A Stranger or a Traveler/wayfarer
On the authority of Ibn 'Umar, radiyallahu 'anhuma, who said: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, took me by the shoulder and said:
"Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer." Ibn 'Umar used to say: "When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death."
[Al-Bukhari]
"Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer." Ibn 'Umar used to say: "When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death."
[Al-Bukhari]
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Jumaat yang lalu menemukan saya dengan hadith di atas. Hadith itu disampaikan oleh Tuan khatib dalam khutbah jumaatnya pada tengah hari itu. Ketika kami, saya dan sahabat-sahabat membantu Syazwan yang akan memulakan kehidupan baru berumah tangga di Hayyu Sabiek, kerja yang sepatutnya selesai sebelum Solat Jumaat lari daripada yang dijangkakan memaksa kami untuk berhenti sekejap menunaikan solat Jumaat di Nadi Sikah sebelum menyambung kerja memungah barang-barang Syazwan dan Asma itu kembali. Banyak juga barangnya. Keseluruhannya kami perlu berulang alik dua kali ke sayeeda zainab dan dua kali ke nadi sikah.
Ok, berbalik kepada hadith tadi, dapat kita fahami, Rasulullah telah berpesan kepada Ibn Umar supaya menganggap dunia ini hanyalah sebagai tempat persinggahan dan sebagai seorang musafir. Seorang musafir yang sentiasa berfikir dan berkira bilakah pemusafirannya ini akan berakhir untuk dia kembali ke tempat asalnya yang kekal abadi. Seorang musafir yang pastinya tidak terus mencari dan mengaut apa-apa yang ditemui di perjalanannya sewenang-wenangnya kecuali sekiranya ia pasti apa yang ditemui dan diambil itu berguna untuk digunakan di tempat tujuan kekal abadinya. Seorang musafir yang cuba untuk tidak leka dan tergoda dengan apa jua yang dijumpainya kerana semuanya itu pasti akan melambatkannya untuk tiba ke destinasi atau akan lebih malang lagi menyesatkannya dan membawanya ke tempat yang tidak dikehendakinya. Itulah falsafah seorang musafir.
Khatib itu bercerita lagi, pernah suatu ketika, seorang sahabat bertamu ke rumah Abu Dzar Radiallahu anhu, seorang sahabat Rasulullah. Lalu didapati di rumah Abu Dzarr tiada perabot-perabot yang indah, tiada alat-alatan rumah yang baik dan tidak terhias dengan selayaknya menyebabkan dia bertanya kepada Abu Dzar tentang hal itu. Lalu apa yang dijawab oleh Abu Dzar “ Aku bukannya ingin tinggal di sini (dunia) ya akhi. Dan aku tidak mahu kekal di sini. Tempat abadiku di akhirat, dan di sanalah semua perkara yang telah tersedia buat diriku”
Jawapan seorang sahabat yang yakin dan tawakkal dengan janji Allah kepadaNya. Jawapan zuhud yang tidak merasa kurang dengan kemiskinannya di dunia dan tidak berasa kecewa dengan tiadanya wang dan harta. Diri sebagai pengembara yang pastinya tidak perlu untuk bermewah-mewah dan menyombong rasa. Kalau jumpa Robin Hood habis dirompak pula akhirnya.
Baiklah, jadi begitulah bunyi hadithnya untuk renungan kita bersama. Pastinya saya tidaklah menyeru untuk sahabat-sahabat bersikap zuhud, meninggalkan segala kemewahan dan tidak berusaha mencari rezeki namun apa yang perlu kita tanamkan di hati kita tidak akan kecewa dengan kekurangan kita di dunia, kita tidak mencari-cari dan meminta dengan tidak sepatutnya dan kita tidak berusaha ‘nak rak’ mengumpul harta benda kerana semuanya akan kita tinggalkan kecuali amalan kita sahaja yang kita bawa bersama. Justeru apa jua yang kita buat, niat kita pastinya ‘itu’, mendapat kebaikan di akhirat sana.
