Friday, November 30, 2007

Ayah....Ibu...

Semalam saya menerima panggilan dari ayahanda yang kini berada di Mekah untuk menunaikan kewajipan mengerjakan haji. Terkedu bila ayah bertanya, "Abang nak datang sini tak ni?" saya tak pasti, adakah ayah memang mengharapkan agar saya berada di samping menemaninya di sana atau sekadar bertanya kalau-kalau saya masih merancangkan untuk menyertai ayah dan mak di tanah suci tersebut.

"Tak pergi la kot ayah, tengah kuliah lagi ni kan, duit pun takder sangat, haritu pun habis banyak untuk belanja eksiden haritu.Ayah ngan mak jaga diri baik-baik la kat sana ye" Hanya itu yang mampu saya balas. Moga ayah dan mak akan selamat berada di sana, mendapatkan haji yang mabrur, diberikan kesihatan yang baik dan yang lebih penting dapat lebih dekat kepadaNya. Mak ayah... Moga Dia sentiasa memberikan yang terbaik buat mak dan ayah!!

Tiba-tiba saya berasa cukup sunyi...



Ayah Ibu

Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu


Inter Cawangan Futball

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, sebagaimana iklan yang terpampang pada entry sebelum ini, pada 26 November yang lalu, saya telah berpeluang untuk melihat Pak Lah dengan lebih dekat berikutan lawatannya menemui pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Kagum dengan apa yang cuba diusahakan Pak Lah menerusi agenda Islam Hadharinya untuk membawa ummat Islam kembali gemilang sepertimana pernah dikecapi oleh generasi kita terdahulu, Cordoba dan Andalusia yang pernah menjadi pusat ilmuan dan cendekiawan. Tidak mahu mengulas panjang berkenaan Islam Hadhari dan gagasan yang dicanangkan Pak Lah kerana umumnya pasti menyedari bahawa kulit Islam Hadhari yang dimomokkan itu cukup indah dengan amar ma'rufnya namun isinya tetap sepi dari nahi mungkar yang pastinya mengundang bencana kepada negara dan rakyat seisinya.Moga kita sama-sama diberi hidayah untuk melihat kebenaran. Apapun sokonglah pimpinan kita yang ada selagimana dia tidak berpaling dari perintahNya...

Dari Pak Lah, saya turut berpeluang untuk bersua muka dan berkenalan dengan Mak Lah (oh bukan datin seri Jean Abdullah) tapi adalah Ustazah Jamilah yang pernah menjadi senator di Dewan Negara. Peluang bersama Mak Lah dan mendengar butiran kata-kata yang dilontarkan adalah cukup bermakna bagi saya. Walau sudah lanjut usia, Mak Lah masih bersemangat bercerita tentang perjuangan dan dakwah. Segan dan malu bila membandingkan apa yang telah beliau lakukan dengan secubit usaha yang telah saya lakukan selama ini. Saranan dan Harapan Mak Lah untuk melihat golongan-golongan pelajar perubatan ini untuk menggunakan bidang yang ada dengan sebaiknya untuk mendekati masyarakat dengan sebaiknya kerana bidang ini memang cukup mudah untuk mendekati masyarakat dan menyentuh hati-hati mereka.

Mak Lah juga turut berkongsi rasa dan pengalaman dengan menasihati kami untuk meraikan semua golongan atau kumpulan yang berusaha untuk membawa Islam ini walau siapa mereka dan dari kumpulan mana mereka bergerak asalkan masing-masing berusaha untuk memartabatkan Islam dan mendekati masyarakat kita yang semakin punah ini. Saling melengkapi dan mengisi kepincangan yang ada dengan semangat sinergi antara pasukan dan kumpulan untuk mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda.

Moga kitakan dapat mencontohi Mak Lah dalam perjuangan yang jauh dan berliku ini. Moga Alah kekalkan kita thabat dalam kebenaran dan ketaatan kepadaNya

Inter Cawangan Futball

Baiklah, cukup setakat itu dulu kali ini, apapun hari ni amat seronok dapat bertemu adik-adik dari semua muhafazah yang ada untuk bermain futsal dalam Inter Cawangan Futbal siang tadi. Tahniah kepada semua yang hadir walau hanya mansurah yang dinobatkan sebagai juara, namun kesanggupan kalian untuk mengharungi perjalanan jauh untuk bersama-sama merasai nikmah ukhwah dan kebersamaan walaupun dalam bersukan mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala jika kena niatnya. Justeru semangat itu jugalah sepatutnya adik-adik tamsilkan kepada perjuangan kita sebagai pelajar perubatan, MUSLIM untuk sama-sama memartabatkan agama ini sesuai dengan kedudukannya. Moga kita diberi kekuatan. Tahniah kepada semua dan bergembiralah dengan nikmat ukhuwwah yang dikurniakanNya...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Monday, November 26, 2007

Jeng jeng jeng

Assalamualaikum wbt...

Lama tak menaipkan? Maklumlah tangan tak berapa ok lagi.Pagi tadi jumpa Dr Tohir Farid untuk dapatkan cuti selama 3 hari dan mintak di'refer'kan untuk lakukan physiotherapy di hospital universiti. Alhamdulillah, akan mulakan session Selasa ini, tiga kali seminggu. Lepas tu terus pulang ke rumah sekejap sebelum ke ARMA untuk perjumpaan dengan Ketua Pengarah KPT dan Timb Menteri Kesihatan yang nak jumpa pelajar2 perubatan. Btw takder ape nak cerita lagi untuk kali ni :D key la esok nak jumpa Pak Lah...



Key Jumpa lagi...

Monday, November 5, 2007

KepadaNya kita kembali...

Assalamualaikum warahmatullah…

Salam takziah untuk akhi, Adli bin Shamsuddin yang baru kehilangan ayahandanya, yang telah kembali kerahmatullah pagi tadi. Moga roh ayahnya dicucuri rahmat dan digolongkan Allah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Bersabarlah di atas ujian kehilangan ini ya akhi, tidak lama kita juga akan turut menjejaki ke sana… Banyakkan amal, teruskan perjuangan.

“Innalillah wainnailaihi raji’un” kepadaNya kita kembali…

Di saat ini, saya kembali teringatkan mak,ayah dan adik-adik di Malaysia. Kembali rindu, kembali terkenang jasa-jasa mereka kepada diri. Moga saya berkesempatan untuk membalas jasa-jasa mereka walau tidak akan terbalas, dan jika tidak berkesempatan pun, ya Allah, letakkanlah mereka pada kedudukan yang terbaik di sisiMu…

Mak Ayah… moga dirimu tetap dalam peliharaanNya!!

Sayang mak dan ayah...