog? dan apa yang saya mahukan dari menulis blog?

Suatu hari abang min, (penulis ulamaummah.blogspot) pernah mengatakan kepada saya betapa ruginya kalau kita menulis dan menyampaikan sesuatu di dalam blog hanya sekadar menceritakan tentang diri sendiri, suka duka dan perkara yang berlaku sehari-hari tanpa membawa pembaca lebih banyak memikirkan tentang permasalahan ummah dan mengajak untuk sama-sama mengatasinya.

Saya, sedang memperkatakan sesuatu kepada abang Min :D


Saya tidak menafikan apa yang abang min cuba sampaikan, ia benar namun bila saya cuba meneliti apa yang saya tulis sebelum-sebelum ini, mungkin saya lebih banyak menulis tentang 'saya', bercerita tentang apa yang saya lalui, pengalaman yang saya tempuhi, yang saya rasakan dapat memberikan sedikit perkongsian dengan sahabat-sahabat yang paling kurang dapat mengambil istifadah dan manafaat dari apa yang diceritakan. Saya sering bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang saya sebagai pelajar perubatan yang kadang-kadang mungkin mereka yang berziarah ke sini kurang dapat memahaminya dengan baik kecuali mereka yang turut bergelar pelajar perubatan seperti saya. Saya juga suka untuk bercerita tentang mereka-mereka di sekeliling saya yang saya rasakan mereka ini la yang sentiasa menjadi penghias, pencorak dan watak-watak yang mewarna-warnikan hidup saya, mengajar saya berfikir dan sebagainya. Dari sini la mereka yang rapat dengan saya dapat mengetahui apa yang saya lalui sehari-hari dan mereka yang kurang mengenali saya dapat mula mengenalinya. Itulah saya. Cara untuk saya berkongsi dan menyampaikan fikir dan rasa.

Apapun saya tidak menafikan betapa, saya perlu untuk sekali sekala mempelbagaikan bahan yang ingin dikongsi kepada pembaca. Isu ummat yang kian genting dan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua kita-kita untuk turut memainkan peranan sebagai syabab dan pemuda yang ingin masyarakat Islam khususnya berada di Malaysia untuk mengecap damai, indahnya berada dalam naungan deen ini. Moga saya dapat memperbaiki dan terus berusaha ke arah itu. Cukup saya harapkan idea, pendapat dan cadangan sahabat-sahabat untuk sama-sama dapat membaik elok apa yang diperjuangkan ini. untuk itu saya ucapkan jazakallah khairan kathira...

Baiklah apapun sebenarnya banyak lagi perkara yang saya lalui akhir-akhir ini terutama 2-3 hari yang berlalu yang banyak mengajar saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dan pengikut yang lebih setia. Mungkin saya dapat berkongsi tentangnya suatu hari nanti. Apapun masih banyak tugas untuk dilakukan di sini terutama untuk menyusun aktiviti-aktiviti sepanjang cuti musim panas ini. Oh yer untuk makluman awal ini, kelas pengajian yang akan berlangsung di markaz pembangunan insan, moniera, sayeeda zainab (rumah saya la tu) adalah seperti berikut.

  • Isnin dan Selasa : Selepas asar, Oleh Ustaz Firdaus bit Hat yang akan membincangkan kitab Halal dan Haram
  • Rabu dan Khamis : waktu belum ditentukan, oleh Ustaz Fuad yang akan membincangkan kitab yang belum ditentukan lagi :D
Harap semua pun bersedia ya ;) Baiklah moga kita sama-sama mendapat manafaat dan dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketaqwaan kepadaNya. Baiklah, hingga berjumpa lagi ya. ilalliqa' Assalamualaikum warahmatullah...

PS: Oh yer, semalam baru natijah saya baru je keluar dan alhamdulillah saya kini bergelar pelajar tahun 5, kuliah perubatan, Universiti Ain Shams :)

Monday, June 18, 2007

Kucing yang cute...

Sekadar untuk menghiburkan hati di kala mengulangkaji Forensic dan Toxicology untuk last paper nanti. Mohon doa dari semua ya :D
Kempen Jom Bela Kucing...

Friday, June 1, 2007

Hari ini...