Hidup sebagai musafir, tanpa mengetahui destinasi kita ke syurga atau ke neraka. Mudah-mudahan kita diselamatkan Allah dalam perjalanan hidup ini dan mentaqdirkan kita semua menemui syurgaNya.
Long Case Internal Medicine.
Hari ini saya berimtihan lagi. Kali ini Kes Panjang untuk subjek Internal Medicine. Untuk itu saya terpaksa keluar awal pagi ini kerana exam akan bermula seawal jam 8:00 pagi. Kira-kira jam 7:15 pagi saya melangkah keluar daripada rumah dengan penuh harapan imtihan yang bakal dilalui akan mudah dan berjalan dengan baik. Apatah lagi saya sendiri tidak cukup bersedia dan lebih fokus kepada chest case untuk kali ini.
Semuanya berjalan lancar pada pagi itu, saya diletakkan di wehdah Dr Salahuddin Abdul Baqi rais qisim Rheumatology. Qisim bagi angka giliran 325 – 346. Saya mendaftarkan diri kepada Naib dan membayar 30le, bayaran wajib terhadap semua pelajar yang akan digunakan untuk kebajikan pesakit-pesakit yang akan melalui peperiksaan ini. Dalam erti kata lain duit itu akan dibahagi-bahagikan antara semua pesakit yang terlibat. Memandangkan angka saya adalah 325 maka saya antara student yang awal dipanggil. Alhamdulillah seperti yang diharapkan saya mendapat chest patient. Saya memasuki ward, di dalamnya terdapat dua orang pesakit yang sedang diambil history oleh dua kawan saya yang lain sementara pesakit saya sendiri belum kelihatan.
Tidak beberapa lama barulah pesakit itu tiba. Saya memulakan tugasan saya. Untuk Long Case ini saya perlu mendapatkan dari History taking, general examination dan local examination terhadap pesakit tersebut.
Ia bermula dengan amat baik sehinggalah saya sampai kepada History of present Illness pesakit itu mula meminta wang dari saya supaya dia boleh memberikan kerjasama yang baik kepada saya. Dengan serba salah saya mengeluarkan wang 20le di dalam poket. Pesakit tersebut memandang wang tersebut kemudian berkata
“Eih dah? 20 le bas? Enta fi halah towilah bi 20le bas?” (Ape ni? 20 le je? Kau datang untuk xm long case bagi 20le je”
Saya sedikit tersentak dengan gelagat pakcik tersebut dan berkata memang saya tiada duit lain. Itu je yang ada. Dia mengugut untuk tidak memberikan kerjasama namun saya tetap menyuruhnya mengambil duit yang saya beri dan patuh dengan apa yang saya minta. “saya datang sini nak berexam je pakcik!”
Oleh kerana marah dan mahu cepat habis pakcik tersebut lekas-lekas menyuruh saya melakukan examination pada badannya dan memberitahu saya kesemua finding-finding yang sepatutnya saya temui dalam examination tersebut. Saya menjadi sedikit kaget namum cuba untuk tidak hilang fokus sepanjang situasi tersebut. Dalam masa yang sama pakcik itu terus menyumpah-nyumpah dan memaki saya di hadapan dua orang pesakit yang lain dan dua orang kawan saya itu (seorang egyptian, kristian dan seorang lagi pelajar bahrain) Semuanya ketawa melihat perlakuan pakcik tadi.
Pakcik itu semakin marah apabila melihat dua orang sahabat saya tadi memberikan 100le dan 70le masing-masing kepada pesakit-pesakit mereka dan sambil merungut-rungut pakcik itu mengoyakkan duit not 20 le itu dan dicampakkan ke katil. Saya melihat perlakuan pakcik itu dengan perasaan sayu, mengapalah sampai begini sekali pakcik ini bertindak?
