Sunday, September 9, 2007

Sembahyanglah...

Assalamualaikum wbt

Lama tak mencoret sesuatu. Sibuk (segan menggunakan perkataan ni sebenarnya) mengurus. Apapun sebagai sedikit bahan perkongsian dengan sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini, satu kisah lagi yang pernah diceritakan oleh Ustaz Ad,

Ada seorang pemuda dalam sebuah kampung yang cukup liat untuk solat. Emm bukan liat, sebab kalau liat mungkin sembahyang juga walau dalam keadaan susah payah. Tidak pernah solat la boleh kita katakan. Semua ahli keluarga, kawan-kawan, sahabat-handai semua dah jenuh menasihatinya untuk tunaikan solat. Terangkan kepadanya bahawa solat ini wajib dilaksanakan walau dalam keadaan bagaimana sekalipun, kalau tak buat berdosa.Bila dah berdosa nerakalah tempatnya. Solat ini mencegah dari perbuatan keji dan mungkar dan macam2 lagilah nasihat dan diteguran yang diberikan kepada pemuda tersebut. (Nasib baiklah dia ada saudara-mara dan kawan-kawan yang tak segan silu menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar begini)

Namun, masalahnya, dia tetap tidak berubah. Still tak mahu solat. Ceritanya ini akhirnya sampai kepada seorang alim.Lalu si alim ini pun ingin mencuba menasihati si pemuda tadi. Diadakan suatu majlis dan dijemput semua orang untuk hadir termasuklah pemuda tadi. Sebelum pemuda itu pulang, si alim tadi sempat bertemu dengan pemuda itu dan berkata dengan cukup lembut "Yabni, solli, Inna solata toyyib!" (Wahai anakku, sembahyanglah, sembahyang ini baik)

MasyaAllah, berkat kalam ringkas dan bersahaja dari si alim itu menyebabkan si pemuda tadi cukup terkesan dan akhirnya tak culas lagi melaksanakan kewajipan solatnya hingga ke akhir hayatnya.

Just nak bawa kat sini, pentingnya dalam kita mengungkapkan sesuatu perkara, datangnya dari hati kita sendiri. Bila kita menasihati seseorang pastikan kita check dan muhasabah diri kita, apa niat sebenar kita melakukannya.Adakah kita benar-benar ikhlaskan niat supaya sahabat kita itu berubah dan sama-sama mendapat hidayah daripadaNya atau sebaliknya? Moga-moga kalam-kalam yang terbit dari hati yang suci lagi jernih akan mudah untuk menjernihkan hati-hati yang mendengar dan menerima. Memang sukar untuk dipraktikkan apatah lagi bila hati ini memang sifatnya sentiasa berbolak balik. (Perkataan Qalb tu sendiri merujuk kepada sifat yang berbolak balik) akan tetapi berusahalah untuk tetap menjernihkan hati dalam setiap tutur kata kita. InsyaAllah.

Keylah, setakat ini dulu, lepas ni nak bawa sahabat-sahabat dari UK ni jalan-jalan lagi. Akhirnya ucapan selamat melipatgandakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Rebutlah peluang dan masa yang ada ini dengan sebaiknya kerana kita tak tahu apakah kita akan dapat merasai nikmat beribadah di bulan Ramadhan ini untuk kali-kali yang seterusnya.

Ramadhan Kareem Wa kullu Amm wa Antum Bilkhair

Jazakumullah Khairan Kathira

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

salam,

ramadhan kareem. selamat berpuasa. n selamat memulakan 5th yr.