Pengalaman, sekolah hidup.
“Experience yang membezakan seseorang dengan seorang yang lain” begitulah antara lain apa yang diucapkan oleh pemandu bas hijau yang membawa kami berenam, saya, akmal, dzul, izwan, iqbal dan Israq menuju ke rumah Ustaz Hairul semalam. Dengan mengenakan blazer hitam, berjanggut putih dan cuba-cuba untuk speaking dengan kami, kata-kata pakcik tadi banyak betulnya.
Kerap kali kita mendengar kalam orang tua-tua yang mengatakan, keberadaan kita di dunia ini adalah sekolah kehidupan, semakin lama kita hidup, berbagai perkara yang kita hadapi dan berbagai ujian yang kita tempuhi. Setiap hari pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang mengundang ukita melakukan keputusan yang bijak, tindakan yang tepat. Sebab itulah juga apabila kita berbicara tentang suatu perkara dalam sejarah kita akan kerapkali mencari sebab-musabab satu peristiwa itu berlaku dan apakah akibat daripada tindakan yang dilakukan. Ada kalanya suatu keputusan yang dibuat membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan dan adakalanya tindakan yang dilakukan itu membawa kepada derita dan penyesalan yang panjang. Tetapi begitulah Tuhan mengajar manusia tentang kehidupan. Sememangnya apa yang berlaku adalah takdir yang ditentukanNya sebagai pencipta dan pemilik manusia, namun di sana perlunya kita sentiasa meneliti dan mengoreksi di mana silap kita di mana salah kita untuk kita perbaiki untuk kita islahkan mana yang perlu. “Semua anak adam itu berdosa dan yang paling baik adalah yang bertaubat setelah melakukan dosa tersebut”
Dari situ pula sebagai seorang Islam, kita diajar untuk menerima segala yang ditakdirkan itu dengan penuh redha dan insaf bahawa kita hanya merancang dan Allah jua menentukan yang terbaik. Sebagaimana sifatnya seorang mukmin susah dan senang adalah baik buat dirinya. Jika dia mendapat kesenangan dia akan bersyukur dan itu baik buat dirinya dan jika dia ditimpa musibah dan ujian, dia bersabar dan itu adalah baik buat dirinya.
Justeru selalulah berfikir hikmah di sebalik sesuatu kejadian, selalulah mengoreksi segala kesilapan kita namun jangan sesekali menyalahkan Dia atau terus-terusan memperlekehkan mereka atas kesilapan yang mereka lakukan, mungkin apa yang berlaku adalah suatu bentuk tarbiyyah dariNya untuk kita manusia, hamba yang Dia kasihi.
Perjalanan masih jauh, penuh onak dan duri namun tidak hanya menjanjikan kepedihan dan kepayahan, mungkin sinar bahagia sedang menanti di akhir mengembaraan.
Jazakumullah khairan kathiraa...
4 comments:
kadir, bakpe mung makin gemuk? hehe. datang la kenduri iju nanti yer...eheheh
hehe.. tuh r.. uti pon kate abg kadir makin gemok..
Semua pun jaga kesihatan masing-masing ya.
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
Find your way around the casino, find 출장안마 where worrione.com everything https://access777.com/ is located with https://jancasino.com/review/merit-casino/ the most febcasino up-to-date information about Harrah's Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, NC.
Post a Comment