AidilAdha kali ini...
Assalamualaikum wbt...
Sayu rasanya bila mendengarkan kalam Imam Masjid Hidayah semalam seusai solat Asar semalam, “La takbir ba’da hadza waqti” (dah takder takbir dah selepas waktu ni) Dah berakhir dah Hari Raya dan hari-hari tasyriq untuk kali ni. Rasa rugi sangat sebab tak sempat nak takbir lebih banyak dari sepatutnya. Harapkan Akmal je yang selalu pasang alunan takbir thru PC dia time nak tido, so bila bangun pagi tu akan selalu la dengar takbir tu. Apepun mudah-mudahan Raya kali ni memberikan banyak makna buat diri kita dan melatih kita untuk lebih banyak berkorban...
Raya Kali ni.
Kali ni buat pertama kalinya tak pergi solat raya dengan masyarakat melayu yang lain sebaliknya. Pada mulanya mmg planning nak ke ARMA or Masjid Musa untuk solat raya kat sana. Tapi bila fikir2 balik dan melihatkan Idil dan Akmal yang semangat nak raya dengan Arab so turut sama mengubah fikiran. “Raya dengan arab la kali ni” So lepas mandi sunat, bersiap semua turunlah ke Masjid Hidayah untuk bersolat raya.
wah... meriah jugak arab ni sambut Raya Haji, memang meriah as kat masjid-masjid pun dihiaskan dengan belon2 dan pelbagai hiasan yang lain. Teringat kata-kata akmal “Kat Malaysia takder la gantung-gantung belon camni” J dalam hati “kat malaysia kalau buat camni mesti dikatakan bid’ah lagi...”J Apepun sememangnya masyarakat arab kat sini lebih mengutamakan sambutan Aidil Adha berbanding Aidilfitri. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana banyak peristiwa-peristiwa penting Islam bersempena Hari raya Haji ni dan pada waktu ni jugak diwajibkan bagi umat Islam yang mampu untuk menunaikan haji dan dalam waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang berada mengambil peluang untuk sama-sama mengorbankan kambing, lembu mahupun unta sebagai saham mereka di akhirat kelak dan pada waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang tak berkemampuan diraikan dengan mendapat pembahagian daging-daging korban tersebut. Pendek kata semuanya merasai erti dan nilai Aidil Adha tersebut. So tak hairanlah bila mereka cukup mengambil berat tentang sambutan Aidil Adha ni.
So selesai solat, masing-masing pun pulang kerumah masing-termasuklah kami bertiga... Sampai kat rumah diri ni tak sabar-sabar dah nak makan.(lapar.... tak makan sebelum solat as sunnah untuk lewatkan makan pagi selepas solat eid) Bukak peti ais still ada lagi nasi yaman baki majlis bukak puasa semalam. Panaskan dalam rice cooker sambil tu ke dapur untuk carikan dulang. “Alaa semalam tak bawak balik dulang dari Rumah Pikai...” so terpaksalah kami makan pakai 2 talam kecik je. Isk isk... Kurang seri bila hanya kami berlima je yang ada pagi tu. Muslim dah ke ARMA untuk beraya kat sana sementara Wan pulak mungkin dah bertolak ke Muzdalifah time tu. Moga mendapat Haji yang Mabrur yer Wan...Doakan kami!!
Lepas makan still confuse nak ke ARMA ke tak. Ke nak pi rumah Abang Hazri tolong Mamat Sembelih khoruf? Pikir punya pikir last2 buat keputusan pi rumah Abang Hazri je bila memikirkan takkan ahli bait nak buat korban kita tak join. Sampai-sampai rumah abang Hazri rupa2nyer mmg tak cukup orang untuk uruskan korban tu. Nasib baiklah kami datang... Idil ngan Mamat terus angkat khoruf yang Mamat kasi nama Dolly tu ke dalam bilik air. Kemudian masing-masing ambil tempat masing-masing untuk memulakan operation, My site, pegang bahagian kepala.(huhu seram jugak. Silap gaya tangan sendiri lak yang kene potong dengan Mamat) pepun Alhamdulillah semuaya dapat dilakukan dengan sebaiknya oleh doktor-doktor mesir ni. Selamatla Dolly dikorbankan dengan tenangnya... Selesai menyembelih aktiviti melapah, yang ni yang lama dan letih skit ni. Sedar tak sedar dah sejam lebih berlalu dan dah masuk waktu Zohor...
Akhirnya Ana, Idil dan Akmal terpaksa minta diri dulu sebab kitaorang ada mau’eid dengan Ustaz Azhar untuk beraya ke rumah Selangor lepas Zohor tu. Kat Rumah Selangor ramai la pulak budak-budak tibb ni berkumpul terutamanya yang mmg berasal dari Selangor la dan ramai jugak budak-budak tibb 1st year dari Alex. (Bagusnya diaorang sanggup turun jauh2 beraya kat sini) Lepas Solat Asar kat kami berlima,(tambah Hamdan dan Iqbal) ramai-ramai ikut Ustaz Azhar ke rumah baru naqib kami tu.Lama jugak kami kat sana. Kemudian bila tengok jam dah nak dekat Maghrib dah kami pun mintak diri dulu untuk sambung perjalanan ke Arma lak...
