Thursday, February 22, 2007

Perginya Seorang Teman...

Perginya Seorang Teman...
Gambar kebas dari Frenster.hihi
"Salman Amiruddin!" Begitulah nama yang diperkenalkan semasa kali pertama bertaaruf dengan Abang Salman ketika hari pertama ana dan sahabat-sahabat yang lain tiba di kota Kaherah ni 9 oktober 2003 yang lalu. Tak disangka pertemuan di rumah Abai di hayyul asyir pada waktu itu telah menumbuhkan benih persahabatan yang cukup dikenang dalam hidup. walaupun baru berkenalan namun terasa cukup familiar dan rapat dengan abang yang sorang ni sehingga pernah suatu ketika abg Salman mengatakan yang ana ni seorang yang tak takut pada senior.(tak pasti maksudnya kurang ajar dengan senior or mudah masuk dengan mereka) bukan tak takut Abang Me, mmg ada rasa segan bila bergaul dengan senior tu tapi dengan abg Salman rasa agak berbeza tambah pulak mmg dia seorang yang cepat mesra dengan adik-adik juniornya. Sebagai seorang abg yang cukup senior di sini sememangnya kalau ana ada apa-apa masalah terutamanya kesihatan akan cepat meminta pandangan dan nasihat darinya dan biasanya akan dilayanlah segala kerenah dan pertanyaan yang diajukan tu hinggalah yang bertanya berpuas hati.hihi. apapun tu hanyalah kenangan yang akan terus diingati dan menjadi suatu yang manis untuk kembali dikenang. Apapun buat abang Salman,ampun dan maaf dipinta jika sepanjang perkenalan kita di Mesir ni pernah diri ini membuat sesuatu perkara yang tak berkenan di hati. Moga kita akan bertemu lagi untuk sama-sama meneruskan perjuangan di bumi Malaysia nanti. Teringat kata-kata amanat terakhir abang Salman kepada kami sebelum berpisah. "Pastikan diri kita sedar dan fahami akan tujuan kita berada di sini (Mesir)" yerp tujuan kita di mesir ni, (sebab tu blog ni pun "mencari tujuan dalam hidup") Moga akan dapat di cari dan dicapai insyaAllah. Akhirnya Moga terus maju jaya dan moga apa yang dirancang akan dapat dicapai dan digapai insyaAllah.Kawin nanti jangan lupe yer!!Semua orang pun sayangkan abg Salman, samada kawan2 sebatch, junior2 yang tua mahupun yang muda dan diri ini pun ingin menyatakan bahawa "Inni uhibbuka Fillah ya Akhi.." Jumpa lagi ya!! InsyaAllah...

Sunday, February 18, 2007

Bazaria...

Sedikit iklan daripada YahooGroups Perubatan_Mesir... Rindukan makanan Malaysia? Ubatilah kerinduan anda dengan memeriahkan BAZARIA KPKM. Maklumat Bazaria Hari: 18, 19, 20 &21 Februari 2007 (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu) Masa: 9.30 pagi hingga 10. 00 mlm Tempat: KPKM (Rumah Kelantan di Sabi'lah...) Antara makanan menarik yang menanti anda (untuk dibeli): Nasi Kerabu Nasi Ikan Bakar Roti Canai Karipap Goreng Pisang Kalau-kalau teringin nasi dagang, buah tanjong, jala mas, nek bat, lompat tikam, akok, sama-samalah kita doakan ada dijual sekali tapi tak gerenti... Jom pi makan :)

Demam...

Assalamualaikum wbt...

Apa yang biasa diidamkan oleh orang yang demam?

  • Agar demamnya cepat sembuh.? (kalau dah sembuh nak buat apa plak)
  • Berada di sisi orang yang tersayang agar dapat membelai dan menjaganya sepanjang masa? (kenapalah pi belajar kat oversea?)
  • Moga sakit/demam menjadi kafarah dosa-dosa sebelum ini. (Ameen ya Rabb)
  • Dapat makan sup ayam + bubur nasi dimasak dengan ikan bilis goreng...nyum nyum.
  • Tidur sepanjang hari. Tak buat apa-apa dah. (complete bed rest bak kata Israq)

Biasanya bila sakit-sakit camni kita akan kembali terkenang waktu-waktu sihat kita. “Kalaulah aku sihat bolehlah aku solat sunat banyak-banyak.”

