Tuesday, January 9, 2007

Ahly ooh ahly...

Assalamualaikum wbt…

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam ke atas rasul junjungan insan yang paling agung, dikasihi Allah dan semua orang beriman, Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Moga kita semua akan dihimpunkan bersama-sama dengan baginda di akhirat kelak... Toxicology case...

Meneruskan peng’update’an blog kali ni. tak tau la kenape pulak dah dalam fatrah-fatrah imtihan ni rajin pulak mengupdate blog sedangkan sebelum ni tak rasa lak nak update sangat. Mungkin banyak nak dikonsi bersama kot. Apapun hari ni kuliah kembali bermula seperti biasa setelah seminggu lebih bercuti. Cuti Aidil adha dan jugak cuti Hari Krismas peringkat Mesir semalam. Seperti yang pernah diceritakan dalam blog yang dulu, masyarakat Kristian Mesir menyambut krismas lebih lewat berbanding penganut kristian lain kat seluruh dunia sbab diaorang akan sambut krismas pada 7 January setiap tahun. Emm mungkin ada khilaf antara mereka berkenaan tarikh sebenar kelahiran Jesus Crist ni kot.hihi pepun orang bagi cuti kita cuti je la.

Bercerita tentang round pada hari ni, amat seronok sebenarnya melalui perbincangan case toxocology pagi tadi. Ingatkan dah banyakdah baca, dah power dah toxic ni. ape orang tanya dah boleh jawab tapi bila berada dalam bilik tutorial tu, dr bagi satu case untuk dibincang mulalah terlopong balik. Mulalah tak boleh nak jawab. Rasa buntu dan tak leh nak bagi ape-ape idea. Mudahnya Allah nak tarik balik ilmu yang kita ada kan? Then bila dr cakap sekian...sekian...sekian baru la mulut berkata.. “oo...” sedih jugak sebenarnya. Apapun session selama 2 jam tu banyak membantu lah untuk menjawab soalan case nanti. Secara generalnya dr tu cakap untuk jawab soalan case adalah berbeza dengan cara menjawab soalan nazori (essay). Kalau Essay kita akan ceritakan jer semua yang ada dalam buku tapi untuk jawab soalan case kita kene relatekan dengan ape yang berlaku kat patient dan ape2 yang kita nak lakukan terhadap patient tu kene tengok kondisi patient tu la. Emm generally ada 4 perkara kene buat bila dapat satu-satu case.

  1. Diferential diagnosis, atau mendiagnosis means kita kene check symptoms-symptoms yang ada kat pesakit tersebut adalah relate dengan jenis poisoning ape? Then excludekan mana-mana diagnosis yang tak tepat melihat kepada case yang berlaku.
  2. Then, how to prove. Bila dah dapat tau ape diagnosis penyakit tu kene la buat investigation to prove the diagnosis. Untuk pastikan diagnosis tu tepat.
  3. The expectation on the patient. Means kene jangka clinical picture yang akan berlaku berdasarkan poisoning yang kita dah diagnose tadi dan jugak complication dia.
  4. The management. Camana kita nak manage poisoning tu samada nak bagi emergency treatment ke (first aid), bagi elimination pakai emetic, gastric lavage, charcoal or cathartic. Antidote ke atau ubat2 lain....

Cam cerita House MD lak kan? Apepun bila selalu sangat tak boleh jawab ape yang dr tanya tadi tu teringat kata-kata cikgu bio kitaorang masa kat INTEC dulu, Mr Robert. Katanya “Dont study too hard ha! Just enough to be a doctor.” Hihi tak taulah ape yang dimaksudkan oleh Mr Robert tu, samada taknak kitaorang ni rajin sangat or taknak kitaorang blajar terlampau kuat sampai takder life lain or mmg dia taknak tengok orang Islam ni jadi doktor yang hebat. Tapi bila fikir balik, penting sebenarnya bila kita dah menceburi sesuatu bidang itu untuk betul2 master dalam bidang yang kita ceburi. Tak kisah la kita sebagai doktor ke, engineer ke accountant ke (sebab skrg ada dua orang pelajar uk datang ziarah ke mesir. Sorang bakal accountant, Shahbi dan sorang bakal engineer, Al) dan lain-lain lagi. Selagi kita ni sebagai seorang muslim, penting untuk kita mendalami bidang kita tu kerana kitalah yang akan diharapkan dan menjadi rujukan orang-orang Islam yang lain dalam bidang yang kita ceburi tu. Termasuklah mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang agama. Lagi la... kene betul-betul dalami ilmu tersebut kerana mereka lah yang akan diharapkan menyelesaikan masalah-masalah umat Islam dalam pelbagai bidang. So mulai hari ni blaja la betul2 ye. “Emm ape lagi? Pi la studi bukak buku tu!!” “hihi jap. Habiskan dulu ape yang nak dicerita ni.” Dafayah ooo dafayah...

Tahu ape tu dafayah? Dafayah ni kira cam sakhanah atau heater la. So semalam selepas solat Isyak kat Masjid Azhar, kami berempat ana, Akmal, Idil dan Mat pun berjalan-jalanlah di sekitar atabah untuk cari dafayah bi mirwahah. Jalan punya jalan tak jumpa-jumpa dafayah yang dimaksudkan, mungkin dah habis kot as ramai jugak dak-dak medic yang beli dafayah tu, yang pioneer beli dafayah jenis tu Hamdan dan Iqbal la. Emm cari-punya cari membawa kami ke sebuah kedai ni... Tanyalah penjual tu “Endak dafayah bil mirwahah, Fresh?” “Oooh maujud” huhu lega hati. “Emm bikam?(berape)” “270le!” huhu mahalnya!! Hamdan beli murah je arituh. 230 sumthing je. Junior beli baru ni pun dalam 250 je kot(tak pasti) then kami pun tawar mintak turunkan harga. (biasalah orang melayu ni, kat sini nak je tawar yang lain nak je yang manis) last-last dapat lah kami harga 250le. Dah ittifaq(setuju) dengan penjual tu untuk beli dua set kitaorang pun tunggu la brother tu pi ambik barang tu kat makhzan (stor) sambil tunggu tu, kitaorang tengoklah masyarakat di sekeliling... “aik kenapa sugul je pakcik2 ni?sedih semacam jer” Dalam hati kami maybe diaorang sedang sedih sebab Al Ahly kalah bola dengan Ismailiya hari ni kot. Dah la 3-0 tu. Idil pun tanya sorang pakcik tu “Enta tahzan ya ammu?(Pakcik sedih k)” “Oooh (ye)” jawab pakcik tu. “Leih? Aasyan ahly ya’ni?(Sebab ape? Sebab ahly ke?)” “Yer sebab ahly la... sedihnyer kami” huhu pakcik ni biar betul sedih camtu sekali. Kalah skali je pun. Dah berapa tahun dah ahly tak pernah kalah. Lagipun main bola je pun . bukan mati ke ape. Tapi tulah realiti yang berlaku kat mesir ni. Fanatik bola sepak tu mmg ketara. Cam sebahagian dari hidup mereka. Kalau ada match ape2 time nak masuk waktu maghrib tu dah ramai yang berkumpul kat ahwah (kedai kopi) untuk tengok siaran langsung perlawanan tersebut. Tak diendahkan dah azan maghrib yang berkumandang. Dan bila menang pasukan diaorang akan riuh lah jalan raya dengan bunyi hon dan kibaran bendera pasukan mereka dan kalau kalah pun still bising jugak. Tengok kan cam tu, teringatlah kat Malaysia camana.. emm lebih kurang je kot. Tapi takder la fanatik sangat. Rugi yer. main bola...kalau betul niatnyer. Nak riadah, nak sihatkan badan, nak rapatkan ukhwah kalau betul caranya akan jadi ibadah tapi kalau dengannya berlaku pergaduhan, ramai tinggalkan solat, rasa jauh dari Tuhan maka automatik jadi haram dan maksiat... moga kita tak lalai la dalam melakukan sesuatu.

Em kembali cerita dafayah tadi. Tak lama lepas tu brother tu pun datang balik. “aik mana dafayah tu?” “Emm afwan akhi, dafayah khalis(Sorry la akhi, heater tu dah habis dah)” ala... buang karen tul akhi ni.. punya la lama sembang. Tengok bola sampai habis, tawar menawar last2 takder stok plak.Hai.. ujian... J kembali la kami bergerak ke kedai yang lain plak. Sampai satu kedai tu. Tanya-tanya brother yang jaga tu,

“ada dafayah?”

“ada!(huh lega-lega)”

“Berapa harga?” “270LE!”

“(Jugak?) takleh kurang ke?)”

“Takleh!” dengan bongkaknya.

Ayyak pakcik ni...takleh nak tolak ansur ke? Kami pun cerita la tadi kitaorang jumpe harga 250 je tapi sayang takder plak. Jawab brother tu “aku beli dengan 260 then nak jual 270. kau mintak 250 lak. Logik ke?”

Huhu pakcik! Takkan lah banyak tu je untung yang diambilnyer.

Last-last dia bagi 265LE tapi memandangkan perangai brother ni camni. Tak friendly langsung. Ana cakap yang lain “tak bestnyer kalau bagi duit kat orang bongkak cam ni” akhirnya kitaorang pun ambik keputusan nak jalan lagi cari yang lain. Akhirnya membawa kami ke sebuah kedai dekat dengan simpang. Kebetulan adalah dafayah yang dimaksudkan kat situ. Tanya harga. 260LE emm malas nak sembang lagi tawar menawar lain kami stuju nak angkat je yang satu tu memandangkan mmg kedai tu ada satu je.

Angkat lah dafayah yang dibeli tu dan dengan menaiki sebuah teksi kami pun sampai di rumah. “Emm ape lagi, pasanglah dafayah tu” Dengan hati gembira dan harapan menggunung agar lepas ni takderla lagi yang mengadu kesejukan kami pun pasanglah dafayah yang dibeli...”Alaaa tak panas sangat pun” “Sabarlah baru pasang tu, nanti panas la kot”pujuk suara yang lain. Selepas setengah jam menunggu...huhu mmg kami kene scam jugak.... tak panas sangat dafayah ni. still sejuk jugak walau tak sejuk sangat. Dafayah...dafayah. dan akhirnya ketika blog ini ditaip, Akmal, Idil dan Mat sedang berada di attaba untuk menukar dafayah tu dengan dafayah yang baru... emm key la dah lewat dah ni. nak studi lagi.... hingga jumpe lagi yer. blaja rajin2.... Rabbuna ma3ak. Jazakumullah Khairan Kathira...

1 comment:

shie said...

hehe...best baca cerita ni, saje nak kongsi ni...kalau kristian orthodox memang sambut krismas 7 january, kristian katolik dan protestant sambut krismas 25 disember..kalau x salah la...pepun sabar lah ek dgn heater tu...:)