Chest round...
Setelah sekian lama tidak berimtihan, semalam adalah exam round pertama saya setelah lebih 2 bulan merehatkan diri. Kali ini imtihan untuk part chest daripada internal medicine. Sudah lama juga sebenarnya saya tidak keluar daripada rumah pada awal pagi memandangkan round hanya bermula pada jam 10:00 pagi, saya hanya akan keluar daripada rumah sekitar jam 9:30. Tapi semalam hari imtihan, seawall jam 7:30 saya telah mengorak langkah untuk ke kuliah berbekalkan tawakkal menduduki imtihan ini dengan sebaiknya.
Setibanya di kuliah, saya terus mendaftarkan diri dengan naib(MO) yang bertugas. Senarai kehadiran ditanda dan dua keping not 5le dikeluarkan. Wang tersebut adalah bayaran yang dikenakan untuk setiap kali menduduki imtihan sebagai sedikit saguhati atau bentuk bantuan kepada pesakit-pesakit yang menjadi bahan eksperimen pada hari itu. Begitu sistem di Mesir, saya tak pasti di tempat lain bagaimana. Setelah menyelesaikan urusan tersebut saya mendapatkan tempat duduk dan cuba membelek-belek lagi buku praktikal di tangan sebelum betul-betul bersedia menduduki imtihan tersebut.
Tidak lama kemudian, seorang naib yang lain pula hadir di muka pintu dan memanggil 8 orang pelajar pertama untuk menduduki imtihan. Tiada orang yang tampil, akhirnya saya sendiri yang pada hakikatnya sudah agak malas untuk membelek-belek buku lagi menjadi orang pertama yang tampil diikuti sahabat-sahabat yang lain. “Ayyak apasal aku bangun dulu ni?” rungut saya di dalam hati . Empat buah stesen saya lalui…
Pertama: Inspection.
Dalam setiap local examination akan ada empat perkara yang akan kita lihat dalam apa jua kes yang kita peroleh, inspection, palpation, percussion dan auscultation untuk kita mencari apa-apa sign yang boleh membantuk kita membuat kepastian berkenaan sesuatu diagnosis yang kita buat terhadap seseorang pesakit.
Untuk inspection saya mendapat seorang pesakit yang menghidap bronchial asthma dan COPD. Keputusan berikut diperoleh.
• Hyperinflated shape
• Symmetry on both side
• Equal, diminished, abdominal-thoraco movement.
• Subcostal angle is obtused
• No skin pigmentation, scar or dilated vein visible
• No visible apical pulsation and have epigastric pulsation.
• Littin’s sign positive and Thrill’s sign is normal
Kedua : Palpation
Untuk palpation alhamdulillah saya mendapat seorang patient yang pernah saya temui sebelum ini, ammu Ali, seorang yang menghidap pleura effusion. Saya mencari sign-sign berikut padanya.
• Diminished movement, equal on the both side.
• Decreased TVF inframammary on the both side.
• No shifted trachea.
• No palpable apical pulsation, the epigastric pulsation comes from below which will be suggested comes from the aorta.
• Tenderness all over the chest.
Ketiga : Percussion
Saya menghafal dengan cukup baik berkenaan clinically important dalam melakukan percussion on the chest anteriorly namun kurang mengambil berat untuk teknik yang sama posteriorly, dan akhirnya untuk imtihan kali ini, saya terkejut apabila patient yang dihadapi telah sedia duduk (tidak berbaring) dan apabila saya membaca arahan yang ada di situ, saya dapati “do the percussion posteriorly”. “Ayyark!!”
Saya hanya mampu mencari satu impaired note di bahagian kiri pesakit tersebut pada kedudukan T7 thoracic vertebra dan tidak dapat menjawab untuk beberapa lagi item-item penting untuk back percussion ini seperti:
• Kronig's isthmus
• Comparative percussion suprascapular, scapular, infrascapular, dan intrascapular
• Tidal percussion jika ada.
