Monday, August 6, 2007

Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Ketiga)

Penilaian Kecergasan (Biomarker)

Penilaian kecergasan yang berupa senaman-senaman atau gerakan tertentu yang secara kasarnya dapat mengukur tahap kecergasan anda. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, jika anda cergas, otot anda kuat dan lebih banyak senaman dan gerakan yang mampu anda lakukan. Begitu juga sebaliknya. Ia terbahagi kepada beberapa ujian berikut.

1) Ketulan otot dan kekuatan otot

Diuji dengan cara melakukan sit-up atau senaman mengangkat badan dengan menggunakan otot perut tanpa bantuan tangan atau lain-lain anggota. Dalam keadaan baring terlentang, dan tangan di sisi, angkat badan anda supaya berada dalam posisi duduk. Kemudian baring dan ulang semula. Bilang jumlah situ-up yang mampu anda lakukan dalam masa seminit.

Keputusan kecergasan otot anda adalah seperti berikut:

  • Bagi lelaki : 40 kali seminit-Cemerlang, 30 kali seminit-Baik, 20 kali seminit-Buruk
  • Bagi Wanita : 33 kali seminit-Cemerlang, 23 kali seminit-Baik, 13 kali seminit-Buruk


2) Kandungan lemak dalam badan

Ujian ini dilakukan dengsan cara mencubit bahagian pinggang atau perut dan bahagian dalam lengan atas. Cubitan dilakukan dengan dua jari dalam keadaan berdiri tegak.

Keputusannya: Jika anda mampu untuk menarik cubitan anda sebanyak 1 inci atau lebih tisu (lemak) di kawasan yang disebutkan, maka terdapat kelebihan lmak di dalam badan anda. Jika kurang dari satu inci maka kandungan lemak dalam badan anda adalah optimum. Secara kasarnya, setiap satu perempat (1/4) inci lebhan dari 1 inci yang disebutkan di atas mewakili lebihan lemak dalam badan anda sebanyak 10 pound atau 4.3kg.

Contohnya, sekiranya anda berjaya mencubit sebanyak 1 ½ inci maka lebihan lemak di badan anda secara kasarnya adalah 2 x 4.3kg iaitu 8.6kg

Seperti yang disebutkan sebelumnya, semakin cergas seseorang itu, semakin kurang peratusan lemak di dalam badannya, maka jika terdapa lebihan lemak dalam ujian ini, kecergasan anda juga adalah amat berkemungkinan berada pada tahap yang rendah.

3) Efisiensi peparu

Ketahan sistem jantung dan berdaran darah mampu meningkatkan fungsi peparu anda. Oleh itu ujian ini menilai sejauh mana peparu anda boleh diletakkan dalam kategori yang cergas

Anda dikehendaki menahan nafas dan mengira tempoh masa ada mampu menahan nafas. Keputusannya, jika anda mampu menahan nafas selama 45 saat atau lebih lama dari itu, maa fungsi peparu anda berada pada tahap yang efisien. Jika kurang maka anda perlu meningkatkan kecergasan anda.

4) Kelenturan tubuh

Kelenturan tubuh dan anggota memastikan otot anda sentiasa bersedia untuk bergerak cergas dan mapu dilentukkan tanpa kecederaan dan sebagainya.

Ujian ini dilakukan dengan cara duduk berlunjur kaki dan cuba menjulurkan hujung jari tangan anda sejauh yang mungkin ke depan melakaui batas tapak kaki anda. Semakin jauh anda mampu menjulurkan hujung jari anda, tahap kelenturan anda semakin baik.

Keputusan uhian kelenturan ini adalah dengan menjadikan tumit anda sebagai batas 0 inci:

  • Bagi Lelaki : >2 ½ inci-cemerlang, >1 ¼ inci-baik, <-2 inci-buruk
  • Bagi Wanita : >3 ¼ inci-cemerlang, >2 inci-baik, <-1 ½ inci-buruk


Wanita adalah diketahui mempunyai kelenturan yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu bacaan bagi wanita adalah lebih tinggi.

5) Denyutan nadi

Denyutan nadi seorang yang cergas adalah kurang dari seorang yang tidak. Sebab utamanya ialah kerana pengepaman jantungnya yang lebih efisen. Bayangkan, sewaktu anda dalam keadaan rehat, jantung anda akan mengepam puratanya 5.5 liter darah seminit (lebih kurang 4 botol spritzer yang besar-1.5liter) ke seluruh badan dan sewaktu berada dalam keadaan yang aktif melakuakn aktiviti berat, jantung anda akan mengepam 15-25 liter darah seminit (lebih kurang 14 botol spritzer) ke seluruh badan. Tetapi bagi seorang atlit, jantungnya akan mampu untuk mengepam 30-40 liter darah seminit sewaktu melakukan aktiviti yang sama. Jadi anda dapat memikirkan, siapakan yang akan penat dahulu, tercungap-cungap sementara siapa yang akan dapat meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah.

Purata denyutan nadi manusia sewaktu rehat adalah 70 kali seminit. Semakin cergas jantung anda semakin kuranglah denyutan nadinya sewaktu rehat. Cuba kira denytan nadi anda semasa rehat melalui nadi di pergelangan tangan anda dan dikira selama 1 minit.

Bersambung...

Sunday, August 5, 2007

Sejenak bersama khalifah...

Imam bukhari pernah meriwayatkan dalam salah satu hadith di dalam sahih beliau, berceritakan berkenaan suatu kisah yang berlaku kepada sayyidina Umar Al Khattab. Hadith yang diceritakan oleh Ibnu Abbas yang mengatakan, pada suatu hari seorang lelaki bernama Uyainah bin Hisn telah datang kepada anak saudaranya, Hurri bin Qais yang pada ketika itu sedang bersama-sama dalam majlis bersama-sama dengan saidina Umar Al Khattab yang pada ketika itu adalah merupakan Khalifah dunia Islam.

Lalu Uyainah berkata kepada Hurri "Sesungguhnya engkau, anak saudaraku rapat dengan Amirul Mukminin Umar ibn Khattab, pergilah kamu meminta kepada baginda untuk mengizinkan aku masuk ke dalam majlis ini"

Lalu Hurri pun pergi kepada Saidina Umar dan meminta keizinan dari baginda dan diperkenankan. Lalu sebaik sahaja berada di dalam majlis itu, Uyainah berkata " Hey Amirul Mukminin, sesungguhnya kami tak dapat apa-apa kebaikan dari dirimu dan kamu tidak menghukumi kami dengan adil (tanpa semena-mena)" Maka naiklah kemarahan sayyidina Umar kerana kita tahu bahawa baginda adalah merupakan khalifah yang cukup warak dan adil dalam pemerintahan. Maka baginda hendak menghukum Uyainah atas perkataannya itu.

Lalu ditahan oleh Hurri dengan mengatakan " Wahai Amirul Mukminin, Allah pernah berfirman dalam Al Quran "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). - surah Al A'raf ayat 199. Dan sesungguhnya Uyainah ini adalah seorang yang Jahil." Mendengarkan nasihat yang berupa ayat Al Quran tersebut, Umar Al Khattab terus berhenti dan tidak jadi untuk menghukum Uyainah memperlihatkan kita betapa tunduknya Umar kepada kalam dan perintah Allah dan yakinnya baginda kepadaNya.