Maafkan saya sekiranya entry saya sebelum ni meragut semangat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi imtihan akhir ketika ini. Bukan itu maksud saya, saya hanya bercerita mengenai apa yang saya fikir dan rasa. Dan apa yang saya nak bawakan di sini ialah tentang bagaimana sesedia mana pun kita dalam sesuatu perkara, kita tidak lepas pengharapan kita kepada Allah dalam menentukan segalanya kerana Dialah yang Maha Penentu dan di sini lah letaknya prinsip Usaha-Doa-Tawakkal yang kita amali. Moga kita sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah dalam apa jua yang kita lakukan ya. Usaha dan usaha terus insyaAllah ;)
Hidayah...
Bercakap tentang hidayah Allah. Rasanya tarikh 30 Mei 2007 mungkin menjadi salah satu daripada tarikh penting dalam kehidupan Orang Islam di Malaysia di mana pada tarikh tersebut secara muktamadnya usaha yang dilakukan seorang 'murtad' untuk menukar dan membuang perkataan Islam pada kad pengenalannya telah tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan yang menghakiminya. Suatu kemenangan mungkin kepada semua orang Islam.Tiada lain untuk diucap melainkan Alhamdulillah! Allahu Akbar! Moga ini akan meningkatkan semangat kita bekerja untuk Islam.
Saya tidakberminat untuk memperkatakan secara lebih lanjut berkenaan kes Lina Joy ini memandangkan ramai sahabat2 yang telah memperkatakan tentang ini. Cukuplah dengan kita melihat peristiwa ini sebagai rentetan daripada usaha-usaha musuh Islam untuk menentang kestabilan dan ketuanan Islam di negara Malaysia khususnya. Jika kita masih lalai. Jika kita masih leka tidak mustahil kita akan terus tewas. Justeru, bangunlah! sedarlah! bekerjalah untuk memastikan rahmat, nikmat Islam ini akan terus akan kita nikmati, akan terus kita anuti sebagai hujah untuk kita mendapat redha dan syurga Allah di akhirat nanti. Diri saya sentiasa takut memikirkan jika Dia menarik segala nikmat ini.
"Allah, dialah yang memberikan hidayah kepada
siapa yang diingini dan menyesatkan kepada siapa yang dia ingini"
Universiti mana ya?
Beberapa hari yang lalu, adik saya, Zahidah bertanyakan saya, "Abang, nak letak universiti mana untuk senarai pilihan universiti kat Mesir. 1,2 dan 3?" Ha universiti mana ya? Sebenarnya di Mesir ini terdapat 7 buah universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan hanya 3 daripadanya mempunyai pelajar-pelajar yang ditaja oleh JPA (memandangkan adik saya adalah pelajar tajaan JPA)
  • 1. Universiti Kaherah
  • 2. Universiti Ain Shams
  • 3. Universiti Iskandariah.
Saya tidak pasti untuk sessi yang akan datang ini kemana pelajar-pelajar tajaan JPA ini kan ditempatkan memandangkan semua ini adalah atas budi bicara pertimbangan pihak JPMK. Tapi kemungkinan besar pelajar-pelajar tajaan JPA ini akan ditempatkan di Universiti Kaherah mengikut pengalaman sessi yang lalu.
Jadi ape yang nak difikirkan lagi, senaraikanlah universiti-universiti di atas mengikut yang mana lebih dekat dan berkenan di hati, di samping tidak lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah memberikan kita universiti yang terbaik nanti. Bukan terbaik pada pandangan kita, namun yang terbaik pada pandangan dan pilihan dari Allah.

Universiti Ain Shams yang dicintai..

Itulah doa yang saya panjatkan dan sempat saya pesan kepada sahabat yang sama-sama terbang bersama saya pada awal berlepas daripada KLIA empat tahun lalu. Dan akhirnya saya ditakdirkan berada di Ain Shams University sehingga ke hari ini. Dan kerana saya percaya inilah universiti yang telah telah ditentukan untuk saya, maka saya amat menyayanginya. Walaupun saya sedar banyak kelebihan lain yang ada jika saya berada di Universiti Kaherah (sebenarnya, sebelum ke sini saya lebih berharap untuk berada di Universiti Kaherah) dan ramai yang merungut dan memperlekehkan universiti saya kerana sistem dan pembelajaran yang tidak sekemas Universiti Kaherah(mungkin) namun saya tetap tidak kisah dan cukup-cukup bersyukur berada di univesiti ini. Dan jika diberikan pilihan untuk menukar universiti dari Ain Shams ke Kaherah(sebelum memasuki tahun klinikal, pelajar-pelajar boleh untuk bermohon menukar tempat dari suatu universiti ke universiti yang lain dalam mesir setelah menamatkan tahun 3) tentu saya tidak akan berbuat demikian. InsyaAllah saya akan tetap di sini. So buat adik-adikku yang bakal kemari. Buat lah pilihan dan banyakkan berdoa ya.