“Kalau aku sihat boleh turun solat kat masjid berjemaah” “Kalau aku sihat boleh aku pi kelas, tuntut ilmu” “Kalau sihat, boleh lah lawat si anu dan si anu. Ziarah sahabat-sahabat”

Banyaknya kerja yang boleh buah KALAU dah sihat. Tapi kerapkali bilamana sudah sihat kita melupakan apa yang kita inginkan tu. Lagha dengan pekerjaan yang tak sepatutnya kita lakukan. Main games, jalan-jalan shopping, bersembang sampai pagi dan lain-lain lagi yang boleh difikirkan. Yang lagha.

Dah lupa nak buat solat sunat. Dah tak turun pun ke masjid untuk solat Tak pi kelas pun! Duk rumah je dan pergi melawatpun sahabat-sahabat untuk eratkan silaturrahim...

Begitulah kita, tidak pernah ambil cakna dengan sabda baginda Rasulullah, peliharalah lima perkara sebelum tiba lima perkara.

Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Sihat sebelum sakit, Lapang sebelum sibuk, Hidup sebelum mati... (tak tau susunannya betuk ke tak)

Apapun moga kita akan sentiasa beringat dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan tunggu tua baru nak beramal. Jangan tunggu miskin baru nak meberi, jangan tunggu sibuk baru nak bekerja, jangan tunggu sakit baru nak buat itu ini. Dan apatah lagi kalau dah mati. Apapun dah tak boleh buat. Terputus segala amal kecuali tiga perkara yang sememangnya kita sedia ma’ruf.

Sedekah jariah, Ilmu yang bermanafaat, Anak yang soleh.

Dan time-time sakit ni jugak, biasanya akan teringatkan lah mak di rumah.Biasanya kalau kami lapan beradik sakit apa-apa maklah dulu yang akan dapat detect. Mak lah dulu yang akan risau dan ambik berat. Lama tak demam di sisi mak. Silap la hari tu balik tak demam.hihi.

K lah, moga Allah jadikan ketidaksihatan ini sebagai suatu kerehatan dan kafarah menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu. Moga cepat juga sembuh untuk menyelesaikan kewajipan yang masih banyak tertangguh. Doakan yer kawan-kawan. Moga terus bersemangat dan bersemangat menghadapi hari yang penuh mehnah dan tribulasi ni....

Jazakumullah khairan kathira...

Friday, February 16, 2007

Ikhlaskan diri dalam beramal...

“Syeikh, Bagaimana untuk kita melatih diri rasa ikhlas di dalam pekerjaan?” Bertanya seorang akhi dalam sessi soal jawab bersama Syeikh Yusof Hasani baru-baru ini.

Syeikh menjawab, “Ikhlas adalah bilamana kamu mengeluarkan dirimu dari dalam dirimu dan kamu dapat melihat sendiri bagaimana keadaan dirimu setelah melakukan perbuatan itu (antara apa yang ana faham kalau sesiapa yang dalam majlis tu punya pemahaman yang berbeza minta diperbetulkan)”

Jawapannya pun macam susah untuk difahami kan? Dan sememangnya persoalan Ikhlas merupakan perkara yang cukup susah untuk difahami dan diamalkan dalam perkejaan yang kita lakukan sehari-hari. Apetah lagi bila syeikh menambah dengan menceritakan tentang seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah Solallahualaihi wasallam, “Ya Rasulullah, apakah itu ikhlas?”

Jawab Rasulullah, “Aku pun tidak mengetahuinya. Nanti akan ku tanyakan kepada Jibril” lalu ditanyakan soalan itu kepada Jibril Alaihissalam. Lalu Jawab Jibril, “Daku pun tidak mengetahui jawapannya, nanti akan ku tanyakan kepada Allah,” lalu apabila soalan itu ditanyakan kepada Allah, berfirman Allah “Sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia daripada rahsia-rahsiaku.(Sirr min asrariLLah)” wallahu a’lam.

Apapun persoalan hati dan perasaan adalah suatu yang cukup sukar untuk dikawal dan dipelihara. Kadang-kadang bila melakukan sesuatu kita sudah merasa dan niatkan di dalam hati, aku lakukan perkara ni ikhlas kerana Allah!! Aku kekelas ni ikhlas kerana Allah! Aku tolong si anu ikhlas kerana Allah namun bila masa berlalu dan apabila apa yang kita lakukan tu menatijahkan sesuatu yang tidak kita ingini kita kecewa.

Kita kecewa bila result kita untuk imtihan lepas tidak memuaskan sedangkan kita dah pergi dah ke kelas hari-hari, awal-awal pagi lagi, studi gila-gila punya dan sebagainya.

Kita kecewa bila orang yang kita bantu dan tolong tu tak menghargai apa yang kita lakukan. Dan di dalam diri mulalah merungut “Apalah minah tu?langsung tak hargai apa yang aku tolong, kalau tak nak balas pun sekurang-kurangnya appreciate la sikit. Ucap terima kasih ke?senyum pun tidak. Harap muka je cantik, akhlak zero!kalau aku tahu camtu tak hingin aku nak tolong!!” (ayat biasa yang kita dengar)

Sedangkan sekiranya betul apa yang telah kita niatkan, ikhlas telah kita praktikkan, keluhan-keluhan itu tidak sepatutnya timbul. Sebaliknya kita redha dengan ketentuan itu dan akan berusaha dengan lebih baik lagi dan kita juga tidak mengharapkan apa-apa dari pertolongan yang kita berikan persetankan apa yang diaorang nak buat apa yang penting Allah terima amalan yang aku lakukan.” Harapan kita kita letakkan pada penilaian Allah bukannya penilaian manusia.

Ana tertarik dengan motto yang digunakan oleh Ustaz Hasrizal dalam web sitenya, ‘Erti Hidup Pada Memberi’ suatu pemberian yang lansung kita tidak memikirkan balasannya. Seperti seorang bapa yang membelikan hadiah kepada anaknya, Gembira si anak bilamana menerima hadiah tersebut,namun gembira lagi si ayah bilamana melihat anaknya gembira dengan hadiah darinya. Begitulah mungkin bentuk ikhlas yang menjadi rahsia itu. Amal yang dilakukan hanyalah mengharapkan redha dan penerimaan oleh Allah.

Pak HAMKA

Sebelum menutup bicara tentang IKHLAS ni, mari kita renungi suatu hadith yang ana petik dari kitab Tasauf Moden karangan Pak HAMKA. Oh yer buat pengetahuan sahabat Pak HAMKA ni lahir pada17 Februari 1908. Seorang Ulama yang memberikan sumbangan yang cukup besar kepada umat Islam Melayu khususnya. (bagaimana kita?). Ana tak pasti riwayat hadis ini walau bagaimanapun sahabat-sahabat boleh checknya kembali.

Manusia yang mula-mula akan kena pertanyaan di Hari Kiamat ada tiga orang:

“Seorang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan, pada waktu itu berfirmanlah Allah,

“Apakah yang sudah engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ketahui itu?”

Ia menjawab, “Ya rabbi, denan ilmu hamba itu, hamba bangun tengah malam (sembahyang) dan hamba berjaga di tepi siang menyampaikan kepada orang yang perlu menerimanya”

Tuhan berfirman “Engkau dusta”

Lalu ditambah oleh Malaikat : “Engkau dusta!! Maksud engkau hanyalah supaya disebut orang engkau seorang yang alim. Memang begitu perkataan orang terhadap dirimu”

Seorang lagi adalah lelaki yang diberikan Allah harta benda, firman Allah; “kamu telah kami beri nikmat, apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat kami itu?”

Dia menjawab “Ya Rabbi, harta benda itu telah hamba sedekahkan tengah malam dan siang hari”

Tuhan pun berfirman, “Engkau berdusta”

Ditambah oleh para malaikat “Engkau berdusta, maksud engkau adalah supaya engkau dikatakan orang seorang yang dermawan dan itulah yang diperkatakan orang tentang dirinya”

Seorang lagi adalah lelaki yang terbunuh di dalam peperangan mempertahankan agama Allah maka berfirman Allah kepadanya, “Apa yang telah engkau lakukan?”

