Wednesday, August 27, 2008

Photobucket

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Setelah hampir 2 bulan berada di Malaysia, akhirnya saya selamat pulang kembali ke Mesir. Berbekalkan keazaman untuk memberikan yang terbaik untuk imtihan akhir tahun 5 ini, saya pulang dengan penuh tawakkal agar Dia menentukan yang terbaik buat saya kali ini. Pastinya suatu yang sukar untuk meninggalkan jauh isteri di awal pernikahan ini, namun saya percaya disebalik rasa rindu itu pastinya tersembunyi hikmah dan kenikmatannya tersendiri untuk kami sama-sama rasai.

Moga kami akan terus tabah menghadapinya dengan baik. Saya teringat suatu nasihat yang pernah disebut oleh Aa Gym apabila beliau menyebut, "Si suami harus sentiasa sedar dan mengingatkan isterinya bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan berpisah buat selamanya. Justeru jika hanya perpisahan yang sementara membuatkan diri tidak keruan dan tidak tentu arah pastinya sukar untuk menghadapi perpisahan yang abadi itu. Berdikari dan hadapilah perpisahan itu dengan rasa tawakkal yang tinggi kepadaNya"

Ya pastinya mudah untuk mengungkapkannya bukan, sendiri rasa baru tau! Apapun seperti kata Ustaz Syed Kadir, pepatah melayu ada menyebut, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan!" Moga perpisahan ini memberikan ruang untuk kasih sayang itu terus subur mekar di taman pernikahan. Buat zaujah yang dikasihi, moga dirimu terus tabah, terima kasih kerana memberikan diri ini peluang untuk memberi, berkongsi dan mengisi hari-hari mendatang dengan rasa kasih dan sayang keranaNya. Moga bertemu di suatu hari nanti, InsyaAllah.

Baiklah, doakan saya hadapi imtihan mendatang ini dengan baik. Ilalliqa' Jazakumullah Khairan Kathiraa...

6 comments:

Anonymous said...

salam kadir dan semua...
hikmah drpd prkhwnn ni bkn tuan punya blog sj yg rasa, malah kami di sekeliling turut merasainya...
perpisahan ketika peperiksaan cukup menekan emosi...tp ingat, setelah jalan halal ini telah kau pilih, usahlah ragu kerana Allah bersifat maha pengasih...

Anonymous said...

salam dr.kadir..congratulations to u n zaatil sekali lagi..akhirnya doktor update jg cite pasal kawen..bila tengok gambar, baru pasan kalian berdua mmg ada iras2 cket:)hehe

Anonymous said...

salam..saya tumpang gembira di atas perkahwinan abg kadir..moga kekal hingga ke akhir hayat..
abg kadir ni mcm org sastera lah..ayat2 abg..huh..ada ciri2 org yg berbakat wat novel islamik..hehe
erm..x tau nk kate ape..juz terharu ngn perkahwinan ini..erm..kak zatil lagi bpe th di uk abg kadir?
selamat menjalani imtihan abg kadir
success sokmo!

uShop said...

ehem <--batuk dulu

tahniah kerana ia telah selamat didirikan.
good luck exam n pose.

ixora said...

tahniah..muga berbahagia selalu..wah, cantik gak kaler purple...hehe

Anonymous said...

Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair