Sunday, January 7, 2007

Perbezaan Ikhwah dan Akhawat…

Salam Alaiyk...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak...

Perbezaan ikhwah dan akhawat...

Wah cam menarik jer tajuk ni kan, perbincangan mengenai perbezaan antara ikhwah dan akhawat banyak menjadi perbincangan dalam masyarakat. Tak kisahlah samada perbincangan berkenaan dengan physicallynya, mentalitinya psycology antara dua golongan ini mmg cukup berbeza. Firman Allah...

“Dan Allah mengetahui apa yang dikandungkannya dan tidaklah lelaki itu adalah sama dengan wanita”

Justeru memperlihatkan pengiktirafan Allah bahawa ikhwah dan akhawat mmg berbeza. Namun bagi seorang pelajar perubatan yang sedang berada di round Forensic dan bakal menduduki imtihan roundnya 11 januari ini, Perbezaan ini dilihat dari segi bagaimana untuk mengenali satu-satu mayat itu samada ianya lelaki atau perempuan hihi ;)

Pengenalan dari segi Tengkorak (Skull)

Male

Female

General

Big and heavy

Small and light

Parieatal eminence

Prominet

Less marked

Superciliary ridges

Protruded

Less

Frontonasal angle

Angular

Smooth curve

Occipital condyles

Long and narrow

Short and broad

Pengenalan dari segi tulang punggung (Pelvis)

Male

Female

Subpubic angle

Less than 70

More than 90

Iliac crest

More curved

Less curved

Obturator Foramen

Oval

Triangular

Acetabulum

Wide and deep

Narrow and shallow

Sacrum

Long, narrow and curved

Short, wide and straight

Pengenalan dari segi tulang tengah rusuk (Sternum)

Male

Female

General

Long and broad

Short and narrow

Lenght of the body

More than double of the manubrium sterni

Less than double of the manubrium sterni

Emm so dari sini insyaAllah bila kita jumpe satu-satu corpse kalau mmg dah takleh nak identify dah jantina dia kerana dah mutilated maybe sbab aircraft crash or fire dan dah tinggal cukup lama dah sampai takder daging dan tak nampak rupa dah. Tinggal tulang-tulang ni jer. So dari situ la kita boleh cam tulang ni milik ikhwah atau akhawat. Emmm menarik tak....? :D

Apepun sememangnya antara ikhwah dan akhawat mmg mempunyai perbezaan yang ketara terutama dari segi pemikiran, perspektif dan cara mereka melihat sesuatu perkara. Dan sememangnya Allah menjadi manusia ini terdiri daripada lelaki dan wanita untuk mereka saling memahami tujuan dan tanggungjawab masing dan saling membantu antara satu sama lain kerana mereka sememangnya saling memerlukan. Tiada istilah, ‘Man dictator’ or ‘Girl power’ seperti yang selalu dimainkan oleh sesetengah golongan.

Teringat khutbah nikah yang disampaikan oleh seorang syeikh ketika aqad nikah ustaz Angah (Ustaz Fauzan) suatu ketika dulu. Syeikh tu cakap “Seorang insan itu tidak akan sempurna selagi mana dia bujang dan belum berkahwin. Dia akan hanya digelar dan sempurna sebagai insan bila dia telah pun berkahwin” kerana dari situ lah mereka akan saling melengkapi. Dan sebab itu jugaklah ada hadis yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka sempurnalah sebahagian daripada imannya dan baki sebahagian lagi ialah dengan dia bertakwa kepada Allah. Bila la nak jadi insan ni yer. Tapi “insanu nisyan kan?” biar lambat lagi la....:D Wallahu a’lam

Mode : Sedang ketensionan mengulang-ulang baca buku Toxic dan Forensic ni berkali-kali tapi tak ingat2 jugak. Moga Allah memberikan kemudahan dan membuka pintu hati ini dalam menuntut ilmu ikhlas keranaNya. Doakan kami yer imtihan round Khamis ni.

Salam buat semua...

Jazakumullah Khairan Kathira...

No comments: