Saturday, May 31, 2008

Hypercalcemia dan Addison's disease

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


"Sape sape boleh bagitau macam mana addison's disease boleh menyebabkan hypercalcemia" soal Idil.

Emm macam senang je soalan ni, akan tetapi setelah dibuka buku Dr Ossama dan dibuka juga buku Davidson's yang tebal itu masih lagi tidak ketemu dengan jawapan yang terbaik. Justeru bagaimana Addison's disease, suatu penyakit yang disebabkan oleh kegagalan adrenal gland menghasilkan corticosteroid ini dapat membawa kepada keadaan hypercalcemia.

Umumnya kandungan biasa calcium dalam badan manusia adalah sekitar 9-10.5mg/dL. Kandungan calcium yang tinggi di dalam darah manusia akan membawa kepada simptom-simptom berikut.
  • fatigue
  • confusion
  • nausea
  • vomiting
  • constipation
  • pancreatitis
dan pastinya akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehydration, pencarian di Wikipedia telah menyenaraikan antara faktor-faktor yang membawa kepada hypercalcemia adalah;
  • parathyroid hormone disorders dan malignancy (90% cases)
  • Vitamin D disorders
  • Disorders of bone turnover
  • dan Renal problem
tanpa menyentuh tentang Addison's disease. Maka apabila saya mencari lagi dan menemui laman ini, mengatakan bahawa hypercalcemia boleh berlaku dalam kes Addison's disease kerana berlakunya combination of increased calcium input into the extracellular space and reduced calcium removal by the kidney di mana rendahnya GFR pada aktiviti kidney menyebabkan kurangnya calcium yang masuk kedalam glomerulus dan kemudian banyak pula calcium yang kembali diserap ke dalam darah ketika berada di tubules. Justeru berlakulah hypercalcemia.

Satu lagi kes yang pernah dikaji adalah dalam penerangan berikut yang menyatakan kes hypercalcemia di dalam Addison's disease adalah suatu keadaan yang cukup jarang berlaku.
Apapun sebagai konklusi, tidaklah terlalu penting untuk mengatakan seorang pesakit Addison's disease itu pastinya akan mengalami hypercalcemia, but just put in your mind that whenever you meet a case of hypercalcemia, it might be Addison's disease.

Jadi Idil, itu sahaja penjelasannya. sekian.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

PS: Oh ya, pelajar-pelajar Cairo Univ baru lepas first paper O&G diaorang hari ni. Camana ek korang? Mesti ok je kan.... :)

Oral Pharmacology...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Tadi Apes ada datang ke rumah bertanyakan apa yang ditanya oleh doktor semasa oral pharmacology dua tahun yang lalu. Justeru untuk memudahkan semua, boleh rujuk apa yang ditaip di bawah ini yang merupakan archive saya di blogdrive sebelum ini. Baca je soalan-soalan tu dan abaikan jawapan saya itu jika silap. Buat adik-adik tahun 3 Ain Shams, selamat berusaha dan moga najah dalam oral nanti. Bittaufeeq semua. Chayok...Chayok.

31 Mei 2006....

Hari ni akan teruskan perjuangan untuk pharma ni in amali plak. tak tau kenapa rasa lebih cuak berbanding kertas written dua hari lepas.sedangkan markah untuk amali just 50 sahaja berbanding written xm yang diperuntukkan 150 markah.hhuhu banyak2. ntah berapa la dapat. apepun mungkin atas faktor-faktor ni jugak.

1. tak pernah sentuh lagi soalan - soalan amali as lebih tumpu utk tahriri atau written tu

2. tak pasti bagaimana soalan amali yang akan diberikan. takder briefing yang jelas.

3. Prescription terlalu banyak untuk dihafal dan kelemahan utama ana tak boleh nak hafal sebijik-sebijik so banyaklah yang tak dapat diterjemahkan di atas kertas jawapan...

4. cukuplah 3 kat atas tu :)

Key so dapat lah jawap soalan2 yang diberikan. sayang tak dapat bawak balik kertas soalan. dan seperti dijangka soalan untuk prescription mmg ada yang berlubang jugak. isk sedih jugak. apepun redha insyaAllah.

Kertas amali.

1. General pharmacology,

2. Case about Broncho Asthma... rujuk buku amali

3. Curve

4. Prescription
a) UTI (Urinary tract infection)
b) Congestive Heart Failure
c) Acute Rheumatic Artritis
d) NIDDM
e) Vomiting.

1 Jun 2006 : Oral Session....

Ditakdirkan untuk berduet dengan si Jamal ambil xm oral kali ni. dan Dr yang ditugaskan untuk menyoal kami adalah Dr Ahmad Abdul Solah dan Dr Lubnaa. Dua orang Dr yang langsung berbeza personaliti hihi

Me : Assalamualaykum Dr,
Dr Ahmad: Waalaikumussalam, Ismakayh (awak nama ape)
Me : (Hulurkan kernih kuliah) Tengku Abdul Kadir.
Dr Ahmad : Okey, what are the drugs for Angina?
Me : Oh angina? We have Calcium channel blockers, Beta Blockers and Nitrates
Dr Ahmad : Ok, tell about nitrates.
Me : Nitrate, the action it will bind to nitrate receptor than produce NO2 then inhibit MLCK. So it will make vasodilation.

Dr Ahmad : Ok Jamal what the precaution of nitrate?
Jamal : No answer

Dr Ahmad : You? know the answer?
Me : Emm have to keep it from sunlight, keep it in bottle with cotton. The used of nitrate cannot exceed than 16 hours.The interval between next administration must be more than 8 hours ( tak pasti tul ke tak)

Dr Ahmad : Ok Jamal, what the action of aspirin?
Jamal : It inhibit COX 2 and 1, so have analgesic effect.
Dr Ahmad : What the adverse effects
Jamal : (tak ingat dia jawab ape. jawab dalam arab lak tu hihi)
Dr Ahmad : Paracetamol. action
Jamal : Inhibit COX 3
Dr Ahmad : Why paracetamol is better than Aspirin?
Jamal : Couse it is selective COX 3 inhibitor which has analgesic effect, low adverse effect. than can be used in aspirin allergy, peptic ulcer.
Dr Ahmad : What else ?
Jamal : emmm

Dr Ahmad : You?
Me : Em its better in peptic ulcer, aspirin allergy, high tendency of bleeding patient?
Dr Ahmad : What the action of aspirin make it high bleeding tendency?
Me : Displace warfarin from plasma protein and anti platelet action.

Dr Ahmad : What else anti platelet.
Jamal : PG E2, emm

Dr Ahmad : What else?
Me : PG I2, PG I2 analogue, pentoxyfen, PG E2, Ticlofiban
Dr Ahmad : What the action of ticlofiban?
Me : ( alamak tak ingat) emm it inhibit ADP receptor. (guess)
Dr Ahmad : Ok (hihi betul) what else?
Me : Corticosteroid?
Dr Ahmad : What?
Me : Corticosteroid?
Dr Ahmad : Corticosteroid anti platelet?
Me : Ops nope!! hihi/
Dr Ahmad : Ok thats all. you can go.

Emm tula session ngan Dr Ahmad. tak senyum langsung sepanjang sessi tu, jamal pun sugul je. ana je la yang senyum sorang2 tak berbalas... hhiihi

Key now with Dr Lubnaa.

Me : Assalamulaykum Dr.
Dr Lubnaa : Waalaikumussalam (Smile...Big Smile) Ismakayh?
Me : Tengku Abdul Kadir...
Dr Lubnaa : OOh enta min Malizya?(dari Malaysia ke) Fi haddi fi sobah bardu min Malizya ismuha... (ada sorang pagi tadi jugak dari Malaysia nama dia...)
Me : Ahmad? Akmal?
Dr Lubnaa : Hiya hariimi (Dia permpuan)
Me : Oh Asma?
Dr Lubnaa : Emm naam. Asma Her voice is very low and so you are.(hhihi suara slow ke) Key tell me the drugs for Broncho Asthma?(tak taula kalau dr ni dapat idea tanya soalan ni from nama asma
Me : Emmm we have B2 agonist, theophylline, and anti muscurinic. 3aiz kaman? (nak lagi)
Dr Lubnaa : (Angguk)
Me : Lt antagonist, cromolyn....
Dr Lubnaa : Masyi kuwayyis (bagus) Tell me about B2 agonist. The members...
Me : Emm for B2 agonist we have short and long acting. short such as salbutamol, terbutalline, ritodrine and for long acting we have salmeterol and formoterol.
Dr Lubnaa : The mechanism of action?
Me : B2 agonist we bind at B2 reseptor which binds at Gs protein. Then stimulate adenyl cyclase to increase cAMP. Which can do VD, Broncho dilate and mast cell stablelizer.
Dr Lubnaa : ok stablelize mast cell. The adverse effects...?
Me : emm headache, hypoxemia, tolerance, tachycardia, tremors, constipation.
Dr Lubnaa : Ok about thiophylline, the mechanism of action?
Me : it also increase cAMP by inhibit phosphodiesterase enzyme.
Dr Lubnaa : And at adenosine receptor?
Me : It inhibit receptor A1 of adenosine.
Dr Lubnaa : Thiophylline have very low safety margine. What it is mean?
Me : It has low therapeutic index which can lead to toxicity easily
Dr Lubnaa : What the adverse effects of it?
Me : Depends to the dose of it. If we...
Dr Lubnaa : The dose?
Me : Yes the dose
Dr Lubnaa : You mean the concentration of drug in the blood. isnt it?
Me: Hihi ya the concentration, if low than 20mg so we can suffer git disturbances, anxiety, headache and if higher than 40mg can lead to convulsion and heart arrest. Dr Lubnaa : Ok I dont want anymore from you....

That's all...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Sedikit perkongsian, COPD

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Saya sebetulnya kebosanan membaca dan membaca perkara yang sama, mengulang dan mengulang tanpa dapat mengingati apa-apa daripada apa yang dibaca. Justeru menghilangkan sedikit kebosanan itu apa kata saya berkongsi cerita perkara yang membosankan ini dengan teman-teman semua, seperti kata As, sharing is caring, dengan berkongsi, kegembiraan akan bertambah, kesedihan akan berkurang dan kebosanan, mungkin saya makin kurang bosan dan kamu semua pula yang merasainya

Baik saya nak bercerita tentang pulmonary disease. Lebih kecil scopenya adalah obstructive pulmonary disease.

Umum mengetahui paru-paru kita adalah suatu organ yang penting untuk pernafasan. Disitulah berlakunya proses-proses yang dikenali sebagai Ventilation, Perfussion dan Diffusion,

Ventilation : Suatu proses masuk dan keluarnya udara daripada alveolus. Masalah yang sering terjadi dalam proses ini adalah apabila seseorang itu merasa sukar untuk bernafas, hypoventilation atau terpaksa bernafas dengan lebih kerap, hyperventilation.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang hyperventilation, kita bercerita tentang hypoventilation, ada dua keadaan yang akan membawa kepada keadaan ini.

Pertama: Restrictive, alveolus sukar untuk mengembang disebabkan oleh pulmonary fibrosis, pleural effusion dan pneumothorax.

Kedua: Obstructive, ha yang ni saya nak lebih bercerita hari ini, keadaan dimana, saluran pernafasan ini tersekat menyebabkan seseorang berasa sukar untuk bernafas. Contoh penyakit yang sering membawa kepada keadaan ini adalah COPD, Bronchial Asthma dan asthmatic bronchitis.

COPD

Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah keadaan di mana, seseorang itu menghadapi kesukaran bernafas, dyspnea akibat kombinasi keadaan yang dihadapi iaitu:

Chronic bronchitis : Terlebih penghasilan mukus pada saluran pernafasan menyebabkan batuk yang berterusan paling kurang selama 3 bulan secara berterusan atau selama 2 tahun.

Emphysema : Patologi udara yang terkumpul pada tisu atau organ badan. Dalam kes ini kita merujuk kepada abnormal distention of air spaces distal to terminal bronchioles with destruction to alveola septa. Tak reti untuk saya terjemahkan kepada bahasa ibunda.

Ok, jadi begitu, so apa yang membawa kepada keadaan ini, kita mulakan dengan chronic bronchitis.

Chronic Bronchitis secara teorinya dikatakan berlaku kepada mereka yang terdedah kepada pencemaran udara, merokok dan pekerjaan yang bergelumang dengan habuk yang menyebabkan chronic irritation kepada saluran pernafasan. Jangkitan kuman pada sistem ini juga akan menjadi faktor penggalak berlakunya gejala ini.

Seseorang akan melalui tiga peringkat :

Pertama: Simple chronic bronchitis, penghasilan mukus yang tinggi pada saluran pernafasan hasil daripada aktiviti goblet cells

Kedua : Mucopurulent stage, pada tahap ini, terhasilnya mucus yang dijangkiti kuman atau bakteria seperti H Influenza atau Pneumococci.

Ketiga: Chronic Obstruction, di mana telah berlakunya penebalan, fibrosis, squamous metaplasia pada saluran pernafasan, dan hypertrophy pada otot otot bronchus.

Apa yang dapat kita lihat kepada pesakit adalah; Pesakit akan sentiasa batuk dan mengeluarkan mukus yang bewarna putih dan mungkin dalam kadar yang sedikit dan jika adanya jangkitan mukus tersebut mungkin akan berwarna kuning.

Pesakit juga akan berasa sukar untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada disebabkan oleh batuk yang kuat. So itu simptom-simptom yang akan selalu dirasai oleh pesakit, tak perlu saya ceritakan sign-sign di sini yang lebih medical nanti semua pun akan jadi terlalu bosan pula. Untuk pastikan diagnosis ini, kita akan lakukan clinical examination dan investigation yang melibatkan, Xray, ECG,Respiratory Fuction Test, dan Blood gases untuk kesan sama ada sudah mendapat respiratory failure atau belum.

Apa ubatnya? Biasanya doktor akan berikan mucolytic dan expectorant kepada pesakit untuk memudahkannya mengeluarkan kahak yang terhasil, juga diberikan bronchodilator yang berupa Beta 2 agonist, ipratropium bromide atau aminophylline untuk memudahkan pernafasan. Steroid juga boleh diberi jika terlalu sukar untuk bernafas. Antibiotic untuk elakkan berlakunya jangkitan. Dormicilliary O2 untuk hypoxemic patients dan jika terlalu teruk boleh lakukan pemindahan paru-paru.

Itu tentang Chronic bronchitis, tidak lengkap COPD ini jika saya tidak bercerita tentang Empysema. Apa itu emphysema? Ya keadaan apabila hujung brochus itu terlalu mengembang dan menyebabkan udara tersekat kerana dinding alveolus yang telah roboh.

Kita teruskan, antara komponen yang membina dinding alveolus adalah suatu bahan yang dikenali sebagai alpha 1 antitrypsin. Kurangnya bahan ini akan menyebabkan masalah kepada struktur tersebut justeru akan menyebabkan masalah terhadap pertukaran udara di dalam peparu. Antara faktor penyebabnya adalah merokok kerana padanya ada enzyme protease yang dapat mengurangkan kandungan alpha 1 antitrypsin pada pesakit tersebut.

Apa yang akan dialami oleh pesakit adalah lebih kurang sama dengan keadaan yang dialami bagi mereka yang mengalami chronic bronchitis iaitu sukar untuk bernafas, sakit pada bahagian dada dan mungkin akan menunjukkan tanda respiratory failure iaitu hypoxia, kurang oksigen. Untuk pesakit emphysema, tiada ubat yang dapat diberikan kecuali memberikan suntikan alpha 1 antitrypsin jika memerlukan.

Jadi begitulah ya, suatu kisah tentang COPD ini, dan biasanya mereka yang menghadapi COPD ini akan membawa kepada komplikasi rosak peparu, jantung dan boleh membawa kepada kematian, Justeru sepertimana yang kita selalu dengan, prevention is better than cure, jadi kalau yang merokok tu, kurang-kurangkanlah merokok dan kalau boleh berhentilah terus.