Huhu kecewanya saya.
Keempat: Auscultation.
Dan untuk stesen terakhir ini, saya mendapat kes bronchial astma dan COPD juga yang membawa saya menemui sign-sign berikut.
• Harsh versicular breathing (lebih tepat versicular breathing with prolonged expiration)
• Low intensity, equal all over the chest.
• No adventitious sound
• No vocal resonance.
“fuh” Alhamdulillah selesai juga examnya. Resultnya? Saya serahkan dan tawakkal sepenuhnya kepadaNya. Mudah-mudahan tidak la teruk sangat .
Apapun selepas imtihan tersebut memandangkan jam baru menunjukkan jam 9:00 pagi, saya berkeputusan untuk pergi ke round GIT meneruskan aktiviti pembelajaran seperti biasa. Cuma alhamdulillah petang semalam saya sempat memulakan kelas pertama bersama Ustaz Fuad yang saya hormati di bilik Abg Daus. Mengaji kitab tafsir Jalalain dan Minhajul Qawim.
Ada suatu yang ingin dikongsi berkenaan ayat ke 158 surah Al Baqarah ini yang bermaksud:
"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
Menurut ulama-ulama tasauf tentang persoalan mengapa sofa yang disebut dahulu kemudiaan marwa di dalam ayat tersebut? Mereka mengatakan bahawa sofa adalah merujuk kepada kesucian (kebersihan dan kejernihan hati) sementara marwa merujuk kepada memberi minum (mendapat air) Di sini mereka menyimpulkan dalam diri manusia juga dalam seseorang itu menuntut ilmu, penting untuk terlebih dahulu dia menyucikan hatinya terlebih dahulu sebelum dia dikurniakan ilmu (air) yang bermanafaat untuk kehidupan dirinya di dunia dan di akhirat. Cukup menyentuh hati ini, saya tak pasti bagaimana hati saya di kala ini. Penuh dosa dan gelap menanggung dosa yang terhitung atau bagaimana. Wallahu a’lam. Moga Dia tetap memelihara hambaNya ini.
Baiklah, dah jam 8:10 bersedia untuk ke kuliah pula. insyaAllah jumpa lagi di lain masa
Jazakumullah khairan kathira…
2 comments:
memang berlainan sistem di mesir dan di malaysia. di hukm, student xperlu membuat bayaran kepada pesakit kerana semuanye ditanggung oleh pihak universiti.
cara exam pun lain. kalu di mesir, ade 4 stesen yg masing2 untuk inspection, palpation, percussion n auscultation, tapi di hukm exam ini dipanggil short case (sebab buat physical examination saje). kita akan dapat 2 patients untuk kes yang berbeza dan kita dikehendaki memeriksa patinet itu secara keseluruhannye. contoh: patint ade pneumothorax. arahannye, please examine the patient's back. n student kena buat semua, start dari inspection, sampai la ke auscultation...
sekian~
mmg dah agak kat lain takder yang kene bayar cam kat sini.maybe sebab yuran utk kuliah perubatan di sini murah so untuk membantu patient2 ini memerlukan pelajar-pelajar sendiri keluarkan duit. tapi bagus juga. sekurang-kurangnya latih pelajar-pelajar ni untuk bersedekah. Cuma kadang-kadang susah juga bila hari-hari yang tiada duit(cam skrg elaun tak masuk2 lagi) atau time2 patient yang demand nak dapatkan bayaran yang lebih.
Apapun ttg exam tu, yang kali ni hanyalah exam round. untuk final xm akan ada juga short case dan long case di mana untuk short case kita hanya di suruh untuk buat physical examination kat patient tu dan untuk long case, kena ambil history patient tu dari awal, buat physical examination, general and local dan akhirnya dapatkan diagnosisnya, anatomical, atielogical, pathological, functionalnya skali ;)
Post a Comment