Thursday, January 25, 2007

Apabila iman menjadi malap...

Apabila iman menjadi malap

Oleh :Aisyah Z

Melihat keadaan kes murtad yang berleluasa di negara kita, sedikit sebanyak peristiwa ini telah menyentak kuat rasa iman kita serta menjadikan kita terkesima lalu mengelengkan kepala, mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa di bumiku tempat sepatutnya Islam itu subur, terjadinya peristiwa di mana manusia itu mahu lari dari iman dan Islam itu sendiri? Merasa rimas dengan pakaian Islamnya dan kehilangan rasa manisnya iman di hatinya? Mengapa perkara itu boleh berlaku?.

'If people know that I've converted to Christianity, they might take the law into their own hands. If they are not broadminded, they might take a stone and throw it at me."

Hati manakah yang ada iman di hatinya sanggup berkata-kata sedemikian?

Maria became a Christian over a decade ago when she was 18. She says no-one forced her to convert, that she made the decision after studying different religious texts.

Ya, kita berasa pelik! Bagaimana seorang muslim berbangsa muslim yang dibesarkan dalam keluarga islam, disekolahkan di sebuah sekolah yang ramai penganut Islam, yang suara-suara Islam banyak kedengaran di sekelilingnya, melalui rakan, surat khabar serta tv boleh berfikir untuk menukar agama?

Benar kata Allah :

'Bagaimana Allah akan memberikan petunjuk kepada suatu kaum yang kafir setelah beriman, serta mengakui bahawa Rasul ( Muhd) itu benar-benar( rasul) dan bukti-bukti yang jelas telah sampai kepda mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim' ( Ali-Imran: 86)

Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

Allah memilih siapa sahaja unutk menerima hidayahNya. Apabila Dia campakkan hidayahNya, taiada siapa yang dapat menahannya. Ya memang kita sedih kerana saudara semuslim tergamak untuk keluar dari agama hanif ini. Sehinggakan walaupun tokoh gereja tidak mahu menolongnya, dia begitu gagah berani mempertahankan pendiriannya.

"My church says if the authorities come, they are not going to stand up for me. I have to stand up for myself," she said.

Dan kita duduk berfikir sendiri, apa dah jadi dengan negara kita? Apa dah jadi dengan Muslim sedunia? Apa dah jadi dengan Muslim sebangsa kita?

Kalau kita melihat dari tingkap di atas, kita teropong dunia sekarang ini, dengan berkecamuknya keadaan di Iraq, dahsyatnya perbantaian tanpa henti di Palestin selama lebih setengah dekad, dengan kes kristianisasi yang tak kurang kalahnya di Indonesia, dengan tak bersatunya dunia Arab yang diharapkan menjadi tunggak kesatuan umat Islam, dengan kecaman suara Amerika dan British terhadap orang Muslim serta gerakan persatuan pelajar Islamnya, masalah ketidakadilan umat islam di Tak Bai dan bermacam-macam lagi, kita akan lihat di sana sini masih ada jeritan suara meminta pertolongan. Ada tangisan meminta belas kasihan. Ada kesakitan yang diminta diubati. Ada tangan-tangan yang perlu dicapai. Dan kita yang meneropong ini hanya mampu menelan air liur, khusyuk memerhatikan saudara kita, hanya mampu berasa belas kasihan tanpa tahu berbuat apa-apa.

Islam diserang kesusahan dan kesenangan. Diserang dengan bedilan meriam dan hedonisme.Kita tahu itu semua. Kita seolah-olah seperti penggemar burung yang sibuk memerhatikan burung di angkasa, berkenalan dengan burung itu, tanpa memberi impak besar kepada kehidupan burung-burung itu sedikit pun.

Akhirnya kita selalu dikejutkan dengan kisah-kisah sensasi ini.Seperti mana burung yang kita cari untuk teropong itu telah mati ataupun pupus. Kita pun rasa sedih dan tak tahu untuk berbuat apa-apa.

