Wahai hati...
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau, segarkah dikau menempuhi hari-harimu yang semakin sukar ini?
Aku tidak tahu mengapa aku kerap mengingati dirimu kini,
Katanya kau semakin berubah,
Jika dulu engkau sentiasa sibuk dengan zikrullah,
Kedengarannya kini engkau semakin culas dengannya.
Mengapakah begitu wahai hati…?
Jika dulu dirimu sentiasa kelihatan di Masjid,
Di awal waktu, berpakaian suci dan bersih,
Begitu bersegera bertemu Rabbmu Yang Maha Agung.
Namun mengapa kini engkau jarang ke sana?
Jarang sekali.
Cukup jarang…
Kemana dirimu di waktu subuh?
Ketika setiap hamba menyahut seruan Ilahnya,
Mengorak langkah ke masjid, memperbanyak fikir dan zikir.
Kemana dirimu wahai hati.
Jika dulu setiap kata-katamu diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun akan azab dan seksanya,
Mengapa kini cukup mudah engkau mengeluarkan kata?
Cukup mudah engkau bermadah walau songsang maksudnya walau sesat tujuannya.
Wahai hati…
Kesibukan apakah yang melanda dirimu?
Adakah kamu sibuk dengan pelajaranmu
hingga kamu tiada masa untukNya?
Apakah kamu asyik pula memikirkan soal duniamu,
Hingga kamu tidak lagi seronok bersama Rabbmu.
Atau mungkin dirimu terlalu hanyut dalam rasa cinta dan perasaan.
Hingga Dia engkau ketepikan.
Namun sedarkah dirimu,
Pelajaranmu untuk siapa?
Urusan dunia mu menuntut redha siapa?
Dan cinta dan perasaanmu, atas dasar apakah ia dibina?
Insaflah dikau wahai hati.
Insaflah dikau seketika ini dan selamanya…
Duhai hati…
Aku sebenarnya takut.
Aku sebenarnya risau.
Aku sebenarnya gerun.
Aku tidak mahu engkau terus-terusan begini.
Kerana…
Rosak dirimu maka akan rosaklah seluruh diriku.
Sedang baiknya dirimu maka akan eloklah diriku.
Bersegeralah engkau kearah keampunan dan maghfirahNya wahai hati.
Kerana di situ masih ada tempat buat dirimu,
Mencari REDHA ILAHI…
4 comments:
salam..
best sajak ni..nta create ke? :D
salam..
so touching..moga2 hati ini akan sedar akan kelekaan..kelalaian.
dan dari perasaan indah yang membawa kepada dosa..
..thnks 4 da reminder..
moga tabah hadapi hari2 mendatang..
salam ye saya create le...
sihat ye izzah.lama tak dengar khabar berita. dah siap ke bukunya? :)
Assalamu'alaikum..
Doc,
Ana tak siap2 pun lagi buku tu..rasanya kena kawen dulu, baru blh siap buku tu :p sebab skrg lansung takde mood or semangat nak menulis. Memang teruk sangat cik izzah skrg ni huhu.
Post a Comment