Emm part ni yang panas, sedih dan kesian ni....Semuanya bercampur baur. Sebaik kami beransur daripada rumah Ustaz Azhar menuju ke ARMA, kami pun berjalanlah menuju ke jalan besar. Jauh kelihatan sekelompok akhawat tibb tahun satu yang ramai dah pun berada di tempat menunggu bas tu. Mungkin baru balik dari beraya di rumah Selangor. So memandangkan waktu Maghrib dah masuk kami abang-abang yang prihatin ni pun menawarkanlah diri untuk musyrifkan diaorang. Tunggu punya tunggu takder bas yang ke abbasiyya tiba. Sekian lama menunggu akhirnya tiba juga...sebuah bas
Kami : Abdul Basya?(nama tempat)
Kumsari : Aiwah Abdul Basya
Seorang penumpang : La! Bas ni tak sampai Abdul Basya sampai kat Kubri Jambatan kat Abbasiyya)je.
Kami : key tak pelah
Kumsari : Leih? (kenape) bas ni mmg ke Abdul Basya. Nanti sampai kat Kubri mmg kitaorang akan ke Abdul Basya
Seorang Penumpang : No He does’nt go to Abdul Basya. Ask him! (waa arab ni speaking la plak)
So dalam keadaan kalut camtu, dan takut-takut terlepas maghrib kalau tunggu lagi lama, kami pun mintak adik2 ni semua naik dulu emm 15 orang semuanya...Sesak! dan akhirnya ana dan Idil je yang sempat masuk dalam bas tu jugak. Yang lain terpaksa tunggu bas lain.
Dalam bas tu plak kami bertanya, tambangnyer berapa.”1 Junaih” Emm 17 orang semuanya so 17 le. Kami beri 20 le dan meminta baki 3le. Tiba-tiba kumsari tu kata “1le sampai ke Kubri nak masuk ke Abdul Basya kene tambah 25 piaster lagi. Emm mendengarkan camtu ana pun tambahlah lagi 5 le “Kifayah kida (cukup ek)” emm diapun angguk je. Sememangnya laluan bas biasanya akan lebih jauh berbanding laluan yang diambil oleh Tremco untuk sampai ke destinasi. So kami pun bersabar je la atas bas tu walaupun terpaksa bersesak-sesak.Kat 20 minit dah atas bas, bas tu berhenti kat suatu tempat yang dikatakannya Abdul Basya.Actually awalnya tak pasti kat mana dia turunkan kitaorang walaupun dalam hati rasanya tempat tu still jauh dari Abdul Basya. Tapi sebab dah agak lewat, malas nak bergaduh, dan penumpang-penumpang lain cam tak selesa. Kami pun turun.
“Jalan terus kat sana Abdul Basya, dekat dengan Kuliah Handasah yang korang cakap tu” Kata Kumsari tu menunjukkan arah Abdul Basya. Ana dan Idil pun musyrifkanlah adik-adik ni ke sana. Still tak cam tempat tu awalnya hinggalah kami nampak satu station minyak di Ghamra yang mmg jadi landmark kami untuk ke ARMA. “Laa kat Ghamra dia campak kita?”panasnyer hati bila diingatkan ditipu sedemikian di Hari Raya pertama camni. Ape taknye, kami terpaksa berjalan plak dari Ghamra ke Arma tu yang jaraknya hampir 2km. Kesiannya dak2 ni penat berjalan plak dan waktu maghrib pun dan makin suntuk. Alhamdulillah still sempat tunaikan solat Maghrib di Arma. Hai... dah tahun 4 pun still kene tipu dengan Arab lagi. Seronok betul diaorang menipu yer. Tak tau ke duit yang diaorang dapat tu takkan halal bila tipu camtu, tak pikir ke diaorang yang diaorang dah menyusahkan saudara semuslim, hampir menyebabkan orang lain tertinggal solat Fardhu lagi. Bertimpa-timpa dosa yang dikaut.Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka. Dalam jalan-jalan tu Idil pun kata “mmg betulla kan orang kata Mesir tak leh nak maju sebab rakyat dia” mmg sivik diaorang cukup rendah. Camana ye kat Malaysia...?
Begitulah lebih kurang sambutan raya kali ni. Seronok, sakit hati, suke, dan macam-macam lagi. Namun ape yang penting ambil lah Semangat Hari Raya Adha kali ni sebagai satu titik tolak untuk kita terus mengorak langkah menjadi hambaNya yang lebih taat dan membawa keazaman yang lebih teguh untuk berjuang meninggikan syiar Islam di muka bumi ini insyaAllah... Key ilalliqa’
Salam Alayk!!
No comments:
Post a Comment