Thursday, July 3, 2008

Pergimu buat selamanya...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya sedikit tidak menyangka hari itu akan tiba, walau saya percaya setiap yang bermula pasti berakhir, setiap pertemuan itu bakal disusuli perpisahan, namun saya tidak pernah menyangka perpisahan itu akan berlaku dengan begitu pantas. Tidak ramai yang tahu tentang cerita kami, sahabat-sahabat yang rapat juga tidak begitu arif tentang perkara itu, Idil juga mungkin kurang tahu . Selain seorang yang pendiam, saya juga seorang perahsia. Justeru tidak ramai yang tahu.

Pertemuan kami berlaku kira-kira tiga tahun yang lalu, saya terpesona dengannya setelah diperkenalkan oleh Iqbal pada suatu hari. Keayuannya (kecil molek) cukup menarik hati saya untuk lebih mengenalinya. Sikap tegasnya juga adalah suatu perkara yang cukup dekat di hati saya. Akhirnya tidak lama beberapa ketika kami menjadi cukup intim dan begitu akrab sekali. Pada awal perhubungan kami, saya amat menjaga hubungan ini. Saya tidak pernah sesekali melakukan apa-apa perkara yang boleh menyakitkannya. Ya seperti pasangan-pasangan yang baru bertemu dan berkenalan pastinya semuanya dijaga dengan sebaik mungkin. Jangan katakan memukul, menjentiknya pun saya tidak pernah. Kami sentiasa bersama, walau pernah dikatakan bagaikan belangkas kerana selalu bersama, namun itu semua tidak pernah kami hiraukan. Yang penting pada kami, kami tahu kami ikhlas dalam menjalinkan hubungan ini.

Suatu yang sangat saya kagumi adalah kerana kesanggupannya untuk mengejutkan saya setiap pagi di kala subuh. Ya, setiap pagi. Kerana itu jugalah saya sukar untuk terlepas untuk solat subuh berjemaah di masjid. Mengingatkan perkara itu, saya seolah-olah merasakan hubungan ini cukup islamik. Kami sering mengingatkan untuk tidak pernah culas melaksanakan tanggungjawab mengerjakan solat pada setiap waktu.

Namun semakin masa berlalu, semakin waktu berganjak, hubungan kami menjadi semakin kurang serasi. Saya sendiri tidak tahu mengapa lewat perhubungan kami saya semakin berkasar terhadap dirinya. Saya tidak melayannya seperti waktu-waktu dahulu. Mungkin saya sudah berubah, atau mungkin juga dirinya sudah tidak lagi menarik hati saya. Saya semakin sering untuk tidak bangun atau terjaga walau dikejutkannya pada waktu pagi. Saya menjadi culas. Tidak mahu untuk bangun. Namun dia tetap setia. Tidak pernah jemu mahupun bosan untuk terus mengejutkan saya setiap pagi. Sungguh saya sendiri tidak faham mengapa saya sudah tidak menghargai apa yang dilakukan pada saya selama ini.

Hinggalah pada dua hari yang lalu, suatu yang tidak pernah saya jangkakan, dia telah meninggalkan saya buat selama-lamanya. Dia ditemui tidak bernyawa dipercayai lemas setelah tidak dapat dikesan beberapa ketika. Ketika itu saya berada di rumah Abang Ilhan, menunaikan solat Maghrib di situ. Saya cuba berusaha untuk menyelamatkannya dan berharap untuk dia kembali, namun semuanya telah terlewat dan saya terpaksa menerima hakikat bahawa sememangnya dirinya sudah tiada lagi. Ya, suatu yang cukup perit, perpisahan yang tidak pernah terduga namun segala jasa dan pengorbanan yang pernah dia berikan selama perhubungan kami ini suatu yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Moga dirimu tenang selamanya…

“Mengenang ‘mati’nya henset Panasonic saya yang telah sekian lama bersama. Moga henset yang baru dapat memberikan saya khidmat yang lebih baik dan menjadi medium yang lebih berkesan dalam meneruskan perjuangan saya di bumi Allah ini. InsyaAllah…”

PS: Ketika ini saya terpaksa menggunakan henset Wafi untuk mengaktifkan simcard saya. Hanya beberapa hari lagi sebelum pulang dan rasanya hanya akan beli handset baru sekembali ke Malaysia nanti. Doakan saya dapat menempuh hari-hari tanpa handset kesayangan itu dengan baik dan selamat untuk pulang ke Malaysia jumaat ini.

Oh ya, dipercayai ‘pembunuh’ henset saya itu adalah sofiy, anak kepada Abang Ilham yang merendamkannya ke dalam air… hisy…

Jazakumullah Khairan Kathiraa…

15 comments:

Anonymous said...

salam........
Kadir...balik Msia kali ni ada ape2 projek BESAR ke????

Anonymous said...

sooo cute. hehe.. okela.. mudah2an bertemu henset yang lebih baik.

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

laa.. ingat apa tadi...

rupa2 nya pasal hp..
pandai tul....

lain kali, jg la 'si dia' tu molek2, k? hehe..

sinar_islami said...

salam..kreatif cara olahan penceritaan.. ^-^
moga bertemu dgn yg lebih baik

Dr Kadir said...

wassalam...

A ah, projek besar! saya nak jadi PM balik ni. :D

Anonymous said...

huhu...dr kadir..lawak2..xla...sdeyh bc cerite..xpe2..nnti kelik msia beli hp baru teh! =D

Salsabila said...

menarik betul cerita ni... ingatkan siape la 'si dia' tu. huhu~ tak sangka dr kadir berjaya membuat satu cerita yang sgt poyos... (^_-)

semoga mendapat 'jodoh' yg lebih baik nnt. n slmt pulang ke malaysia

Anonymous said...

salam...ye la saye x tau...saye yg belikn dia 'kekasih' dia tu 3 thn lps kat Seri Kembangan, Selangor!!!
-idil

Dr Kadir said...

alaa idil bocor rahsia :)

xmasam.. xpahit.. said...

salam'alaik...
akhi..
hahaha...
handset upenyer... igt piye
erm..nk beli gak hp baru..
yg lame xde memori card..
kurang memuaskan walaupun sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada.. hehe..
well.. tertarik dengan cerita yang disampaikan..
bilalah nk ada bakat nk menulis macam akhi...

Dr Kadir said...

laaa ingatkan sape la umar mujahid ni, adik aku rupenyer...

Eh duduk kat USIM dah hilang loghat ganu ye?

Dr Kadir said...

btw belajar baik-baik kat USIM tu, jelas matlamat dan tujuan, usaha terus, doa dan tawakkal. Bila berjaya bersyukur bila gagal bertafakur. Allah nak kita lebih dekat kepadaNya dengan pelbagai cara dan rupa.

Bittaufeeq insyaAllah

Anonymous said...

salam...

sweetnur-ae-sya said...

laa,..sungguh tragis,tiba ditengah,..aiyaa..anset ke yg lemas..isk iskk...pk sekali aku yg konfius agaknya,pk dua kali sendiri tertipu tak dgn artikel ni,..isk..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sofi mmg nak kene geget..naseb bek kiut