Thursday, April 23, 2009

Iwan ooo iwan ....

"Ayah, Kak Dah balik bila ayah?" Tanya adik bongsu saya Iwan, dari tempat duduk belakang ketika perjalanan pulang ke rumah suatu petang.

"Bulan 8 Kak Dah balik lah" balas ayah saya.

"Bulan 8 tu bila?" tanyanya lagi.

"Sekarang bulan 4, lagi empat bulan, bulan lapan lah" balas ayah saya, tidak jemu menjawab soalan anaknya.

"Empat bulan lambat lagi lah..." Kata Iwan lalu menangis.

Itulah yang diceritakan ayah ketika saya menelefon ke rumah 3 hari yang lalu, entah kenapa Iwan begitu rindu kepada Kak Dahnya yang sudah 8 bulan tidak ditemuinya. Bila ditanya lagi rindukan Abang Kadir ke tak, tak pula dirinduinya. Iwan...iwan... Apapun saya tidak nafikan keakraban Iwan dan Kak Dahnya.Kak Dahlah yang selalu melayan dan menjaganya semasa Kak Dah belum menjejakkan kaki ke Mesir ni. Kak Dahlah yang membelanya kalau diusik oleh abang-abang atau kakak-kakak yang lain, Kak Dahlah juga yang selalu menyuapkan makan, memberi minum dan membasuh berak kencingnya sedari kecil. Jadi tak mustahillah untuk Iwan terlalu rindu kepada kakak sulungnya itu.

Entah kenapa, mendengarkan hal itu, saya sendiri turut rindu untuk pulang ke Malaysia, rancangan awal untuk pulang pada bulan 8 atau 9 terpaksa dibatalkan kerana cuti saya dan isteri yang frequency resonance tidak sama. Justeru saya hanya akan pulang ke Malaysia setelah tamat peperiksaan akhir pada bulan 3 tahun hadapan. Setahun lagi lamanya. Mudah-mudahan rasa rindu tersebut tidak mematahkan semangat saya mengejar kecemerlangan pada tahun ini dan seterusnya menyediakan diri untuk bergelar doktor tidak lama lagi. Teringat kata-kata Abang Min baru-baru ni bercerita tentang Zuhdi, Abai dan Salman yang asyik diprovokasi "awak takyah jadi doktor la, awak jadi mender lain la" setiap kali tersilap melakukan apa-apa.

Baiklah, memandangkan hari ini sudah pun hari Khamis, dan saya sendiri bakal berweekend selama 2 hari pada minggu ini, (sabtu ini hari peringatan pembebasan sinai) mungkin ada beberapa perkara yang boleh difikirkan untuk mengisinya. Sampai sini dulu. Salam sayang buat Iwan dan semua di Malaysia. Wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

subhanallah~

ingatkan abg Iwan Isa.. haha..
ingatkan kak Dah mane la..
Zahidah ke..

asif, abg Kadir..

permataputih said...

amboih..
dah ada yang merisik tu nampak nya bg kadir..=)

gurau aje..hi2

slmt berimtihan!

Dr Kadir said...

subhanaAllah... ingatkan sofi mana tadi.hensem sgt dalam gambar.

permata putih,tu risikan ke? tak faham sebenarnya... :)

rem said...

ahahaha~~ ingtkn iwan isa

adek iwan rindu dekat akak tengku ye..siannye

aah la abg kadir,baru sy paham perasaan org mesia bila salah sorg ahli keluarganya berada jauh di perantauan..mesti derg rindu gile kat kite walopon mulut ego xnk ngaku rindu

Dr Kadir said...

A ah Rem, kalau baca balik entry ni pun ok juga.

http://drkadir.blogspot.com/2008/06/kesungguhan-dan-pengorbanan.html

Hafzi said...

adoi..
ni kempen promote adik ke hahaha...

tu ar, abg kadir slalu buli iwan mmg ar x rindu abg kadir haha

sinar_islami said...

:) tetiba bca pos ni terigt adik kat msia..hehe tak putus2 suh beli hadiah utk dia..

oh bukan ke biasanya adik2 rindu ke ank sulung..^-^