Friday, January 26, 2007

Semuanya pun meninggalkan Cairo jua...

Assalamualaikum wbt...

Cuti sekolah tiba lagi... So untuk mengisi cuti sepanjang lebih 2 minggu ni pelbagai aktiviti telah dirancang. berbagai-bagai jaulah telah diatur. agar masa yang ada tidak lah berlalu dengan sia-sia. Sememangnya cuti bukan bermakna duduk rehat semata-mata. Tak buat keje atau sebagainya sebaliknya time cuti lah untuk kita gunakan bagi melakukan aktiviti2 yang biasanya tak boleh kita nak lakukan time tak cuti.betul kan?:)

Emm untuk itu, malam semalam akmal dan syazwan bersama-sama Hamdan, Munir, Dzul hazmi dan Abg Hazri dah pun bertolak menaiki bas super jet (kalau tak silap) menjelajahi negara-negara lain di middle east ni. mengutip tinggalan-tinggalan sejarah berharga di Syria dan Jordan untuk sama-sama berkongsi time pulang ke Mesir ni nanti. Mamat, Aslam, Haziq, Hafiz dan Haikal pulak bersama-sama 21 orang akhawat yang lain bertolak menaiki kereta api ke Luxor dan aswan untuk menjejaki tinggalan-tinggalan Firaun di sana.

Dan pagi ini pulak, Idil mengetuai ekspedisi rehlah sinai PERUBATAN untuk kesekian kalinya dan sememangnya ia diadakan saban tahun untuk memberikan sedikit kerehatan dan menghilangkan segala ketegangan yang dialami sepanjang 2 minggu mid year xm yang lepas di samping niat menjejaki dan menghayati perjalanan hidup Nabi-Nabi Allah yang diutuskan sebelum ini di Jabal Musa dan kawasan sekitarnya.Diri sendiri pun dah dua kali turut serta dalam ekspedisi yang lepas yang membawa kepada demam yang cukup teruk selepas pulang daripada edisi yang kedua.

Kemudian disusuli pula dengan kepulangan abg Islah, (abg kepada Iqbal) yang telah dua minggu bertandang kembali mengimbau kenangan lama menuntut Ilmu kat ardu kinanah ni selepas diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja dlam conference kat Nile Hilton baru-baru ni.Banyak perkara jugak belajar dan dapat tahu dari dia yang sememangnya membuka jalan yang lebih luas memikirkan apa yang akan terus dikejar selepas mendapat degree dan melepasi HO nanti.Begitu juga dengan Izwan yang sememangnya akan pulang setiap kali cuti mid year dan final.

Wah sunyinyer...

Pada mulanya mmg rasa taknak ke mana-mana kali ni. lebih-lebih lagi untuk cuti ni telah ditaklifkan untuk menjaga bahagian disiplin dan protokol untuk Seminar Ibadah Pesakit yang akan dianjurkan oleh PERUBATAN 5-6 February ni. namun tak semena-mena diminta pula oleh Hamdan untuk bersama-sama Dzul dan Pok Nik memusyrifkan pelajar-pelajar perempuan yang akan ke Sinai malam ini. Alahai...Pada awalnya ingin menolak memandangkan diri sendiri pun seakan serik untuk pergi lagi selepas demam yang agak teruk sekembali dari sana dalam ekspedisi yang lepas ditambah kerana diri sediri tak berapa seronok bila membicarakan tentang safar maráh yang sememangnya banyak diperdebatkan.Namun memandangkan tiada orang lain lagi, dan juga memikirkan perlunya lebih ramai musyrif bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku,diri pun bersetuju la untuk menemani yang lain ke sana. Kalau diikutkan peraturan Persatuan pelajar kat sini, Musyrif yang akan menemani perjalanan akhawat ke mana-mana seboleh-bolehnya mestilah mereka yang telah berkahwin bagi memudahkan muamalah antara anggota rehlah dan si musyrif melalui isterinya tapi memandangkan PERUBATAN tak ramai ahli yang dah berkahwin dan tak ada pula yang bersedia untuk menjadi musyrif terpaksalah yang bujang2 ni dijadi musyrifkan. apapun doakanlah moga semuanya kheir,berjalan lancar, jauh dari sebarang fitnah dan sebagainya yer.Maaf buat ahli bait yang lain, Muslim dan Wafi kerana terpaksa ditinggalkan kali ni. Jaga rumah baik2 yer.

Baiklah. hingga jumpa lagi sekepulangan dari berjaulah.Assalamualaikum wbt.. PS: Emm hari ni 26hb lagi. dah 5 bulan berlalu...Semoga Dia memberkatinya...

Thursday, January 25, 2007

Apabila iman menjadi malap...

Apabila iman menjadi malap

Oleh :Aisyah Z

Melihat keadaan kes murtad yang berleluasa di negara kita, sedikit sebanyak peristiwa ini telah menyentak kuat rasa iman kita serta menjadikan kita terkesima lalu mengelengkan kepala, mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa di bumiku tempat sepatutnya Islam itu subur, terjadinya peristiwa di mana manusia itu mahu lari dari iman dan Islam itu sendiri? Merasa rimas dengan pakaian Islamnya dan kehilangan rasa manisnya iman di hatinya? Mengapa perkara itu boleh berlaku?.

'If people know that I've converted to Christianity, they might take the law into their own hands. If they are not broadminded, they might take a stone and throw it at me."

Hati manakah yang ada iman di hatinya sanggup berkata-kata sedemikian?

Maria became a Christian over a decade ago when she was 18. She says no-one forced her to convert, that she made the decision after studying different religious texts.

Ya, kita berasa pelik! Bagaimana seorang muslim berbangsa muslim yang dibesarkan dalam keluarga islam, disekolahkan di sebuah sekolah yang ramai penganut Islam, yang suara-suara Islam banyak kedengaran di sekelilingnya, melalui rakan, surat khabar serta tv boleh berfikir untuk menukar agama?

Benar kata Allah :

'Bagaimana Allah akan memberikan petunjuk kepada suatu kaum yang kafir setelah beriman, serta mengakui bahawa Rasul ( Muhd) itu benar-benar( rasul) dan bukti-bukti yang jelas telah sampai kepda mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim' ( Ali-Imran: 86)

Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

Allah memilih siapa sahaja unutk menerima hidayahNya. Apabila Dia campakkan hidayahNya, taiada siapa yang dapat menahannya. Ya memang kita sedih kerana saudara semuslim tergamak untuk keluar dari agama hanif ini. Sehinggakan walaupun tokoh gereja tidak mahu menolongnya, dia begitu gagah berani mempertahankan pendiriannya.

"My church says if the authorities come, they are not going to stand up for me. I have to stand up for myself," she said.

Dan kita duduk berfikir sendiri, apa dah jadi dengan negara kita? Apa dah jadi dengan Muslim sedunia? Apa dah jadi dengan Muslim sebangsa kita?

Kalau kita melihat dari tingkap di atas, kita teropong dunia sekarang ini, dengan berkecamuknya keadaan di Iraq, dahsyatnya perbantaian tanpa henti di Palestin selama lebih setengah dekad, dengan kes kristianisasi yang tak kurang kalahnya di Indonesia, dengan tak bersatunya dunia Arab yang diharapkan menjadi tunggak kesatuan umat Islam, dengan kecaman suara Amerika dan British terhadap orang Muslim serta gerakan persatuan pelajar Islamnya, masalah ketidakadilan umat islam di Tak Bai dan bermacam-macam lagi, kita akan lihat di sana sini masih ada jeritan suara meminta pertolongan. Ada tangisan meminta belas kasihan. Ada kesakitan yang diminta diubati. Ada tangan-tangan yang perlu dicapai. Dan kita yang meneropong ini hanya mampu menelan air liur, khusyuk memerhatikan saudara kita, hanya mampu berasa belas kasihan tanpa tahu berbuat apa-apa.

Islam diserang kesusahan dan kesenangan. Diserang dengan bedilan meriam dan hedonisme.Kita tahu itu semua. Kita seolah-olah seperti penggemar burung yang sibuk memerhatikan burung di angkasa, berkenalan dengan burung itu, tanpa memberi impak besar kepada kehidupan burung-burung itu sedikit pun.

Akhirnya kita selalu dikejutkan dengan kisah-kisah sensasi ini.Seperti mana burung yang kita cari untuk teropong itu telah mati ataupun pupus. Kita pun rasa sedih dan tak tahu untuk berbuat apa-apa.

Peristiwa kemurtadan yang berleluasa ini adalah satu amaran Allah bagi mereka yang masih bersisa nilai iman di hatinya. Di kala ini kita seolah-olah dibangkitkan dari lena yang panjang. Kita terduduk dan terkesima, apa yang dah aku buat sehinggakan ada orang sanggup murtad? Jawapannya adalah; Apa yang kita buat adalah tidak cukup. Kita tidak cukup berdakwah sebab itulah ramai lagi manusia yang tidak mendegar lagi seruan Islam. Kita tidak cukup menyeru manusia pada Islam sehinggakan rasa iman masuk menghiasi relung hati ramai manusia di bumi Allah ini. Ya, dalam keselasaan kita hidup di dunia ini, sedarlah, sebenarnya kita tidak cukup buat apa-apa untuk mengelakkan manusia seperti Maria ini keluar dari agama Allah.

But many Malaysian Muslims believe that people like Maria pose a threat to Islam.

Dan mengapa kita biarkan orang kafir menulis sesuka hatinya sedemikian rupa?

Paling sedihnya, majoriti umat Islam akan memandang enteng kisah sebegini..

'Ek.. oowh... camtu ke?' Tanpa rasa apa-apa mereka meneruskan kehidupan robot mereka berputar-putar mencari makna hidup yang tak ke mana.

Bagi yang ada kesedaran akan berucap; ' Astaghfirullah, moga-moga kita tak dimasukkan dalam golongan sedemikian. Marilah kita sama-sama doa.'

Tapi kebanyakannya akan memandang sepi peristiwa ini dan lebih suka mengambil langkah berada di atas pagar;

And the debate between those who say Maria should have the right to officially convert, and those who are against apostasy has become so heated that the prime minister has asked both sides not to discuss sensitive religious questions in public.

Dan kita masih lagi meneropong kisah-kisah ini dengan perasaan yang sedih dan berat. Bagaimana kita dapat menolong bukan sahaja kaum-kaum lain 'senasib' Lina Joy dan Maria, tetapi golongan manusia yang masih menyembah hedonisme, yang masih tidak pedulikan pun kisah-kisah ini berlaku di kampung mereka sendiri. Sekali sekala kedengaran suara orang bersorak menyedarkan, tapi rata-rata pemuda zaman sekarang, lebih suka menghabiskan masa di depan komputer game serta berpacaran ke sana sini.

Dan kita meneropong mereka dengan jeritan suara batin yang lantang;

Aku perlu menyelamatkan mereka semua!!

Di kala Maria rasa keseorangan ; I feel that I am all alone in this struggle," she says, "and I am frightened because I am alone against the odds."

Kita mahu memegang tangan dia semula untuk mengenal al-haq...Kita juga mahu menyedarkan ramai manusia yang mempunyai 'kesedaran' untuk murtad untuk merasai rasa manisnya berada dalam iman dan Islam.

Kita mahu menunjukkan betapa seronoknya hidup berpaksikan Tuhan.Tapi adakah kita berusaha untuk ke arah itu?

Yahya bin Muadz Ar-Razi pernah berdoa:

'Ya Allah, sesungguhnya yang paling menggembirakan saya adalah kemuarahanMu mengurniakan iman kepadaku, dan paling aku khuatiri adalah apabila Engkau mencabut iman itu dariku, selama kekuathiran itu berada dalam diriku, jangan Engkau cabut iman itu dariku'

Paling penting, adakah kita sendiri merasai manisnya iman itu ?Oleh itu, jangan dijadikan kesedaran ini kesedaran sementara, setelah berlalunya masa kita biarkan sahaja kisah ini, kita biarkan orang lain menyelesaikan masalah ini dan mengharapkan keajaiban Allah untuk memenangkan agama kita, sedangkan kita tahu bahawa Allah takkan berikan kita kemenangan tanpa kita berusaha memperolehnya.

Di samping itu, kita sendiri perlu tahu, apakah perkara yang dapat mencabut diri kita dari iman:.

Sewaktu Abdul Qasim AlHakim ditanya: Apakah ada perbuatan dosa yang dapat menyebabkan tercabutnya iman dari diri sesiorang? Dia menjawab: Ada 3 dosa yang dpat menyebabkan tercabutnya iman:

a) Bilamana dia tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman yang dikurniakan kepadanya

b) Ketika dia tidak khuatir tercabutnya iman di dalam hatinya

c) Apabila dia suka berbuat aniaya sesama Muslim

Sifat kita bukan melatah, tapi kita bertindak atas sesuatu persoalan itu dengan hikmah dan kerja yang bersungguh-sungguh tanpa penat dan lelah.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat mereka yang membaca..

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN. .LUMRAH HIDUP DAIE

Hari Asyura...

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah dah habis imtihan. dah mula cuti sekolah pun. Jazakumullah khairan kathira kepada yang mendoakan yang terbaik buat diri ni dalam imtihan yang lepas yer. moga semuanya pun akan terus berjaya melalui imtihan masing-masing. samada imtihan dunia mahupun akhirat. InsyaAllah So untuk minggu ni dah pun masuk round baru sebenarnya. Ophtalmology, atau dalam arabicnya ramad. Cukup best dan so far mmg cukup menarik. Walaupun dikatakan subjek ni paling sukar utk 4th year ni. Kita tengoklah camana nanti yer. Oklah tak tau lagi nak cerita ape buat kali ni juz nak ingatkan sahabat tentang hari asyura yang bakal tiba. so kat bawah ni pastkn balik artikel tentang hari asyura yang pernah dipostkan kat blogdrive dulu. sama-sama beramal yer...InsyaAllah.

Fadhilat Hari Asyuraa’

Disaring dari kitab Fadhilat Hari Asyuraa’ Antara Adat dan Istiadat karangan Abu Muhammad An Naqsyabandiy

Maal Hijrah tiba lagi, menandakan bermulanya tahun baru 1427H yang pastinya menjanjikan perbagai dugaan dan cabaran sepanjang mengharungi setahun yang mendatang ini.Muharram sebenarnya suatu bulan yang cukup penting dalam Islam. Selain sebagai bulan pertama dalam Islam, Padanya juga ada suatu hari yang dikenali sebagai Hari Asyura’ yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Hari Asyura’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).

Pada awal Islam, Hari Asyura’ adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi orang-orang Islam untuk perpuasa padanya hinggalah turunnya perntah berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyura’ bertukar kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.

Nas-Nas Berhubung dengan Hari Asyura

  1. Daripada Abdullah Ibni Abbas berkata: Telah menyuruh Rasulullah S.A.W. supaya berpuasa pada Hari Asyura’ pada hari kesepuluh pada bulan Muharram. [1]
  2. Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:Berpuasalah pada hari Asyuraa’ bahawasanya aku berharap diatas Allah S.W.T bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala dosa pada tahun yang lalu.[2]
  3. Biasanya Bangsa Quraish berpuasa pada Hari Asyuraa’ sejak zaman jahiliyyah, juga Rasulullah S.A.W biasa berpuasa di Makkah dan kemudian selepas berhijrah ke Madinah, dan telah turun perintah wajib berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi S.A.W bersabda: Saya dahulu telah menyuruh kamu sebagai perintah wajib berpuasa Asyuraa’ dan kini terserah siapa suka berpuasa dan yang tidak suka boleh meninggalkannya.[3]

Dan banyak lagi nas-nas yang menunjukkan kelebihan untuk berpuasa pada Hari Asyura ini. Cara untuk berpuasa pada Hari Asyuraa’

Puasa Asyuraa’ pada awalnya dilakukan oleh Rasulullah sendirian dan tidak diperintahkan kepada sahabat-sahabat untuk melakukannya ketika baginda masih berada di Mekah, namun selepas penghijrahan baginda ke Madinah baginda telah meneruskan puasa tersebut dan turut memerintahkan para sahabat untuk mengerjakannya sehinggalah turunnya perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyuraa’ dimansuhkan.

Hari Asyuraa’ sebenarnya bukan sahaja disambut oleh orang Islam namun dalam masa yang sama golongan Kristian dan Yahudi turut mengagungkan hari tersebut kerana terdapatnya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith: “Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: ketikamana sampai Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawwarah maka bagida dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyuraa’ maka bersabda Rasulullah S.A.W.kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa?

Maka mereka berkata (yahudi): Hari ini adalah hari yang besar bagi kami, dimana Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur maka kami pun berpuasa.

Maka bersabda Rasulullah S.A.W: Sekiranya begitu kamilah yang lebih berpuasa daripada kamu maka berpuasalah Rasulullah S.A.W dan menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berpuasa.[4]

Rasulullah S.A.W telah mengajar umatnya untuk berpuasa pada hari yang sepuluh pada bulan Muharram dengan tidak melakukannya sendirian namun turut berpuasa juga pada hari yang kesembilan atau hari yang kesebelas atau ketiga-tiga hari tersebut bagi mengelakkan meniru puasa orang yahudi yang berpuasa hanya pada 10 Muharram.

Sebenarnya berlaku khilaf dikalangan ulama dalam menentukan tarikh sebenar Hari Asyuraa’ samada hari kesembilan atau hari kesepuluh.Namun mengambil sikap cermat dalam melakukan ibadah dengan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah terlebih baik agar kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan yang ada pada hari Asyuraa’ tersebut. Selain berpuasa kita juga dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang lain sepanjang Hari Asyuraa’ tersebut, antaranya:

  1. Solat Sunat selain solat Fardhu
  2. Menghubungkan Silaturrahim
  3. Banyakkan bersedekah
  4. Bersihkan diri dari sebarang kekotoran
  5. Bercelak Mata
  6. Mengziarahi Ulama
  7. Mengziarahi Orang sakit
  8. Mengusap Kepala Anak Yatim
  9. Meluaskan untuk keluarga
  10. Memotong kuku
  11. dan Membaca Surah Al Ikhlas seribu kali.

Moga panduan yang diberi memberikan kita kesempatan untuk bersedia menyambut suatu hari yang besar di dalam Islam ini. Selamat menyambut Hari Asyuraa’.


[1] Hadith riwayat Imam At Tirmidzi dan ia berkata Hadith ini Hasan lagi Shahih

[2] Hadith Shahih riwayat Imam At Tirmidzi

[3] Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

[4] Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Thursday, January 18, 2007

Salam Maal Hijrah

1 Muharram 1428 H - 19 Januari 2007M
Assalamualaikum wbt... Diam tak diam dah pun masuk tahun baru Hijrah. Maka lagu ini akan kembali dialunkan..

Maal Hijrah....

Maal Hijrah... Detik Permulaan... Berpidahnya Nabi... Dan Umat Islam...

Satu Muharram Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah, Perpindahan Nabi dan Umat Islam, Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu, Rela Berkorban Harta dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta.

Hijrah Itu Pengorbanan... Hijrah itu Perjuangan... Hijrah itu Persaudaraan... Hijrah Membentuk Perpaduan.

Oleh itu, mari semua, Kita Sambut Maal Hijrah, Tingkatkan Semangat, Tegakkan Syiar Islam, Untuk Sepanjang Zaman...

Perjalanan masih jauh... Cita-cita masih belum tercapai... Impian belum terealiti... Masih banyak kerja perlu dilaksana, masih banyak usaha perlu dilakukan , masih banyak kudrat perlu dikerah Moga ISLAM akan terus bersinar sesuai dengan kemegahannya... Salam Maal Hijrah buat semua yer!! Hayatilah makna perjuangannya... Jazakumullah Khairan Kathira... PS: masih meneruskan perjuangan imtihan Com Med Isnin, doakan ya!! Jzkk Dan doakan jugak buat Sahabat-sahabat kita di Malaysia yang sedang menghadapi imtihan jugak (banjir besar) Moga kheirla semuanya....InsyaAllah...

Tuesday, January 9, 2007

Ahly ooh ahly...

Assalamualaikum wbt…

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak... Toxicology case...

Meneruskan peng’update’an blog kali ni. tak tau la kenape pulak dah dalam fatrah-fatrah imtihan ni rajin pulak mengupdate blog sedangkan sebelum ni tak rasa lak nak update sangat. Mungkin banyak nak dikonsi bersama kot. Apapun hari ni kuliah kembali bermula seperti biasa setelah seminggu lebih bercuti. Cuti Aidil adha dan jugak cuti Hari Krismas peringkat Mesir semalam. Seperti yang pernah diceritakan dalam blog yang dulu, masyarakat Kristian Mesir menyambut krismas lebih lewat berbanding penganut kristian lain kat seluruh dunia sbab diaorang akan sambut krismas pada 7 January setiap tahun. Emm mungkin ada khilaf antara mereka berkenaan tarikh sebenar kelahiran Jesus Crist ni kot.hihi pepun orang bagi cuti kita cuti je la.

Bercerita tentang round pada hari ni, amat seronok sebenarnya melalui perbincangan case toxocology pagi tadi. Ingatkan dah banyakdah baca, dah power dah toxic ni. ape orang tanya dah boleh jawab tapi bila berada dalam bilik tutorial tu, dr bagi satu case untuk dibincang mulalah terlopong balik. Mulalah tak boleh nak jawab. Rasa buntu dan tak leh nak bagi ape-ape idea. Mudahnya Allah nak tarik balik ilmu yang kita ada kan? Then bila dr cakap sekian...sekian...sekian baru la mulut berkata.. “oo...” sedih jugak sebenarnya. Apapun session selama 2 jam tu banyak membantu lah untuk menjawab soalan case nanti. Secara generalnya dr tu cakap untuk jawab soalan case adalah berbeza dengan cara menjawab soalan nazori (essay). Kalau Essay kita akan ceritakan jer semua yang ada dalam buku tapi untuk jawab soalan case kita kene relatekan dengan ape yang berlaku kat patient dan ape2 yang kita nak lakukan terhadap patient tu kene tengok kondisi patient tu la. Emm generally ada 4 perkara kene buat bila dapat satu-satu case.

  1. Diferential diagnosis, atau mendiagnosis means kita kene check symptoms-symptoms yang ada kat pesakit tersebut adalah relate dengan jenis poisoning ape? Then excludekan mana-mana diagnosis yang tak tepat melihat kepada case yang berlaku.
  2. Then, how to prove. Bila dah dapat tau ape diagnosis penyakit tu kene la buat investigation to prove the diagnosis. Untuk pastikan diagnosis tu tepat.
  3. The expectation on the patient. Means kene jangka clinical picture yang akan berlaku berdasarkan poisoning yang kita dah diagnose tadi dan jugak complication dia.
  4. The management. Camana kita nak manage poisoning tu samada nak bagi emergency treatment ke (first aid), bagi elimination pakai emetic, gastric lavage, charcoal or cathartic. Antidote ke atau ubat2 lain....

Cam cerita House MD lak kan? Apepun bila selalu sangat tak boleh jawab ape yang dr tanya tadi tu teringat kata-kata cikgu bio kitaorang masa kat INTEC dulu, Mr Robert. Katanya “Dont study too hard ha! Just enough to be a doctor.” Hihi tak taulah ape yang dimaksudkan oleh Mr Robert tu, samada taknak kitaorang ni rajin sangat or taknak kitaorang blajar terlampau kuat sampai takder life lain or mmg dia taknak tengok orang Islam ni jadi doktor yang hebat. Tapi bila fikir balik, penting sebenarnya bila kita dah menceburi sesuatu bidang itu untuk betul2 master dalam bidang yang kita ceburi. Tak kisah la kita sebagai doktor ke, engineer ke accountant ke (sebab skrg ada dua orang pelajar uk datang ziarah ke mesir. Sorang bakal accountant, Shahbi dan sorang bakal engineer, Al) dan lain-lain lagi. Selagi kita ni sebagai seorang muslim, penting untuk kita mendalami bidang kita tu kerana kitalah yang akan diharapkan dan menjadi rujukan orang-orang Islam yang lain dalam bidang yang kita ceburi tu. Termasuklah mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang agama. Lagi la... kene betul-betul dalami ilmu tersebut kerana mereka lah yang akan diharapkan menyelesaikan masalah-masalah umat Islam dalam pelbagai bidang. So mulai hari ni blaja la betul2 ye. “Emm ape lagi? Pi la studi bukak buku tu!!” “hihi jap. Habiskan dulu ape yang nak dicerita ni.” Dafayah ooo dafayah...

Tahu ape tu dafayah? Dafayah ni kira cam sakhanah atau heater la. So semalam selepas solat Isyak kat Masjid Azhar, kami berempat ana, Akmal, Idil dan Mat pun berjalan-jalanlah di sekitar atabah untuk cari dafayah bi mirwahah. Jalan punya jalan tak jumpa-jumpa dafayah yang dimaksudkan, mungkin dah habis kot as ramai jugak dak-dak medic yang beli dafayah tu, yang pioneer beli dafayah jenis tu Hamdan dan Iqbal la. Emm cari-punya cari membawa kami ke sebuah kedai ni... Tanyalah penjual tu “Endak dafayah bil mirwahah, Fresh?” “Oooh maujud” huhu lega hati. “Emm bikam?(berape)” “270le!” huhu mahalnya!! Hamdan beli murah je arituh. 230 sumthing je. Junior beli baru ni pun dalam 250 je kot(tak pasti) then kami pun tawar mintak turunkan harga. (biasalah orang melayu ni, kat sini nak je tawar yang lain nak je yang manis) last-last dapat lah kami harga 250le. Dah ittifaq(setuju) dengan penjual tu untuk beli dua set kitaorang pun tunggu la brother tu pi ambik barang tu kat makhzan (stor) sambil tunggu tu, kitaorang tengoklah masyarakat di sekeliling... “aik kenapa sugul je pakcik2 ni?sedih semacam jer” Dalam hati kami maybe diaorang sedang sedih sebab Al Ahly kalah bola dengan Ismailiya hari ni kot. Dah la 3-0 tu. Idil pun tanya sorang pakcik tu “Enta tahzan ya ammu?(Pakcik sedih k)” “Oooh (ye)” jawab pakcik tu. “Leih? Aasyan ahly ya’ni?(Sebab ape? Sebab ahly ke?)” “Yer sebab ahly la... sedihnyer kami” huhu pakcik ni biar betul sedih camtu sekali. Kalah skali je pun. Dah berapa tahun dah ahly tak pernah kalah. Lagipun main bola je pun . bukan mati ke ape. Tapi tulah realiti yang berlaku kat mesir ni. Fanatik bola sepak tu mmg ketara. Cam sebahagian dari hidup mereka. Kalau ada match ape2 time nak masuk waktu maghrib tu dah ramai yang berkumpul kat ahwah (kedai kopi) untuk tengok siaran langsung perlawanan tersebut. Tak diendahkan dah azan maghrib yang berkumandang. Dan bila menang pasukan diaorang akan riuh lah jalan raya dengan bunyi hon dan kibaran bendera pasukan mereka dan kalau kalah pun still bising jugak. Tengok kan cam tu, teringatlah kat Malaysia camana.. emm lebih kurang je kot. Tapi takder la fanatik sangat. Rugi yer. main bola...kalau betul niatnyer. Nak riadah, nak sihatkan badan, nak rapatkan ukhwah kalau betul caranya akan jadi ibadah tapi kalau dengannya berlaku pergaduhan, ramai tinggalkan solat, rasa jauh dari Tuhan maka automatik jadi haram dan maksiat... moga kita tak lalai la dalam melakukan sesuatu.

Em kembali cerita dafayah tadi. Tak lama lepas tu brother tu pun datang balik. “aik mana dafayah tu?” “Emm afwan akhi, dafayah khalis(Sorry la akhi, heater tu dah habis dah)” ala... buang karen tul akhi ni.. punya la lama sembang. Tengok bola sampai habis, tawar menawar last2 takder stok plak.Hai.. ujian... J kembali la kami bergerak ke kedai yang lain plak. Sampai satu kedai tu. Tanya-tanya brother yang jaga tu,

“ada dafayah?”