Cuba kita sama-sama nilai dan muhasabah diri kita pula. Sejauh mana adab dan keadaan kita apabila berhadapan dengan kalam-kalam Allah ini. Bagaimana hormatnya kita kepada Al Quran dan bagaimana respons kita apabila dibacakan Al Quran kepada kita. Adakah kita akan terus beriman atau akan menolak malah mempersendakan kalam-kalam Tuhan itu. Check dan muhasabah diri kita kembali ya. Mudah-mudahan kita tergolong dari hambaNya yang soleh, yang taat kepada segala suruhan dan laranganNya. Tidak hanya mengambil kalam-kalamNya sebagai hujah dalam berbicara sebaliknya Al Quran itulah dustur, manhaj, caragaya hidup yang wajib untuk kita praktikkan dalam kehidupan di dunia ini. Sebagaimana kata-kata Saydatina Aisyah apabila ditanyakan tentang akhlak baginda Rasulullah, maka jawab Saydatina Aisyah "Akhlak baginda adalah Al Quran" Baginda seolah-olah Al Quran yang berjalan di muka bumi, tamsilan kepada kata-kata Allah yang Maha Besar. Moga kita juga seperti baginda. Ameen.

Dan hari ini atas semagat cintakan Al Quran saya akan bersama-sama rombongan Ustaz Firdaus bin Hat akan melawat stesen radio Al Quran (iza'ah) di Kaherah ini untuk mengambil sedikit ilmu dari sana. Saya tak pasti apa yang akan berlaku di sana. Jika bermanafaat dan ada masa, mungkin saya boleh ceritakan apa yang berlaku di sana. Doakan moga saya dapat mengambil istifadah dengan sebaiknya ya. Jumpa lagi. Assalamualaykun warahmatullah.

Thursday, August 2, 2007

Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Kedua)

Ciri-ciri Kecergasan

Jika dilihat kepada manafaat senaman dan kecergasan yang disenaraikan di atas, yang merangkumi kesan positif pada mental, fizikal, dan sosial malah spiritual maka jika anda masih tidak mahu cergas, maka anda bolehlah diibaratkan memilih jalan yang memusnahkan kebolehan dan fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada anda. Ingat Surah Al-Baqarah ayat 195?

“Dan belanjakanlah harta bendamu di jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”

Ciri-ciri kecergasan pula adalah seperti berikut:

1) Kekuatan Otot (Muscle Strength)

Kekuatan otot adalah jumlah tenaga yang mampu diberikan oleh otot apabila menolak sesuatu objek yang berlawanan. Otot anda akan menjadi lebih kuat apabila digunakan berulangkali. Otot yang kuat mengelakkan anda dari senang letih, juga mengelakkan dari sakit otot dan kecedaraan otot apabila melakukan kerja-kerja berat. Otot yang kuat membolehkan anda berdiri berlari, duduk, melompat , mengangkat, menilak, menarik dan sebagainya dengan lebih efisen dan mudah. Otot abdomen (bahagian perut) dan otot belakang yang kuat mengelakkan dari sakit belakang yang biasa kita dengar di kalangan akhawat (wanita) dan juga membolehkan anda membetulkan postur tubuh anda.

2) Ketahanan Otot (Muscle Endurance)

Ketahanan otot adalah keupayaan otot untuk bertahan lama dalam tempoh yang panjang tanpa letih apabila digunakan untuk suatu pekerjaan yang berulang, Pernahkah anda membuat suatu pekerjaan yang relatifnya berat dan kemudian terpaksa berehat seminggu lamanya kerana sakit seluruh anggota? Atau sengal seluruh oto? Atau angin satu badan? Contohnya jika tiba-tiba anda dikehendaki memasuki marathon sedangkan anda tidak pernah berjoging pun selama tinggal di Mesir ini. Atau tiba-tiba disuruh untuk ‘barrah’ dari rumah anda. Terpaksalah anda mengangkat segala khazanah di rumah untuk berpindah. Sudah tentu selepas itu terkapar di katil dengan otot-otot lengan yang cekang. Tidak bermaya dan tangan yang kemerahan dan sudah tidak mampu digenggam. Ini semua tejadi kerana anda tidak mempunyai ketahanan otot.

Otot yang selalu digunakan atau otot yang cergas akan mempunyai peredaran darah yang lebih baik daripada otot yang dorman atau tidak aktif. Oleh itu, semua bahan buangan adari otot dapat dipindahkan dengan segera dan oksigen serta darah yang baru akan segera sampai ke otot apabila diperlukan.

3) Kelenturan Badan (Body Flexiblelity)

Kelenturan tubuh bolehlah didefinisikan sebagai kemampuan untuk menggerakkan anggota badahn atau melentukkan badan dengan sempurna dalam semua arah yang ia mampu. Jika badan adan otot anda lentur, anda tidak mudah kejang sewaktu melakukan aktiviti dan otot tidak mudah cedera juga belakang anda tidak mudah sakit. Seorang yang aktif mempunyai otot yang lebih lentur kerana selalu digerakkan. Contohnya jika anda hanya duduk sepanjang ari, otot peha, punggung dan tangan akan memendek. Untuk melenturkannya, anda perlulah meregangkan otot-otot tersebut. Sebab itulah seorang atlit setiap kali sebelum memulakan latihan mereka akan melakukan stretching atau merengangkan badan. Pakar-pakar kecergasan percaya, regangan otot selama 20 minit setiap hari akan membantu anda mengelakkan diri daripada mendapat penakit kaku anggota badan yang berlaku kepada orang yang berusia.

4) Ketahanan Jantung dan Sistem Peredaran darah (Cardiovascular endurance)

Pernahkah anada berasa sakit menyucuk di dada, sesak nafas dan denyutan nadi yang tidak terkira lajinya apabila ana berlari beberapa ratus meter atau naik turun tangga berulankali? Jantung anda adalah organ berotot yang amat dinamik dengan fungsi yang amat penting iaitu mengepam darah beroksigen ke seluruh badan dan darah tidak beroksigen ke peparu untuk dioksigenkan. Oksigen adalah bahan bakar di dalam badan untuk menghasilkan tenaga bagi semua pergerakan otot-otota termasuklah jantung. Lebih efisien jantung anda mampu mengepam darah beroksigen, lebih lama otot-otot anda mampu bertahan untuk melakukan apa juga aktiviti. Jantung anda mampu untuk dilatih untuk bertahan lebih lama ketika mana melakukan aktiviti-aktiviti berat. Lebih lama dan lebih kerap anda bersenam maka lebih tahan jantung anda. Tetapi ia juga bergantung kepada kesihatan badan anda dan keturunan.

Setiap kali nadi anda berdenyut, pada waktu yang sama jantung anda sedang mengecut dan mengepam darah beroksigen keluar ke seluruh badan. Seorang atlit yang cergas mempunyai otot jantung yang kuat dan tahan. Jantungnya mampu mengepam darah dengan lebih bertenaga dan dengan kuantiti uyang banyak berbanding seorang yang tidak aktif setiap kali adinya berdenyut. Oleh itu denyutan nadi seorang atlit tidak lah selaju seorang yang tidak aktif sewaktu melakukan aktiviti kerana sifat jantungnya yang efisien. Jantung yang tahan juga mampu membantu menguatkan diafrgama yang tugasnya mengembangkan peparu setiap kali pernafasan. Oleh itu, dengan tidak secara langsung, fungsi peparu juga dapat dilipatgandakan. Pernafasan akan lebih teratur dan selari kerana pengembangan peparu yang lebih besar dan efisien.