1 Jun 2007 dan 16 Jamadil Awal 1428H

Cukup cepat waktu berlalu. Tengku Mohammad Ridhwan yang saya tinggalkan sebelum melanjutkan pelajaran ke sini yang pada waktu itu baru berusia 2 tahun hari ini sudahpun menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima. Moga terus membesar dan jadi orang yang berguna yer dik.

Tengku Mohammad Ridhwan ketika usia mungkin tak sampai setahun lagi;)

Tak tau la besar nanti nak jadi apa ni...

saya iwan...
Dan saya sendiri, pada hari ini 16 Jamadiul Awal 1428H telah melangkah ke usia 23 tahun pada kalendar hijriah. Perjalanan masih jauh. Masih banyak kerja perlu dilaksanakan. Paling terdekat paper ENT Isnin ini ;) Doakan dan hingga jumpa lagi ya!

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

http://drkadir.blogspot.com

Monday, May 28, 2007

Ophtalmology part 2

Hari ini cuaca cukup baik. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Cukup ceria dan cukup bersemangat. Dan semangat itulah yang saya bawa bersama ketika melangkah untuk mengambil ujian oral (syafawi), case dan slide untuk ophtalmology sebentar tadi. Namun semuanya berubah 180 degree selepas saya menduduki kesemua ujian-ujian itu. Tiada siapa yang bersalah. Soalan oral tidaklah susah, case tidaklah payah dan slide tidaklah kabur untuk dikenalpasti apa dan dimana lesionnya. Cuma diri saya sendiri yang semamangnya tidak cukup bersedia dengan ujian-ujian ini walaupun pada awalnya saya rasakan saya sudah bersedia. Saya silap. Dan di kala itu saya kembali mengingati kata-kata ini.

"Kita hanya mampu merancang, Allah, Dialah yang menentukannya"

Itu yang saya alami, itu yang saya rasai...

Untuk soalan oral, soalan yang diberikan adalah lebih berbentuk 'tajmiat' (keseluruhan) bermakna doktor akan bertanya soalan-soalan yang lebih general terlebih dahulu sebelum pergi kepada soalan yang lebih menjurus dan ini hanya akan dapat diperoleh daripada muhadharah dan juga dalam perbincangan dalam round. Dan saya sebenarnya menghadapi sedikit kesukaran dan kelemahan dalam hal ini kerana saya menghadapi round Ophtalmology ketika saya agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar yang lain dan tidak dapat cukup bersedia dan bertindak aktif dalam perbincangan di round. Saya lebih banyak mendengar secara pasif dan kadang tidak mendapat apa-apa pun dalam perbincangan tersebut.Sebabnya, saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu dan saya tidak pasti apa yang patut saya tanyakan.


Akhirnya untuk final, saya banyak belajar sendiri menelaah buku qisim (department) dan dari situ saya makin mengenali ophtlamology, meminati dan rasa amat rugi kerana hanya mengenalinya ketika saya sudah meninggalkannya(round). Jadi untuk adik-adik yang akan naik fourth year nanti, pastikan anda mula berjinak-jinak dan mengenali subjek ini lebih awal supaya anda dapat mendapatkan kesan yang lebih optimun ketika menghadapi round nanti. Key baik. Cukup setakat itu.