Akhirnya seorang doktor masuk ke dalam ward dan bertanya siapa yang telah selesai melakukan pemeriksaan. Pakcik tersebut terus mengadu kepada doktor tersebut bahawa saya tidak memberikan duit pun kepadanya. Doktor itu memandang saya dan berkata “La’ mafish musykilah!” (Takder masalah. Tak perlu bagi pun) Dan sememangnya doktor-doktor melarang pelajar untuk memberikan apa-apa kepada pesakit kerana wang untuk mereka telah diperuntukkan semasa mendaftar.
Tidak lama kemudiaan saya mem’present’ case yang saya dapat itu kepada doktor dan selepas beberapa sessi soal jawab saya dapat menjawab semua soalan itu dengan baik. Alhamdulillah...
Selesai exam saya bersiap untuk pulang, pakcik tadi kembali bertanya samada saya ada wang untuk diberikan kepadanya atau tidak, memang pada awalnya saya masih berniat untuk menambah bayaran tersebut sebagai saguhati buatnya. Tapi memandangkan perangainya yang begitu saya membatalkan hasrat itu dan berharap agar dia tidak melakukan yang sama kepada orang lain pula. Kalau diberi, mungkin dia akan menganggap itu cara terbaik untuk mendapat duit yang lebih dari pelajar.
Apapun moga pakcik yang menghidap Emphysema itu akan cepat sembuh dan diberikan ketenangan menghadapi kehidupan sebagai pengembara di dunia ini...
Kadang kecewa juga apabila saudara seislam kita berkelakuan begitu sedangkan kita tidak pernah diajar untuk meminta-minta di dunia sedangkan untuk case Akmal, pesakit kristiannya memberi kerjasama yang cukup baik dan tidak meminta langsung apa-apa duit darinya. Entahlah.
Apapun besok masih ada dua case yang akan dihadapi dan lusanya radiology pula akan mengambil giliran sebelum saya beraya bersama sahabat-sahabat seperubatan semua pada hari Jumaat akan datang. Doakan kami semua dan moga kita semua sentiasa diberikan ketenangan, panduan dan petunjuk oleh Allah dalam kehidupan kita sebagai pengembara ini.
Sekian, Jazakumullah Khairan Kathiraa...
5 comments:
Itulah manusia sering rasa tempat yang fana ni akan didiami selamanya. Lantas, yang dicari itu harta yang menggunung tanpa redha si Pemberi rezeki.
Sayang sekali yang kufur itu, datang dari kalangan mereka yang faqir. Angkuh dalam faqir. Hanya menjadi sebab kepada murka Tuhan. Patutnya lebih bergantung...
Moga perjalanan kita di muka bumi, sentiasa dalam keadaan sedar dalam dagang.
wallahua'lam
mungkin sbb kemiskinan yg memaksa pesakit bersikap begitu..sabar je la ye~
rabbuna yusahhilik
A ah sbb tu nabi pernah sebut tentang dekatnya kemiskinan dengan kekufuran. Hampir sahaja kemiskinan itu membawa manusia kufur kepada Allah.
Moga kita dilindungi dan dirahmati...
Sedikit penjelasan bahawa wang yang diberikan hanyalah bertujuan memaksa pesakit memberikan kerjasama yang sebaiknya, dr akan menanyakan hal-hal yang berkait dengan case yang dihadapi dan sedia maklum bahawa pesakit banyak membantu student dalam mendapatkan diagnosis penyakit mereka.Masakan mereka tidak tau sedangkan semasa mereka sebagai student pun memang itulah yang mereka lakukan.
Semasa menghantar Dr Hatta ke rumah tumpangannya saya sempat bertanyakan tentang hal ini semasa zamannya dan memang beliau akui begitulah yang telah dibudayakan di Mesir zaman berzaman. :)
astaghfirullahalazim.. besaba je la dengan arab yang mcm ni.. ( bimbang sebenanye dengan nasib kami apabila tiba waktunya) btw, moga kejayaan yg super milik kalian semua, senior2 yg kami hormati...
Post a Comment