Remembrance of Al Quds Day
Assalamualaikum warahmatullah...
Sabda Rasulullah Sollallahualaihi Wasallam antara lain maksudnya : "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dariku"
Suatu amaran keras oleh baginda Rasulullah kepada ummatnya yang tidak mempedulikan nasib dan keadaan yang dihadapi oleh saudara-saudara seislam seaqidahnya di mana-mana sahaja mereka berada. Awal pagi tadi saya sempat mendengar kuliah Tanbiyatul Taawun yang disampaikan oleh Us Fuad Amran di Rumah Kelantan Baru, cerita beliau: Pernah diceritakan bahawa Syeikh Mohammad Ghazali, seorang syeikh dan tok guru yang terkenal juga di Mesir ini mempunyai seorang anak murid yang cukup bijak. Dapat menguasai ilmu syariah dengan baik, usuluddin atau apa-apa sahaja disiplin ilmu yang layak untuknya dalam berguru dengan Syeikh Mohammad Ghazali.
Lalu suatu hari, ketika ujian syafawi (lisan/oral) si murid tadi ditanya oleh Syeikh Mohammad Ghazali,"Di manakah letaknya bandar Dhaka?"
Lalu dijawab, "Di sebuah negara di Benua Afrika"
Sebenarnya Dhaka adalah ibu negara kepada Bangladesh dan pada ketika itu berlaku peristiwa pencerobohan dan serangan oleh tentera India keatas saudara-saudara kita di Bangladesh
Lalu dibalas oleh Syeikh Mohammad Ghazali, "Aku tau dirimu memang pintar dan pandai, tapi aku tidak teragak-agak untuk memberi markah sifar '0' kepadamu kerana di saat umat Islam diserang dan dicerobohi, kamu tidak mengambil peduli dan mengetahui tentang hal mereka"
Suatu perkara yang patut menyedarkan diri kita juga tentang sejauh mana kita mengambil peduli tentang saudara-saudara seislam yang lain. Samada yang jauh dari kita, apatah lagi yang hampir dengan kita yang sepatutnya kita membantu sekadar terdaya ataupun mengitharkan mereka dalam apa-apa perkara pun. Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa memikirkan tentang permasalahan ummat Islam dan cuba membantu menyelesaikan.
Justeru, mungkin ramai yang menyedari dan mungkin juga ramai yang tidak tahu berkenaan tarikh 21 Ogos yang merupakan tarikh memperingati pencerobohan seorang zionis ke atas masjidil Aqsa di Palestin yang dikenali sebagai 'The day of Remembrance of Quds' Semoga dengan memperingati peristiwa ini akan menanam semangat kepada kita untuk berusaha berjuang membebaskan kembali Al Quds dan Palestin dari cengkaman zionis tersebut. Selalulah berdoa untuk saudara-saudara kita di sana. Mudah-mudahan mereka tetap sabar dan thabat dalam perjuangan mempertahankan agama dan tanah air.
Salam Remembrance of Al Quds buat semua...
1 comment:
Terima kasih atas peringatan ini.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga lupa keadaan saudara kita yg lain.
Jom sama-sama doakan keamanan dan kesejahteraan untuk mereka!
Post a Comment