Jantung yang cergas juga mampu mengekalkan tekanan darah dalam badan pada julatnya yang normal. Ini adalah cukup penting bagi mengelakkan penyakit salur darah seperti atherosclerosis yang mana lemak dan kolesterol dimendapkan pada dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat. Anda tentu selalu mendengar tentang stroke atau mati separuh badan atau angin ahmar? Ini adalah salah satu kesannya salur arteri yang tersumbat.

Ketahanan jantung juga meningkat kandungan bahan bernama HDL (High Density Lipoprotein atau lemak protein berketumpatan tinggi) di dalam darah yang tugasnya mengangkut lemak ke hati untuk dinyahkan dan merendahkan kandungan LDL ( Low Density Lipoprotein atau lemak protein berketumpatan rendah) di dalam darah yang memendapkan lemak di dinding salur darah.

Mengikut kajian ,senaman selama 30 ke 40 minit, 3 kali seminggu selama 7 hingga 10 minggu mampu meningkatkan kandungan HDL dan merendahkan kandungan LDL.

5) Komposisi Badan (Body Composite)

Badan manusia terdiri daripada dua jenis tisu. Tisu lemak dan tisu pejal tidak berlemak. Komposisi badan adalah nisbah peratus tisu lemak dan tisu pejal tidak berlemak di dalam badan. Apabila anda menjadi semakin cergas , nisbah komposisi badan ini akan berubah, peratusan tisu lemak akan menurun dan peratusan tisu pejal tanpa lemak meningkat.

Badan anda menggunakan lemak setiap hari, lemak ini kebanyakknya disimpan di bawah kulit dan di sekitar organ dalaman. Tisu lemak ini terrdiri dari sel-sel yang jumlahnya adalah tetap sejak anda kecil lagi. Sel-sel ini boleh membesar, menyimpan lemak adan anda menjadi gemuk atau mengecil tetapi jumlahnya tetap sama. Simpanan lemak seorang wanita secara semulajadi adalah lebih daripada lelaki. Bagi lelaki nisbah peratusan lemak adalah16-19 peratus daripada berat badan berbanding wanita dalam lingkungan 22-25 peratus.

Tisu pejal tanpa lemak adalah seperti urat saraf, otot, tulangrawan, kulit, organ dalaman dan sebagainya. Peratusannya juga sentiasa berubah, jika otot anda cergas, peratusannya adalah tinggi berbanding lemak dan apabila anda meningkat tua, otot anda tidak selalu digunakan (degeneration) peratusannya akan menurun dan peratusan lemak bertambah.

Pengaruh keturunan jugak merupakan antara faktor penting dalam meneentukan komposisi badan anda. Secara umumnya seorang manusia yang lahir akan berkecenderungan untuk mewarisi 3 bentuk tubuh. Ectomorph, iaitu seorang yang bertulang panjang, berbadan kurus tidak berlemak. Mesomorph, iaitu mempunyai badan yang berotot dan Endomorph iaitu seorang yang mewarisi peratusan tisu lemak yang banyak dan mempunyai penampilan yang agak berisi.

Kajian menunjukkan kedapatan kecenderungan tertentu antara kemungkinan besar untuk mendapat peyakit jantung dengan kawasan pengumpulan lemak dalam badan. Jika perut anda lebih besar dari pungung maka kemungkinan untuk mendapat penyakit jantung adalah tinggi dan sebaliknya ia lebih rendah jka punggung anda lebih besar dari perut anda mengikut nisbah-nisbah tertentu (Hip/Waist ratio)

Bersambung...

Jangan Marah!

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that a man said to the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam: "Advise me! "The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."


Saya cuba mengingati kembali hadith di atas. Cuba untuk kembali menginsafi dan memuhasabah diri. Malam ini, dalam perjalanan untuk ke kelas Habib Omar di Rumah Pahang di Hayyul Asyir sahaja ada tiga peristiwa yang saya lalui yang meluapkan kemarahan saya. Saya sendiri tidak pasti mengapa saya cukup mudah untuk marah sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini saya tidak begitu. Kata orang (saya tidak pasti ini hadith ataupun tidak) "Kemarahan itu datangnya daripada syaitan"

Peristiwa pertama ketika hendak memulakan sembahyang Maghrib di Masjid Fath di Ramses. Kebetulan ketika kami tiba di sana, jemaah sedang melaksanakan solat. Saya bersedia untuk mengangkat takbir, tiba-tiba seorang jemaah di sebelah kiri saya menarik-narik baju melayu saya untuk membetulkan saf. Takbir saya terganggu. Saya mebetulkan saf dan cuba untuk mengangkat takbir sekali lagi. Kali ini saya ditarik pula ke belakang sedikit oleh orang yang sama membuatkan saya menepis tangan pakcik tersebut. Saya marah kerana sekali lagi takbir saya terganggu. Akhirnya saya bergerak sedikit ke belakang untuk menyamakan kedudukan saf dan barulah saya dapat mengangkat takbir dengan tenang. Benarkah tenang? sedikit sebanyak saya terkesan dari peristiwa itu. Saya tak pasti adakah tindakan reflex saya menepis tangan pakcik itu adalah betul ataupun tidak. Bagi saya, cukuplah kalau pakcik itu hanya menepuh peha saya sebagai isyarat supaya saya membetulkan saf dan saya pastinya faham dan akan kembali membetulkan saf setelah bertakbiratul ihram. Itulah yang cuba saya sampaikan kepada pakcik tersebut seusai menunaikan solat. Dan akhirnya sebelum meninggalkan pakcik tersebut, saya menyalaminya. Itu peristiwa pertama.

Saya, Idil dan Farhan menyambung perjalanan kami untuk ke asyir. Kali ini kami perlu menaiki sebuah microbas ataupun tremco yang merupakan pengangkutan biasa berupa van untuk ke sana. Saya bertanya kepada kumsari (konduktor) tremco tersebut yang melaung-laungkan sabiek! sabiek! menunjukkan tremco itu akan menuju ke sabiek.

Saya bertanya "Ha kamil Asyir (Akan teruskan ke asyir kah?).

Kumsari tadi cuba meninggikan suara kepada saya dengan menyebut dengan jelas "Sabiek! sabiek!".

Saya kembali bertanya "oo ariftu lakin hakammil asyir? (Ye saya tahu tapi akan sambung ke asyir ke?).

Kumsari tadi membalas kembali "Baulak Sabiek! sabiek! (Aku kata sabiek! sabiek!).

Entah kenapa saya tiba-tiba merasa cukup panas dan akhirnya berkata "masyi khalas! (dah cukuplah!) sambil menepuk2 bahu kumsari itu tiga kali dengan agak keras lalu meninggalkannya. Terasa seperti diperbodohkan! Akhirnya kami mengambil tremco lain yang juga sebenarnya menuju ke sabiek sebelum kami menukar tremco lagi untuk ke asyir. Itu peristiwa kedua.

Peristiwa ketiga pula berlaku apabila driver yang memandu tremco dari sabiek ke asyir itu pula buat-buat merajuk untuk tidak mahu meneruskan perjalanan kerana katanya ujrah atau tambang yang dibayar oleh penumpang dalam tremco itu tidak cukup kerana ada yang tidak membayarnya. Menyebabkan saya terpaksa meninggikan suara akhirnya apa yang berlaku, rupa-rupanya pemandu itu tersilap kira. Setelah turun daripada tremco tersebut, saya sempat mengangkat tangan kepada driver tadi sebagai tanda meminta maaf kerana terpaksa meninggikan suara. Saya berjalan menuju ke rumah pahang sambil mengurut-ngurutkan dada sambil menyebut la taghdhab! la taghdab!

