Inter Cawangan Futball
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, sebagaimana iklan yang terpampang pada entry sebelum ini, pada 26 November yang lalu, saya telah berpeluang untuk melihat Pak Lah dengan lebih dekat berikutan lawatannya menemui pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Kagum dengan apa yang cuba diusahakan Pak Lah menerusi agenda Islam Hadharinya untuk membawa ummat Islam kembali gemilang sepertimana pernah dikecapi oleh generasi kita terdahulu, Cordoba dan Andalusia yang pernah menjadi pusat ilmuan dan cendekiawan. Tidak mahu mengulas panjang berkenaan Islam Hadhari dan gagasan yang dicanangkan Pak Lah kerana umumnya pasti menyedari bahawa kulit Islam Hadhari yang dimomokkan itu cukup indah dengan amar ma'rufnya namun isinya tetap sepi dari nahi mungkar yang pastinya mengundang bencana kepada negara dan rakyat seisinya.Moga kita sama-sama diberi hidayah untuk melihat kebenaran. Apapun sokonglah pimpinan kita yang ada selagimana dia tidak berpaling dari perintahNya...
Dari Pak Lah, saya turut berpeluang untuk bersua muka dan berkenalan dengan Mak Lah (oh bukan datin seri Jean Abdullah) tapi adalah Ustazah Jamilah yang pernah menjadi senator di Dewan Negara. Peluang bersama Mak Lah dan mendengar butiran kata-kata yang dilontarkan adalah cukup bermakna bagi saya. Walau sudah lanjut usia, Mak Lah masih bersemangat bercerita tentang perjuangan dan dakwah. Segan dan malu bila membandingkan apa yang telah beliau lakukan dengan secubit usaha yang telah saya lakukan selama ini. Saranan dan Harapan Mak Lah untuk melihat golongan-golongan pelajar perubatan ini untuk menggunakan bidang yang ada dengan sebaiknya untuk mendekati masyarakat dengan sebaiknya kerana bidang ini memang cukup mudah untuk mendekati masyarakat dan menyentuh hati-hati mereka.
Mak Lah juga turut berkongsi rasa dan pengalaman dengan menasihati kami untuk meraikan semua golongan atau kumpulan yang berusaha untuk membawa Islam ini walau siapa mereka dan dari kumpulan mana mereka bergerak asalkan masing-masing berusaha untuk memartabatkan Islam dan mendekati masyarakat kita yang semakin punah ini. Saling melengkapi dan mengisi kepincangan yang ada dengan semangat sinergi antara pasukan dan kumpulan untuk mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda.
Moga kitakan dapat mencontohi Mak Lah dalam perjuangan yang jauh dan berliku ini. Moga Alah kekalkan kita thabat dalam kebenaran dan ketaatan kepadaNya
Inter Cawangan Futball
Baiklah, cukup setakat itu dulu kali ini, apapun hari ni amat seronok dapat bertemu adik-adik dari semua muhafazah yang ada untuk bermain futsal dalam Inter Cawangan Futbal siang tadi. Tahniah kepada semua yang hadir walau hanya mansurah yang dinobatkan sebagai juara, namun kesanggupan kalian untuk mengharungi perjalanan jauh untuk bersama-sama merasai nikmah ukhwah dan kebersamaan walaupun dalam bersukan mudah-mudahan mendapat ganjaran pahala jika kena niatnya. Justeru semangat itu jugalah sepatutnya adik-adik tamsilkan kepada perjuangan kita sebagai pelajar perubatan, MUSLIM untuk sama-sama memartabatkan agama ini sesuai dengan kedudukannya. Moga kita diberi kekuatan. Tahniah kepada semua dan bergembiralah dengan nikmat ukhuwwah yang dikurniakanNya...
Jazakumullah Khairan Kathiraa...
No comments:
Post a Comment