Sedikit update
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah. segala puji bagiNya yang masih memberikan kehidupan di dunia sebagai seorang MUSLIM yang berIMAN. Alhamdulillah selamat pulang daripada jaulah ke sinai memusyrifkan para akhawat medic yang rata-ratanya memang mudah dikawal dan memberikan kerjasama yang sebaiknya. Mudah-mudahan perkara baik sebegitu akan berterusan bagi memastikan kelangsungan kerjasama yang baik antara ikhwah dan akhawat PERUBATAN bagi menjamin kebajikan ahli-ahli terjaga. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dikutip dari jaulah kali ni tapi masih belum berkesempatan untuk berkongsi di sini. Sekembali dari Sinai sibuk mengikuti Festival Keluarga PERUBATAN dan menguruskan hal berkaitan Seminar Ibadah Pesakit yang bakal berlangsung 5-6 Februari ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Kesimpulan yang boleh diambil pada REHLAH kali ni mungkin, dalam berehlah ini kita perlu;
R - Rajin,
E - Emosi, perlu sentiasa dijaga kerana ketika berehlah kita akan kerap diuji
H - Hati-hati dalam setiap langkah dan perlakuan kita agar tak menyinggung orang sekeliling.
L - Letih, memang meletihkan namun jika dapat dibalas dgn kesedaran dan keinsafan. Itulah yang terbaik
A - Akhlak, Walau cantik paras rupa namun jika akhlaknya tiada maka hilanglah serinya...
H - Hebat. tahniah buat peserta rehlah yang kalau diikutkan mmg diluar jangkaan para musyrif
Mungkin seusai Seminar Ibadat Pesakit ini ana ada masa untuk bercerita di sini.Apapun pohon doa dari kalian agar apa yang diusahakan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan moga semuanya dikira sebagai suatu amal soleh yang diterima di sisiNya.
Jumpa lagi Biiznillah...
Jazakumullah Khairan Kathira...
No comments:
Post a Comment