Wednesday, September 19, 2007

Muhammad...?

Pernah suatu ketika Rasulullah Sallallahualahi wassalam bersabda;
"Berhenti dua orang hamba di hadapan Allah Subhanahuwataala dan diperintahkan kepada keduanya untuk memasuki syurga. Lalu ditanya oleh kedua hamba tadi, "wahai Tuhan kami, dengan alasan apakah kamu menjadikan kami ahli syurga sedangkan kami tidak melakukan apa-apa amalan yang melayakkan kami menerima ganjaran syurga" Lalu dijawab oleh Allah Subhanahuwataala, Sesungguhnya Aku telah bersumpah ke atas diriKu untuk tidak memasukkan kedalam neraka mereka yang bernama Muhammad mahupun Ahmad" Au kama qaal (Akhrujuhu Hafiz Abu Tohir Al Salafi)
Begitulah bunyi hadith yang dibacakan oleh Syeikh Nur dalam pengajian Tafaqquh Fiddin yang berlangsung di Rumah Johor di Hayyu Thamin sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. (Untuk sahabat-sahabat yang mahu mengikuti pengajian ini melalui internet, boleh layari site http://www.mymkkk.org/v2/ . Pengajian pada pukul 4:00 petang dan 8:45malam waktu Mesir) Hadith yang diambil dari kitab Khususiyatul Rasul yang dikarang oleh Al Imam Al Hafiz Ahmad bin Muhammad Al Fastolani ini menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan yang diberikan Allah kepada Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam sehingga mana jika seseorang yang dinamakan dengan nama baginda, diberikan kelebihan dan syafaat oleh Allah untuk memudahkannya masuk ke dalam syurga kerana berkat dan kemuliaan yang ada pada baginda Rasulullah (pastinya dengan syarat orang itu tidak melakukan perkara yang melayakkan dirinya untuk memasuki neraka)
Bagaimana dengan nama-nama dalam keluarga saya...?
  1. Tengku Abdul Kadir
  2. Tengku Nuruddin
  3. Tengku Zahidah
  4. Tengku Mansur
  5. Tengku Khadijah
  6. Tengku Nabihah
  7. Tengku Abdul Latif
  8. Tengku Muhammad Ridhwan

Bermula dengan nama yang dinisbahkan dengan asmaillah, 'Al Qadir' dan diakhiri dengan nama Muhammad, MasyaAllah menarik kan? tak tahulah lepas-lepas ni masih ada lagi adik yang bakal menyusul :) dan sebenarnya saya sendiri yang meminta mak dan ayah menambahkan nama Muhammad pada nama Ridhwan tersebut kerana memang sebelumnya tidak ada seorang pun lagi adik beradik saya yang dinamakan dengan nama Muhammad dan Alhamdulillah permintaan itu diterima. jadilah namanya nama yang terpanjang dalam keluarga... :) Apapun sememangnya penamaan nama-nama ke atas anak-anak yang baru lahir ini adalah suatu yang penting dan wajib untuk ibubapa menamakan anak-anak mereka dengan nama yang sebaiknya dan memanggil anak-anak itu dengan panggilan yang baik. (bukan nama di atas ic sahaja yang elok namun anak tersebut dipanggil dengan nama yang buruk)

Tengku Muhammad Ridhwan

Saya tertarik kepada budaya bangsa arab yang pasti memanggil nama orang lain di sekeliling mereka dengan nama penuh tanpa memanggil dengan nama singkatan atau sekiranya tidak dikenali seseorang pun mereka akan memanggil dengan nama Muhammad tidak dipanggil 'Mat' je. Satu kerana memangnya ramai orang Mesir dinamakan dengan nama Muhammad (mungkin mereka pun turut membaca hadith di atas) sehinggakan dalam keseluruhan 1500 pelajar sebatch hampir 1/5 dinamakan dengan nama Muhammad, Ahmad atau Mahmud. Dan kedua mungkin kerana sebagai doa kepada orang yang tidak dikenali itu agar dikurniakan Allah sifat yang terpuji kerana nama Muhammad itu membawa maksud terpuji. Apapun apa yang hendak saya bawakan ialah, penting juga untuk kita memanggil nama seseorang itu dengan namanya yang membawa maksud yang baik sebagai mendoakan mereka dengan tidak memanggil dengan nama singkatan sahaja seperti, Brahim, Mat, Minah, Mejad, Mail yang jelas tidak memberikan apa-apa makna yang baik. Saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang tentang perkara ini.