Baiklah, sudah kurang sedikit kebosanan ini, mengantuk pun dah kurang, lepas ni boleh teruskan cari maklumat tentang bronchial asthma dan asthmatic bronchitis, lebih kurang je keadaan pesakit yang akan kita dapati kerana semuanya akan mengalami sukar untuk bernafas, tapi di situ ada perkara-perkara yang membezakan mereka dari segi sebab berlaku, komplikasi, ujian-ujian yang ditemui dan cara untuk kita mengubatinya.

Baiklah sekian perkongsian kebosanan ini, moga jumpa lagi, rajin-rajinlah study.

Jazakumullah khairan kathiraa…

Friday, May 30, 2008

Lagi isu di Malaysia, Kisah Ezam dan saya...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Maka gegak gempitalah seluruh kota berkenaan kemasukan semula saudara Ezam Mohd Nor kedalam UMNO yang ditinggalkannya sekian lama. Pelbagai ulasan yang dibuat, ramai orang yang berkata, mengomen dan sebagainya, ada yang menyokong, ada yang mencemuh dan tak kurang juga yang memperkecilkan agenda perjuangan reform yang diperkatakan oleh beliau sebagai alasan untuk kembali menyertai UMNO. Saya sendiri tak pasti yang mana satu yang wajar untuk saya percayai.

Saudara Ezam sebetulnya seorang tokoh yang pernah saya kagumi suatu ketika dahulu,di era 98' di saat DSAI dipecat dari kerajaan, kepetahan beliau berbicara, semangat muda yang ada, mempamerkan bukti dan syarahan yang mantap untuk mempengaruhi rakyat bahawa kerajaan yang ada sememangnya kerajaan yang jauh daripada perjuangan yang sebenar membela nasib rakyat dan mengutamakan kepentingan negara. Saya sendiri sedikit hairan dengan perkembangan ini, walau ramai yang tidak sedikit pun terkejut dengan perkembangan yang berlaku kerana mereka telah lebih mengenali Ezam ini bagaimana orangnya berbanding saya.

Ya saya akui, saya memang tidak pernah mengenali Ezam dengan lebih dekat, berjumpa secara live pun belum pernah, justeru pastinya saya tidak boleh membuat apa-apa komen dan andaian berkenaan peribadi beliau, cuma saya agak musykil dengan kenyataan dan alasan beliau yang ingin kembali kepada UMNO kerana dasar pro reform yang telah diperkenalkan oleh PM yang semestinya dia sebagai seorang yang pro reform juga wajib untuk membantu merealisasikannya. Bagi saya tidak perlu untuk masuk UMNO kalau memang mahu merealisasikan dasar kerajaan tersebut.

Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh MB Kedah, YAB Ustaz Azizan dalam majlis ramah mesra di Hayyul Sabiek semalam, Ustaz Azizan mengatakan bahawa walau PAS yang memerintah Kedah, namun sebagai kerajaan, mereka perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat, menjaga kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan kepartian, begitu juga dengan rakyat, perlu bersatu padu dan berusaha untuk membantu kerajaan memajukan negeri dan negara yang dicintai walaupun berbeza fahaman politik tanpa rasa takut kerana ia dijamin oleh semangat demokrasi di negara kita.

Kenyataan ini cukup dekat di hati saya (seperti nada Ezam berbicara) kenapa perlu masuk UMNO untuk membantu negara merealisasikan dasar yang dibuat. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan untuk semua rakyatnya, dan walau apapun fahaman politik yang dianuti semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa wajib untuk membantu kerajaan untuk membangunkan negara merealisasikan dasar-dasar baik yang diperkenalkan kerajaan, menegur mana-mana yang silap dan tidak betul yang dilaksanakan kerajaan sesuai dengan apa yang digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah. Saya cukup meluat dengan kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan yang gah berbicara mengajak rakyat untuk bersama-sama kerajaan membangunkan negara dalam masa yang sama perlu menyokong parti yang didokonginya. Kerajaan soal lain, parti pula soal lain. Titik tolak ini lah yang menyebabkan timbulnya soal pilih kasih dalam mengagihkan perbendaharaan negara.

Apapun Ezam pastinya punya agenda dan pendapat sendiri apabila dia bersama UMNO, saya sendiri tak pasti dan sukar untuk mengerti apatah lagi saya bukannya orang politik, hanya seorang pelajar yang masih belajar-belajar erti sebuah kehidupan. Apapun jika benar perjuangan menghapuskan rasuah dan mengembalikan hak rakyat yang dilaung-laungkan oleh saudara Ezam sebagai alasan untuk dia bersama UMNO dan niat murninya untuk membantu kerajaan menghapuskan penyelewengan-penyelewengan dalam pentadbiran, maka tugas utama yang perlu dilakukannya adalah memastikan segala dasar-dasar tersebut terealisasi dengan cara yang sepatutnya, dan bukannya sekadar dasar yang berupa cover yang menutup isi sebenarnya yang busuk lagi meloyakan dan bukannya terlebih dahulu membuat roadshow memberikan penerangan kepada rakyat dan menarik simpati rakyat menceritakan mengapa beliau kembali kepada UMNO. Hadapkan mereka yang rasuah itu kemuka pengadilan, bawa mereka yang menyeleweng itu ke mahkamah dan dibicarakan kemudiaan barulah beliau boleh mendabik dada untuk mengatakan inilah perjuangan saya sepertimana perjuangan pengasas-pengasas negara ini yang beliau kagumi.

Apapun saya mendoakan yang terbaik buat saudara Ezam dan moga Dia menunjukkan jalan yang sebaiknya untuk beliau melaksanakan amanah besar memelihara agama dan negara seperti yang sering beliau laung-laungkan lewat ceramah-ceramah beliau sebelum ini.

Rasanya itu sahaja komen saya tentang isu ini, alamak, habislah blog saya ini dah jadi blog politik, saya sebenarnya tidak dapat menahan diri untuk turut berbicara mengenainya kerana pada saya ia suatu yang besar dan penting untuk semua pun memahami erti sebuah perjuangan dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup yang sementara ini. Moga Allah memelihara saya dan menunjukkan saya jalan yang sebenarnya.

"Cukup dulu la tu Dir, nanti-nantilah politik tu, belajar baik-baik dulu ni."mungkin begitu kata teman-teman bila membaca tulisan ini, ya saya sendiri tidak suka berbicara politik di sini namun sedikit buah fikir boleh saya kongsikan bersama-sama sahabat yang singgah ke sini, dan sebenarnya saya sentiasa mengharapkan ada sahabat-sahabat yang sudi pula berbicara apa-apa meninggalkan komen apa-apa, memberikan nasihat atau kritikan apa-apa terhadap diri saya di sini dengan akhlak yang sebaiknya. Moga di situ saya akan dapat lebih membaiki diri.

Apapun semalam adalah hari yang serba tidak keruan bagi saya, bermula dengan sedikit letih kerana berpuasa, petangnya berlaku kebocoran pam di rumah menyebabkan keputusan air beberapa ketika, tiada air menyebabkan saya sedikit depress apatah lagi saya memasak hari ini, nasib baik saya sudah memasak lauk lebih awal cuma nasi sahaja yang tak sempat untuk saya tanak sebelumnya. Hampir maghrib, air pun ada, saya terus mandi dan bersiap untuk menghadiri majlis bersama MB Kedah di hayyul sabiek pada jam 8:00 malam seperti yang dijadualkan, kerana takut tidak sempat dan tidak mahu kelewatan, saya terus bersama idil membonceng motosikal Effy ke sana sebelum azan maghrib berkumandang. Terima kasih kepada Effy kerana mahu meminjamkan motosikalnya, maaf lambat hantar pulang.

Sampai di tahrir masuk waktu maghrib, tiada apa yang boleh dikunyah untuk berbuka, kami meneruskan perjalanan dan sampai di sana pada jam 8:10 malam, kami terus ke masjid kerana rata-rata sahabat yang datang pun memang menuju ke masjid kerana majlis bermula selepas solat.Seusai solat saya masih tidak menemui apa-apa untuk berbuka puasa, dengan harapan ada lah sesuatu yang boleh dikunyah ketika di majlis itu nanti saya dan idil terus masuk ke dewan,majlis bermula, saya mula terketar-ketar, tremors menahan lapar, dan akhirnya idil menawarkan diri untuk mendapatkan sesuatu di luar untuk saya mendapatkan sedikit glucose bagi mengawal diri, sebiji sugus diberikan, saya menikmatinya alhamdulillah hilang sedikit rasa lapar yang saya alami.


