Saturday, September 15, 2007

Ahlan-ahlan ya Ramadhan...

Assalamualaikum warahmatullah...

Ramadhan tiba lagi... tetamu yang ditunggu-tunggu hampir setahun lamanya. Untuk kembali bertamu mesra dan mudah-mudahan dengan kedatangannya ini akan menambahkan barakah dalam kehidupan kita dan mendekatkan lagi diri dengan Pencipta. Sedar tak sedar, sudah 3 hari dari sepertiga rahmat dari bulan Ramadhan ini telah dilalui, entah bagaimana dan macamana telah kita lalui Ramadhan setakat ini, hanya diri kita sendiri dapat menilah dan memuhasabah diri. Moga-moga kita akan sentiasa menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Justeru tak enak rasanya menghabiskan masa yang lama di hadapan pc ini, sementara banyak lagi amal belum terlaksana. Cuma sedikit catitan untuk dikongsi bersama.

Malam Pertama : Di Masjid Shatbi.

Tidak menyangka untuk memulakan Ramadhan pada tahun ini di Iskandariah. Solat Tarawikh yang dilaksanakan walau ringkas, namun still memberikan kepuasan tersendiri. Apatah lagi saya sendiri agak mengejar masa untuk cepat kembali ke Kaherah, takut-takut tidak ada transport untuk dinaiki. Sementara menunggu Adawiyah dan kawan-kawannya selesai Tarawikh dan bersiap untuk pulang, sempat juga melawat adik-adik junior Medic-Mara yang tinggal di Asrama Perempuan Universiti Iskandariah yang keesokannya berpindah ke asrama lelaki. Kesian juga asalnya melihat diaorang yang terpaksa tinggal di dorm yang agak kecil, breakfast dan dinner yang tidak kena dengan selera yang mungkin tidak setimpal dengan jumlah 220usd yang terpaksa dikeluarkan saban bulan. Namun itulah hakikat tinggal di bumi Mesir yang penuh dengan cabaran,dugaan dan mungkin juga karenah ini. Banyak-banyak bersabar dan tawakkal kepadaNya ye dik. Rabbuna Yusahhil...

Malam Kedua : Masjid Amru.

Hari pertama puasa, saya berjanji dengan ayah kepada kawan kepada adik saya. Ha camana tu? hihi. Dengan ayah Sabihah sebenarnya, ayah kepada seorang junior dari SHAMS. Berjanji dengannya untuk menunjukkan jalan ke penempatan baru pelajar-pelajar tahun satu yang akan tinggal di sana untuk tempoh setahun ini termasuklah adinda saya sendiri. Memang penempatan tersebut agak jauh daripada komuniti senior-senior medic yang sedia ada,dan agak baru dengan tiadanya kemudahan-kemudahan awam yang banyak dan juga transport yang agak sukar didapati, namun as dah jejakkan kaki kat Mesir ni, dan bakal meneruskan hidup 6 tahun di sini, anggaplah semuanya sebagai suatu cabaran dan ujian yang jika dapat dilepasi suatu yang cukup manis dan bermakna dalam diri. Teringat suatu kata-kata " Jika sudah belajar di Mesir, campaklah mereka ke mana-mana pun, InsyaAllah akan dapat menyesuaikan diri dengan baik" So tabah-tabahkanlah diri ya dik. Setelah menunjukkan jalan, saya mohon untuk dihantar pulang untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelancaran Program Ihya Ramadhan peringkat PERUBATAN hari esoknya.