Dijawab olehnya, “Ya Rabbi, engkau suruh hamba berjihad dan hamba ke medan perang dan hamba mati terbunuh”

Firman Allah, “Engkau berdusta”

Ditambah oleh malaikat, “Engkau berdusta, maksudmu hanyalah supaya dikatakan orang engkau gagah berani.” Memang demikianlah yang dikatakan orang tentang dirinya.

Setelah itu rasulullah bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderita api neraka jahannam di hari kiamat.”

Begitulah sedikit kisah tentang ikhlas. Namun apakah bermakna tidak boleh langsung untuk meletakkan matlamat, tujuan dan niat yang lain selain daripada niat untuk mendapatkan redha Allah?

Kita belajar untuk mendapatkan Redha Allah dan dalam masa yang sama ingin menambahkan ilmu dan akhirnya akan disampaikan kepada masyarakat supaya mereka juga berilmu dan akan mendapat hidayah daripada Allah.

Kita bercinta dengan seseorang kerana Allah namun dalam masa yang sama kita memasang niat agar pernikahan dan rumahtangga yang dibina akan melahirkan jundullah dan pejuang-pejuang Allah yang akan menegakkan agamaNya.

Ana tak pasti apakah boleh untuk kita menetapkan niat sedimikian, mungkin sahabat-sahabat punya pendapat sendiri yang boleh dikongsi bersama namun jika diikutkan pendapat ahli-ahli sufi dan mereka yang dekat dengan Allah, tidak boleh untuk menetapkan niat lain selain daripada niat kerana Allah walaupun niat-niat sampingan. ‘ala kulli hal... tidak perlu mengambil pendapat yang begitu syadid dalam beramal cukuplah bilamana kita lakukan sesuatu pekerjaan yang baik kita tahu ada balasannya di akhirat kelak, di sisi Allah dan kita lakukan yang terbaik agar balasan yang diterima kelak adalah juga yang terbaik. Bukan di sisi manusia namun disisiNya insyaAllah.

Moga kita dijauhkan Allah dari sifat-sifat yang tidak ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Takutkan? jika apa yang kita lakukan yang pada mulanya kita sangka kita telah melakukan kebaikan namun kerana sikap tidak ikhlasnya kita amalan kita itu tidak diterima bahkan mengundang murka dan azab dariNya. Moga tejaga hati kita...

“Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hati hambaMu pada agama dan ketaatan kepadaMu.Ameen...”

Monday, February 12, 2007

Kisah tentang Teddy...

Maka sampailah kepada Ustaz Fauwaz soalan yang berbunyi (lebih kurang)... "Ustaz, apakah hukum menyimpan patung seperti teddy bear di rumah?"
Dijawab oleh ustaz Fauwaz: Jadi dikatakan oleh alim ulama, haram untuk kita menyimpan patung di dalam rumah kerana ia akan menghalang masuknya malaikat rahmat ke dalam rumah. Hanya dibolehkan untuk menyimpan anak-anak patung sebagai permainan oleh budak-budak perempuan yang belum baligh maka bagi mereka yang telah baligh tidak dibolehkan.kalau masih ingin menyimpan anak patung tersebut perlulah memotong kepalanya atau mana-mana anggota dari patung tersebut.
"ala.. tak lawa la lagi ustaz. Itu bagi patung yang kecil ke besar ustaz?"
"Besar atau kecil sama juga. Kalau still nak simpan maka potong kepalanya.Kamu sebenarnya dah besar untuk bermain dengan anak-anak patung itu tapi naluri kamu masih kebudak-budakkan."
"Ustaz kalau dah potong tu nak simpan kepala ke badan dia?" bertanya seorang pelajar lelaki
"Terpulang nak simpan yang mana"
So boleh ke simpan teddy bear ni??? Wallahu a'lam. Tanyakanlah kepada alim ulama di tempat sahabat2. cuma yang dikesalkan kadang-kadang sikap kta dalam meminta fatwa yang kalau boleh nakkan yang sesuai dengan apa yang kita mahukan.Kalau tak jumpa pendapat yang mengatakan sesuatu itu boleh dilakukan maka kita akan terus bertanya dan bertanya sehingga suatu masa kita mendengar pendapat mengatakan "perkara ini harus untuk kita lakukan" Ikhlaskan diri dalam beramal dan praktikkan lah ISLAM secara apa yang dibawa oleh Rasul kita dalam kehidupan seharian insyaAllah.cuba fikir-fikirkan ye. Moga kita sentiasa dilindungi olehNya. Ilalliqa'
PS: Perbincangan lain ttg patung ni boleh rujuk site ini. http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/2034.html
Wah selsema makin teruk, badan makin panas. Doakan sihat2 je ye. JZKK

Berasa Izzah dengan Islam

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk mencoretkan sesuatu di sini. Dan Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu tidak berkuliah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti akhirnya kita kembali ke kuliah untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Apapun cuti kali ni mmg cukup padat dan bermanafaat bila dihisab kembali. Banyak pengalaman, banyak suka duka dan diri sendiri banyak belajar dan makin mengenal asam garam kehidupan. Apapun yang penting segala yang berlaku ada hikmahnya dan moga Dia memaafkan segala dosa-dosa kita. Kuliah Syeikh Yusof Al Hasani. Jumaat lepas alhamdulillah berkesempatan untuk mengumpulkan pelajar-pelajar PERUBATAN sekitar kaherah untuk bersama-sama mendengar kalam tasyji' daripada Syeikh Yusof Al Hasani.Banyak jugaklah nasihat yang diberikan oleh Syeikh dalam pertemuan ringkas tu terutamanya tentang peranan peelajar-pelajar perubatan dan apa yang patut mereka lakukan bila mereka telah bergelar doktor nanti. Kata beliau, "Seorang doktor wajib untuk praktikkan Islam dalam pekerjaan yang dilakukan dan menonjolkan imej Islam dalam mengubati pesakit mereka kerana dari situ pesakit akan dapat mengenali Islam kerana waktu sekarang ni peluang untuk ustaz-ustaz dan syeikh-syeikh untuk berdakwah kepada masyarakat adalah terbatas kerana lebih tertumpu di kawasan-kawasan masjid dan sekolah berbanding doktor yang mmg akan masuk di dalam masyarakat dan masyarakan mencari mereka untuk mendapatkan khidmat" Selain tu ada satu lagi yang ditegaskan oleh Syeikh, mahukan kami berasa izzah bergelar seorang Muslim dan tidak takut untuk mengaku diri sebagai Muslim. Syeikh menceritakan kami sebuah kisah di mana seorang kristian yang telah bertemu dengan seorang lelaki Muslim di nite club. Dilihat Muslim itu sedang mabuk2 minum arak. Dia bertanya "Apa agamamu?" jawabnya "Saya seorang Muslim" Ditanya lagi "bukankah di dalam Islam seseorang tidak boleh meminum arak" "ye saya seorang Muslim tetapi mungkin saya bukanlah seorang muslim yang baik" So si kristian ni agak terkejut mendengar jawapan si Muslim tadi dan taajub dengan Islam yang walaupun lelaki tadi tidaklah seorang yang baik dan tidak mengamalkan Islam dengan cara sepatutnya namun dia tetap berbangga dengan agama yang dianutinya dan akhirnya membawa si kristian tadi berjumpa dengan syeikh dan menganut Islam. So teruslah berasa Izzah dan hebat dengan diri sebagai seorang Muslim walaupn kita kadang-kadang dilabel sebagai terrorist, irhabiyyin sebagainya namun kita menyedari bahawa deen yang kita anuti ini adalah yang paling benar di sisiNya, Keylah sekadar mencoret sesuatu. nak ke kuliah plak. Jumpa lagi insyaAllah. Ilalliqa' Assalamualaikum wbt... PS: Oh yer hari ni 12 Februari 2007 bermakna sudah 48 tahun lamanya Syeikh Hasan Al Banna meninggalkan kita. Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat olehNya dan moga roh perjuangannya akan trus subur di hati-hati para pejuang yang cintakan Islam. Jom baca entry Ustaz Hasrizal berkaitan dengan dirinya. http://saifulislam.com/v2/2007/02/12/176/#more-176

Sunday, February 4, 2007

Seminar perubatan mesir 2007...

Seminar perubatan mesir 2007
TEMA: Ibadah pesakit
Para peserta yang telah berdaftar dengan sukacitanya dijemput hadir ke seminar yang julung kali diadakan di Bumi Mesir Terhad kepada peserta berdaftar
Tarikh: 5 dan 6 Februari 2007
Masa: 7.30 am hingga 5pm
Tempat: Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah, Mesir
Kajian mendapati ramai pesakit tidak menunaikan solat semasa berada di wad serta kurang mengambil berat terhadap ibadah yang wajib dilakukan mereka” UTUSAN MALAYSIA,9 SEPT“Pegawai agama yang terlatih bukan sahaja boleh membantu pesakit menunaikan kewajipan agama, malah mampu memberi nasihat dan sokongan moral’’
Tentatif hari pertama:
7.30am Pendaftaran
7.30am Hikmah Di Sebalik Sakit dan Penyakit
8.45am Ucaptama: “Memori Az-Zahrawi”
9.15am Survey: “Ibadah Solat di Kalangan Pesakit Malaysia”
10.30am Rukhsah Dalam Ibadah– Peranannya Dalam Menggalakkan Pesakit Beribadah
11.00pm Kekangan Fizikal Bagi Pesakit Dalam Beribadah
1.00pm Ibadah Pesakit : Bersuci
2.00pm Thaqafah Pengamal Perubatan:- Satu Keperluan
4.00pm Tentative hari kedua:Memimpin Ibadah : Peranan pengamal perubatan
8.15am Ibadah Pesakit : Solat
8.45am Ibadah Pesakit : Puasa
10.15am Modification of Oral Hypoglycemic Therapy During Ramadhan in Diabetes Mellitus
11.15am Forum: Integrasi Golongan Ulama & Profesional Dalam Arus Perdana Malaysia
Para peserta yang telah menghantar nama dan bayaran sebelum ini dikehendaki mendaftar kehadiran di hadapan dewan pada hari pertama seminar seawal 7.30am untuk melicinkan perjalanan majlis dengan memakai pakaian rasmi yang sesuai.Ajk yang bertugas dikehendaki mendaftar kehadiran pada pada pukul 7.15 am. Semua peserta akan mendapat sijil, fail yg lengkap dan tag nama semasa pendafaran. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasihSila hubungi Mohd Faizal bin Nor Azmi jka ada sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran di talian 0121814732.

Sedikit update

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah. segala puji bagiNya yang masih memberikan kehidupan di dunia sebagai seorang MUSLIM yang berIMAN. Alhamdulillah selamat pulang daripada jaulah ke sinai memusyrifkan para akhawat medic yang rata-ratanya memang mudah dikawal dan memberikan kerjasama yang sebaiknya. Mudah-mudahan perkara baik sebegitu akan berterusan bagi memastikan kelangsungan kerjasama yang baik antara ikhwah dan akhawat PERUBATAN bagi menjamin kebajikan ahli-ahli terjaga. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dikutip dari jaulah kali ni tapi masih belum berkesempatan untuk berkongsi di sini. Sekembali dari Sinai sibuk mengikuti Festival Keluarga PERUBATAN dan menguruskan hal berkaitan Seminar Ibadah Pesakit yang bakal berlangsung 5-6 Februari ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Kesimpulan yang boleh diambil pada REHLAH kali ni mungkin, dalam berehlah ini kita perlu;


R - Rajin,
E
- Emosi, perlu sentiasa dijaga kerana ketika berehlah kita akan kerap diuji
H
- Hati-hati dalam setiap langkah dan perlakuan kita agar tak menyinggung orang sekeliling.
L
- Letih, memang meletihkan namun jika dapat dibalas dgn kesedaran dan keinsafan. Itulah yang terbaik
A
- Akhlak, Walau cantik paras rupa namun jika akhlaknya tiada maka hilanglah serinya...
H
- Hebat. tahniah buat peserta rehlah yang kalau diikutkan mmg diluar jangkaan para musyrif


Mungkin seusai Seminar Ibadat Pesakit ini ana ada masa untuk bercerita di sini.Apapun pohon doa dari kalian agar apa yang diusahakan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan moga semuanya dikira sebagai suatu amal soleh yang diterima di sisiNya.

Jumpa lagi Biiznillah...

Jazakumullah Khairan Kathira...