Selepas ucapan YAB Ustaz Azizan, jam sudah menunjukkan jam 10:30malam, Idil bercadang untuk pulang terlebih dahulu sedang saya masih teragak-agak untuk pulang kerana saya hadirpun atas jemputan, takutlah nanti dikatakan tidak menghormati majlis dan apa pula kata tuan rumah, saya izinkan idil untuk pulang terlebih dahulu, 10 minit selepas idil pergi terasa menyesal pula tidak pulang sama memandangkan tentatif majlis seperti masih panjang dan saya sendiri semakin tidak keruan kerana ketidak cukupan glucose dalam badan,(sebenarnya glucose cukup je dalam badan tetapi proses untuk mendapatkan glucose daripada metabolisi badan itu agak memenatkan dan membebankan).

Saya terus bertahan, majlis berakhir sekitar jam 11:30 saya menunggu-nunggu, bila mahu makan. Saya sendiri tidak pasti bagaimana proses untuk majlis jamuan tersebut dan saya sendiri setelah berjumpa dengan beberapa kenalan yang hadir sedikit terpisah dengan para jemputan yang lain dan saya sendiri tidak pasti adakah mereka telah dibawa ke tempat tertentu untuk jamuan makan, akhirnya saya membuat keputusan untuk pulang sahaja bersama adik-adik tahun satu yang menaiki coaster kerana diri sendiri pun sudah tidak tahan lagi menahan diri. Mujurlah ada nasi lebih pada mereka, jadi dapatlah saya makan satu :). sepanjang perjalanan saya terasa pening, pendek cerita tanpa bercerita apa yang berlaku di sepanjang perjalanan, saya sampai kerumah sekitar jam 1:00pagi. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menikmati rezeki makanan yang dikurniakanNya. Hilang rasa lapar dan pening yang dirasa.

Seusai makan saya sempat untuk memeriksa YM dan email sehinggalah pada jam 2:30 pagi saya mula untuk tidur. Tibalah masa yang paling menyedihkan saya apabila saya bangun untuk bersolat subuh di masjid, ada satu perkara yang tiba-tiba terlintas di fikiran saya, "Ya Allah, saya tak solat isyak semalam" saya langsung tak ingat, saya langsung terlupa, akhirnya saya mengqada solat isyak saya di rumah selepas solat subuh tersebut. Sedih bukan, moga Allah mengapuni dosa saya atas kelalaian tersebut. Dan moga dia sentiasa memberikan saya selepas ini hati yang sentiasa ingat kepadaNya, hati yang khusyuk kepadaNya setiap waktu dan ketika dan itulah nikmat yang tiada tolok bandingnya.

Begitulah, apa saya bicarakan ini tiada niat apa-apa tau, Us Fadhil janganlah terasa pula jika membaca, hanya luahan hati saya yang sememangnya suatu perkara biasa yang saya lakukan di blog ini. Dan saya sendiri sebenarnya tak mahu sangat orang baca mender ni, sebab itulah saya kecilkan sedikit fontnya.Majlis semalam pun suatu yang cukup baik dan banyak manafaat yang saya dapat daripadanya. Baiklah rasanya setakat itu dahulu,masih pening-pening lagi :) hingga jumpa lagi .


Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Tuesday, May 27, 2008

Andai kutahu...

Andai kutahu,
Kapan tiba ajalku,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tingkah lakuku,

Andai kutahu,
Bila kukan pergi,
Pasti kuakan sentiasa menjaga tutur bicaraku,

Andai kutahu,
Saat tibanya kematianku,
Pasti kuakan menjaga hubungan dengan orang-orang disekelilingku,

Mengasihi mereka lebih dari sekarang,
Mengawasi mereka lebih dari sekarang,
Membantu mereka lebih dari sekarang,
Memberikan mereka lebih dari sekarang.

Kerana,
ku cintakan mereka,
kusayangkan mereka,
ku mahu semuanya hidup dalam mencintai kebaikan,
mengasihi keharmonian,
dalam hidup bertuhan,
dalam diri kehambaan.

Namun begitulah aku,
Yang sentiasa lalai dan lupa.

Ya Allah,
Ampunilah dosaku...


Faqir ila 'afwi Rabbih,
Dr Kadir,
Kaherah,
10:14pm, 27 Mei 2008

Sunday, May 25, 2008

Isu Pakaian Sekolah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Saya tertarik dengan isu yang dibawakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM berkenaan isu pemakaian pelajar perempuan yang perlu dinilai semula. Saya secara jujur sejak lama lagi pernah memikirkan perkara tersebut dan cukup bersetuju perkara tersebut diambil perhatian oleh mereka yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Pelajaran. Paling kurang wajibkanlah pelajar-pelajar perempuan ini untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal atau ditukarkan sahaja warna pakaian itu kepada warna lain dan tidak terlalu nipis seperti yang ada pada hari ini.

Tapi lain pula respons yang diberikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang saya kasihi ini apabila beliau berkata aspek pakaian bukanlah faktor utama kepada berlakunya kes jenayah rogol di kalangan remaja bahkan yang menjadi isu adalah akhlak dan kerosakan moral oleh pelajar-pelajar lelaki itu sendiri. Dan suatu yang tidak adil jika kita terpaksa pula mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar perempuan sedangkan mereka adalah mangsa.Suatu diskriminasi terhadap mereka.

Malunya saya mendengarkan hujah dangkal sebegitu, saya tidak menolak sememangnya kita perlu mencari jalan untuk menangani masalah keruntuhan moral di kalangan remaja kita, golongan muda harapan bangsa ini. Memberikan pendidikan yang baik, mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada mereka jika didapati bersalah dan berkelakuan dengan tidak wajar. Namun di sana, kita juga perlu melihat apa pula faktor-faktor yang boleh membawa kepada gejala sebegitu, dan aspek pemakaian pastinya adalah salah satu faktor yang boleh kita ambil perhatian .Mana mungkin kita usaha habis-habisan untuk memberikan kesedaran bahawa merogol itu suatu jenayah, berzina itu dosa besar namun dalam masa yang sama hari-hari mereka terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan perempuan mereka yang berpakaian sebegitu.Sama lah dengan negaraku Malaysia yang dicintai. Walau suatu pihak sentiasa mencanangkan amar ma'ruf,mengajak manusia kepada kebaikan dan pembinaan modal insan kelas pertama namun rakyat masih lagi dihidangkan dengan hiburan melampau, pemujaan artis dan kelalaian yang cukup merimaskan. Entahlah,rasa saya, jika diberikan soalan karangan kepada pelajar SPM pun boleh menjawab bahawa antara faktor kepada berlakunya salah laku dan jenayah seperti rogol ini adalah aspek pemakaian.

Tapi begitulah jawapan yang diberikan oleh Menteri Pelajaran tersebut. Sakit juga hati saya bila melihat buletin utama semalam apabila beliau buat-buat muka dan seperti memperkecilkan saranan tersebut. Saya lebih menghormati beliau jika beliau tidak terus memberikan respon spontan begitu sebaliknya menerima saranan tersebut sebagai suatu yang boleh difikirkan. Lepas dah mesyuarat, bincang-bincang, dah boleh fikir dengan baik, kemudian buatlah kenyataan apa-apa. Tapi begitulah, takkanlah saya nak menyindir "inilah pemimpin islam hadhari di Malaysiaku hari ini". Entahlah.

Mungkinlah orang seperti beliau tidak akan rasa apa-apa bila melihat pelajar perempuan berpakaian begitu, tapi cubalah letakkan diri beliau sebagai pelajar-pelajar yang kurang akhlak atau berperangai jahat, atau sedikit nakal seperti saya umpamanya, pastinya akan sedikit sebanyak terangsang apabila melihat keadaan sebegitu. Itu kalau keadaan biasa, kalau basah pula kena hujan lagi la... ops jangan bayang! maafkan saya, saya memang nakal.

