Ikhlaskan diri dalam beramal...
“Syeikh, Bagaimana untuk kita melatih diri rasa ikhlas di dalam pekerjaan?” Bertanya seorang akhi dalam sessi soal jawab bersama Syeikh Yusof Hasani baru-baru ini.
Jawapannya pun macam susah untuk difahami kan? Dan sememangnya persoalan Ikhlas merupakan perkara yang cukup susah untuk difahami dan diamalkan dalam perkejaan yang kita lakukan sehari-hari. Apetah lagi bila syeikh menambah dengan menceritakan tentang seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah Solallahualaihi wasallam, “Ya Rasulullah, apakah itu ikhlas?”
Apapun persoalan hati dan perasaan adalah suatu yang cukup sukar untuk dikawal dan dipelihara. Kadang-kadang bila melakukan sesuatu kita sudah merasa dan niatkan di dalam hati, aku lakukan perkara ni ikhlas kerana Allah!! Aku kekelas ni ikhlas kerana Allah! Aku tolong si anu ikhlas kerana Allah namun bila masa berlalu dan apabila apa yang kita lakukan tu menatijahkan sesuatu yang tidak kita ingini kita kecewa.
Kita kecewa bila result kita untuk imtihan lepas tidak memuaskan sedangkan kita dah pergi dah ke kelas hari-hari, awal-awal pagi lagi, studi gila-gila punya dan sebagainya.
Kita kecewa bila orang yang kita bantu dan tolong tu tak menghargai apa yang kita lakukan. Dan di dalam diri mulalah merungut “Apalah minah tu?langsung tak hargai apa yang aku tolong, kalau tak nak balas pun sekurang-kurangnya appreciate la sikit. Ucap terima kasih ke?senyum pun tidak. Harap muka je cantik, akhlak zero!kalau aku tahu camtu tak hingin aku nak tolong!!” (ayat biasa yang kita dengar)
Sedangkan sekiranya betul apa yang telah kita niatkan, ikhlas telah kita praktikkan, keluhan-keluhan itu tidak sepatutnya timbul. Sebaliknya kita redha dengan ketentuan itu dan akan berusaha dengan lebih baik lagi dan kita juga tidak mengharapkan apa-apa dari pertolongan yang kita berikan “persetankan apa yang diaorang nak buat apa yang penting Allah terima amalan yang aku lakukan.” Harapan kita kita letakkan pada penilaian Allah bukannya penilaian manusia.
Ana tertarik dengan motto yang digunakan oleh Ustaz Hasrizal dalam web sitenya, ‘Erti Hidup Pada Memberi’ suatu pemberian yang lansung kita tidak memikirkan balasannya. Seperti seorang bapa yang membelikan hadiah kepada anaknya, Gembira si anak bilamana menerima hadiah tersebut,namun gembira lagi si ayah bilamana melihat anaknya gembira dengan hadiah darinya. Begitulah mungkin bentuk ikhlas yang menjadi rahsia itu. Amal yang dilakukan hanyalah mengharapkan redha dan penerimaan oleh Allah.
Sebelum menutup bicara tentang IKHLAS ni, mari kita renungi suatu hadith yang ana petik dari kitab Tasauf Moden karangan Pak HAMKA. Oh yer buat pengetahuan sahabat Pak HAMKA ni lahir pada17 Februari 1908. Seorang Ulama yang memberikan sumbangan yang cukup besar kepada umat Islam Melayu khususnya. (bagaimana kita?). Ana tak pasti riwayat hadis ini walau bagaimanapun sahabat-sahabat boleh checknya kembali.
Manusia yang mula-mula akan kena pertanyaan di Hari Kiamat ada tiga orang:
“Seorang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan, pada waktu itu berfirmanlah Allah,
“Apakah yang sudah engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ketahui itu?”
Ia menjawab, “Ya rabbi, denan ilmu hamba itu, hamba bangun tengah malam (sembahyang) dan hamba berjaga di tepi siang menyampaikan kepada orang yang perlu menerimanya”
Tuhan berfirman “Engkau dusta”
Lalu ditambah oleh Malaikat : “Engkau dusta!! Maksud engkau hanyalah supaya disebut orang engkau seorang yang alim. Memang begitu perkataan orang terhadap dirimu”
Seorang lagi adalah lelaki yang diberikan Allah harta benda, firman Allah; “kamu telah kami beri nikmat, apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat kami itu?”
Dia menjawab “Ya Rabbi, harta benda itu telah hamba sedekahkan tengah malam dan siang hari”
Tuhan pun berfirman, “Engkau berdusta”
Ditambah oleh para malaikat “Engkau berdusta, maksud engkau adalah supaya engkau dikatakan orang seorang yang dermawan dan itulah yang diperkatakan orang tentang dirinya”
Seorang lagi adalah lelaki yang terbunuh di dalam peperangan mempertahankan agama Allah maka berfirman Allah kepadanya, “Apa yang telah engkau lakukan?”
Dijawab olehnya, “Ya Rabbi, engkau suruh hamba berjihad dan hamba ke medan perang dan hamba mati terbunuh”
Firman Allah, “Engkau berdusta”
Ditambah oleh malaikat, “Engkau berdusta, maksudmu hanyalah supaya dikatakan orang engkau gagah berani.” Memang demikianlah yang dikatakan orang tentang dirinya.
Setelah itu rasulullah bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka itulah makhluk yang mula-mula sekali akan menderita api neraka jahannam di hari kiamat.”
Begitulah sedikit kisah tentang ikhlas. Namun apakah bermakna tidak boleh langsung untuk meletakkan matlamat, tujuan dan niat yang lain selain daripada niat untuk mendapatkan redha Allah?
Kita belajar untuk mendapatkan Redha Allah dan dalam masa yang sama ingin menambahkan ilmu dan akhirnya akan disampaikan kepada masyarakat supaya mereka juga berilmu dan akan mendapat hidayah daripada Allah.
Kita bercinta dengan seseorang kerana Allah namun dalam masa yang sama kita memasang niat agar pernikahan dan rumahtangga yang dibina akan melahirkan jundullah dan pejuang-pejuang Allah yang akan menegakkan agamaNya.
Ana tak pasti apakah boleh untuk kita menetapkan niat sedimikian, mungkin sahabat-sahabat punya pendapat sendiri yang boleh dikongsi bersama namun jika diikutkan pendapat ahli-ahli sufi dan mereka yang dekat dengan Allah, tidak boleh untuk menetapkan niat lain selain daripada niat kerana Allah walaupun niat-niat sampingan. ‘ala kulli hal... tidak perlu mengambil pendapat yang begitu syadid dalam beramal cukuplah bilamana kita lakukan sesuatu pekerjaan yang baik kita tahu ada balasannya di akhirat kelak, di sisi Allah dan kita lakukan yang terbaik agar balasan yang diterima kelak adalah juga yang terbaik. Bukan di sisi manusia namun disisiNya insyaAllah.
Moga kita dijauhkan Allah dari sifat-sifat yang tidak ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan. Takutkan? jika apa yang kita lakukan yang pada mulanya kita sangka kita telah melakukan kebaikan namun kerana sikap tidak ikhlasnya kita amalan kita itu tidak diterima bahkan mengundang murka dan azab dariNya. Moga tejaga hati kita...
“Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hati hambaMu pada agama dan ketaatan kepadaMu.Ameen...”
No comments:
Post a Comment