Ujian dan musibah...
Assalamualaikum wbt...
Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadratNya yang masih lagi memberikan peluang untuk melalui sebulan Ramadhan dengan sebaiknya,melalui segala mehnah dan ujiannya.Dan kini kembalinya Ramadhan meninggalkan kita membawa bersama amalan dan harapan moga-moga pengabdian kita kepada Allah sepanjang kebersamaan dia bersama kita akan diterima olehNya. Itu yang kita harapkan dan itu yang sentiasa kita panjatkan dalam doa-doa kita. So bagaimana dengan raya sahabat-sahabat? meriah ke? seronok ke? gembira ke? atau masih ada lagi yang mengambil sikap golongan salafus saleh terdahulu yang amat menangisi pemergian Ramadhan. Apapun kesedihan kita dengan berlalunya Ramadhan tidak semestinya tidak boleh memberikan kita kegembiraan dengan menyambut kedatangan Syawal yang merupakan hadiah dari Allah untuk hambaNya yang penat melalui ujian. Cuma berpada-padalah dalam kita meraikannya.
Syawal 1428 H
" Maka kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta, diri dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira bagi mereka yang bersabar" (Al Baqarah : 155)
Ya, begitulah hidup kita kan? akan sentiasa diuji dan diuji. Beruntungnya bagi mereka yang melepasi ujian dan celaka serta rugilah bagi mereka yang gagal melaluinya. Adilnya Allah memberikan dan menurunkan kita ujian sebagai tanda kasihNya Dia kepada kita namun turut menurunkan bala musibah yang sama kepada orang-orang yang menderhakaiNya sebagai lambang kebencianNya terhadap segala maksiat yang dilakukan hamba-hambaNya sehari-hari. Saya sendiri tidak pasti di sebelah manakah saya digolongkan. Cuma saya masih mampu berharap, mudah-mudahan apa yang saya lalui ini diterima sebagai kafarah untuk pengampunan dosa-dosa saya yang telah lalu apatah lagi berlakunya betul-betul di akhir Ramadhan.Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya...
Begitu juga untuk sumbangan yang diberikan. Dari PMRAM ada, dari ISMA pun ada. Indah melihat ustaz Hairul dan Ustaz Faizul berpeluk-pelukan mahabbah di petang hari raya kedua itu. Alangkah indahnya jika perlakuan sedemikian diterjemahkan pula kepada agenda kerjasama yang erat dalam melaksanakan gerak kerja islami tanpa sebarang kata mengata antara satu sama lain. Mungkin masanya akan tiba…
Jazakumullah kepada ustaz Hairul yang sudi menjadi murafiq saya pada malam itu. Seronok berbicara dengan ustaz Hairul sebenarnya. Dan antara kata-katanya yang cukup memberkas di hati ialah “Sekiranya hidup kita ni mmg kita niat untuk diwaqafkan kepada Islam, Biarlah umur kita ni panjang sikit. Kalau kita lihat Dr Yusof, Syeikh Athiyah Saqar, dahlah umur panjang, banyak sumbangan untuk Islam” Apa lah yang sudah saya lakukan untuk Islam dalam usia saya yang sudah menjangkau 23 tahun ini? :(
Keylah, rasa setakat itulah untuk kali ini. Banyak sebenarnya perkara yang boleh dikongsikan berkenaan kejadian hari tu terutama berkenaan sikap masyarakat arab yang makin menyumbang kepada cirrhosis hati ini. Mudah-mudahan diri ini dapat mengambil hikmah yang ada dengan sebaiknya…untuk akhirnya, just nak menyeru untuk mereka-mereka yang belum stast-start puasa 6 tu untuk mulakan segera. Bila lagi nak start kan? Mudah-mudahan kita dikurniakan pahala seolah-olah puasa sepanjang tahun yang dijanji-janjikan. Ilalliqa’ Jazakumullah Khairan Kathira…
3 comments:
Assalamu'alaikum.
Emm.. sebenarnya akak membuka blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat dr.kadir dan shbt2 di sana, tapi agak terkejut membaca entry ini.Mg Allah berikan kesabaran buat dr.kadir.InsyaAllah
~Rasulullah SAW pernah menyatakan tentang kekagumannya kepada orang-orang beriman, kerana beberapa sifat terpuji dan mulia yang dimiliki mereka, sebagaimana sabdanya yang ertinya: "Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur (kepada-Nya). Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar (karena musibah itu). Seorang mukmin diberikan pahala dalam segala hal, walaupun (sekedar) sesuap makan yang diberikan ke mulut isterinya". (HR Imam Ahmad dan Abu Daud).~
-Bersabarlah dengan kesabaran yang baik-
10 syawal baru tahu tobib raya di wad..takziah ye. x sangka betul..ujian Allah..sesuai dengan hambaNYA. Abang ana pun beraya di wad..tp x pe, masa tu dah 6 syawal. hehe
semoga ukhuwwah yang terjalin antara ustaz hairul dan ustaz faizul berkekalan...amin..
ke arah kesatuan ummah...
Post a Comment