Ketika itu saya kembali mengingati sabda Rasulullah bahawa orang yang paling kuat, bukannya orang yang boleh menumbangkan seberapa banyak manusia. tetapi orang yang mampu untuk menahan marahnya. Bukan tidak marah kerana pengecut atau tidak berani menyatakannya. Tetapi tidak marah ketika mana dia mampu untuk menzahirkan kemarahan pada dirinya. Inilah orang yang berani dan kuat sepeti yang digambarkan oleh Rasulullah.

Saya kembali mengenang diri apabila Habib Omar mengatakan, bagi orang yang sayangkan Rasulullah dan menyintai baginda, mereka akan sentiasa cuba untuk mengikut sunnah dan perbuatan yang dilakukan baginda dalam apa keadaan sekalipun. Bagaimana kedudukan saya di sisi baginda sedangkan dalam hal marah pun saya masih belum mampu untuk mengawalnya. Mudah-mudahan selepas ini saya lebih beringat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah dengan sebaiknya. Justeru lepas-lepas ni janganlah marah-marah selalu ya.

Baiklah, cukuplah sekadar sedikit luahan untuk kala ini. InsyaAllah saya cuba untuk bawakan pengalaman lain pula selepas ini. Apapun nak saya tekankan juga, bukan semua perkara kita perlu "tidak marah". Terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan kita untuk mempamerkan marah kita itu terutama ketika agama kita dipersenda dan dipermainkan. Di sini perlunya untuk kita mempertahankan keizzahannya. Apapun marahlah ketika perlu dan tenanglah pada ketikanya pula. Moga Allah sentiasa memberikan kita peluang untuk mengecapi nikmat ubudiyyah dan pengabdian kepadaNya. Wallahu'alam. Jazakumullah Khairan Jaza'



Ps: Oh ye. Idil dah selamat kembali dari umrah semalam. Tak sempat lagi berkongsi kisah diaorang di sana. Mudah-mudahan umrah mereka diterima hendaknya... First time tengok idil botak hihi :D

Tuesday, July 31, 2007

Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Pertama)

Assalamualaikum warahmatullah

Untuk kali seterusnya saya sedang cuba untuk menyiapkan satu kertas kerja lain yang juga berkaitan kecergasan dan kesihatan yang boleh digunakan dalam menerangkan tentang kepentingan menjaga kesihatan kepada semua. Kertas kerja ini sebenarnya adalah kertas kerja yang ditaip semula daripada koleksi senior-senior yang lama. Mudah-mudahan bermanafaat!

Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal


Muqaddimah

Tentu sekali kita selalu mendengar saranan Rasulullah SAW melalui hadithnya yang bermaksud “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda” Menunjukkan jelas kepada kita bahawa Islam sememangnya dari dahulu lagi meletakkan merit yang cukup tinggi dalam hal penjagaan kesihatan, senaman dan kecergasan sebagai priority atau aulawiyat yang utama dalam kehidupan kita seharian. Justeru, tidakkah kita melihat aspek penjagaan kesihatan ini adalah merupakan suatu yang penting untuk sama-sama kita praktikkan sehari-hari? Suatu persoalan ringkas yang mungkin akan terjawab lewat kertas kerja ini.

Skop Kertas Kerja

Kertas kerja ini akan membncangkan beberapa topik yang berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan secara umum dan cara untuk mengekalkan kecergasan. Untuk itu, ia akan merangkumi beberapa subtopik sebagaimana di bawah:

1) Definisi kecergasan

2) Ciri-ciri Kecergasan

a. Kekuatan Otot (Muscle Strength)
b. Ketahanan Otot (Muscle Endurance)
c. Kelenturan Tubuh (Body Flexiblelity)
d. Ketahanan Jantung dan Sistem Peredaran Darah (Cardiovascular endurance)
e. Komposisi badan (Body composition)

3) Penilaian Kecergasan (Biomarker)

a. Ketulan dan kekuatan otot
b. Kandungan Lemak dalam Badan
c. Efisensi Peparu
d. Kelenturan Tubuh
e. Denyutan Nadi

4) Ternik-teknik Memantapkan Kesihatan

a. Senaman
b. Nutrisi Seimbang
c. Rehat dan Tidur

5) Kesimpulan

Definisi Kecergasan

Kecergasan, menurut Merrill’s Health – A wellness approach, adalah tahap kesihatan fizikal badan yang membolehkan seseorang yang cergas itu mempunyai ketahanan dan kekuatan otot, kelenturan tubuh badan, ketahanan sistem jantung dan peredaran darah dan memiliki kontor atau bentuk badan yang kekar dan tidak mempunyai lemak berlebihan.

Kecergasan ini bukanlah suatu yang dapat dicapai dengan sehari kursus atau seminar hujung minggu tetapi ia adalah suatu proses berterusan yang dicapai dengan senaman dan gerakan otot yang teratur yang dilakukan secara sistematik. Harus diingat, mengekalkan kecergasan adalah proses sepanjang hayat dan anya dapat dicapai dengan cara menggabungkan ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup(lifestyle atau routine) anda.

Mengubah gaya hidup hanya untuk cergas? Sebelum anda tolak mentah-mentah keperluan ini, lihat dahulu, apa manafaat yang akan anda perolehi melalui peningkatan tahap kecergasan anda:

  • Anda akan mampu meningkatkan berat badan yang ideal
  • Lebih bertenaga dan lambat letih
  • Mampu menghindar atau mengurangkan stress
  • Tidak mudah sedih dan cemas
  • Kurang kemungkinan menghidap penyakit-penyakit psycosomatic (penyakit fizikal kerana penyakit psycology)
  • Tidak cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung koronori atau kencing manis (Diabetis Mellitus) uang disebabkan oleh pertambahan berat badan (obesity-related diabetes)
  • Mampu memberikan tone otot yang baik
  • Mampu memiliki tulang yang kuat, menghindar penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • Mampu untuk rehat dan tidur dengan lebih baik
  • Mempunyai otot jantung yang kuat
  • Lebih aktif dalam aktiviti harian
  • Meningkatkan keyakinan diri dan penampilan fizikal
  • Melambatkan proses tua
  • Tidak mudah cedera dalam aktiviti harian


Bukti-bukti melalui kajian:

1) Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York. Pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.

2) Kajian di Loma Linda Universiti di California ke atas pelajar-pelajar yang tidak aktif dan berlebihan berat badan, selepas mengikuti program jalan kaki selama 45 minit 5 kali semingg menunjukkan kesan yang serupa seperti di atas dengan pertambahan tenaga yang ketara.

3) Kajian di Baruch Cllege di New York menunjukkan kumpulan pelajar yang melakukan senaman aerobik secara regular atau berterusan mencapai markah yang lebih tinggi dalam ujian kekreatifan (Senaman mungkin akan meningkatkan fungsi kognitif bagi otak dengan cara meningkatkan aliran darah ke otak dan mengurangkan stress)

4) Kajian di Scripp’s College di California ke atas 300 orang responden yang aktif bersenam dan tidak aktif yang berumur melebihi 55 tahun menunjukkan mereka yang selalu bersenam mempunyai tindak balas otot yang cepat, memori jangka pendek yang baik dan kemampuan memberi sebab (reasoning) yang lebih baik daripada mereka yang tidak aktif.

Bersambung...

Saturday, July 21, 2007

Iklan Madrasah Imam Syafie

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin mempromosikan satu majlis ilmiah yang amat bermanfaat untuk thaqofah pelajar2 perubatan yang berada di Mesir.