Saya ditanya berkenaan "manifestation of the diabetic on the eye" sebagai soalan pertama. Cukup tergaman kerana dengan tiba-tiba saya rasa cukup blank dan apa yang terlintas di kepala saya hanyalah diabetic retinopathy kerana itulah sign yang jelas perkataan diabetic padanya. Saya cukup kabur dengan tanda-tanda lain for the diabetic on the eye. Cukup gelap, kelam, tak nampak ape2. saya berulang-ulang mengatakan


"I'm not sure about the other sign, I just remember about diabetic retinopathy"
Jelas Doktor Hani tidak berpuas hati dengan jawapan itu, "Yes, you'd mentioned it before, I just want you to give the other manifestations. How about the eye lid? Is there any sign that you get if the patient is a diabetic?"
Sekali lagi saya cukup blurr "inflammation, maybe? (tersengih,cukup tidak meyakinkan)"


"How about the lens?" saya sekali lagi blurr. setelah beberapa lama baru saya dapat mengingati kesan diabetis kepada lens yang akan menambahkan power of the lens dengan cara meningkatkan kandungan air di dalam cortex of the lens menyebabkan berkurangnya minus power of the lens and increase its total power. maka itu yang saya jawab.

"How about the cataract. Is there what we call a diabetic cataract?" "I'm not sure"


"Did you hear it before about diabetic cataract? or did you even read about it? (sambil tersenyum-senyum mungkin mengagak saya ni tak studi sangat ni..)"
Sekali lagi saya terasa cukup bodoh. Saya tak dapat mencari jawapan secara spontan begitu. "No, i didn't know about it. I just know about... congenital cataract, senile cataract... oh ya complicated cataract!" "Emmm its ok" Jelas dr tu dah tidak mahu bertanya apa-apa lagi tentang diabetis. nampak sangat saya tidak cukup master tentang tajuk itu. Dan saya sendiri rasanya mahu saja berkata "Sorry doctor, The head department, Dr Hussein Syakir didnt give the lecture on that topic for every round before, so, that's why I can't answer the question very well!" hihi alasan!


Soalan berpindah berkenaan Leucocoria. Sekali lagi terasa cukup bodoh bila tidak dapat memberikan definition dengan baik dengan mengatakannya "it is about the whitish of the eye"(nonsense) the answer is ...the whitish appearance of the pupil. Mata yang putih kan di bahagian sclera! haish! Seterusnya soalan berkenaan Differential Diagnosis untuk Leucocoria dimana alhamdulillah saya dapat menyenaraikan dengan agak baik,
1. Retinoblastoma,
2. Cataract
3. Endophtalmitis
4. Toxoplasma disease.
Cuma yang saya agak terkilan bila tidak dapat menjawab soalan terakhir.

"What is the sign for the retinablastoma that if you examine it you will know it is retinoblastoma?"
"The squint appearance on the child"

"What else?"
"Emmm I'm not sure."
"Emm okay, that's all Tengku. You'll go now"
I just got the feeling... Tidak boleh menjawab soalan terakhir ibarat saya tidak dapat menjawab keseluruhan soalan. Dan apabila keluar daripada bilik Dr Hani itu barulah saya dapat mengingat kembali tentang manifestation of diabetic on the eye dan sign of retinablastoma itu. Tapi semuanya dah terlambat kan? Redha dan pasrah InsyaAllah.


Untuk case dan slide saya lalui dengan hati yang agak tidak tenang mengingatkan ujian oral yang agak tidak meyakinkan itu menyebabkan saya cukup terganggu menghadapi kedua-dua ujian itu. saya tidak pasti berapa yang dapat saya kumpul dari kedua-dua ujian itu dan saya tidak pasti apakah diagnosis saya untuk kedua-dua case dan kelima-lima slide itu betul ataupun tidak.


Untuk Case saya telah mendiagnose
1. Mature senile cataract
2. Nebula dan arcus senilis (cukup tak pasti untuk membezakan antara leucoma dan nebula dan setelah keluar saya rasakan jawapan yang sebenar bagi case itu adalah leucoma)


Dan untuk Slide saya meneka.
1. Stye
2. Mature senile cataract
3. Endocrine Exophthalmous
4. Keratatic Precipitates and Irregular edge of iris,
5. Optic Atrophy.


Mungkin Zawil boleh check balik samada jawapan saya untuk slide ini sama atau sebaliknya. Apapun begitulah kisah ophtal saya untuk kali ini. Saya tak dapat jangkakan samada saya dapat lulus atau tidak untuk ujian kali ini. Saya hanya doakan yang terbaik untuk ophtalmology ini. Sekiranya lulus itu baik untuk saya maka saya memilih untuk lulus walaupun mungkin sekadar maqbul untuk subjek yang makin saya minati ini. Dan kalau sekiranya perlu untuk menduduki durr thani. InsyaAllah saya akan cuba yang lebih baik untuk itu.