Cuma bila difikirkan kembali, mengapa orang Melayu suka untuk memanggil dengan nama singkatan begitu mungkin kerana untuk menunjukkan lebih mesra, rapat dan sebagainya berbanding dengan memanggil nama penuh yang sepertinya baru berkenalan. Entahlah sama-samalah fikirkan :D

Baiklah sampai sini dulu coretan kali ni. insyaAllah sambung di lain masa ya. Salam Ramadhan buat semua... Jazakumullah Khairan Kathira...

Monday, September 17, 2007

Sabar dalam Redha...

"Assalamualaikum Abang Kadir. Ana tak dapat naik tahun la. Ana sangkut Bio(biochemistry)" Tergamam saya mendengar kalam tersebut dari seorang junior melalui corong handset Panasonic saya tu. Hanya mampu mengucapkan "Allahu akbar" sebagai response kepada apa yang didengari. Diri cepat membayangkan betapa peritnya terpaksa mengulang satu tahun lagi untuk hanya semata-mata meluluskan diri untuk satu subjek. Suatu ujian, suatu kenyataan yang agak berat untuk diterima. Melihatkan sahabat-sahabat lain sebatch yang akan memasuk tahun seterusnya sendiri masih terpaksa berhempas pulas meluluskan diri.Apapun sabarlah ye dik. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan insyaAllah dalam kesedihan kita menerima sesuatu perkara di situ kita masih mengharapkan rahmat dan kasih sayangnya. Saya menyuruh junior tadi untuk membuat tazallum, check mark untuk kali kedua, manalah tahu kalau-kalau ada rezeki keputusan yang diperoleh adalah sebaliknya. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segalanya. Teringat satu hadith yang pernah disampaikan oleh Rasulullah

"Hebatnya sesuatu ganjaran adalah berdasarkan hebatnya ujian yang diterima. Sekirannya Allah mengasihi seseorang hamba tersebut maka akan diuji dia. Sekiranya dia menerimanya(dengan redha) maka akan diperoleh kasih sayangNya dan jika dia tidak suka menerimanya maka kebencian Allah kepadanya" Moga hadith ini akan memberikan lebih kekuatan kepada kita dalam menempuh segala ujian dariNya. Redha dan bersabarlah...

Alhamdulillah, saya sendiri belum pernah diuji dengan ujian tersebut. Dan saya bermohon kepadaNya agar tidak menguji saya dengan ujian sedemikian. Suatu ketetapan yang mungkin tidak dapat dielak dan tidak dapat kita sendiri menentukannya. Walau kadang-kadang, kita sudah berusaha dengan 'gile-gile' punya. Tidak tidur malam kerana mengulangkaji pelajaran, hafal itu hafal ini, namun jika memang gagal ketentuanNya, maka tiada siapa yang boleh menghalang kita dari menemui ketentuan tersebut. Begitu juga dengan berjayanya kita. Mungkin kadang-kadang kita menyangka apa yang kita peroleh, kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha kita sendiri. Penat lelah kita belajar dan belajar namun di sana suatu yang perlu kita sedari, semuanya juga hasil ketentuanNya. Dalam kita berusaha sendiri, berbekal doa diri sendiri, berapa ramai jumlah insan yang turut mendoakan diri kita, mungkin ibu bapa kita, mungkin guru-guru kita, dan mungkin sahabat-sahabat seperjuangan kita yang mungkin menjadi asbab Allah memberikan kejayaan itu kepada kita. Suatu yang perlu kita sedar dan sedar setiap masa,. dan kehidupan kita di dunia ini memang akan sentiasa berhubung rapat dengan kehidupan kita di akhirat. Moga kejayaan yang kita peroleh tidaklah sebagai istidraj yang menjauhkan diri kita dariNya. Nauzubillahi Min Zaalik.

Justeru, moga bulan Ramadhan yang dilalui ini lebih memberikan ruang kepada kita untuk lebih memuhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Khalik, Pencipta, dan bagaimana hubungan kita dengan mereka-mereka di sekeliling kita, yang jauh dari kita bahkan dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Moga Ramadhan ini memberikan natijah yang terbaik untuk kita menjadi hamba yang berTaqwa kepadaNya... Ameen ya Allah, Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Jazakumullah Khairan Kathira...