Walaupun kitab yang diajar adalah kitab turath i.e. untuk mereka yang mengkhusus dalam bidang keagamaan, dan memerlukan waktu dan tenaga yang bukan sedikit, saya melihat bahawa kita boleh ambil peluang untuk sama2 mengikuti kelas ini. Lebih2 lagi ia di 'rekabentuk' untuk mereka yang tidak pernah mengikut pengajian secara turath sebelum ini, disampaikan dalam bahasa Melayu, oleh Ustaz2 Malaysia yang bukan calang2 keilmuannya. ..

..::Madrasah Imam Syafie::..

Anjuran: Badan Penyelidikan dan Pengetahuan (BPAP) PMRAM & Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP)

Tempat pengajian: Rumah Pahang Haiyyu Asyir, Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud (Pintu yang paling dekat dgn rumah Kedah)

Waktu: 7.00am - 8.30 amJadual Pengajian. Klik untuk paparan boleh nampak :D
Pengajian adalah untuk mereka yang baru hendak berkenalan dengan Pengajian kitab2 turath. Kitab2 boleh didapati di tempat pengajian sebelum dan selepas pengajian. Beli! [kecuali kitab ifadatu sadah umad dan beberapa kitab dah habis]

Setakat 21 haribulan Julai, pengajian telah selesai ke bab berikut :-

  • al-waraqat - selesai matan berkenaan definisi Usul Feqh
  • kifayatul akhyar, syarah kpd matan abi syuja3- bab air yang suci, menyucikan ttp makruh digunakan. akan masuk bab air musta'mal.
  • Ifadah sadatul Umad, syarah kpd matan Zubad (khamis) - sedang membincangkan akidah; tentang sifat ketuhanan.
  • Ifadah sadatul Umad, syarah kpd Matan Zubad (sabtu) - selesai membincangkan feqh berkenaan nikah kawin kenduri pembahagian malam nusyuz dan berkaitan.
  • Ta''lim muta'alim dan Nahu- esok baru saya nak pergi :P
Siapa2 yang tak tahu menahu berkenaan istilah2 yang saya gunakan e.g. turath, matan, syarah, hasyiah, kitab turath cetakan halabi dan lain2 yang berkenaan dengan pengajian, saya minta sahabat2 rujuk abang2 dan akak2 yang tahu. Ustaz dan ustazah. mereka yang pernah belajar di pondok. Tanyakan tentang bagaimana membaca kitab lama2 ini, susunan matan dan syarah, tertib pengajian yang eloknya bagaimana dan lain2

Untuk maklumat lanjut sila rujuk website ini: http://www.pmram. org/mambo/ index.php? option=com_ content&task=view&id=203&Itemid=1

PS: Kredit untuk lekiu_kal untuk iklan ini. Untuk sahabat-sahabat yang free jangan lepaskan peluang untuk menambahkan thaqafah kita dengan ilmu2 Islam ini... InsyaAllah

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam

Penjagaan Kesihatan Menurut Pandangan Perubatan dan Islam

Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
“وننزل القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين - سورة الإسراء : 82

Kesihatan dalam perubatan

“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.

Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)

1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian

Kebersihan

Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable)

Firman Allah SWT

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.

Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.

Pemakanan Yang Seimbang

Dalam kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti sehari hari.

Allah telah menukilkan di dalam Al Quranul Karim melalui firmannya:

“Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”

Firman Allah juga:

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat)

Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang optimum daripada apa yang kita makan.

Secara umumnya kaedah pemakanan yang seimbang adalah berdasarkan teori piramid makanan sebagaimana di bawah.

Aras Pertama:

LEMAK, MINYAK dan GULA Lemak. Minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 1 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Aras Kedua:

HASIL TENUSU Hasil tenusu juga terletak di Aras 2 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

SATU SAJIAN HASIL TENUSU

• 1 gelas susu
• ½ cawan dadih rendah lemak
• 1 keping keju


Aras Ketiga

DAGING, AYAM, IKAN dan KEKACANG Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin b, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah

SATU SAJIAN DAGING, AYAM, IKAN, DAN KEKACANG

• 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana
• 1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana
• 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
• 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
• 2 biji telur bersaiz sederhana
• 2 keping tempe
• 2 keping taukua
• 4 sudu makan mentega kacang

Aras Keempat

SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

SATU SAJIAN SAYUR-SAYURAN

• ½ cawan sayur berdaun hijau bersama batangnya (dimasak)
• ½ cawan sayuran buah berumbi, seperti terung, tomato (dimasak)

SATU SAJIAN BUAH-BUAHAN

• ½ biji jambu batu bersaiz sederhana
• 1 biji oren, pir atau epal bersaiz kecil
• 1 biji pisang bersaiz sederhana
• 1 hiris betik, nenes atau tembikai

Aras Kelima:

BIJIRIN, HASIL BIJIRIN dan UBIAN-UBIAN Aras 5 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.

SATU SAJIAN BIJIRIN DAN UBI-UBIAN

• 1 keping roti mil penuh
• ½ cawan nasi
• ½ cawan bihun/ mi/ pasta
• ½ keping capati bersaiz kecil
• 1 cawan bubur nasi kosong
• ½ cawan bijirin sarapan
• 1 biji kentang bersaiz sederhana
• 3 keping biskut kraker kosong

Begitulah pembahagian kelas-kelas makanan yang dianjurkan bagi membolehkan seseorang antara kita mendapatkan manafaat yang secukupnya dari apa yang dimakan dan supaya apa yang dimakan tidaklah kurang daripada yang sepatutnya dan tidak pula sebaliknya, lebih daripada apa yang diperlukan oleh badan.

Kategori zat-zat makanan.

Secara amnya makanan-makanan yang kita makan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak dan zat vitamin dan mineral.

Jumlah tenaga bagi setiap kategori atau kelas makanan tersebut boleh dilihat dari jadual di bawah:

KELAS MAKANAN NILAI KALORI (kilokalori) SUMBER Karbohidrat 4 nasi Lemak 9 minyak masak protein 4 ikan dan daging

Karbohidrat

Karbohidrat adalah merupakan kategori makanan yang paling utama dalam menu kita sehari-hari kerana tenaga yang dijana dalam badan kita adalah majoritinya diambil daripada kumpulan ini. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat akan melalui proses penghadapan dan pencernaan untuk membolehkannya ditukarkan kepada bentuk yang paling ringkas iaitu sebagai gula penurun atau glukosa yang merupakan sumber utama tenaga dalam badan. Hasil atau lebihan karbohidrat yang tidak ditukarkan kepada glukosa akan terus disimpan oleh badan di bahagian hati sebagai glikogen dan akan digunakan apabila glukosa habis digunakan.

Glukosa yang dihasilkan ini akan digunakan oleh badan selama lebih kurang 2 jam sebelum ianya habis. Pada waktu inilah glikogen yang disimpan di dalam badan kita ditukarkan kembali kepada bentuk glukosa untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan sehinggalah ianya habis digunakan. Simpanan glikogen di dalam badan dapat bertahan dalam menyalurkan sumber tenaganya kepada badan sehingga 12 jam apabila bekalannya habis.

Selain glikogen, badan juga mendapat sumber glukosanya daripada sumber-sumber bukan karbohidrat seperti gliserol, asid amino dan lactate, Bahan-bahan ini akan memberikan sumber glukosa yang berterusan kepada badan bagi memastikan fungsi-fungsi berjalan dan berperanan dengan baik.

Lemak

Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi.

Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.

Selain itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan.

Protin.