Apapun yang perlu kita ingat dan sentiasa sedar, seperti kata-kata tadi, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan. Namun itu pastinya tidak bermakna untuk menyekat terus semangat kita untuk berusaha melakukan yang terbaik. Apapun perlu melupakan sementara untuk Ophtlamology kerana saya perlu menumpukan untuk madah-madah seterusnya selepas ini. Dan untuk seterusnya doakan saya untuk subjek ENT pada 4 Mei ini ya. Hingga jumpa lagi


Jazakumullah Khairan Kathira...
PS: seorang junior mengadu menghadapi ESS untuk final kali ni. Time mid year hari tu tak terasa sangat. Apapun pastikan kita sentiasa dekat denganNya dan aplikasikanlah konsep usaha-doa-tawakkal itu dengan sebaiknya. InsyaAllah takkan ada apa yang akan kita kesalkan. Boleh juga menjenguk nasihat-nasihat di sini.

Friday, May 25, 2007

Ophtalmology...

Untuk setiap 'written exam' atau ujian tahriri untuk subjek ophtalmology, akan diberikan sebahagian besar soalan-soalan yang biasa 'common questions' atau kerap kali keluar disamping beberapa soalan-soalan yang jarang atau soalan yang tak pernah keluar bermakna ia adalah soalan yang baru. Jadi, tumpuan anda untuk menelaah dan mengulangkaji untuk soalan-soalan yang kerap keluar sahaja akan membawa anda kehilangan banyak markah sekiranya tidak dapat menjawab soalan-soalan yang lain dan memberi padah kepada markah keseluruhan yang akan anda dapat. Dan akan lebih menyedihkan lagi sekiranya dari sepuluh soalan yang keluar hanya enam soalan dikategorikan sebagai soalan yang kerap kali keluar dan selebihnya adalah cukup jarang keluar dan anda sendiri tidak bercadang untuk menumpukan perhatian anda pada soalan-soalan tersebut sebelum ini. Bermakna sekiranya anda dapat menjawab dengan baik untuk 6 soalan tersebut dan baki empat soalan lagi, anda memang tiada idea untuk menjawabnya, anda hanya akan mendapat 60% daripada 140 markah yang diperuntukkan dan hanya melayakkan anda mendapat maqbul untuk kertas tersebut. Soalan-soalannya ialah:

1. Give an account about parasitic keratitis.
2. Discuss management of an acute irido-cyclitis
3. Give an account on clinical picture of the different types of optic atrophy
4. Discuss causes and differential diagnosis of subconjunctival haermorrhage following trauma.
Soalan-soalan di atas cukup senang. Namun sekiranya anda tidak pernah membaca atau tahu mengenainya, mungkin anda sukar untuk menjawab kesemuanya. Jadi, sekurang-kurangnya bacalah tajuk-tajuk yang anda rasa "mungkin tak keluar ni, tak pernah keluar pun sebelum-sebelum ni" kerana mungkin pada tahun anda, ia akan ditanya. Apapun, medic bukanlah bidang yang banyak memerlukan anda untuk berfikir, semuanya adalah fakta 'all are about the facts' yang perlu anda hafal dan hadam dengan sebaiknya untuk menjawab soalan dengan baik. So pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk kertas-kertas yang seterusnya ya. Keep on your spirit to get mumtaz this year :D!
Walau apapun yang terjadi, teruskan study dan study kerana itulah kewajipanmu buat masa ini. "Eh dalam surau ke ni?:D"
Baiklah, janji temu dengan doktor Ophtal hari Ahad ini untuk ujian oral syafawi (lagi 60 markah untuk diburu) Key selamat berimtihan selamat maju jaya untuk semua. Ingat Allah selalu dan pasti kita akan diingati olehNya.
ps: buat sahabat-sahabat di UKM make sure ambil ihtimam untuk soalan-soalan di atas untuk sem yang akan datang ya ;)

