Friday, December 19, 2008

Ujian, sabar dan ikhlas...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Menemui sahabat-sahabat yang sudah sekian lama tidak dikirimi berita, alhamdulillah sudah sebulan lebih saya berada di bumi UK, walau banyak perkara yang ditempuh dan dilalui namun diri sendiri tidak begitu teruja untuk mencoretkan apa-apa serta bercerita.

Cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang sejuk dan kadang-kadang berangin membuatkan diri saya sedikit lemah menghadapi situasi begitu. Sebetulnya saya tidak berapa gemar menghadapi musim sejuk kerana cukup mudah untuk ditimpa demam dan cukup lama untuk kembali kebah. Akhirnya pemergian saya dan isteri ke Manchester dua hari lepas untuk menghadiri perjumpaan dengan pegawai MARA dan meraikan Kak Fizatul, senior Zaatil dan juga housematenya yang baru grad menyebabkan saya kembali menghadapi keadaan seperti sebelum-sebelum ini. Bermula dengan rasa pedih di anak tekak (sore throat) saya mulai batuk dan akhirnya sudah tidak bermaya lagi apabila suhu badan meningkat dan melemahkan segala anggota. Saya ditimpa demam lagi. Dan seperti yang dilalui sebelum ini, saya sentiasa mengharapkan apa yang dihadapi ini sebagai kafarah penebus dosa yang saya lakukan sehari-hari.

Seperti kelazimannya saya kurang gemar untuk memakan apa-apa ubatan bagi melawan demam dan batuk yang dihadapi kerana tidak selesa dengan side effect yang bakal diterima, apapun saya tetap menelan dua biji panadol dan ubat batuk kali ini. Itupun mungkin sebab isteri beriya-iya menyuruh saya memakannya. Mudah-mudahan demam kali ini tidaklah terlalu teruk kerana banyak perkara yang telah dirancang sempena cuti 2 minggu yang bakal dilalui isteri bermula besok.

Moga semua yang dirancang diperkenan dan dipermudahkan Allah jua. Doakan ye sahabat-sahabat. Hingga entry seterusnya, sama-samalah muhasabah diri dalam setiap perkara yang kita hadapi...

Wallahu A'lam, Innalillahi wainna ilahi rajiun....

Saya, isteri dan Kak Fizatul selepas majlis

Makan-makan sebelum balik ke preston


" (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

10 comments:

Nurul 'Izzah said...

Salam..

Wah2 sahabatku 2 org ni..

Zatil makin berseri2..chubby sket hihi :p (jgn marah aaa..) :p

Anonymous said...

Eh eh Izzah. Mana ada chubby. Tu prominent cheek bones namanya. Berat sama macam dolu2, so bukan makin tembam kot. Hehe.

P.S.: Gambar ini diletakkan tanpa consent mahupun knowledge saya, so saya tak bersalah!

Anonymous said...

haha baru je nak tulis.. uti nampak makin gemuk..sampai senyum pon pipi tolak mate, maken sepet mate jadinye. hahah....welcome to the club sis!

eh lupe plak, i bakal meninggalkan club, dah start makan sayur skang. hidup kurus! :D

Dr Kadir said...

Ayya korang semua ni, kuar tajuk la.skit pun tak simpati kat insan yang diserang influenza tu. berair-air hidung,mata telinga semua. panas pulak tu.

Btw, menurut pengamatan saya, tidaklah pula isteri saya semakin berisi atau chubby, cuma mungkin pada waktu-waktu tertentu dia begitu. hihi.

Kakak, abg kadir pun mungkin tak lama lagi akan join ur club. ada kosong lagi tak? jangan keluar dulu eh.

Dr Kadir said...

oh yer, tahniah utk lesen P

Anonymous said...

Zaatil lepas ni awak ada teman la utk g makan dkt Fuzion. hehe. Ingat2 la saya dgn Nayah. Bilanyer nak g Istanbul Zaatil? (maaf kadir, tumpang blog =P)

p/s:Zaatil senyum cumel macam kucing!

Amermeftah said...

Ke mana? Setambul? Paris? Roma?

Nurul 'Izzah said...

tak kira. chubby jugak! pipi tu obvious kikiki :p

Anonymous said...

salam.. dr, awk ade left bell's palsy ye@left lower motor neuron palsy ya.. =)

Dr Kadir said...

haha kelaka yang curious ni. Ah ah saya baru perasan...