Perginya Seorang Teman...
Perginya Seorang Teman...
"Salman Amiruddin!" Begitulah nama yang diperkenalkan semasa kali pertama bertaaruf dengan Abang Salman ketika hari pertama ana dan sahabat-sahabat yang lain tiba di kota Kaherah ni 9 oktober 2003 yang lalu. Tak disangka pertemuan di rumah Abai di hayyul asyir pada waktu itu telah menumbuhkan benih persahabatan yang cukup dikenang dalam hidup. walaupun baru berkenalan namun terasa cukup familiar dan rapat dengan abang yang sorang ni sehingga pernah suatu ketika abg Salman mengatakan yang ana ni seorang yang tak takut pada senior.(tak pasti maksudnya kurang ajar dengan senior or mudah masuk dengan mereka) bukan tak takut Abang Me, mmg ada rasa segan bila bergaul dengan senior tu tapi dengan abg Salman rasa agak berbeza tambah pulak mmg dia seorang yang cepat mesra dengan adik-adik juniornya.
Sebagai seorang abg yang cukup senior di sini sememangnya kalau ana ada apa-apa masalah terutamanya kesihatan akan cepat meminta pandangan dan nasihat darinya dan biasanya akan dilayanlah segala kerenah dan pertanyaan yang diajukan tu hinggalah yang bertanya berpuas hati.hihi. apapun tu hanyalah kenangan yang akan terus diingati dan menjadi suatu yang manis untuk kembali dikenang.
Apapun buat abang Salman,ampun dan maaf dipinta jika sepanjang perkenalan kita di Mesir ni pernah diri ini membuat sesuatu perkara yang tak berkenan di hati. Moga kita akan bertemu lagi untuk sama-sama meneruskan perjuangan di bumi Malaysia nanti. Teringat kata-kata amanat terakhir abang Salman kepada kami sebelum berpisah. "Pastikan diri kita sedar dan fahami akan tujuan kita berada di sini (Mesir)" yerp tujuan kita di mesir ni, (sebab tu blog ni pun "mencari tujuan dalam hidup") Moga akan dapat di cari dan dicapai insyaAllah.
Akhirnya Moga terus maju jaya dan moga apa yang dirancang akan dapat dicapai dan digapai insyaAllah.Kawin nanti jangan lupe yer!!Semua orang pun sayangkan abg Salman, samada kawan2 sebatch, junior2 yang tua mahupun yang muda dan diri ini pun ingin menyatakan bahawa "Inni uhibbuka Fillah ya Akhi.."
Jumpa lagi ya!! InsyaAllah...
5 comments:
perginya seorang teman sebab berumah tangga ye dr?
eh tak lah.akhi ni dah balik malaysia...dah grad n najah pun. Diri sendiri pun lagi 3 tahun akan melalui suka duka di bumi Mesir ni.Moga terus sabar...doakan ye!!
ana doa sokmo...kahwinlah truslah kat mesir tu...hehehe
eh,ana gurau je dr.kadir..tersasul plak...
hihi lepas dua hari baru sedar tersasul yer? doakanlah yang terbaik yer ukhtie.
Post a Comment