Monday, May 21, 2007

Practice makes Perfect

Ada satu pantun klasik yang selalu diucapkan terutama ketika mengingatkan betapa pentingnya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara sebelum seseorang itu dapat melihat hasil yang baik kemudiaanya dan sebenarnya ayahanda saya sendiri selalu mengungkapkannya terutama ketika saya akan menduduki peperiksaan.
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.
Mesti masing-masing pun familiar dengan pantun 4 kerat di atas tu kan, 'point'nya dalam apa-apa perkara pun mesti kene berpenat dahulu, usaha dahulu, payah dahulu sebelum kita akan dapat melihat kejayaan kita kemudiannya. Begitu juga sebenarnya dengan kedudukan dan kehidupan kita di dunia ni. Di dunia inilah tempatnya untuk kita bekerja, berusaha, beramal membuat kebajikan, mengajak kepada kebaikan mencegah daripada kejahatan, tempat untuk kita bercucuk tanam yang akhirnya amalan-amalan inilah yang akan kita jadikan bekal tika mana berhadapan untuk ditimbang amalan di atas mizan Allah di yaumul Mahsyar kelak yang menjadi tempat untuk kita menuai hasilnya.
Cuma kadang-kadang kita lupa, kadang-kadang kita lalai, kadang-kadang kita tak sedar seiring dengan masa yang berlalu, makin dekat kita dengan kematian, makin dekat kita dengan janji Allah "Setiap yang bernyawa akan merasai kematian" namun masih sedikit amal kita, masih kurang kerja kita, masih lemah juang kita. Moga diri sendiri akan terus bersemangat dan istiqamah untuk melaksanakan kewajipan yang terpikul ke atas diri buat masa ini. Sebagai pelajar perubatan, sebagai seorang Muslim, sebagai seorang da'ei, sebagai seorang anak, sebagai seorang abang, sebagai seorang sahabat dan lain-lain lagi yang masing-masing pun menuntut hak untuk di lunaskan. Mohon pertolonganMu Ya Allah.
Apapun buat masa ini, saya sendiri agak kecewa dengan diri sendiri, agak kurang momentum menelaah untuk subjek ophtal ini. Apa masalahnya ya? Makan cukup! Tidur cukup! Pengcahayaan bilik?ha...ni agak kurang kot :D emm apepun saya memang risau kalau gagal dalam imtihan kali ini namun lebih risau jika tidak dapat belajar dan bersedia dengan baik sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Apapun doakanlah yang terbaik ye.
Buat sahabat-sahabat yang lain juga, mudah-mudahan akan terus bersemangat untuk imtihan kali ni ye. jangan stress dan depress sangat la. insyaAllah semuanya pun akan dipermudahkan. Buat je sehabis baik dan insyaAllah akan ada natijah yang terbaik buat kita. Ops saya sepatutnya teruskan study sekarang. Sekadar mencoret sedikit di pagi yang bening ni ;)
Sebelum berpisah, jom tonton persembahan 'marching' daripada student Nishihara Univ ini. Cukup kagum! Bagaimana mereka dapat melakukan gerakan dan persembahan dengan begitu baik sekali. Sememangnya jika kita percaya dengan kebolehan diri ditambah dengan usaha yang gigih InsyaAllah pasti kita dapat melakukannya. "Practice makes Perfect" Right?;) . Namun Yang Maha Mencipta mereka yang hebat ini lah yang lebih berhak untuk kita kagumi... Jumpa lagi ya.

Jazakumullah Khairan Kathira.
Dr Kadir, Kaherah, 4 Jamadil Awal 1428H, 2:37 am
PS: Oh ya, nasihat saya, tidak perlulah anda mencari persembahan-persembahan lain nishihara dari youtube, takut-takut nanti anda terlalu asyik dan tak buat kerja lain lagi ;)

Saturday, May 19, 2007

True face of Islam

Penat study, jom rehat jap tgk video ni. Hanya untuk ditonton dan difikir-fikirkan mesejnya;)

True face of Islam

Untuk sahabat-sahabat yang nak download part-part lain dari video ni boleh click

sini

sini

sini

dan sini.

Ps: Still banyak untuk ditelaah, 24 Mei ini akan bermulalah imtihan akhir sanah ni. Moga semuanya dipermudahkan. Imtihan Dunia exam akhirat dari ulamaummah. Jumpa lagi ya. Jazakumullah Khairan Kathira...

Tuesday, May 8, 2007

Cukuplah bersedih...

Rasa bersalah kerana lama tidak meng'update' blog ini dan meninggalkannya dengan 'entry' yang agak sedih untuk tatapan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini. Tidak sedar sebenarnya. Dan bukan kesedihan itu yang mahu saya sajikan untuk sahabat-sahabat semua hanyalah sedikit luahan rasa yang sememangnya akan dirasai tika mana menghadapi fatrah imtihan ini. Apapun moga di sebalik kesedihan dan rasa rindu itu kita sama-sama bina suatu semangat dan kekuatan untuk terus berusaha mencapai apa yang hendak kita capai dalam hidup kita ini. Dunia mahupun akhirat. Apapun tidak patut juga untuk seorang muslim itu merasa terlalu sedih dan kecewa dengan apa-apa dugaan dan ujian yang dilalui kan?
Faint not nor grieve, for ye will overcome them if ye are (indeed) believers. (139) If ye have received a blow, the (disbelieving) people have received a blow the like thereof. These are (only) the vicissitudes which We cause to follow one another for mankind, to the end that Allah may know those who believe and may choose witnesses from among you; and Allah loveth not wrong-doers. (140) (Ali Imran 139-140)
Apapun untuk dua tiga hari ini, cuaca di Mesir memang agak panas dan berbahang. Berpeluh-peluh, melekit-lekit. Cukup tidak selesa untuk keluar rumah ke mana-mana. Duduk di rumah pun kadang-kadang terasa panasnya. Mandi pun dah makin kerap (Dulu time winter,malas sangat mandi ya) Mungkin meraikan bahang imtihan final yang bakal berlangsung ni. Apapun mudah-mudahan semua pun dapat mengulangkaji dan studi dengan sebaiknya. Cari jalan untuk menyelesakan diri untuk studi ya.(sebab itu juga ruang tamu rumah sudah saya jajahi buat masa ini) Baiklah, sekadar ini dulu buat kali ini.Masing-masing pun sedang sibuk bersedia utk xm kan? Studi-studi juga, yang penting perkara-perkara yang bersifat spiritual dan mendekatkan diri kepadaNya jangan kita tinggalkan. Banyakkan ibadat sesuai dengan tingginya pengharapan kita kepadaNya.InsyaAllah.
Saya sendiri akan menduduki exam OSCE untuk community medicine hari ini, Jam 1200 setelah semalam menduduki kertas MCQ. Doakan ya! Sekadar coretan ringkas setelah sekian lama tidak menitipkan sesuatu. Untuk sahabat-sahabat yang agak bosan studi tu mungkin boleh downloadkan ceramah La Tahzan oleh ustaz Badrul Amin ini untuk sama-sama kita dengar. Ni untuk student2 overseas la ye yang mungkin sukar mendapatkan kaset atau cd ceramah tu. Untuk yang berada di Malaysia dapatkanlah cd tersebut, sekurang-kurangnya dapat membantu kewangan Ustaz kan :) ? baiklah hingga jumpa lagi. Selamat studi dan jangan sedih-sedih ya.
ps: mengapa bahasa saya macam banyak tak kena ni? maybe stress dengan xm kot ;)

Thursday, May 3, 2007

Rindu...

"Eh macam kurang sorang je? Mana pergi?"
"Abang yang sulung tu sedang berada di perantauan menyelesaikan tanggungjawab yang masih berbaki"
Nak ajak sahabat-sahabat sama-sama hayati lagu dari Aeman ini ye. Memang jadi kebiasaan bila time2 exam camni mesti akan rasa rindu sangat kat family kat Malaysia. Apatah lagi tahun ni giliran untuk bermusim panas di Mesir lagi. Moga Dia sentiasa memberikan ketabahan kepada hambaNya ini menempuh hari-hari yang dilalui.Moga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan Kasih sayangNya kepada ibu bapa dan adik beradikku di sana. InsyaAllah...

ESS...

Assalamualaikum wbt...

