Tuesday, July 17, 2007

Orang Asing...

Seminggu dua ini saya kerap ke mator (lapangan terbang), samada untuk menghantar sahabat-sahabat sendiri yang pulang untuk bercuti di Malaysia sepanjang summer ni ataupun menjadi musyrif menghantarkan adik-adik yang akan pulang dengan tujuan yang sama. Sedih juga bila melihatkan sahabat-sahabat ni dah pulang.

Pertama, sebab ditinggalkan di Mesir, negara yang penuh Musibah, Sabar dan Redha ni. Kedua, kerana diri sendiri amat rindukan keluarga di Malaysia. Mudah-mudahan Dia memberi keizinan untuk saya pulang pada tahun hadapan. InsyaAllah...

Apapun untuk masa yang terhad ini, saya ingin membawa sahabat-sahabat merenung betapa fitrah manusia sememangnya sayangkan kepada tempat asalnya. Mereka akan cuba untuk sampai/pulang ke tempat asal mereka kerana bagi mereka di sana lah tanahair mereka tempat, adanya orang-orang yang mereka sayangi dan sebagainya. Jika disuruh untuk tinggal berjauhan meninggalkan tanah air tercinta buat selama-lamanya mungkin mereka tidak akan sanggup untuk berbuat demikian apatah lagi di negara sepertinya Mesir ini... :D (maksud saya dari segi masyarakat dan kondisinya yang agak extreme) Begitulah fitrahnya manusia.

Begitu juga sebagai muslim, kita diajar berkenaan sikap kita mengenai hubungan antara kehidupan kita di dunia ini dengan kehidupan kita di akhirat yang kekal abadi. Kita diajar untuk menganggap kehidupan di dunia ini adalah suatu bentuk pemusafiran dan persinggahan sebelum kita akan kembali ke alam akhirat, tempat asal kita iaitu di syurga Allah, tempat diciptakan adam dan hawa, tempat yang sepatutnya kita rindui untuk kembali kepadanya, untuk pulang ke sana.

Hadith ke-40 dari matan arba'ein - "Jadilah kamu di dunia sebagai orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan"


Dunia hanyalah sebagai medan untuk kita mengumpul amal, pahala untuk kegunaan kita di akhirat sana sebagaimana hidupnya kita di perantauan khususnya sebagai seorang pelajar (perubatan plak tu :D) untuk mengumpul dan menimba sebanyak mungkin ilmu untuk diaplikasikan apabila pulang ke Malaysia kelak. Justeru, wajarkah untuk kita lebih banyak memikirkan tentang untung nasib keberadaan kita di dunia ini berbanding memikirkan sejauh mana bekalan yang telah kita persiapkan sebelum kita pulang ke sana. Cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan yer. Dan yang tak kurang pentingnya, malah terlebih penting, biarlah pulangnya kita nanti, akan terus kembali ke syurga dan bukannya perlu singgah sebentar di neraka apatah lagi untuk kekal di dalamnya buat selamanya... Nauzubillah min zalik.

Sama-samalah kita berusaha untuk islahkan diri ya. Baiklah setakat ini dahulu buat kali ini. InsyaAllah ada masa dan ketika kita berkongsi lagi. Tingkatkan amal, mohon kekuatan dariNya setiap masa. Moga kita tergolong dari kalangan hamba-hamba yang dikasihiNya. Oh yer, hari ni hari last bazaria rumah kelantan. Jom pergi ramai-ramai! Jangan lupa, gerai no 2 yer :D Hingga jumpa lagi. Moga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu InsyaAllah...

Jazakumullah Khairan Kathira...

2 comments:

nik_khoir said...

Assalamu'alaikum

Kaifa haluka dik?Mg dr.kadir dan shbt2 disana sentiasa dalam payungan rahmat Allah.Sama2 kita terus berusaha bersungguh2 untuk mencari ilmuNya.Mg menjadi nilaian yang berharga di perkampungan abadi kelak, kerana itulah destinasi sebenar hambaNya.

Alhamdulillah,akak baru habis posting ophthalmology.Baru faham sket entry dr kadir berkenaan ophthal hari tu.Betul kata dr kadir,kbykn mslh mata di sini adalah cataract, DR(diabetic retinopathy) dan glaucoma.InsyaAllah,teruskan perjuangan menuntut ilmuNya.Niatkan hati ikhlas keranaNya,mg setiap langkah kita adalah suatu kebaikan..

Dr Kadir said...

waalaikumussalam wbt kak khoir...

Alhamdulillah ana di sini kheir seadanya. Jzkk atas doa tu dan moga kita akan sama-sama istiqamah pada jalan talabu ilmi ni ye kak khoir.