“ada!(huh lega-lega)”

“Berapa harga?” “270LE!”

“(Jugak?) takleh kurang ke?)”

“Takleh!” dengan bongkaknya.

Ayyak pakcik ni...takleh nak tolak ansur ke? Kami pun cerita la tadi kitaorang jumpe harga 250 je tapi sayang takder plak. Jawab brother tu “aku beli dengan 260 then nak jual 270. kau mintak 250 lak. Logik ke?”

Huhu pakcik! Takkan lah banyak tu je untung yang diambilnyer.

Last-last dia bagi 265LE tapi memandangkan perangai brother ni camni. Tak friendly langsung. Ana cakap yang lain “tak bestnyer kalau bagi duit kat orang bongkak cam ni” akhirnya kitaorang pun ambik keputusan nak jalan lagi cari yang lain. Akhirnya membawa kami ke sebuah kedai dekat dengan simpang. Kebetulan adalah dafayah yang dimaksudkan kat situ. Tanya harga. 260LE emm malas nak sembang lagi tawar menawar lain kami stuju nak angkat je yang satu tu memandangkan mmg kedai tu ada satu je.

Angkat lah dafayah yang dibeli tu dan dengan menaiki sebuah teksi kami pun sampai di rumah. “Emm ape lagi, pasanglah dafayah tu” Dengan hati gembira dan harapan menggunung agar lepas ni takderla lagi yang mengadu kesejukan kami pun pasanglah dafayah yang dibeli...”Alaaa tak panas sangat pun” “Sabarlah baru pasang tu, nanti panas la kot”pujuk suara yang lain. Selepas setengah jam menunggu...huhu mmg kami kene scam jugak.... tak panas sangat dafayah ni. still sejuk jugak walau tak sejuk sangat. Dafayah...dafayah. dan akhirnya ketika blog ini ditaip, Akmal, Idil dan Mat sedang berada di attaba untuk menukar dafayah tu dengan dafayah yang baru... emm key la dah lewat dah ni. nak studi lagi.... hingga jumpe lagi yer. blaja rajin2.... Rabbuna ma3ak. Jazakumullah Khairan Kathira...

Sunday, January 7, 2007

Perbezaan Ikhwah dan Akhawat…

Salam Alaiyk...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak...

Perbezaan ikhwah dan akhawat...

Wah cam menarik jer tajuk ni kan, perbincangan mengenai perbezaan antara ikhwah dan akhawat banyak menjadi perbincangan dalam masyarakat. Tak kisahlah samada perbincangan berkenaan dengan physicallynya, mentalitinya psycology antara dua golongan ini mmg cukup berbeza. Firman Allah...

“Dan Allah mengetahui apa yang dikandungkannya dan tidaklah lelaki itu adalah sama dengan wanita”

Justeru memperlihatkan pengiktirafan Allah bahawa ikhwah dan akhawat mmg berbeza. Namun bagi seorang pelajar perubatan yang sedang berada di round Forensic dan bakal menduduki imtihan roundnya 11 januari ini, Perbezaan ini dilihat dari segi bagaimana untuk mengenali satu-satu mayat itu samada ianya lelaki atau perempuan hihi ;)

Pengenalan dari segi Tengkorak (Skull)

Male

Female

General

Big and heavy

Small and light

Parieatal eminence

Prominet

Less marked

Superciliary ridges

Protruded

Less

Frontonasal angle

Angular

Smooth curve

Occipital condyles

Long and narrow

Short and broad

Pengenalan dari segi tulang punggung (Pelvis)

Male

Female

Subpubic angle

Less than 70

More than 90

Iliac crest

More curved

Less curved

Obturator Foramen

Oval

Triangular

Acetabulum

Wide and deep

Narrow and shallow

Sacrum

Long, narrow and curved

Short, wide and straight

Pengenalan dari segi tulang tengah rusuk (Sternum)

Male

Female

General

Long and broad

Short and narrow

Lenght of the body

More than double of the manubrium sterni

Less than double of the manubrium sterni

Emm so dari sini insyaAllah bila kita jumpe satu-satu corpse kalau mmg dah takleh nak identify dah jantina dia kerana dah mutilated maybe sbab aircraft crash or fire dan dah tinggal cukup lama dah sampai takder daging dan tak nampak rupa dah. Tinggal tulang-tulang ni jer. So dari situ la kita boleh cam tulang ni milik ikhwah atau akhawat. Emmm menarik tak....? :D

Apepun sememangnya antara ikhwah dan akhawat mmg mempunyai perbezaan yang ketara terutama dari segi pemikiran, perspektif dan cara mereka melihat sesuatu perkara. Dan sememangnya Allah menjadi manusia ini terdiri daripada lelaki dan wanita untuk mereka saling memahami tujuan dan tanggungjawab masing dan saling membantu antara satu sama lain kerana mereka sememangnya saling memerlukan. Tiada istilah, ‘Man dictator’ or ‘Girl power’ seperti yang selalu dimainkan oleh sesetengah golongan.

Teringat khutbah nikah yang disampaikan oleh seorang syeikh ketika aqad nikah ustaz Angah (Ustaz Fauzan) suatu ketika dulu. Syeikh tu cakap “Seorang insan itu tidak akan sempurna selagi mana dia bujang dan belum berkahwin. Dia akan hanya digelar dan sempurna sebagai insan bila dia telah pun berkahwin” kerana dari situ lah mereka akan saling melengkapi. Dan sebab itu jugaklah ada hadis yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka sempurnalah sebahagian daripada imannya dan baki sebahagian lagi ialah dengan dia bertakwa kepada Allah. Bila la nak jadi insan ni yer. Tapi “insanu nisyan kan?” biar lambat lagi la....:D Wallahu a’lam

Mode : Sedang ketensionan mengulang-ulang baca buku Toxic dan Forensic ni berkali-kali tapi tak ingat2 jugak. Moga Allah memberikan kemudahan dan membuka pintu hati ini dalam menuntut ilmu ikhlas keranaNya. Doakan kami yer imtihan round Khamis ni.

Salam buat semua...

Jazakumullah Khairan Kathira...

Wednesday, January 3, 2007

AidilAdha kali ini...

Assalamualaikum wbt...

Sayu rasanya bila mendengarkan kalam Imam Masjid Hidayah semalam seusai solat Asar semalam, “La takbir ba’da hadza waqti” (dah takder takbir dah selepas waktu ni) Dah berakhir dah Hari Raya dan hari-hari tasyriq untuk kali ni. Rasa rugi sangat sebab tak sempat nak takbir lebih banyak dari sepatutnya. Harapkan Akmal je yang selalu pasang alunan takbir thru PC dia time nak tido, so bila bangun pagi tu akan selalu la dengar takbir tu. Apepun mudah-mudahan Raya kali ni memberikan banyak makna buat diri kita dan melatih kita untuk lebih banyak berkorban...

Raya Kali ni.

Kali ni buat pertama kalinya tak pergi solat raya dengan masyarakat melayu yang lain sebaliknya. Pada mulanya mmg planning nak ke ARMA or Masjid Musa untuk solat raya kat sana. Tapi bila fikir2 balik dan melihatkan Idil dan Akmal yang semangat nak raya dengan Arab so turut sama mengubah fikiran. “Raya dengan arab la kali ni” So lepas mandi sunat, bersiap semua turunlah ke Masjid Hidayah untuk bersolat raya. wah... meriah jugak arab ni sambut Raya Haji, memang meriah as kat masjid-masjid pun dihiaskan dengan belon2 dan pelbagai hiasan yang lain. Teringat kata-kata akmal “Kat Malaysia takder la gantung-gantung belon camni” J dalam hati “kat malaysia kalau buat camni mesti dikatakan bid’ah lagi...”J Apepun sememangnya masyarakat arab kat sini lebih mengutamakan sambutan Aidil Adha berbanding Aidilfitri. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana banyak peristiwa-peristiwa penting Islam bersempena Hari raya Haji ni dan pada waktu ni jugak diwajibkan bagi umat Islam yang mampu untuk menunaikan haji dan dalam waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang berada mengambil peluang untuk sama-sama mengorbankan kambing, lembu mahupun unta sebagai saham mereka di akhirat kelak dan pada waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang tak berkemampuan diraikan dengan mendapat pembahagian daging-daging korban tersebut. Pendek kata semuanya merasai erti dan nilai Aidil Adha tersebut. So tak hairanlah bila mereka cukup mengambil berat tentang sambutan Aidil Adha ni.

So selesai solat, masing-masing pun pulang kerumah masing-termasuklah kami bertiga... Sampai kat rumah diri ni tak sabar-sabar dah nak makan.(lapar.... tak makan sebelum solat as sunnah untuk lewatkan makan pagi selepas solat eid) Bukak peti ais still ada lagi nasi yaman baki majlis bukak puasa semalam. Panaskan dalam rice cooker sambil tu ke dapur untuk carikan dulang. “Alaa semalam tak bawak balik dulang dari Rumah Pikai...” so terpaksalah kami makan pakai 2 talam kecik je. Isk isk... Kurang seri bila hanya kami berlima je yang ada pagi tu. Muslim dah ke ARMA untuk beraya kat sana sementara Wan pulak mungkin dah bertolak ke Muzdalifah time tu. Moga mendapat Haji yang Mabrur yer Wan...Doakan kami!!

Lepas makan still confuse nak ke ARMA ke tak. Ke nak pi rumah Abang Hazri tolong Mamat Sembelih khoruf? Pikir punya pikir last2 buat keputusan pi rumah Abang Hazri je bila memikirkan takkan ahli bait nak buat korban kita tak join. Sampai-sampai rumah abang Hazri rupa2nyer mmg tak cukup orang untuk uruskan korban tu. Nasib baiklah kami datang... Idil ngan Mamat terus angkat khoruf yang Mamat kasi nama Dolly tu ke dalam bilik air. Kemudian masing-masing ambil tempat masing-masing untuk memulakan operation, My site, pegang bahagian kepala.(huhu seram jugak. Silap gaya tangan sendiri lak yang kene potong dengan Mamat) pepun Alhamdulillah semuaya dapat dilakukan dengan sebaiknya oleh doktor-doktor mesir ni. Selamatla Dolly dikorbankan dengan tenangnya... Selesai menyembelih aktiviti melapah, yang ni yang lama dan letih skit ni. Sedar tak sedar dah sejam lebih berlalu dan dah masuk waktu Zohor...

Akhirnya Ana, Idil dan Akmal terpaksa minta diri dulu sebab kitaorang ada mau’eid dengan Ustaz Azhar untuk beraya ke rumah Selangor lepas Zohor tu. Kat Rumah Selangor ramai la pulak budak-budak tibb ni berkumpul terutamanya yang mmg berasal dari Selangor la dan ramai jugak budak-budak tibb 1st year dari Alex. (Bagusnya diaorang sanggup turun jauh2 beraya kat sini) Lepas Solat Asar kat kami berlima,(tambah Hamdan dan Iqbal) ramai-ramai ikut Ustaz Azhar ke rumah baru naqib kami tu.Lama jugak kami kat sana. Kemudian bila tengok jam dah nak dekat Maghrib dah kami pun mintak diri dulu untuk sambung perjalanan ke Arma lak...

