Sunday, July 13, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum warahmatullah dan salam sejahtera buat semua.


Saya mulakan entry pada kali ini dengan penuh rasa syukur ke hadratNya atas segala kurnia dan limpahan rahmat yang dianugerahkan kepada saya, keluarga saya, sahabat-sahabat dan sesiapa jua dalam kita meniti hari-hari yang kita lalui saban hari. Pastinya rasa syukur tersebut tidak setara dengan segala kurniaan yang telah dianugerahkanNya kepada kita.

Ramai yang sudah menduga, ramai yang sudah berbicara, ramai yang sudah mengagak-agak dengan pelbagai dugaan dan reka cerita. Yang pasti, kembalinya saya ke pangkuan keluarga pada kali ini bukanlah sekadar untuk melepaskan rindu di hati, pulang ke desa melihat riak-riak air di kali, kembali menghirup udara nyaman di pinggiran sawah padi, di tepi tali air sepanjang bendang yang tidak berapa jauh daripada rumah. Namun kembalinya saya ke tanah air pada kali ini, ketika sahabat-sahabat yang lain sedang bertarung menyediakan diri di ambang peperiksaan di tahun lima. Saya pula dengan segala kedhaifan yang ada sedang merencana pula untuk membina keluarga. Pastinya ia bukan keputusan yang mudah untuk dilakukan tetapi dengan penuh rasa tawakkal saya teruskan rencana tersebut dan pastinya saya cukup mendambakan doa dari kalian agar segala yang dirancangkan akan berjaya dilaksanakan.

Ampun dan maaf saya dahulukan kepada sahabat-sahabat yang mungkin pernah bertanyakan tentang rencana saya ini namun tidak mendapat jawaban terbaik untuk pertanyaan itu, saya terpaksa berdalih dan terpaksa mengelak apabila ditanya memandangkan semuanya masih samar dan di peringkat perancangan, sementara masih belum ada apa-apa ketetapan yang diambil pada masa itu. Mudah-mudahan saya tidak dikira berdusta apabila secara berseloroh mengatakan bahawa kembalinya saya ke Malaysia kali ini adalah untuk menjadi PM apabila ditanya oleh seorang pembaca blog suatu ketika. Ya pastinya PM yang dimaksudkan bukanlah Perdana Menteri, namun terpulanglah kepada sahabat-sahabat untuk membuat apa-apa tafsiran kepada ‘PM’ tersebut sesuai dengan apa yang akan saya lalui nanti.

Justeru, dengan penuh rasa merendah diri dan penuh takzim, saya menjemput semua sahabat-sahabat, yang mengenali diri ini, samada di PERUBATAN, sahabat-sahabat di Mesir, sahabat-sahabat di INTEC, sahabat-sahabat di KMNS, sahabat-sahabat di SMKA Sheikh Abdul Malek, mahupun di SK Ladang dan Tadika Kemas serta siapa sahaja mengenali diri saya. Termasuklah guru-guru yang pernah mendidik saya selama ini, saya dengan penuh hormat menjemput semuanya ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan saya ini pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008 bersamaan 7 Syaaban 1429 H di rumah saya di alamat, 654, Kampung Kubang Tangga, 20050 Kuala Terengganu. Moga dengan kehadiran sahabat-sahabat memberikan kegembiraan kepada kami insyaAllah.

Akhirnya saya sekali memohon doa dari semua agar majlis aqad dan perkahwinan yang akan berlangsung pada 2 Ogos 2008 di rumah pengantin perempuan dipenuhi barakah dan berjalan dengan lancar dan sebaiknya insyaAllah. Saya suka untuk kita sama-sama kembali mengingati dengan janji dan pernyataan yang pernah dikirimkan Allah melalui firmanNya yang bermaksud “dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” (surah Ar Rum ayat 21). Atas keyakinan itulah saya berdoa semoga hubungan suci ini dipenuhi barakah dan rahmat dariNya, InsyaAllah...

Sekian, jazakumullah khairan kathiraa…

PS: Talian saya di Malaysia, 019 9588639.Perkenalkan diri dulu ya.

__________________________________________________________

-Walimatul Urus-

TENGKU HAJI ZAINAL ABIDIN BIN TENGKU HAJI AWANG
dan

HAJJAH WAN NORMAZIAH BINTI HAJI WAN MANSOR

Dengan segala hormatnya mempersilakan Tengku / Engku / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

…………………………………………………………………………………..

suami isteri ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan putera kami,

TENGKU ABDUL KADIR BIN TENGKU ZAINAL ABIDIN
dengan
ZAATIL IFFAH BINTI ASMAWI

Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008 bersamaan 7 Syaaban 1429H

Di kediaman kami beralamat:

654, Kampung Kubang Tangga, 20050 Kuala Terengganu.

Semoga dengan kehadiran tuan puan akan menambahkan lagi keberkatan majlis ini di samping mendapat keredhaan dan rahmat daripada Ilahi. InsyaAllah.

Aturcara Majlis:

Jamuan : 11:00 – 5:30 petang
Majlis sambut menantu : 2:00 petang

29 comments:

Anonymous said...

tahniah ye abg kadir....moga berkekalan jodoh...~paan salleh, 3rd year cairo....

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt~Mabruk alaik...tahniah kadir, Moga dgn bermula nya hidup berumahtangga nnt akan bertambah2 Rahmat dan Keberkatan daripada Allah swt..Barakallahhufik~

Salsabila said...

tahniah dr kadir... terkejut jugak bile tgk kad jemputan tu. suspen betul... nk sgt hadir ke majlis, tp mgkn xdpt kot. kerja menimbun. kalau dpt balik trg, sy datang, insyaAllah... kirim salam kt kak zaatil ye :)

guild_hunterz said...

assalamualaikum..
tahniah2!!
smoge bahagie ke anak cucu..
saye x smpat kot nk dtg..
9 ogos tu baru nk balik mlysia..