Bahagian dalam masjid Amru


Dan Alhamdulillah pada malamnya dapat meralitkan diri di Masjid Amru, masjid pertama yang dibina oleh sahabat Rasulullah, Amru bin Al Aus sebaik sahaja beliau membuka Mesir ini dengan pemerintahan Islam. Cukup ramai, cukup menenangkan hati. Bukan yang dewasa sahaja yang bertandang untuk mengejar keseronokan bertarawikh, yang kecil pun cuuuuukup ramai, berjubah berkopiah untuk sama-sama belajar melaziminya. Saat saya mengorak langkah ke belakang sesudah solat 8 rakaat ( disini tarawikh hanya dibuat 8 rakaat dan 3 rakaat witir) ada seorang budak, comel berjubah menegur. "Ammu, fi solli thani?" (Pakcik ada solat lagi ya?) mungkin dia dah rasa penat selepas solat tarawikh yang walau hanya 8 rakaat tapi still dapat menghabiskan bacaan sejuzuk Quran selama lebih kurang 2 jam tu. " Na'am, fi solli witr thalasah raka'at. Ruhh solli" (Yerp ada solat witir lagi 3 rakaat, pergilah sembahyang) Seronok betul melihat anak-anak kecil ni yang sejak kecil lagi sudah diasuh untuk mengenal Tuhan (itu yang sepatutnya) Moga bila dah besar nanti akan dapat menyumbang sesuatu untuk Islam. So buat sahabat-sahabat terutamanya adik-adik yang sememangnya tinggal di Fustat, berdekatan dengan masjid Amru ni, ada masa dan rasa rajin tu, datang-datang la sini untuk mengisi malam-malam Ramadhan kita.

Malam Ketiga : Masjid Rawwas

Hari ini saya dan sahabat-sahabat menghabiskan masa di rumah, bertungkus lumus menyiapkan lauk untuk berbuka bagi adik-adik dan kawan-kawan yang lain yang mengikuti program pelancaran Ihya Ramadhan peringkat PERUBATAN di ARMA. Rasanya takda masalah untuk saya tidak menghadirkan diri ke program tersebut walaupun program itu di bawah biro saya sendiri. Ada hal lain yang perlu diselesaikan. Apapun Alhamdulillah semua pun dapat berjalan dengan baik, dan makanan, walau lewat dari jangkaan, (emm bukan jangkaan, tapi dari jadual, sebab dah jangka akan lambat) still dapat sampai kepada individu-individu yang terbabit sebelum berbuka. Apapun terima kasih kepada semua yang terlibat dari awal hingga akhirnya. Lupa nak ambik gambar time masing-masing buat kerja haritu. Kalau tak, boleh letak di sini. Yusri, kalau ada gambar boleh kasi sini ya.

So, hari ini sekali lagi saya berbuka puasa di Fustat, kali ini bersama junior-junior lelaki, selepas nasi siap dimasak dan semuanya siap dibungkus, saya dan Farhan (junior dari alex, ketua UPI Alex) bergegas untuk menghantarkan makanan ke Fustat, kepada adik-adik yang sememangnya menunggu-nunggu makanan tak sampai-sampai :) Tak sempat untuk pulang ke rumah, saya dan Farhan menumpang berbuka puasa di sana. Alhamdulillah... Ala kulli hal .Syukr 'ala kulli nikmah.

Untuk tarawikh, kali ini saya ke Masjid Rawwas, kira-kira 300 meter jauhnya dari rumah.(means tak la jauh sangat) Selesai 4 rakaat, saya terpaksa meninggalkan jemaah kerana mahu menghantar Farhan ke Ramses untuk pulang ke Alex memandangkan kelasnya bermula esok.Sedih juga tak dapat habiskan 8 rakaat hari ni apatah lagi bila melihatkan jemaah yang memenuhi masjid hingga ke luar dewan solat. Suasana yang mungkin cukup sukar untuk kita lihat di Malaysia. Apapun mudah-mudahan saya dapat meluangkan masa lagi untuk bertandang lagi ke sana. Masjid Rawwas sebenarnya salah sebuah masjid Ikhwan Muslimin (IM) di sini, so mungkin sebab itu dia menjadi tumpuan dan suasana di sana lebih meriah dengan kehadiran ramai golongan yang boleh dikatakan pemuda, syabab...

Jadi begitulah sedikit catatan untuk hari-hari awal pencarian rahmah di sepertiga awal bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan segala amal yang dilakukan diterima dan dikira sebagai amal soleh di sisiNya. So, ayuh sahabat-sahabat! gunakan masa yang ada, manfaatkan peluang yang diberikanNya, mudah-mudahan kita dipanjangkan umur dengan keberkatan beramal kepadaNya... Ahlan, ahlan ya Ramadhan!! Kullu Amm waantum Bilkheir...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

3 comments:

admin said...

رمضان كريم
سلام

Anonymous said...

ramadhan mubarak..kullu sanah wa antum bikhoir..rindunya pada bumi anbiya'..

Dr Kadir said...

Ramadhan Kareem. Waent kheir... :D