Wednesday, February 3, 2010

Dr Kadir...

Dr Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin MB Bch (Ain Shams University)
School : 9 Oktober 2003 - 2 February 2010


Hari pertama kami menjejaki Ardu Kinanah. Oh abaikan rupa buruk kebudakan kami tu. :D

Alhamdulillah, Terima Kasih Tuhan,
Terima Kasih kalian yang mendoakan,
Medical degree hanyalah permulaan,
Perjalanan jauh yang belum tentu pengakhiran.

Segala puji dan syukur kepada Tuhan atas kejayaan ini. Walaupun keputusannya tidak seberapa, namun ia tetap suatu kurniaan yang besar bagi hamba yang cukup mengharap. Moga saya tidak akan putus asa untuk melakukan yang lebih baik untuk masa-masa mendatang.

Kejayaan yang dicapai ini memberi makna tidak lama lagi saya akan mengucapkan selamat perpisahan untuk Bumi Mesir ini. 27 Februari 2010 adalah tarikh untuk saya dan sahabat-sahabat berangkat meninggalkan Mesir ke tanah air jika diizinkanNya.

Enam tahun setengah di Mesir pasti banyak memori suka duka yang dilalui dan banyak antaranya saya kongsikan di blog ini. Saya sendiri tidak pasti apa perasaan saya tika ini. Sedih bakal meninggalkan bumi yang kaya dengan sejarah ini, yang banyak berbakti membentuk diri,ataupun gembira kerana bakal terlepas daripada segala kesusahan dan kedukaan yang dihidangkannya. Kedua-duanya sentiasa saling cuba mendominasi.

Tinggal sebulan sahaja lagi saya bakal pulang ke Malaysia dan sebahagian besar waktu itu saya berada di UK dan hanya 4 hari sahaja kembali ke Mesir untuk melunaskan hak-hak yang perlu ditunaikan sebelum pulang ke tanah air. Hak terbesar yang perlu saya lunaskan adalah hak persahabatan menemui sahabat-sahabat dan adik-adik yang bakal dirindui di sana. Pastinya 4 hari di Mesir tidak cukup untuk saya menemui kesemua mereka namun saya berharap dan berusaha menemui seramai mungkin memohon doa agar perjuangan saya di Malaysia dapat saya teruskan dan saya akan tetap teguh dengan pendirian dan kebenaran dalam apa jua yang saya lakukan.

Ampun dan maaf saya pohonkan atas segala silap dan khilaf terhadap sahabat-sahabat di Mesir sepanjang bermusafir di sana. Terima kasih atas persahabatan dan pertolongan yang diberikan selama ini dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala kebaikan itu.

Kepada PERUBATAN sendiri, saya meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke MAT dan Majlis Apresiasi meraikan graduan 2010. Keberadaan saya di UK tidak memungkinkan saya menghadiri program-program tersebut. Terima kasih atas usaha untuk meraikan kami budak-budak yang baru habis belajar kelas 2009/2010.

Banyak yang ingin diluahkan mengoret kembali memori-memori suka duka di Mesir sebelum pulang. InsyaAllah jika diizinkan bakal dipost dalam entry-entry mendatang. Hingga jumpa lagi sahabat. Jazakumullah khair.

5 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

salam Doc, tahniah utk u both n wife :)

madsha_88 said...

isk2..xtau la..

sedih rasenye bila ramai2 senior nk balik sekaligus ni..huhu..

igt lagi mase tahun 1, abg kadir la yg jd mentor SC sy..yg memperkenalkan sy sedikit sebanyak ttg bumi mesir tercinta ini..yg mungkin membentuk sedikit sebanyak sy spt hari ini..hehe

so, secara xlngsungnya abg kadir ada sejarahnya tersendiri la dlm hidup sy ni!..hehe..bangga x?..haha

apa pun, sudh lumrah kehidupan setiap yg bertemu itu pasti akan berpisah juga kan?..isk2..hehe

dan, tahniah la DR Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin..

selamat bertugas dan doakan kami yg masih lg disini ya!

Ibn Salim said...

Doc, tahniah! ;-)

Siti Norina Muhamad said...

Salam, Dr Kadir.MABRUK. Balik cepat, jadi doktor Muslim terbaik. Che Nor menanti kepulangan anak2 sedara yg hebat2. Bangga ooo.. Tapi kesian uti, nak kena tinggal lagi utk beberapa bulan 'kan?

Dr Kadir said...

Tinggal sebulan je Che Nor. Uti balik akhir bulan 3 nanti.

Kadir kat UK sekarang.