P:S Ada satu poem yang ingin dikongsi bersama, take it from http://amatullah51.wordpress.com/ site. Sama-sama kita hayati...

Allah’s Plans

Some things are beyond planning.
And life doesn’t always turn out as planned.
You don’t plan for a broken heart.
You don’t plan for an autistic child.
You don’t plan for spinsterhood.
You don’t plan for a lump in your breast.

You plan to be young forever.
You plan to climb the corporate ladder.
You plan to be rich and powerful.
You plan to be acclaimed and successful.
You plan to conquer the universe.
You plan to fall in love - and be loved forever.

You don’t plan to be sad.
You don’t plan to be hurt.
You don’t plan to be broke.
You don’t plan to be betrayed.
You don’t plan to be alone in this world You plan to be happy. You don’t
plan to be shattered .

Sometimes if you work hard enough, you can get what you want. But MOST
times, what you want and what you get are two different things.

We, mortals, plan. But so does Allah in the heavens.
Sometimes, it is difficult to understand Allah’s plans especially when
His plans are not in consonance with ours .

Often, when He sends us crisis, we turn to Him in anger. True, we cannot
choose what Allah wishes us to carry, but we can carry it with courage
knowing that He will never abandon us nor send something we cannot cope with .

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the
value of everything He gave us .

Make plans, but understand that we live by Allah’s grace.


Saturday, September 15, 2007

Ahlan-ahlan ya Ramadhan...

Assalamualaikum warahmatullah...

Ramadhan tiba lagi... tetamu yang ditunggu-tunggu hampir setahun lamanya. Untuk kembali bertamu mesra dan mudah-mudahan dengan kedatangannya ini akan menambahkan barakah dalam kehidupan kita dan mendekatkan lagi diri dengan Pencipta. Sedar tak sedar, sudah 3 hari dari sepertiga rahmat dari bulan Ramadhan ini telah dilalui, entah bagaimana dan macamana telah kita lalui Ramadhan setakat ini, hanya diri kita sendiri dapat menilah dan memuhasabah diri. Moga-moga kita akan sentiasa menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Justeru tak enak rasanya menghabiskan masa yang lama di hadapan pc ini, sementara banyak lagi amal belum terlaksana. Cuma sedikit catitan untuk dikongsi bersama.

Malam Pertama : Di Masjid Shatbi.

Tidak menyangka untuk memulakan Ramadhan pada tahun ini di Iskandariah. Solat Tarawikh yang dilaksanakan walau ringkas, namun still memberikan kepuasan tersendiri. Apatah lagi saya sendiri agak mengejar masa untuk cepat kembali ke Kaherah, takut-takut tidak ada transport untuk dinaiki. Sementara menunggu Adawiyah dan kawan-kawannya selesai Tarawikh dan bersiap untuk pulang, sempat juga melawat adik-adik junior Medic-Mara yang tinggal di Asrama Perempuan Universiti Iskandariah yang keesokannya berpindah ke asrama lelaki. Kesian juga asalnya melihat diaorang yang terpaksa tinggal di dorm yang agak kecil, breakfast dan dinner yang tidak kena dengan selera yang mungkin tidak setimpal dengan jumlah 220usd yang terpaksa dikeluarkan saban bulan. Namun itulah hakikat tinggal di bumi Mesir yang penuh dengan cabaran,dugaan dan mungkin juga karenah ini. Banyak-banyak bersabar dan tawakkal kepadaNya ye dik. Rabbuna Yusahhil...

Malam Kedua : Masjid Amru.

Hari pertama puasa, saya berjanji dengan ayah kepada kawan kepada adik saya. Ha camana tu? hihi. Dengan ayah Sabihah sebenarnya, ayah kepada seorang junior dari SHAMS. Berjanji dengannya untuk menunjukkan jalan ke penempatan baru pelajar-pelajar tahun satu yang akan tinggal di sana untuk tempoh setahun ini termasuklah adinda saya sendiri. Memang penempatan tersebut agak jauh daripada komuniti senior-senior medic yang sedia ada,dan agak baru dengan tiadanya kemudahan-kemudahan awam yang banyak dan juga transport yang agak sukar didapati, namun as dah jejakkan kaki kat Mesir ni, dan bakal meneruskan hidup 6 tahun di sini, anggaplah semuanya sebagai suatu cabaran dan ujian yang jika dapat dilepasi suatu yang cukup manis dan bermakna dalam diri. Teringat suatu kata-kata " Jika sudah belajar di Mesir, campaklah mereka ke mana-mana pun, InsyaAllah akan dapat menyesuaikan diri dengan baik" So tabah-tabahkanlah diri ya dik. Setelah menunjukkan jalan, saya mohon untuk dihantar pulang untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelancaran Program Ihya Ramadhan peringkat PERUBATAN hari esoknya.

Bahagian dalam masjid Amru


Dan Alhamdulillah pada malamnya dapat meralitkan diri di Masjid Amru, masjid pertama yang dibina oleh sahabat Rasulullah, Amru bin Al Aus sebaik sahaja beliau membuka Mesir ini dengan pemerintahan Islam. Cukup ramai, cukup menenangkan hati. Bukan yang dewasa sahaja yang bertandang untuk mengejar keseronokan bertarawikh, yang kecil pun cuuuuukup ramai, berjubah berkopiah untuk sama-sama belajar melaziminya. Saat saya mengorak langkah ke belakang sesudah solat 8 rakaat ( disini tarawikh hanya dibuat 8 rakaat dan 3 rakaat witir) ada seorang budak, comel berjubah menegur. "Ammu, fi solli thani?" (Pakcik ada solat lagi ya?) mungkin dia dah rasa penat selepas solat tarawikh yang walau hanya 8 rakaat tapi still dapat menghabiskan bacaan sejuzuk Quran selama lebih kurang 2 jam tu. " Na'am, fi solli witr thalasah raka'at. Ruhh solli" (Yerp ada solat witir lagi 3 rakaat, pergilah sembahyang) Seronok betul melihat anak-anak kecil ni yang sejak kecil lagi sudah diasuh untuk mengenal Tuhan (itu yang sepatutnya) Moga bila dah besar nanti akan dapat menyumbang sesuatu untuk Islam. So buat sahabat-sahabat terutamanya adik-adik yang sememangnya tinggal di Fustat, berdekatan dengan masjid Amru ni, ada masa dan rasa rajin tu, datang-datang la sini untuk mengisi malam-malam Ramadhan kita.

Malam Ketiga : Masjid Rawwas

Hari ini saya dan sahabat-sahabat menghabiskan masa di rumah, bertungkus lumus menyiapkan lauk untuk berbuka bagi adik-adik dan kawan-kawan yang lain yang mengikuti program pelancaran Ihya Ramadhan peringkat PERUBATAN di ARMA. Rasanya takda masalah untuk saya tidak menghadirkan diri ke program tersebut walaupun program itu di bawah biro saya sendiri. Ada hal lain yang perlu diselesaikan. Apapun Alhamdulillah semua pun dapat berjalan dengan baik, dan makanan, walau lewat dari jangkaan, (emm bukan jangkaan, tapi dari jadual, sebab dah jangka akan lambat) still dapat sampai kepada individu-individu yang terbabit sebelum berbuka. Apapun terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal hingga akhirnya. Lupa nak ambik gambar time masing-masing buat kerja haritu. Kalau tak, boleh letak di sini. Yusri, kalau ada gambar boleh kasi sini ya.

So, hari ini sekali lagi saya berbuka puasa di Fustat, kali ini bersama junior-junior lelaki, selepas nasi siap dimasak dan semuanya siap dibungkus, saya dan Farhan (junior dari alex, ketua UPI Alex) bergegas untuk menghantarkan makanan ke Fustat, kepada adik-adik yang sememangnya menunggu-nunggu makanan tak sampai-sampai :) Tak sempat untuk pulang ke rumah, saya dan Farhan menumpang berbuka puasa di sana. Alhamdulillah... Ala kulli hal .Syukr 'ala kulli nikmah.

Untuk tarawikh, kali ini saya ke Masjid Rawwas, kira-kira 300 meter jauhnya dari rumah.(means tak la jauh sangat) Selesai 4 rakaat, saya terpaksa meninggalkan jemaah kerana mahu menghantar Farhan ke Ramses untuk pulang ke Alex memandangkan kelasnya bermula esok.Sedih juga tak dapat habiskan 8 rakaat hari ni apatah lagi bila melihatkan jemaah yang memenuhi masjid hingga ke luar dewan solat. Suasana yang mungkin cukup sukar untuk kita lihat di Malaysia. Apapun mudah-mudahan saya dapat meluangkan masa lagi untuk bertandang lagi ke sana. Masjid Rawwas sebenarnya salah sebuah masjid Ikhwan Muslimin (IM) di sini, so mungkin sebab itu dia menjadi tumpuan dan suasana di sana lebih meriah dengan kehadiran ramai golongan yang boleh dikatakan pemuda, syabab...

Jadi begitulah sedikit catatan untuk hari-hari awal pencarian rahmah di sepertiga awal bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan diterima dan dikira sebagai amal soleh di sisiNya. So, ayuh sahabat-sahabat! gunakan masa yang ada, manfaatkan peluang yang diberikanNya, mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dengan keberkatan beramal kepadaNya... Ahlan, ahlan ya Ramadhan!! Kullu Amm waantum Bilkheir...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Sunday, September 9, 2007

Sembahyanglah...

Assalamualaikum wbt

Lama tak mencoret sesuatu. Sibuk (segan menggunakan perkataan ni sebenarnya) mengurus. Apapun sebagai sedikit bahan perkongsian dengan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini, satu kisah lagi yang pernah diceritakan oleh Ustaz Ad,

Ada seorang pemuda dalam sebuah kampung yang cukup liat untuk solat. Emm bukan liat, sebab kalau liat mungkin sembahyang juga walau dalam keadaan susah payah. Tidak pernah solat la boleh kita katakan. Semua ahli keluarga, kawan-kawan, sahabat-handai semua dah jenuh menasihatinya untuk tunaikan solat. Terangkan kepadanya bahawa solat ini wajib dilaksanakan walau dalam keadaan bagaimana sekalipun, kalau tak buat berdosa.Bila dah berdosa nerakalah tempatnya. Solat ini mencegah dari perbuatan keji dan mungkar dan macam2 lagilah nasihat dan diteguran yang diberikan kepada pemuda tersebut. (Nasib baiklah dia ada saudara-mara dan kawan-kawan yang tak segan silu menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar begini)

Namun, masalahnya, dia tetap tidak berubah. Still tak mahu solat. Ceritanya ini akhirnya sampai kepada seorang alim.Lalu si alim ini pun ingin mencuba menasihati si pemuda tadi. Diadakan suatu majlis dan dijemput semua orang untuk hadir termasuklah pemuda tadi. Sebelum pemuda itu pulang, si alim tadi sempat bertemu dengan pemuda itu dan berkata dengan cukup lembut "Yabni, solli, Inna solata toyyib!" (Wahai anakku, sembahyanglah, sembahyang ini baik)

MasyaAllah, berkat kalam ringkas dan bersahaja dari si alim itu menyebabkan si pemuda tadi cukup terkesan dan akhirnya tak culas lagi melaksanakan kewajipan solatnya hingga ke akhir hayatnya.

Just nak bawa kat sini, pentingnya dalam kita mengungkapkan sesuatu perkara, datangnya dari hati kita sendiri. Bila kita menasihati seseorang pastikan kita check dan muhasabah diri kita, apa niat sebenar kita melakukannya.Adakah kita benar-benar ikhlaskan niat supaya sahabat kita itu berubah dan sama-sama mendapat hidayah daripadaNya atau sebaliknya? Moga-moga kalam-kalam yang terbit dari hati yang suci lagi jernih akan mudah untuk menjernihkan hati-hati yang mendengar dan menerima. Memang sukar untuk dipraktikkan apatah lagi bila hati ini memang sifatnya sentiasa berbolak balik. (Perkataan Qalb tu sendiri merujuk kepada sifat yang berbolak balik) akan tetapi berusahalah untuk tetap menjernihkan hati dalam setiap tutur kata kita. InsyaAllah.

Keylah, setakat ini dulu, lepas ni nak bawa sahabat-sahabat dari UK ni jalan-jalan lagi. Akhirnya ucapan selamat melipatgandakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Rebutlah peluang dan masa yang ada ini dengan sebaiknya kerana kita tak tahu apakah kita akan dapat merasai nikmat beribadah di bulan Ramadhan ini untuk kali-kali yang seterusnya.

Ramadhan Kareem Wa kullu Amm wa Antum Bilkhair

Jazakumullah Khairan Kathira