Protin juga adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita, ia merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protin perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai menyakit seperti kwashyiokor, merasmus dan sebagainya.

Selain itu, protin juga merupakan sumber tenaga yang penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah, retina, dan sebagainya.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mengawal pemakanan kita agar tidak terlebih dan tidak terkurang agar apa yang kita makan adalah sesuai dengan keperluan badan kita seperti sabda Rasulullah SAW

“Kami adalah umat yang makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang”

Selain itu, sabda Rasulullah juga.

“Tiada bekas yang diisi oleh anak adam yang lebih keji daripada perut”

Bermakna di sini jangan lah kita mengisi perut kita dengan sewenang-wenangnya sehingga akhirnya nanti kita akan menghadapi pelbagai masalah kerana tabiat pemakanan kita yang tidak dijaga sejak awal lagi.

Senaman dan kesihatan fizikal

Sebagai individu amnya dan penuntut khususnya, senaman dan kecergasaan merupakan antara komponen utama di dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkat oleh Muslim mengatakan

Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.

Hadith lain pula adalah sabda Rasulullah yang berbunyi,

“Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”

sebagai justifikasi betapa Islam mengambil berat soal bersukan untuk melahirkan individu yang kuat dan sihat dan bersedia untuk melakukan apa jua tugas yang diberikan.

Begitu juga dengan Firmah Allah SWT yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu, dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa

Jelas menunjukkan kita disini betapa Islam mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal dan berusaha untuk menjadi umat yang kuat dan cergas sepanjang masa.Namun, kebanyakan daripada kita agak mengabaikan perkara ini dengan beralaskan tugas dan pelajaran. Sikap sebegini amat merugikan kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan kecergasan. Senaman dapat membantu:

" Mengekalkan berat badan yang ideal
" Memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja
" Memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan
" Mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan
" Memberi kerehatan dan tidur yang lena
" Melicinkan peredaran darah dan pernafasan
" Memperbaiki penampilan diri anda

Apabila anda bersenam atau bersukan, anda sebenarnya membakar kalori yang menyumbang kepada pembentukan lemak di dalam badan. Pengambilan 500 kalori sehari di dalam seminggu ( 500 x 7 ) bermakna anda menambah berat anda sebanyak 2 pound!

Kita dapat mengelaskan senaman ini kepada empat jenis senaman

Pertama : Senaman aerobik
Kedua : Senaman anaerobik
Ketiga : Senaman isometrik
Keempat : Senaman isotonik

Senaman aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan oksigen (hutang oksigen) berbanding senaman anaerobik yang menyebabkan seseorang itu tercungap-cungap selepas melakukannya.

Dalam hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan musik bukan? Namun pemahaman senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman aerobik ataupun tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya.

Ini tidak termasuk perjalanan anda untuk kemana-mana, tetapi peruntukkan lah masa untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi. Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya.

Selain berjalan, anda juga mungkin boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya kerana ia menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan.

Penutup

Sekadar perkongsian biasa. Moga sedikit sebanyak memberi manafaat buat semua. Wallahu ‘alam

Salam perkongsian,

Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin, Tahun 4, Kuliah Perubatan, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir.

3:13 petang 21 Julai 2007

PS:Kertas kerja ni tak lengkap lagi. Juz untuk pembentangan petang ni

Tuesday, July 17, 2007

Orang Asing...

Seminggu dua ini saya kerap ke mator (lapangan terbang), samada untuk menghantar sahabat-sahabat sendiri yang pulang untuk bercuti di Malaysia sepanjang summer ni ataupun menjadi musyrif menghantarkan adik-adik yang akan pulang dengan tujuan yang sama. Sedih juga bila melihatkan sahabat-sahabat ni dah pulang.

Pertama, sebab ditinggalkan di Mesir, negara yang penuh Musibah, Sabar dan Redha ni. Kedua, kerana diri sendiri amat rindukan keluarga di Malaysia. Mudah-mudahan Dia memberi keizinan untuk saya pulang pada tahun hadapan. InsyaAllah...

Apapun untuk masa yang terhad ini, saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung betapa fitrah manusia sememangnya sayangkan kepada tempat asalnya. Mereka akan cuba untuk sampai/pulang ke tempat asal mereka kerana bagi mereka di sana lah tanahair mereka tempat, adanya orang-orang yang mereka sayangi dan sebagainya. Jika disuruh untuk tinggal berjauhan meninggalkan tanah air tercinta buat selama-lamanya mungkin mereka tidak akan sanggup untuk berbuat demikian apatah lagi di negara sepertinya Mesir ini... :D (maksud saya dari segi masyarakat dan kondisinya yang agak extreme) Begitulah fitrahnya manusia.

Begitu juga sebagai muslim, kita diajar berkenaan sikap kita mengenai hubungan antara kehidupan kita di dunia ini dengan kehidupan kita di akhirat yang kekal abadi. Kita diajar untuk menganggap kehidupan di dunia ini adalah suatu bentuk pemusafiran dan persinggahan sebelum kita akan kembali ke alam akhirat, tempat asal kita iaitu di syurga Allah, tempat diciptakan adam dan hawa, tempat yang sepatutnya kita rindui untuk kembali kepadanya, untuk pulang ke sana.

Hadith ke-40 dari matan arba'ein - "Jadilah kamu di dunia sebagai orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan"


Dunia hanyalah sebagai medan untuk kita mengumpul amal, pahala untuk kegunaan kita di akhirat sana sebagaimana hidupnya kita di perantauan khususnya sebagai seorang pelajar (perubatan plak tu :D) untuk mengumpul dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk diaplikasikan apabila pulang ke Malaysia kelak. Justeru, wajarkah untuk kita lebih banyak memikirkan tentang untung nasib keberadaan kita di dunia ini berbanding memikirkan sejauh mana bekalan yang telah kita persiapkan sebelum kita pulang ke sana. Cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan yer. Dan yang tak kurang pentingnya, malah terlebih penting, biarlah pulangnya kita nanti, akan terus kembali ke syurga dan bukannya perlu singgah sebentar di neraka apatah lagi untuk kekal di dalamnya buat selamanya... Nauzubillah min zalik.

Sama-samalah kita berusaha untuk islahkan diri ya. Baiklah setakat ini dahulu buat kali ini. InsyaAllah ada masa dan ketika kita berkongsi lagi. Tingkatkan amal, mohon kekuatan dariNya setiap masa. Moga kita tergolong dari kalangan hamba-hamba yang dikasihiNya. Oh yer, hari ni hari last bazaria rumah kelantan. Jom pergi ramai-ramai! Jangan lupa, gerai no 2 yer :D Hingga jumpa lagi. Moga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu InsyaAllah...

Jazakumullah Khairan Kathira...

Sunday, July 15, 2007

Iklan Kelas Pengajian di rumah Kelantan Baru



Sekadar berkongsi maklumat berkenaan kelas pengajian yang akan berlangsung di rumah Kelantan sepanjang musim panas ni. Moga sama-sama dapat mengambil manafaat yer. Ha jangan lupe lepas kelas singgah ke gerai no 2 isnin hingga khamis ni :D

Iklan makan :D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
BaZaRiA TeRbUkA SiSwA KPKM (Keluarga Penuntut Kelantan di Mesir) 2007

Tarikh : 16 Julai - 19 Julai 2007 (Isnin - Khamis)
Bermula Jam 10.00 pg - 11.30 mlm
Tempat : Rumah Kelantan Baru (RKB) Haiyu Sabie'
Anjuran : Lajnah Ekonomi KPKM 2007
" Ekonomi Cemerlang Umat Gemilang"


Menu Menarik menanti anda!!

  • Nasi Za'faran
  • Nasi Kawarek
  • Nasi Sup Perut
  • Nasi Ikan Percik
  • Nasi Hujan Panas
  • Nasi Ayam Bakar
  • Nasi Paprik Ikan Keli
  • Nasi Kerabu Ayam Madu
...dan banyak lagi!!

PS: Saya sendiri akan turut membantu abang ilham, 5th year, cairo univ untuk mengusahakan gerainya. Ada masa, ada kelapangan dan perut lapar boleh la kesana ye. Kita jumpa di sana insyaAllah ... :D Oh yer jangan lupa. Gerai NO 2 yer :)

Friday, July 13, 2007

Kenangan Terindah...hihi

Assalamualaikum...

Cukup pantas masa berlalu kan? Hari-hari yang berlalu dirasakan cukup cepat silih berganti membawa bersama pelbagai peristiwa dan kenangan samada suka ataupun duka yang banyak mengajar diri menjadi insan yang lebih baik di samping terus mengabdikan diri kepadaNya menjadi hamba yang taat dan sabar di atas segala yang telah ditentukan olehNya. Moga diri kita akan sentiasa di bawah jagaan dan lindunganNya setiap masa dan ketika.


Idil dan Umrah.

Alhamdulillah semalam, idil bersama beberapa orang lagi adik2 di tahun satu dan dua telah selamat bertolak menaiki bas sebelum akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal untuk mengerjakan umrah kali ini. Seronok melihatkan idil dan adik2 yang begitu bersemangat untuk mengerjakan ibadah tersebut. Mungkin ini adalah pengalaman pertama berada di tempat paling suci di muka bumi, tempat yang menjadi awal kelahiran Rasul junjungan, tempat permulaan Islam dan juga di situ jualah menjadi saksi bagaimana sahabat-sahabat dan golongan terdahulu bermati-matian mempertahankan Islam sehingga dapat kita nikmati pada hari ini.

Hati saya sendiri begitu sayu dan diri ini sentiasa digamit kerinduan untuk kembali ke sana. Apatah lagi, ayah memberitahu saya bahawa dia diberi peluang untuk mengerjakan haji pada tahun ini setelah terpilih untuk mendapat anugerah pekerja cemerlang peringkat negeri. Tidak disangka tidak lama sebelum meninggalkan perkhidmatannya di jabatan kerajaan, ayah masih sempat untuk mendapat peluang sebegini. Ya, rezeki Allah, dialah yang Maha Memberi dan Menentukan segalanya. Walau ayah hanya tinggal setahun sebelum pencen, masih sempat untuk mengerjakan haji sebelum bergelar pesara. Moga diri saya sendiri akan turut termotivasi untuk sama mengejar kecemerlangan sebagaimana yang ayah lakukan dan sememangnya itulah yang sentiasa saya lakukan sebelum ini.


Kapal yang saya naiki menuju ke Jeddah ketika mengerjakan umrah pada tahun 2005, ketika itu saya di tahun dua. Camana? besar tak? :D


Dua kali selipar saya hilang, termasuklah selipar idil yang saya bawa bersama ke sana. Justeru saya menulis "jangan ambik selipar saye" dan alhamdulillah dah tak hilang dah :D


Apapun moga Allah tidak memperkecilkan perasaan saya ini dan moga dia akan memberi peluang kepada saya untuk kembali ke tanah suci itu suatu hari nanti. Mungkin tidak dapat bersama-sama menemani ayah dan emak ke sana pada tahun ini memandangkan waktu yang 'clash' dengan kuliah dan imtihan di samping faktor kewangan namun diri saya sendiri merasa bangga dapat mengirimkan sedikit wang untuk digunakan emak dan ayah ketika di sana.

Semoga Allah sentiasa memberi peluang kepada saya untuk membalas segala jasa mak dan ayah dan menggolongkan saya sebagai anak yang soleh kepada kedua ibu dan bapanya. Eiii rindunya untuk kembali ke raudhah. Walaupun kenangan tidak dapat meloloskan diri berada di dalam sof ketika berada di raudhah untuk solat jumaat menyebabkan saya tertolak dan cuba untuk menyelit-nyelit ke dalam sof dan akhirnya membawa saya keluar masjid nabawi lalu solat la saya di situ kadang-kadang membuatkan saya merasa sedikit terkilan.Suatu kenangan yang tidak dapat saya lupakan juga pengalaman dua kali selipar saya di'sauk' dan banyak lagi kenangan-kenangan-kenangan yang cukup membekas di hati. Ya Allah diriku cukup merindui manisnya saat2 beribadah kepadaMu.

Apapun saya mendoakan agar idil dan adik-adik yang lain dapat mengerjakan ibadah umrah ini dengan baik. Moga mendapatkan 'umrah mabrur' ya :D

Saya dan blog...

Untuk kesekian kalinya, tidak lama sebelum menamatkan imtihan akhir baru-baru ini saya kembali berfikir tentang tujuan saya berblog. Mengapa saya berblog? dan apa yang saya mahukan dari menulis blog?

Suatu hari abang min, (penulis ulamaummah.blogspot) pernah mengatakan kepada saya betapa ruginya kalau kita menulis dan menyampaikan sesuatu di dalam blog hanya sekadar menceritakan tentang diri sendiri, suka duka dan perkara yang berlaku sehari-hari tanpa membawa pembaca lebih banyak memikirkan tentang permasalahan ummah dan mengajak untuk sama-sama mengatasinya.

Saya, sedang memperkatakan sesuatu kepada abang Min :D


Saya tidak menafikan apa yang abang min cuba sampaikan, ia benar namun bila saya cuba meneliti apa yang saya tulis sebelum-sebelum ini, mungkin saya lebih banyak menulis tentang 'saya', bercerita tentang apa yang saya lalui, pengalaman yang saya tempuhi, yang saya rasakan dapat memberikan sedikit perkongsian dengan sahabat-sahabat yang paling kurang dapat mengambil istifadah dan manafaat dari apa yang diceritakan. Saya sering bercerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang saya sebagai pelajar perubatan yang kadang-kadang mungkin mereka yang berziarah ke sini kurang dapat memahaminya dengan baik kecuali mereka yang turut bergelar pelajar perubatan seperti saya. Saya juga suka untuk bercerita tentang mereka-mereka di sekeliling saya yang saya rasakan mereka ini la yang sentiasa menjadi penghias, pencorak dan watak-watak yang mewarna-warnikan hidup saya, mengajar saya berfikir dan sebagainya. Dari sini la mereka yang rapat dengan saya dapat mengetahui apa yang saya lalui sehari-hari dan mereka yang kurang mengenali saya dapat mula mengenalinya. Itulah saya. Cara untuk saya berkongsi dan menyampaikan fikir dan rasa.

Apapun saya tidak menafikan betapa, saya perlu untuk sekali sekala mempelbagaikan bahan yang ingin dikongsi kepada pembaca. Isu ummat yang kian genting dan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua kita-kita untuk turut memainkan peranan sebagai syabab dan pemuda yang ingin masyarakat Islam khususnya berada di Malaysia untuk mengecap damai, indahnya berada dalam naungan deen ini. Moga saya dapat memperbaiki dan terus berusaha ke arah itu. Cukup saya harapkan idea, pendapat dan cadangan sahabat-sahabat untuk sama-sama dapat membaik elok apa yang diperjuangkan ini. untuk itu saya ucapkan jazakallah khairan kathira...