Anonymous said...

Tahniah abg kadir, huhu, jauh sgt la ganu, x dpt hadir kot, apa2 pun doa saya sentiasa mengiringi abg dan bakal isteri iAllah.

connie.ME.connie said...
This comment has been removed by the author.
connie.ME.connie said...

betul la khabar2 angin tue.. tahniah2!

sinar_islami said...

alfu mabruk...tahniah...
akhirnya..kalau balik besut insyaAllah ana singgah...
moga bahgia di dunia dan akhirat jua

madsha_88 said...

alhamdulillah..
kawen jugak presiden kita ni..
hehe..
pape pun tahniah!

[MH] said...

selamat pengantin baru,selamat semuanya..moga hidup kalian dirahmati..

Anonymous said...

alfun mabruk abg kadir!!
smoga hidup kalian dirahmati..

Anonymous said...

Akhirnya jawapanku terjawab!!!!PM ya!!!!saje je tanya...sebab dah tahu !!!hahhahh..Anyway Tahniah!! alfun mabruk.....Semoga kau dapat menyempurnakan sebahagian lagi iman mu...

UB-to-be said...

wahhh!!!
tahniah abg kadir..
kate org,
separuh agama dah sempurna once you get married.
hehe~

btw, teganu itu sgt jauh
rugi gak rase kalau tak dpt dtg kenduri presiden

again,
tahniah!!
smg semuanya berjln lancar sy doakan.

Anonymous said...

salam, abg kadir..

tahniah lagi sekali..
moga sumer selamat, insya allah..

selamat pengantin baru..
moga berbahagia ke akhirat sana..

1st year
saufi

p/s:
terengganu? dekat je tu..
hmm..

Anonymous said...

Alfu Mabrook!!

Subhanallah..

Tak sempat berjumpa untuk terakhir kalinya dengan anta yang masih bujang.. =)

Semoga diperteguhkan langkah..

Seer ala barakatillah..

Anonymous said...

salam...akhirnya tiada rahsia lagi.
hari ni benar2 terasa ingin menjenguk laman ini. kejutan!
maka tunggu apa lagi rakyat jelata?
ayuh hubungi bait muslim PRBTN!!!
-idil

Muhammad Warouq bin Qamar said...

akhirnye khabar2 angin jd konkrit..keh2..kawin gak presiden aku sorg ni..bakade~tatau la saye leh dtg ke x..tarikh bertindih dgn program len la plak..[ade je alasan ko]

tinggal la bais membujang di mesir setelah roomate sebilik sekatil setia dh berkawin[bais,sori..hehe]

tahniah ye bakade~doakan saye gak..

Anonymous said...

Assalamualaikum~
tahniah..
alfu mabruk-
muge berkekalan dunia akhirat..
akhirnya zahidah dapat kakak~

Sharifah Syahirah TSM said...

salam..
tahniah2!
dapat kakak ipar laa zahidah..
semoga berkekalan ke anak cucu ya!

Anonymous said...

jaga uti baik2..

ilhami abdul rahman said...

salam~tahniah abg kadir...
selamat menempuh dimensi baru.
semoga berpnjangan ke anak cucu,dirahmati Allah hendaknya..ameen~
p/s: tgh tunggu entri ni, sbb dah bace kt kak zaatil punye blog..hehe..

Anonymous said...

salam..
tahniah ya abg kadir..
semoga sgalanya d permudahkan.
biiznillah..

Amermeftah said...

ramai pulak org komen. bosan betul. kenape kau tak buat kad kawen ikut tenet mcm bini kau tu?~

Noor Asyila said...

tahniah abg kadir~
semoga perkahwinan yg dibina tu mendapat keberkatan Ilahii..Amiin..

najwa.abdullah said...

assalamualaikum...

actually da lama tau.cousin k.zaatil yg setadi skali ngan sy bgtau.siap bt surprise,sruh sy teka sape gerangan sang suami.heheh

then,masuk page ni ingat nk wish,tp tgk xde sape lagi yg wish,sy jd segan...

anyhow,tahniah dr sy...=)

Anonymous said...

abg kadir,sabar ye..dok cni setaon lebey je lg..pastu dah x berjauhan dah..hak3

TAHNIAH!! [walopon ucapan ni common sgt sbb sume org dah wish cmtu,tp sy tetap nk ucap jugak sbb dah xde idea nk tulis ape..]


p/s: pasni tunggu turn abg syazwan pastu abg isra' ..pastu abg akmal..hihi!~

Anonymous said...

salam wth..kadir..
big congratulations to both of u..may the life always in the blessing of Allah...insya Allah..
thanx for d invitation..saya balik msia..begitu jauh la tapi..macam x mampu nak pergi ^^..
best blessed..insya Allah..

Anonymous said...

salam..
selamat menempuh alam rumah tangga dr kadir..
saya tekejut..moga Allah memudahkan segala urusan dr kadir..insyaAllah

Kalam Puncak said...

barakallahu lakuma, wa baraka 'alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair...

Ingat nak taip lagu dalam melayari bahtera rumah tangga dendangan kumpulan hijjaz(kalau tak salah) tapi panjang sangat..

Moga Allah berkati kalian..

Teman-teman yang dah berpunya, lekas-lekas lah langsungkan amalan unggul ni.