Cukuplah setakat itu, pada saya saranan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas supaya kementerian pelajaran merujuk perkara tersebut kepada mufti dan cadangan Ustazah Nuridah supaya kementerian mengambil perhatian yang sewajarnya tentang isu ini dan supaya menteri sendiri merujuk terlebih dahulu Al Quran dan Sunnah sebelum membuat kenyataan suatu yang selari dengan naluri saya.

Sebenarnya pada saya, ini bukanlah isu agama sangat, suatu yang biasa dan fitrah sebenarnya apabila kita mengatakan pemakaian yang mendedahkan dan seksi pastinya akan membawa kepada pemasalahan sosial yang tidak diingini, kalau tidak mahu bertanyakan mufti pun, boleh rujuk perkara ini kepada pakar-pakar psikologi dan saya pasti mereka juga akan sependapat untuk mengatakan aspek pemakaian boleh membawa kepada kes-kes jenayah rogol dan sebagainya ini.

Baiklah itu sahaja untuk kali ini, teruskan study kawan-kawan, tolonglah diri sendiri, orang lain susah nak tolong kita sedang mereka sendiri punya komitmen dan masalah masing-masing. Berusahalah dan pastikan cemerlang di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...


Saturday, May 24, 2008

Jadual Exam...

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Sedar tidak sedar, sudah lima tahun lamanya saya berkelana di bumi Mesir ini,semakin dekat untuk saya meninggalkannya dan semakin rapat pula untuk saya menghadapi peperiksaan akhir tahun lima yang akan menjelang tidak lama lagi. Itu saya. Sementara adik-adik di tahun-tahun yang lain ramai antaranya yang sudah lama menduduki perperiksaan akhir masing-masing dan sekarang sedang berada di pertengahannya. Ramai pula yang baru memulakan ujian bertulis mereka hari ini dan adik saya sendiri insyaAllah akan memulakannya pada esok hari.

Dalam menghadapi ujian yang dinamakan peperiksaan akhir tahun ini pastinya semua orang menghadapinya dengan pelbagai rupa dan gaya. Ada yang cukup bersemangat menghadapinya, bersedia dengan segala upaya yang ada agar natijah yang diperoleh adalah suatu yang dapat dibanggakan. Tidak kurang pula yang segan untuk belajar lebih-lebih dan hanya bersedia ala kadarnya sahaja dengan harapan dan tawakul yang tinggi agar Dia tetap memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Begitulah yang berlaku dalam diri setiap kita.

Sedar atau ingat, kita sering diberikan perumpamaan bahawa semua peperiksaan kita hadapi di dunia ini layaknya untuk kita analogikan sebagai antara ujian-ujian dan cabaran yang akan kita hadapi sepanjang kehidupan di dunia ini, bersedianya kita untuk peperiksaan akhir, begitulah perlunya untuk kita bersedia bila menghadapi pelbagai rencam dan mehnah hidup di dunia ini. Takut bila sikap endah tak endah dan bersedia biasa-biasa sahaja yang kita amalkan ketika mahu menghadapi peperiksaan akhir tahun ini juga kita amalkan ketika menghadapi ujian hidup yang berbentuk praktikal dan amali 100% ini yang akhirnya menatijahkan kehidupan kekal di akhirat samada bahagia atau sengsaranya kita di sana.

Justeru apa yang saya harapkan di sini, dalam apa jua yang kita hadapi, berusahalah bersungguh-sungguh, bersedialah penuh upaya kerana sunnahNya sentiasa mengatakan bahawa siapa yang berusaha akan berjaya, siapa yang bersungguh akan mendapatkannya dan siapa yang menanam akan menuainya. Bersedialah dan letakkanlah niat yang ikhlas bahawa apa yang kita usahakan itu adalah keranaNya dan untuk mendapatkan redha dariNya. Itulah pahala, itulah bekalan yang kita ingin bawa ketika bertemu Allah nanti. Dan jangan terkejut jika saya katakan, mungkin keikhlasan kita menuntut ilmu itu adalah lebih baik daripada amalan-amalan sunat yang kita perhatikan punya tempat yang tinggi di sisiNya seperti sembahyang sunat, membaca quran, bersedekah dan sebagainya. Moga apa yang kita lakukan ini adalah suatu perkara yang dapat menyukakanNya dan moga kita mendapat kedudukan yang terbaik di sisiNya.

Ya, kadang-kadang kita berasa stress, kadang-kadang kita berasa lemah dan kadang-kadang kita menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang kita baca dan cuba hadami. Kita ada Dia bukan? Selalulah berdamping denganNya, sentiasalah punya ikatan hati dengannya setiap masa dan setiap waktu dan semoga dengan itu kita merasa ketenangan dalam studi-studi kita.

Baiklah, doa dan mohon saya moga semua pun dapat menghadapi ujian dunia ini dengan baik dan mendapatkan natijah yang terbaik. Buat adinda yang tercinta, moga dipermudahkan dan mendapat futuhat dariNya dan untuk diri sendiri, berusahalah, moga kejayaan milikmu.

Jazakumullah Khairan Kathira...

Friday, May 23, 2008

List...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Berikut adalah tajuk-tajuk nazori yang penting untuk Amali Internal Medicine nanti buat rujukan sahabat-sahabat di tahun 5 Ain Shams University. So Idil, Munir, Akmal, Asma, Zawil, Daing dan Kak Leli. Sila rujuk ya, pastikan dapat kuasai clinical picture dan investigation untuk setiap diseases berikut:

CVS:

  • Mitral Valve Disease
  • AVD
  • Tricuspid Incopetence
  • Fallot Tetralogy
  • VSD
Chest:
  • COPD
  • Bronchial
  • Lung Abscess
  • Bronchiectasis
  • Pulmonary Fibrosis
  • Pleural Effusion
  • TB
  • Bronchogenic carcinoma
Liver:Investigation
  • Liver Cirrhosis
  • Pertal Hypertension
  • Ascites
  • LCF including encephalopathy and hepatoma
Rheumatology:
  • SLE
  • RA
  • Scleroderma
Blood:
  • Anemia
  • Hemophilia
  • Purpura
  • Leukemia
  • Lymphoma
Nephro:
  • Nephrotic syndrome
  • Chronic Renal Failure
Endocrine:
  • DM - CP & Complication
  • Sheehan's
  • Cushing
  • Adison
  • Myxedema
  • Graves disease


Moga diberikan kemudahan untuk menghabiskan pembacaan, dimudahkan penghafalan, berjaya menjawab dengan baik. Dan seperti katanya Iqbal, marilah sama-sama memetik bintang-bintang kecemerlangan. Chayok dan semangat buat semua!!

Jazakumullah Khairan Kathira...

Dan buat semua juga, Moga lagu ini boleh mengurangkan sedikit stress kita




Dan buat diri yang memasuki angka 24 tahun kini pada 16 Jamadilawal yang lalu. Moga dirimu semakin jelas dan faham tentang "Tujuan Hidup" Moga Dia merahmati kita semua...

Tuesday, May 20, 2008

Menjaga dan Menghargai...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa datang berkunjung ke mari, moga sihat sentiasa dan rahmat Allah sentiasa memayungi hari-hari yang kita lalui. Hari ini saya ingin berkongsi satu rasa, rasa yang terbit seketika saya membaca satu artikel daripada blog sis zabrina, seorang penulis blog yang cukup baik saya rasakan yang sering mengajak pembaca untuk berfikir dan berfikir tentang kehidupan dan segala rahsianya yang sentiasa membawa kita kepada suatu galakan dalam hidup. Ya ya, motivasi. Susah betul nak keluarkan perkataan itu.

Satu artikel yang cukup baik untuk dikongsikan di sini moga memberikan manafaat buat kita bersama, cerita tentang anugerah yang dikurniakan Allah kepada kita yang seringkali pula kita cuai dan mengambil mudah dalam aspek penjagaannya. Moga kita lebih menghargai pemberian Allah kepada kita dan menjaganya dengan sebaiknya. Saya mengambil keratan artikel tersebut berkaitan penerangan yang diberikan oleh Dr. Abd Hamid Mat Sain berkaitan perut manusia.