Emm part ni yang panas, sedih dan kesian ni....Semuanya bercampur baur. Sebaik kami beransur daripada rumah Ustaz Azhar menuju ke ARMA, kami pun berjalanlah menuju ke jalan besar. Jauh kelihatan sekelompok akhawat tibb tahun satu yang ramai dah pun berada di tempat menunggu bas tu. Mungkin baru balik dari beraya di rumah Selangor. So memandangkan waktu Maghrib dah masuk kami abang-abang yang prihatin ni pun menawarkanlah diri untuk musyrifkan diaorang. Tunggu punya tunggu takder bas yang ke abbasiyya tiba. Sekian lama menunggu akhirnya tiba juga...sebuah bas

Kami : Abdul Basya?(nama tempat)

Kumsari : Aiwah Abdul Basya

Seorang penumpang : La! Bas ni tak sampai Abdul Basya sampai kat Kubri Jambatan kat Abbasiyya)je.

Kami : key tak pelah

Kumsari : Leih? (kenape) bas ni mmg ke Abdul Basya. Nanti sampai kat Kubri mmg kitaorang akan ke Abdul Basya

Seorang Penumpang : No He does’nt go to Abdul Basya. Ask him! (waa arab ni speaking la plak)

Langsung driver bas tu turun dan negotiate dengan kami. “Kau nak pergi Abdul Basya kan?naik je la kalau kitaorang tak pergi Abdul basya nanti korang ambik je balik tambang.”

So dalam keadaan kalut camtu, dan takut-takut terlepas maghrib kalau tunggu lagi lama, kami pun mintak adik2 ni semua naik dulu emm 15 orang semuanya...Sesak! dan akhirnya ana dan Idil je yang sempat masuk dalam bas tu jugak. Yang lain terpaksa tunggu bas lain.

Dalam bas tu plak kami bertanya, tambangnyer berapa.”1 Junaih” Emm 17 orang semuanya so 17 le. Kami beri 20 le dan meminta baki 3le. Tiba-tiba kumsari tu kata “1le sampai ke Kubri nak masuk ke Abdul Basya kene tambah 25 piaster lagi. Emm mendengarkan camtu ana pun tambahlah lagi 5 le “Kifayah kida (cukup ek)” emm diapun angguk je. Sememangnya laluan bas biasanya akan lebih jauh berbanding laluan yang diambil oleh Tremco untuk sampai ke destinasi. So kami pun bersabar je la atas bas tu walaupun terpaksa bersesak-sesak.Kat 20 minit dah atas bas, bas tu berhenti kat suatu tempat yang dikatakannya Abdul Basya.Actually awalnya tak pasti kat mana dia turunkan kitaorang walaupun dalam hati rasanya tempat tu still jauh dari Abdul Basya. Tapi sebab dah agak lewat, malas nak bergaduh, dan penumpang-penumpang lain cam tak selesa. Kami pun turun.

“Jalan terus kat sana Abdul Basya, dekat dengan Kuliah Handasah yang korang cakap tu” Kata Kumsari tu menunjukkan arah Abdul Basya. Ana dan Idil pun musyrifkanlah adik-adik ni ke sana. Still tak cam tempat tu awalnya hinggalah kami nampak satu station minyak di Ghamra yang mmg jadi landmark kami untuk ke ARMA. “Laa kat Ghamra dia campak kita?”panasnyer hati bila diingatkan ditipu sedemikian di Hari Raya pertama camni. Ape taknye, kami terpaksa berjalan plak dari Ghamra ke Arma tu yang jaraknya hampir 2km. Kesiannya dak2 ni penat berjalan plak dan waktu maghrib pun dan makin suntuk. Alhamdulillah still sempat tunaikan solat Maghrib di Arma. Hai... dah tahun 4 pun still kene tipu dengan Arab lagi. Seronok betul diaorang menipu yer. Tak tau ke duit yang diaorang dapat tu takkan halal bila tipu camtu, tak pikir ke diaorang yang diaorang dah menyusahkan saudara semuslim, hampir menyebabkan orang lain tertinggal solat Fardhu lagi. Bertimpa-timpa dosa yang dikaut.Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka. Dalam jalan-jalan tu Idil pun kata “mmg betulla kan orang kata Mesir tak leh nak maju sebab rakyat dia” mmg sivik diaorang cukup rendah. Camana ye kat Malaysia...?

Begitulah lebih kurang sambutan raya kali ni. Seronok, sakit hati, suke, dan macam-macam lagi. Namun ape yang penting ambil lah Semangat Hari Raya Adha kali ni sebagai satu titik tolak untuk kita terus mengorak langkah menjadi hambaNya yang lebih taat dan membawa keazaman yang lebih teguh untuk berjuang meninggikan syiar Islam di muka bumi ini insyaAllah... Key ilalliqa’

Salam Alayk!!

Da New House..;)

Assalamualaikum wbt...

Buat sekian lama menyepi, merangka dan merancang akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke rumah baru. Sebenarnya dah lama bercadang untuk pindah guna blogspot ni dan sebenarnya dah lama dah ada account blogspot cuma bila dah lama pakai blogdrive tu rasa cam nak teruskan je. Tapi memandangkan lebih mudah untuk kendalikan blogspot dan lebih mudah untuk buat post so ambil keputusan untuk pindah terus. Apepun tak kisahlah guna apepun asalkan ape yang nak disampaikan, sampai kan? Hihi key selamat datang ke teratak baru ana dan moga kita dapat terus berkongsi ape yang patut kita kongsikan bersama...

Akhirnya Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Moga Semangat pengorbanan yang dirasai sepanjang menyambut Raya Haji ni akan terus dirasai dan mem’booster’kan semangat untuk terus berjuang menegakkan Islam di mana jua dan untuk imtihan yang bakal menjelang ni jugak. Key Maaf Zahir dan Batin.

Kullu Amm Wa Antum Ilallahi Aqrab

Salam A’layk!!