Peristiwa kemurtadan yang berleluasa ini adalah satu amaran Allah bagi mereka yang masih bersisa nilai iman di hatinya. Di kala ini kita seolah-olah dibangkitkan dari lena yang panjang. Kita terduduk dan terkesima, apa yang dah aku buat sehinggakan ada orang sanggup murtad? Jawapannya adalah; Apa yang kita buat adalah tidak cukup. Kita tidak cukup berdakwah sebab itulah ramai lagi manusia yang tidak mendegar lagi seruan Islam. Kita tidak cukup menyeru manusia pada Islam sehinggakan rasa iman masuk menghiasi relung hati ramai manusia di bumi Allah ini. Ya, dalam keselasaan kita hidup di dunia ini, sedarlah, sebenarnya kita tidak cukup buat apa-apa untuk mengelakkan manusia seperti Maria ini keluar dari agama Allah.

But many Malaysian Muslims believe that people like Maria pose a threat to Islam.

Dan mengapa kita biarkan orang kafir menulis sesuka hatinya sedemikian rupa?

Paling sedihnya, majoriti umat Islam akan memandang enteng kisah sebegini..

'Ek.. oowh... camtu ke?' Tanpa rasa apa-apa mereka meneruskan kehidupan robot mereka berputar-putar mencari makna hidup yang tak ke mana.

Bagi yang ada kesedaran akan berucap; ' Astaghfirullah, moga-moga kita tak dimasukkan dalam golongan sedemikian. Marilah kita sama-sama doa.'

Tapi kebanyakannya akan memandang sepi peristiwa ini dan lebih suka mengambil langkah berada di atas pagar;

And the debate between those who say Maria should have the right to officially convert, and those who are against apostasy has become so heated that the prime minister has asked both sides not to discuss sensitive religious questions in public.

Dan kita masih lagi meneropong kisah-kisah ini dengan perasaan yang sedih dan berat. Bagaimana kita dapat menolong bukan sahaja kaum-kaum lain 'senasib' Lina Joy dan Maria, tetapi golongan manusia yang masih menyembah hedonisme, yang masih tidak pedulikan pun kisah-kisah ini berlaku di kampung mereka sendiri. Sekali sekala kedengaran suara orang bersorak menyedarkan, tapi rata-rata pemuda zaman sekarang, lebih suka menghabiskan masa di depan komputer game serta berpacaran ke sana sini.

Dan kita meneropong mereka dengan jeritan suara batin yang lantang;

Aku perlu menyelamatkan mereka semua!!

Di kala Maria rasa keseorangan ; I feel that I am all alone in this struggle," she says, "and I am frightened because I am alone against the odds."

Kita mahu memegang tangan dia semula untuk mengenal al-haq...Kita juga mahu menyedarkan ramai manusia yang mempunyai 'kesedaran' untuk murtad untuk merasai rasa manisnya berada dalam iman dan Islam.

Kita mahu menunjukkan betapa seronoknya hidup berpaksikan Tuhan.Tapi adakah kita berusaha untuk ke arah itu?

Yahya bin Muadz Ar-Razi pernah berdoa:

'Ya Allah, sesungguhnya yang paling menggembirakan saya adalah kemuarahanMu mengurniakan iman kepadaku, dan paling aku khuatiri adalah apabila Engkau mencabut iman itu dariku, selama kekuathiran itu berada dalam diriku, jangan Engkau cabut iman itu dariku'

Paling penting, adakah kita sendiri merasai manisnya iman itu ?Oleh itu, jangan dijadikan kesedaran ini kesedaran sementara, setelah berlalunya masa kita biarkan sahaja kisah ini, kita biarkan orang lain menyelesaikan masalah ini dan mengharapkan keajaiban Allah untuk memenangkan agama kita, sedangkan kita tahu bahawa Allah takkan berikan kita kemenangan tanpa kita berusaha memperolehnya.

Di samping itu, kita sendiri perlu tahu, apakah perkara yang dapat mencabut diri kita dari iman:.

Sewaktu Abdul Qasim AlHakim ditanya: Apakah ada perbuatan dosa yang dapat menyebabkan tercabutnya iman dari diri sesiorang? Dia menjawab: Ada 3 dosa yang dpat menyebabkan tercabutnya iman:

a) Bilamana dia tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman yang dikurniakan kepadanya

b) Ketika dia tidak khuatir tercabutnya iman di dalam hatinya

c) Apabila dia suka berbuat aniaya sesama Muslim

Sifat kita bukan melatah, tapi kita bertindak atas sesuatu persoalan itu dengan hikmah dan kerja yang bersungguh-sungguh tanpa penat dan lelah.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat mereka yang membaca..

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN. .LUMRAH HIDUP DAIE

No comments: