Wednesday, September 19, 2007

Muhammad...?

Pernah suatu ketika Rasulullah Sallallahualahi wassalam bersabda;
"Berhenti dua orang hamba di hadapan Allah Subhanahuwataala dan diperintahkan kepada keduanya untuk memasuki syurga. Lalu ditanya oleh kedua hamba tadi, "wahai Tuhan kami, dengan alasan apakah kamu menjadikan kami ahli syurga sedangkan kami tidak melakukan apa-apa amalan yang melayakkan kami menerima ganjaran syurga" Lalu dijawab oleh Allah Subhanahuwataala, Sesungguhnya Aku telah bersumpah ke atas diriKu untuk tidak memasukkan kedalam neraka mereka yang bernama Muhammad mahupun Ahmad" Au kama qaal (Akhrujuhu Hafiz Abu Tohir Al Salafi)
Begitulah bunyi hadith yang dibacakan oleh Syeikh Nur dalam pengajian Tafaqquh Fiddin yang berlangsung di Rumah Johor di Hayyu Thamin sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. (Untuk sahabat-sahabat yang mahu mengikuti pengajian ini melalui internet, boleh layari site http://www.mymkkk.org/v2/ . Pengajian pada pukul 4:00 petang dan 8:45malam waktu Mesir) Hadith yang diambil dari kitab Khususiyatul Rasul yang dikarang oleh Al Imam Al Hafiz Ahmad bin Muhammad Al Fastolani ini menceritakan tentang kelebihan dan keistimewaan yang diberikan Allah kepada Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam sehingga mana jika seseorang yang dinamakan dengan nama baginda, diberikan kelebihan dan syafaat oleh Allah untuk memudahkannya masuk ke dalam syurga kerana berkat dan kemuliaan yang ada pada baginda Rasulullah (pastinya dengan syarat orang itu tidak melakukan perkara yang melayakkan dirinya untuk memasuki neraka)
Bagaimana dengan nama-nama dalam keluarga saya...?
  1. Tengku Abdul Kadir
  2. Tengku Nuruddin
  3. Tengku Zahidah
  4. Tengku Mansur
  5. Tengku Khadijah
  6. Tengku Nabihah
  7. Tengku Abdul Latif
  8. Tengku Muhammad Ridhwan

Bermula dengan nama yang dinisbahkan dengan asmaillah, 'Al Qadir' dan diakhiri dengan nama Muhammad, MasyaAllah menarik kan? tak tahulah lepas-lepas ni masih ada lagi adik yang bakal menyusul :) dan sebenarnya saya sendiri yang meminta mak dan ayah menambahkan nama Muhammad pada nama Ridhwan tersebut kerana memang sebelumnya tidak ada seorang pun lagi adik beradik saya yang dinamakan dengan nama Muhammad dan Alhamdulillah permintaan itu diterima. jadilah namanya nama yang terpanjang dalam keluarga... :) Apapun sememangnya penamaan nama-nama ke atas anak-anak yang baru lahir ini adalah suatu yang penting dan wajib untuk ibubapa menamakan anak-anak mereka dengan nama yang sebaiknya dan memanggil anak-anak itu dengan panggilan yang baik. (bukan nama di atas ic sahaja yang elok namun anak tersebut dipanggil dengan nama yang buruk)

Tengku Muhammad Ridhwan

Saya tertarik kepada budaya bangsa arab yang pasti memanggil nama orang lain di sekeliling mereka dengan nama penuh tanpa memanggil dengan nama singkatan atau sekiranya tidak dikenali seseorang pun mereka akan memanggil dengan nama Muhammad tidak dipanggil 'Mat' je. Satu kerana memangnya ramai orang Mesir dinamakan dengan nama Muhammad (mungkin mereka pun turut membaca hadith di atas) sehinggakan dalam keseluruhan 1500 pelajar sebatch hampir 1/5 dinamakan dengan nama Muhammad, Ahmad atau Mahmud. Dan kedua mungkin kerana sebagai doa kepada orang yang tidak dikenali itu agar dikurniakan Allah sifat yang terpuji kerana nama Muhammad itu membawa maksud terpuji. Apapun apa yang hendak saya bawakan ialah, penting juga untuk kita memanggil nama seseorang itu dengan namanya yang membawa maksud yang baik sebagai mendoakan mereka dengan tidak memanggil dengan nama singkatan sahaja seperti, Brahim, Mat, Minah, Mejad, Mail yang jelas tidak memberikan apa-apa makna yang baik. Saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang tentang perkara ini.

Cuma bila difikirkan kembali, mengapa orang Melayu suka untuk memanggil dengan nama singkatan begitu mungkin kerana untuk menunjukkan lebih mesra, rapat dan sebagainya berbanding dengan memanggil nama penuh yang sepertinya baru berkenalan. Entahlah sama-samalah fikirkan :D

Baiklah sampai sini dulu coretan kali ni. insyaAllah sambung di lain masa ya. Salam Ramadhan buat semua... Jazakumullah Khairan Kathira...

5 comments:

uShop said...

ape lagi kadir, name anak2 nnti sume letak muhamad la..xpn ahmad mcm adik bradik aku..teruskan kemahsyuran dan kegemilangan name muhamad/ahmad dikalangan generasi akan datang =)

Dr Kadir said...

emm menarik juga. tapi kalau anak perempuan disunnahkan bagi nama ape yer? ada sape2 tau? :)

SoalHati said...

Nurul kot hehe..gurau je. x tahu pun..tapi kalau Nurul 'Ain macam best jerk:p

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Kadir said...

:)