Baiklah apapun sebenarnya banyak lagi perkara yang saya lalui akhir-akhir ini terutama 2-3 hari yang berlalu yang banyak mengajar saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dan pengikut yang lebih setia. Mungkin saya dapat berkongsi tentangnya suatu hari nanti. Apapun masih banyak tugas untuk dilakukan di sini terutama untuk menyusun aktiviti-aktiviti sepanjang cuti musim panas ini. Oh yer untuk makluman awal ini, kelas pengajian yang akan berlangsung di markaz pembangunan insan, moniera, sayeeda zainab (rumah saya la tu) adalah seperti berikut.

  • Isnin dan Selasa : Selepas asar, Oleh Ustaz Firdaus bit Hat yang akan membincangkan kitab Halal dan Haram
  • Rabu dan Khamis : waktu belum ditentukan, oleh Ustaz Fuad yang akan membincangkan kitab yang belum ditentukan lagi :D
Harap semua pun bersedia ya ;) Baiklah moga kita sama-sama mendapat manafaat dan dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketaqwaan kepadaNya. Baiklah, hingga berjumpa lagi ya. ilalliqa' Assalamualaikum warahmatullah...

PS: Oh yer, semalam baru natijah saya baru je keluar dan alhamdulillah saya kini bergelar pelajar tahun 5, kuliah perubatan, Universiti Ain Shams :)

Monday, June 18, 2007

Kucing yang cute...

Sekadar untuk menghiburkan hati di kala mengulangkaji Forensic dan Toxicology untuk last paper nanti. Mohon doa dari semua ya :D
Kempen Jom Bela Kucing...

Friday, June 1, 2007

Hari ini...

Maafkan saya sekiranya entry saya sebelum ni meragut semangat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi imtihan akhir ketika ini. Bukan itu maksud saya, saya hanya bercerita mengenai apa yang saya fikir dan rasa. Dan apa yang saya nak bawakan di sini ialah tentang bagaimana sesedia mana pun kita dalam sesuatu perkara, kita tidak lepas pengharapan kita kepada Allah dalam menentukan segalanya kerana Dialah yang Maha Penentu dan di sini lah letaknya prinsip Usaha-Doa-Tawakkal yang kita amali. Moga kita sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah dalam apa jua yang kita lakukan ya. Usaha dan usaha terus insyaAllah ;)
Hidayah...
Bercakap tentang hidayah Allah. Rasanya tarikh 30 Mei 2007 mungkin menjadi salah satu daripada tarikh penting dalam kehidupan Orang Islam di Malaysia di mana pada tarikh tersebut secara muktamadnya usaha yang dilakukan seorang 'murtad' untuk menukar dan membuang perkataan Islam pada kad pengenalannya telah tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan yang menghakiminya. Suatu kemenangan mungkin kepada semua orang Islam.Tiada lain untuk diucap melainkan Alhamdulillah! Allahu Akbar! Moga ini akan meningkatkan semangat kita bekerja untuk Islam.
Saya tidakberminat untuk memperkatakan secara lebih lanjut berkenaan kes Lina Joy ini memandangkan ramai sahabat2 yang telah memperkatakan tentang ini. Cukuplah dengan kita melihat peristiwa ini sebagai rentetan daripada usaha-usaha musuh Islam untuk menentang kestabilan dan ketuanan Islam di negara Malaysia khususnya. Jika kita masih lalai. Jika kita masih leka tidak mustahil kita akan terus tewas. Justeru, bangunlah! sedarlah! bekerjalah untuk memastikan rahmat, nikmat Islam ini akan terus akan kita nikmati, akan terus kita anuti sebagai hujah untuk kita mendapat redha dan syurga Allah di akhirat nanti. Diri saya sentiasa takut memikirkan jika Dia menarik segala nikmat ini.
"Allah, dialah yang memberikan hidayah kepada
siapa yang diingini dan menyesatkan kepada siapa yang dia ingini"
Universiti mana ya?
Beberapa hari yang lalu, adik saya, Zahidah bertanyakan saya, "Abang, nak letak universiti mana untuk senarai pilihan universiti kat Mesir. 1,2 dan 3?" Ha universiti mana ya? Sebenarnya di Mesir ini terdapat 7 buah universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan hanya 3 daripadanya mempunyai pelajar-pelajar yang ditaja oleh JPA (memandangkan adik saya adalah pelajar tajaan JPA)
  • 1. Universiti Kaherah
  • 2. Universiti Ain Shams
  • 3. Universiti Iskandariah.
Saya tidak pasti untuk sessi yang akan datang ini kemana pelajar-pelajar tajaan JPA ini kan ditempatkan memandangkan semua ini adalah atas budi bicara pertimbangan pihak JPMK. Tapi kemungkinan besar pelajar-pelajar tajaan JPA ini akan ditempatkan di Universiti Kaherah mengikut pengalaman sessi yang lalu.
Jadi ape yang nak difikirkan lagi, senaraikanlah universiti-universiti di atas mengikut yang mana lebih dekat dan berkenan di hati, di samping tidak lupa untuk sentiasa berdoa agar Allah memberikan kita universiti yang terbaik nanti. Bukan terbaik pada pandangan kita, namun yang terbaik pada pandangan dan pilihan dari Allah.

Universiti Ain Shams yang dicintai..

Itulah doa yang saya panjatkan dan sempat saya pesan kepada sahabat yang sama-sama terbang bersama saya pada awal berlepas daripada KLIA empat tahun lalu. Dan akhirnya saya ditakdirkan berada di Ain Shams University sehingga ke hari ini. Dan kerana saya percaya inilah universiti yang telah telah ditentukan untuk saya, maka saya amat menyayanginya. Walaupun saya sedar banyak kelebihan lain yang ada jika saya berada di Universiti Kaherah (sebenarnya, sebelum ke sini saya lebih berharap untuk berada di Universiti Kaherah) dan ramai yang merungut dan memperlekehkan universiti saya kerana sistem dan pembelajaran yang tidak sekemas Universiti Kaherah(mungkin) namun saya tetap tidak kisah dan cukup-cukup bersyukur berada di univesiti ini. Dan jika diberikan pilihan untuk menukar universiti dari Ain Shams ke Kaherah(sebelum memasuki tahun klinikal, pelajar-pelajar boleh untuk bermohon menukar tempat dari suatu universiti ke universiti yang lain dalam mesir setelah menamatkan tahun 3) tentu saya tidak akan berbuat demikian. InsyaAllah saya akan tetap di sini. So buat adik-adikku yang bakal kemari. Buat lah pilihan dan banyakkan berdoa ya.

1 Jun 2007 dan 16 Jamadil Awal 1428H

Cukup cepat waktu berlalu. Tengku Mohammad Ridhwan yang saya tinggalkan sebelum melanjutkan pelajaran ke sini yang pada waktu itu baru berusia 2 tahun hari ini sudahpun menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima. Moga terus membesar dan jadi orang yang berguna yer dik.

Tengku Mohammad Ridhwan ketika usia mungkin tak sampai setahun lagi;)

Tak tau la besar nanti nak jadi apa ni...

saya iwan...
Dan saya sendiri, pada hari ini 16 Jamadiul Awal 1428H telah melangkah ke usia 23 tahun pada kalendar hijriah. Perjalanan masih jauh. Masih banyak kerja perlu dilaksanakan. Paling terdekat paper ENT Isnin ini ;) Doakan dan hingga jumpa lagi ya!

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

http://drkadir.blogspot.com