Ingatlah Dia...
Kadang-kadang kita berasa cukup down. Memikirkan masalah itu dan ini. masalah peribadi, masalah pelajaran, masalah persatuan, masalah ukhuwwah, masalah keluarga dan pelbagai bagai seribu satu masalah yang lain yang menimpa diri. Di tambah dengan maksiat yang kita lakukan pula sehari-hari sehingga kadang-kadang kita sering memikirkan, apakah kesudahannya kita di dunia ini? Kemana arah tuju kita sebenarnya? Kemana perjuangan dan hadaf kita dalam hidup ini? Apakah yang kita cari? Kebahagian mana yang hakiki yang kita mahukan? masih adakah harapan untuk diri kita dalam mengejar apa yang sebenarnya yang kita perlukan dalam diri? kita kadang-kadang buntu dan buntu. Namun lupakah kita pada ayat yang berbunyi."Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...?"
Suatu kisah yang pernah ana ceritakan sebelum ini, kisah berkenaan seorang sufi yang cukup terkenal suatu masa dahulu, sezaman dengan Fudhail bin Iyadh, Abdullah ibn Mubarak.Abdullah bin Mubarak suatu ketika adalah merupakan seorang pemuzik yang cukup terkenal di zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid.(mungkin lebih sikit dari M. Nasir tika ini) dan cukup leka dengan muziknya. Suatu hari ketika sedang berehat di bawah sepohon pokok yang padanya ada seekor burung sedang menghinggap, dia bermain dengan alat muziknya sehingga terdengar olehnya suatu suara yang berbunyi "alaa bizikrillah tatmainnul qulubb" (tidakkah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang) suara itu kedengaran berulang2. Diamat-amatinya suara itu lalu tahulah dia bahawa suara itu datang dari si burung. Lalu katanya " wahai burung engkau sentiasa mengingati Allah sedangkan engkau tidak akan dihisab di akhirat kelak sedang aku sentiasa lalai dengan muzikku dan akan dihisab segala perbuatanku di akhirat kelak." Lalu dari situ dia membuang segala alat muziknya dan mengkaji ilmu hadith hingga digelar amirul mu'minin dalam bidang hadith ini...
Hebat...hebat...hebat!! SubhanaAllah.
Si burung kecil juga sentiasa mengingati Allah, berzikir kepadaNya tanpa lalai.Mengapa kita yang dapat berfikir dapat menilai ini sentiasa leka kepadaNya. Ingatlah Allah setiap masa. Ingatlah Allah tika kita suka dan duka. Ingatlah Dia...
Ok, ke kuliah dulu. Jumpa lagi ya...:)
No comments:
Post a Comment