Stomach is a large part (organ) of the hollow gastrointestinal tract. Besides being hallow, it also has the amazing capability to expand and contract. It also serves the function to digest the food by the enzymes that are produced from the stomach wall.

Stomach will expand when we eat food or drink water. The more we eat or drink, the more expanded the stomach will be. Naturally, we should stop eating when the stomach is full. But, how do we know when the stomach is full?

Every time when we eat or drink, the volume of food will start to occupy the space in the stomach. Once the original space or room in the stomach is filled, we will feel full. However, if despite feeling full, we still continue eating, our stomach is programmed to stretch and expand itself to accommodate the incoming food.

This stretching of the stomach wall will also stretch the nerve endings within the wall. These nerve endings are connected to the nerves which are also connected to our brain. These nerves are called Parasympathetic nerves and it is a part of the nervous system that is outside human voluntary control known as Involuntary Nervous System or Autonomic Nervous System.

So, this is what happens- once the message of “stomach fullness” from the stomach wall nerve endings travels up to the brain, the brain senses the information and gives the feeling of fullness and it will expect that we stop eating. Sometimes we don’t do that. We continue eating due to our voluntary desire to eat more especially if the food is so delicious or perhaps because we cannot to resist the social enticement.

In this situation, the stomach wall will be “over stretched” and the person will get the extreme feeling of fullness or tightness in the belly.

For the stomach to carry its function to digest food it needs some room. But if a person overeats, there will be no room left for a smooth digestion to take place and this gives rise to sluggish digestion. This sluggish digestion will cause the person to feel uncomfortable or even may experience pain in the belly.

To treat or improve this indigestion, there are so many Over the Counter (OTC) medications that we can use. They are usually in the form of fizzy(gassy) antacids. The ‘fizziness’ tends to breakup the foodstuff into smaller bits while the antacids will reduce the acidity of the stomach wall and hence reduces the pain.

Indigestion as described above is a clinical situation brought about by “overeating”. It is not a disease per se because there is no permanent damage to the structure of the stomach. It is just a transient process that eventually could lead to illness.

Just imagine if the overstretching and expanding of the tummy takes place every day, or every weekend, or every month during our 40 years old life! Surely there will be some degree of structural damage to the stomach especially if the foodstuff that is consumed contained high level of substance that is toxic to the gentle tissues of the stomach wall.

What are the substances that potentially have a negative effect on the stomach? They can be ingredients that make food palatable like spices or social substance like alcohol that only serve to satisfy the person’s desire to eat or drink. Smoking which has no food value to the stomach at all is included too. Quite often they are also toxic to the stomach wall and could give rise to structural damage called Gastritis.

This structural damage can be seen by inserting a flexible telescope through the mouth into the stomach. This investigation is called Endoscopy. Apart from having a direct look at the stomach wall during this procedure, the Endoscopist can also take bits of stomach wall specimen (biopsy) to test for the germs Helicobacter Pylori or to look for cancer cells.

If Gastritis is left untreated, it can lead to further structural damage in the form of Ulcers. Ulcer is basically a structural damage whereby the inner layer of the stomach wall has been eroded exposing the underlying structures such as nerve endings and blood vessels to the erosive effect of stomach juices.

If the nerve endings are exposed to stream of acid during digestion after eating, one can imagine the pain a person suffers. If the blood vessels are exposed to the flooding acids during digestion and walls of the blood vessels are corroded away by the acids, then there is a major bleeding catastrophe at hand.

This bleeding from the stomach wall will occupy the space in the stomach. If the stomach space is filled up, the overflow blood will then find a channel out of the stomach. If it splashes up the esophagus and through the mouth, then the patient will vomit blood. If it trickles down the intestines, then the patient would pass out blood in the stool in an altered form usually black in color. If this bleeding is not arrested (stopped) urgently one can imagine the amount of blood that will be lost from the circulation and if this continues it may cause death.

In the bleeding situation like this, the Endoscopist has to perform an emergency Endoscopy to arrest the bleeding by clipping or injecting the bleeding vessels. Sometimes if the bleeding continues despite this Endoscopic treatment, then the patient will be subjected to an emergency operation to stop the bleeding. This major emergency operation is very risky and life-threatening especially in patients with other underlying diseases like diabetes, heart disease or kidney disease.

Apart from ulcers, as a result of a long term insult to the inner stomach wall by various toxins that people consume from outside and also long term infection by the bacteria Helicobacter pylori, cancer can also develop. Quite often one is not able to distinguish the symptoms of gastritis, ulcers and stomach cancers. Only Endoscopy can clarify and confirm the diagnosis.

My advice to everyone reading is not to take for granted the wonderful gift God Al Mighty has given us. Take great care of our stomach organ and be alert should it send us ‘signals’ that it is in pain. Visit your doctor, surgeon or gastroenterologist for immediate consultation should you experienced any pain.


Menarik bukan? maaf tidak sempat untuk menterjemahkannya kedalam bahasa ibunda tapi rasanya semua pun boleh faham. Buat sahabat-sahabat yang berkesempatan boleh la jenguk-jenguk juga blog sis zabrina tu dan insyaAllah boleh dapat lebih banyak manafaat dari membacanya. Ilalliqa' Selamat berimtihan buat semua.

Jazakumullah Khairan Kathira...

Ps: Dr Abd Hamid is a surgeon practicing in Malaysia. He is the owner of an e-health group giving free surgical consultation online as part of his community service.

Monday, May 19, 2008

Dia...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Bosan sungguh round GIT yang saya lalui sekarang. Bukan sahaja doktornya yang selalu lambat, case yang dibincangkan pun hampir serupa, balik-balik bilharzia mengundang jemu di hati saya. Justeru hampir seminggu lamanya saya berziarah ke round rheumatology, sekurang-kurangnya dapat lihat case rheumatology dan berkenalan dengan beberapa kenalan arab baru. Ada 3 orang Romy yang saya berkenalan di situ.

Itu cerita seminggu yang lalu, tapi kini terasa rindu pula kepada si GIT lalu sekembali dari round ke rumah, saya terus mencapai dan membelek-belek buku GIT saya karangan Dr Osama Mahmoud ini. Menarik!.

Dalam membelek-belek buku tersebut saya sampai ke muka terakhir, di situ ada satu catatan yang saya sendiri tak pasti siapa yang menulisnya. Emmmm mungkin Idil kot. Tulisnya, "Soalan, Andai berpeluang jumpa Rasul nak kata apa?"

Saya tergamam seketika, mentafsir, mengamati, mengingati siapa Rasul yang dimaksudkan, akhirnya saya menyebut, "I love you!" . Dalam kepala saya, pastinya Rasul yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad SAW.

Terasa kerdil diri ini, terasa hina diri ini dan tidak pasti bagaimana kedudukan saya di sisi Allah dan rasulnya kini apatah lagi untuk saya berjumpa Rasul Allah yang cukup mulia ini, bermimpi pun tidak. Mengenang susah payah baginda, pengorbanan baginda buat umat, penat jerih baginda menegakkan risalah ini hanya orang yang bodoh dan tidak berakal sahaja yang tidak cintakan baginda. Sedang saya sendiri, apalah yang telah saya lakukan hingga hari ini? Tapi itulah... moga rasa cinta ini subur dan terus mekar membunga di taman hati saya. Sekurang-kurangnya baginda pernah berjanji untuk meletakkan orang-orang yang mengasihi baginda bersama-sama baginda di syurga kelak. Harap dan penuh harap!...[Sebak]

Fikrah...

Tadi singgah sekejap ke laman saiful islam, alhamdulillah hari ni ada satu artikel yang cukup baik untuk semua,pernah juga terfikir untuk membicarakannya tapi alhamdulillah Us Hasrizal dan post dulu. Moga bermanafaat dan sama-samalah kita jernihkan fikrah yang ada dan yang penting jelas dan faham apabila berjemaah. Saya? InsyaAllah saya jelas dan faham apabila saya memilih untuk bersama-sama jemaah yang saya dokongi selama ini dan moga saya terus thabat dengan jemaah yang saya pilih atas dasar jelas dan faham ini. Anda pula bagaimana. Ilalliqa'

Jazakumullah Khairan Kahtira...

PS: Dan hari ini juga saya kembali mula berpuasa sunat,lama benar tak puasa, seingat-ingatnya hampir dua bulan tak puasa. Teruk kan? Moga diterima segala amalan...

Sunday, May 18, 2008

Amanah Ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ni rasa penat sangat. Sengal satu badan. So pulang awal ke rumah berbanding biasa. Moga Dia berikan kekuatan kepada hambaNya ini melalui hari-hari yang berlalu. Jalan-jalan jenguk rumah lama di blogdrive, ada satu post yang agak menarik untuk kembali menyedarkan diri dan untuk buah fikir bersama. Kita baca ya.

Assalamualaikum wbt...

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN... Segala puji dan syukur kehadrat Allah yang masih memberikan kesihatan dan kekuatan yang baik kepada hambaNya ini utk meneruskan liku-liku dan ujian dalam kehidupan yang fana ini. Gugusan ucapan Puji dan Selawat ke atas kekasih rabbul Izzati pembawa rahmat keseluruh alam dan pemberi syafaat di hari pembalasan.Ahli keluarga baginda sahabat-sahabat yang bersama sama dalam perjuangan baginda para tabi'e dan tabi'e tabie'n penerus sunnah dan ajaran Islam syuhada' Islam yang gugur dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Islam yang tercinta seterusnya sahabat sahabat ana muslimin muslimat yang ana cukup kasihi semuanya.Moga dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah jua

Tika diri dianugerahkan kesedaran ini moga dapat dikongsi dengan sahabat sahabat seperjuangan. Moga kita tak luntur semangat dan terus sedar akan keberadaan kita di muka bumi ini...

Entry ni kutujukan khusus buat diriku dan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai penuntut ilmu!!

Cuba muhasabah balik apa yang kita lakukan hari ini. Bangun pagi, solat subuh, mandi, sarapan, kemudian ape yang kita lakukan. Kemana sebahagian besar masa yang kita habiskan sehari-hari. Jika benar kita mengaku diri kita sebagai penuntut ilmu... Adakah kita banyak habiskan masa kita di meja study atau kita lebih rela berada di meja komputer melayari dan mengsurfing internet sepuas-puasnya selain melayan permainan-permainan di komputer yang entah kan bila kan berakhir atau lebih bersifat neverending games...??

Nak bawa diri dan sahabat-sahabat merenung ape tugas kita tika ini. Benarkah kita ni adalah penuntut-penuntut ilmu sebagaimana yang disabdakan oleh Junjungan keluarnya mereka yang menuntut ilmu ini adalah umpama keluar fi sabilillah berjuang pada jalannya atau bagaimana? sedarkah kita keberadaan kita di seluruh dunia yang sebahagian besarnya adalah pelajar tajaan (tak kisahlah jpa ke mara ke and so on) adalah merupakan amanah dan harapan oleh seluruh rakyat Malaysia yang membiayai kita. Kalau tidak ditaja pun kita still memikul amanah ayah dan ibu yang mengharapkan anak mereka berjaya. Sejauh mana kita melaksanakan amanah tersebut.

Cukup takut bila memikirkan amanah yang dipikul ini bila nanti akan ditanya oleh Allah kelak "adakah kamu telah melaksanakan amanah tersebut atau sebaliknya" Tapi apakah amanah itu? Menuntut ilmu... kadang-kadang mungkin kita punya fikiran its ok if we not study enough just if we will get a good result in xm. But its not the point!! Kita bukan kemari untuk najah dalam imtihan semata tapi kita dihantar kemari untuk menyediakan diri specifically untuk menjadi seorang DOKTOR yang layak bergelar seorang DOKTOR. not juz pass in xm. as bagi diriku a good result bukan segala-galanya tapi tugas untuk belajar dan belajar itu adalah amanah yang perlu dilaksana. You maybe fail, you maybe repeat this year, but it is ok since you are already do your best for it. takder istilah relax dalam menuntut ilmu as kalau kita lihat ulama'2 dahulu pun tak pernah rasa mengeluh penat dan lelah dalam menimba ilmu. Cuba muhasabah kembali. Bukan maksudnya kita perlu study 24 hours but cuba fikirkan kemana masa lebih banyak kita habiskan...

Takut bila difikirkan amanah ini tidak dilaksanakan sebaiknya. Mungkin disebabkannya akan memberi impak dalam kehidupan kita selepas ini. kita mungkin tak dapat excell dalam kerjaya kita. rumah tangga kita mungkin tak aman. anak-anak kita mungkin liar rezeki kita mungkin tak halal juz kerana kita tak melaksanakan amanah ini dengan baik. Huish. kadang-kadang agak melampau my view about this tapi tu lah yang perlu kita fikirkan. Sesungguhnya manusia mmg suka memikul amanah sedang mereka adalah golongan Zoluman Jahulaa (Zalim dan Jahil)

Ya Allah ampunkan kelalaian kami selama ini.... Ya Allah berikan petunjuk kepada kami dalam melaksanakan amanah ini... Ya Allah Redhailah kami...

Buat sahabat-sahabatku. Sedarkanlah diriku ketika terlupa, Tegurlah daku jika tersalah. Ingatkanlah akan tanggungjawab dan amanah ini...


Moga bermanafaat... Key sambung study

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Saturday, May 17, 2008

Rezeki...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Buat kali ni saya nak bawa sahabat-sahabat merenung satu analogi yang diberikan oleh Habib Ali dalam satu ceramah beliau (yang kemudiannya dibukukan dalam buku yang berjudul "Wayfarers to god") apabila berbicara berkenaan rezeki.

Allah has given us a task and He is aware of our needs. Can you imagine Allah Jalla Jalalahu entrusting us with a task whilst neglecting to guarantee our sustenance?If someone were to represent a company or an institution- a big company in the eyes of the people of the world-in his own country and abroad-in order to conclude a business deal, to make a bid, or for research purposes, would the representative bear the burden of the expense?

No, because he is confident that his large, wealthy company-in his eyes-will provide him with a ticket, living expenses, travelling expenses and will also reimburse him for his entire journey. He will travel with very little worry about expenses because he is confident that his company, as long as it has contracted him to do this task, is duty-bound to fulfil his needs.

SubhanAllah ( Glory be to Allah), such is our certainty in creation- who have no ability whatsoever to benefit themselves, or to keep harm at bay- such is the strength of certainty in our hearts that no room is left to worry about expenses. This is because a component, able company has given us a task. What then, do you think of an Able Lord possessed of Absolute Ability? The Sublime Jala Jalalahu, Who gave us tasks in our life? Can you imagine Him setting us a task whilst failing to supply the necessary resources? It is incumbent upon you to have this understanding, as opposed to such fear of poverty enters your heart, or doubt in Allah's promise of rizq.


Menarik kan analoginya? pastinya dengan memerintahkan kita untuk menyempurnakan urusanNya pastinya Allah sendiri, Tuhan yang Maha Agung,Maha Kaya telah menjamin segala rezeki yang akan kita perolehi sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Tunggu untuk kita laksanakan sahaja apa yang disuruhnya, Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang, mengajak manusia kepada kemakrufan dan mencegah manusia kepada kemungkaran. Tinggal kita sahaja untuk meyakininya. Moga kita sama-sama meyakini jaminan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah ini dalam apa jua yang kita usahakan.Namun sekiranya sememangnya kita terpaksa untuk merasai kesusahan, kelaparan atau kekurangan, ia mungkin sebagai suatu ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran kita dan bagaimana pula amalan kita.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"(Al Baqarah:155)


Fikir-fikirkan ya... :)

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Rujukan: sini

Wednesday, May 14, 2008

Warna Warni Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.

Sudah lama saya tidak memulakan bicara di blog ini dengan kalimah salam begitu, walau mungkin terteranya mungkin tidak diperasan atau tidak diendahkan oleh sesiapa, namun begitulah kita diajar apabila memulakan bicara. Moga saya lebih menjadikannya kebiasaan selepas ini.

Lama saya tidak menulis, sepertimana yang saya sebut sebelum ini terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dengan semua namun saya sendiri tidak pasti apa yang sering menghalang saya melakukannya. Apapun dalam fatrah saya senyap dan tidak menaip apa-apa untuk tatapan pengunjung ke blog ini, saya rajin pula untuk menjelajah blog-blog yang semakin banyak di laman maya ini. Macam-macam rupanya, macam-macam bentuknya, pelbagai gaya, pelbagai genre yang digunakan namun tidak pernah menghalang saya untuk terus membaca dan membaca.

Saya cukup gembira apabila dapat berkenalan dengan beberapa blog yang cukup baik dan menarik untuk diambil manafaat darinya dan insyaAllah jika berpeluang saya akan cuba untuk memperkenalkannya kepada semua, kenapa tak perkenalkan sekarang? kerana saya sendiri sedang cuba untuk lebih mengenali blog-blog ini terlebih dahulu. Apapun saya secara peribadi cukup gembira dengan suasana begitu, dengan adanya blog-blog ini, saya lebih dapat mengenali manusia, saya lebih dapat mengetahui perjalanan-perjalanan hidup yang dilalui manusia yang sebenarnya mempunyai cerita-cerita yang tersendiri. Semuanya rakaman pengalaman-pengalaman hidup yang mungkin sukar untuk kita perolehi dan lalui dalam hidup kita sendiri. Walau mungkin kadang-kadang ada antara blog-blog tersebut ditulis dengan bahasa yang mungkin kurang kena atau tidak bertujuan atau apa-apa tapi ia tetap punya nilai tersendiri. Kita sendiri menilai dan meletakkan kedudukannya di hati kita.

Moga akan lebih ramai blogger-blogger yang akan lahir yang mampu untuk menyampaikan sesuatu sesuai dengan apa yang diharapkan oleh Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) apabila baginda mengatakan "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" Ya, sampaikan daripada baginda walaupun dengan sepotong ayat, untuk kita saling menasihati, untuk kita saling mengingati antara satu sama lain.

Dan yang lebih penting lagi untuk kita menyedari tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Jika sahabat-sahabat perasan sepanjang minggu ini saya sering meletakkan ungkapan 'warna warni kehidupan' di status YM saya. Ungkapan itu sebenarnya menggambarkan apa yang sedang saya rasai dan saya alami kini. Rasa syukur yang saya rasakan apabila diberikan peluang oleh Allah taala untuk hidup di dunia ini sebagai hamba yang mengabdikan diri kepadaNya dalam dunia yang sementara ini. Peluang untuk melalui episod-episod kehidupan yang pelbagai rupa dan gaya ini dan semuanya adalah suatu nikmat yang tak terkira nilainya yang saya rasakan kini. Walaupun kadang-kadang kita sedih, kadang-kadangnya kita gembira itulah warna-warni kehidupan yang kita lalui sehari-hari. Di samping keluarga kita, di samping sahabat-sahabat kita, di samping tugasan harian yang kita pikul dan pelbagai lagi komitmen lain yang kita jalani dan manusia-manusia yang kita hadapi sehari hari. Itulah warna warni kehidupan yang perlu kita syukuri.

Dan semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana firmanNya,

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al Mulk:2)

Siapa antara kita yang terlebih baik amalannya.. Moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung disisiNya...

InsyaAllah di lain masa saya akan cuba untuk kembali berkongsi cerita, berkongsi pengalaman dan rasa untuk sama-sama kita dapatkan manafaat, untuk menyedarkan saya, menyedarkan diri kita yang sering terleka. Hingga jumpa lagi.

Jazakumullah Khairan Kathira...

Monday, May 12, 2008

Putus Cinta

Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'. 'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, mengadakan perbincangan dan ada juga yang kelihatan kelam-kabut menyiapkan 'assignment'.

Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang dirancang, saya akan mencari tempat kegemaran saya belajar iaitu di ruang tempat duduk individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding. Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan dengan tempat itu. Jika saya memilih tempat lain, sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya dan sebagainya. Agak membazir masa.

Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku di atas meja, pandangan mata saya sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil.

Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain. Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. Oh…no!

DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa. Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi. Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. Matanya merah, berair dan bengkak. Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata. Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we. Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing. Hanya tangisan menjadi peneman.

Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya termasuklah menjadikan beg tangannya sebagai tempat membuang sampah, dia masih lagi mampu bersabar. Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja. Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban.

Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Remuk hatinya.

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

:: Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin ::


PS: Banyak yang ingin dikongsikan bersama sahabat-sahabat. Cuma masih tidak punya ruang dan waktu yang baik untuk menukilkannya. Sekadar satu artikel yang dikira baik untuk tatapan pengunjung-pengunjung ke blog ini. Sekurang-kurangnya tidaklah kembali dengan tangan kosong... :) selamat berimtihan buat semua...

Saturday, May 10, 2008

Secebis bingkisan rasa... :)

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sunyi,

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sepi,

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku lebih suka menyendiri,

Kutanyakan pada diri,
Apa yang kufikirkan kini,
Apa yang membawa aku berasa ingin jauh dari manusia dan seluruhnya ini,

Adakah kerana banyaknya bebanan yang kupikul kini,
Adakah kerana bertimbunnya masalah yang kuhadapi kini,
Adakah kerana aku semakin jemu dengan sikap manusia dan masyarakat yang memerhati.

Moga aku kuat,
Moga aku ingat,
Moga aku mampu,
Menghadapi hari-hari yang dihadapi,
Dengan penuh Ceria, Segar dan berbakti
Dalam jiwa hamba kepada Rabbi,
Cinta penuh hakiki.

Buat sahabat-sahabat di sisi,
Maafkan aku dan bantulah aku mengatasi segala tribulasi diri.

Al Faqir ila 'afw rabbih,
Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin,
Sayeeda Zainab Cairo,
10:24 pagi,sebelum ke round GIT

Tuesday, May 6, 2008

Wafi: Hai... penat betul lah, kene taik burung lagi baju ni.

Saya: Tak apa wafi, boleh bawak sembahyang lagi, tak najis

Wafi: ye ke?

Saya: Ya, hari ustaz Hairul ada cakap, kira dimaafkan.

Wafi: Tapi tak sampai la maksud aku basuh baju ni kan?

Saya: Ayyark! (Tergelak saya dan idil mendengarkan kata-kata wafi tu)

Sekadar selingan...

Hari ini saya menduduki clinical exam untuk round cardiology. Alhamdulillah. dapat lalui dengan baik. Sedih sebenarnya. memanglah boleh jawab dengan baik cuma semuanya patient tu yang tolong jawabkan. Sememangnya patient-patient di sini memang suka membantu pelajar-pelajar mendapatkan jawapan untuk setiap case yang dilalui.Mungkin hari ini mereka membantu pelajar itu untuk mendapatkan jawapan namun saya tidak pasti ia mampu untuk membantu pelajar tersebut menjadi seorang doktor yang baik pada masa hadapan ataupun tidak.

Saya awalnya cuba untuk tidak mengikut apa yang dicakapkan oleh patient tersebut sebelum benar-benar menjumpai apa yang dicari. Dan apabila kurang pasti dengan sign yang dicari saya menulis sahaja apa yang disebut oleh patient itu.

Case Pertama:

Auscultate the base of the heart

- harsh versicular, ejection systolic murmur, aortic stenosis.

ECG : Comment on ST segment

- ST elevation on leads V1 V2 and V3 maybe acute anterior myocardial infarction

Case Kedua:

Check for the pulse

- Rate, 65/minutes
- Irregular
- Equal on both side
- Variable volume
- No special character
- No peripheral pulsation
- Maybe AF, Atrial Fibrallation.

Mungkin jawapan yang saya peroleh ini tepat cuma sedikit terkilan la bila jawapan tersebut adalah apa yang patient itu sendiri yang menyebutnya. Apapun selepas menulis semua jawapan tersebut, saya kembali memeriksa patient itu dan benar-benar menjumpai sign-sign yang diperlukan itu. Mudah-mudahan untuk kali yang seterusnya saya lebih yakin dan mampu untuk mendapatkan jawapan bagi setiap case yang dilalui. InsyaAllah.

Cardio dah selesai jumpa pula di Round GIT selepas ini. Bittaufeeq buat yang lain-lain yang bakal menduduki final xm tak lama lagi. Moga dipermudahkan insyaAllah.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...