  • "Mengapa Mahu Menjadi Doktor?" Begitu bunyi tajuk entry ustaz Hasrizal dalam blog Saiful Islam semalam. Sebenarnya saya sendiri ingin mengeluarkan entry yang sama sebelum ini untuk bercerita atau sekurang-kurangnya memberi jelas kepada mereka yang berada dalam bidang Perubatan ini tentang apa yang dicari sebenarnya bila kali pertama menjejakkan kaki bergelar pelajar Perubatan kerana yang pastinya kerja seorang doktor bukan hanya pada mengubati pesakit, memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan, memberi ubat itu dan ini namun apa yang lebih penting adalah peranan yang akan kita mainkan apabila bergelar doktor nanti. Kesedaran kita bahawa pekerjaan sebagai seorang doktor ini memerlukan kita terlibat dengan manusia, berhubung dengan hidup dan mati manusia, perasaan manusia, dan tingkah laku manusia yang memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi fizikal, ilmu dan mental untuk menghadapi kesemuanya.
  • Justeru, entry Ustaz Hasrizal itu rasanya dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita betapa pentingnya nilai yang dilihat dalam kita mengejar sesuatu dalam kehidupan kita. Tidak kira samada kita ini seorang doktor, jurutera, guru, juruterbang, ustaz atau sebagainya, namun nilai itulah yang akan kita lihat sebagai pengukur berjaya atau tidaknya kita dalam kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Ada point yang ingin saya kongsikan sebenarnya tapi belum mampu untuk disampaikan. Belum ber'masa' untuk merangkanya sebaik mungkin. Ada perkara yang lebih penting untuk didahulukan kan?InsyaAllah di lain kali kita berkongsi.
  • Cuma buat 'fatrah' 2, 3 bulan ber'imtihan' ini pelajar-pelajar PERUBATAN di Mesir ini akan biasa menghadapi Exam Stress Syndrome (ESS) - mengambil dari kata Jiman. Saya tidak tahu samada syndrome ini juga melanda pelajar-pelajar Perubatan atau jurusan-jurusan lain di tempat-tempat lain atau tidak tetapi tempoh peperiksaan yang panjang kerap kali akan menyebabkan pelajar merasa 'down' atau dalam erti kata lain 'stress', 'putus asa', malas belajar dan sebagainya. Mungkin di awal, mungkin di tengah malah di akhir peperiksaan pun mungkin berlaku.
  • Apapun tiada apa dapat dilakukan melainkan teruskan ingatkanlah diri tentang apa sebenarnya tujuan sebenar datang ke sini? Sebab apa ambil perubatan? Ingatkah tidak kepada mak dan ayah? Diaorang nak kita berjaya dalam hidup so mahukah hampakan harapan mereka?
  • "Tau semua tu, ingat tujuan tu, mmg aku ambik medic ni nak bantu ummah, nak berdakwah, nak tuntaskan harapan mak dan ayah, bagi diaorang bangga, nak jadi doktor yang baik, tegakkan syiar Islam bla bla bla tapi still rasa down dan tak boleh studi jugak"
  • Emm kalau begitu jawabnya, mesti ada masalah lain yang mengganggu, mungkin kita tak faham tentang apa yang kita nak studi tu sebenarnya. Atau mungkin masalah tempat study yang kurang kondusif (lampu tak terang, meja kecil tak muat, bilik sempit etc), mungkin gangguan dari teman-teman. Justeru cubalah untuk atasi segala masalah-masalah itu ya. Cuba cari di mana silapnya dan cepat-cepat ubah dan atas dengan sebaiknya.
  • Moga-moga masing-masing pun terus semangat untuk menghadapi hari-hari yang kian mencabar ni. Baik!! sama-sama berusaha insyaAllah. "Dan bila kamu berazam, maka bertawakkal kepada Allah"
Salam Imtihan...
  • Oh ya, malam Jumaat lepas alhamdulillah dapat buat batch 2003 gathering. Alhamdulillah semua pun dapat datang. Lengkap!! Majlis yang diisi dengan bacaan Yasin, Solat Magrib Jemaah, Solat Hajat dan akhirnya dengan makan tu dapat diadakan dengan sebaiknya. Moga lepas ni masing-masing pun akan lebih bersemangat untuk buat yang terbaik dalam final nanti INSYAALLAH... :)

ps: entry ni ditulis pada 2 May 2007 tapi tak dapat dipublishkan awal :) :Untuk lebih jelas tentang peranan yang patut dimainkan oleh doktor2 muslim mungkin boleh lawat sini. http://papisma.org/nota/fekah/syariatperubatan.pdf